Anda di halaman 1dari 3

Herba Melayu

1. Pokok Hempedu Bumi Nama Saintifik Nama Lain Andrographis Paniculata Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia) Acanthaceae

Famili

Lokasi Dijumpai: Malaysia, Thailand, India, Indonesia Kegunaan dan Khasiat Boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, di samping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah. Rujukan: a. http://melur.com/myherba.asp?plant_id=4 b. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Hempedu_Bumi c. http://en.wikipedia.org/wiki/Andrographis_paniculata

2. Kunyit Hitam Nama Saintifik Nama Lain

Curcuma caesia Kunyit Hitam, Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary Zingiberaceae

Famili

Kegunaan dan Khasiat Ia dapat digunakan dalam rawatan kanser payudara, ketumbuhan pada sendi dan penyakit kusta. Bukan sahaja mengubati malah ia digunakan untuk kuruskan badan. Selain itu, ia dapat memulihkan denggi berdarah. Jika diminum dengan herba-herba lain ia membolehkan pesakit pulih daripada demam denggi berdarah. Rujukan: a. http://alamallah.blogspot.com/2011/10/kunyit-hitam.html b. http://adrydaud.blogspot.com/2010/10/kunyit-hitam.html c. http://serisubuh.com/v1/kunyit-hitam.html d. http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=100&cat

KAJIAN 2012 Hak Milik Josh, LRT. Hak Cipta Terpelihara

M/S 1 drp 3

3. Pokok Sambung Nyawa Nama Saintifik Nama Lain

Gynura procumbens Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Daun Dewa, Akarsebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa),beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina) Asteraceae

Famili

Kegunaan Dan Khasiat Dapat mengurangkan kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, boleh merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Batangnya dapat meredakan demam. Seterusnya, ia dapat sembuh penyakit ginjal, disenteri, infeksi kerongkong. Ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku, bengkak, serta patah tulang. Rujukan: a. http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=22 b. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Sambung_Nyawa c. http://www.sma.org.sg/smj/4101/articles/4101a2.htm 4. Pokok Misai Kucing Nama Saintifik Nama Lain

Orthosiphon stamineus, Benth. Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, Java Tea, Kidney Tea, Koemis, Koetjing, Yaa Nuat Maeo, rumujung Lamiaceae

Famili

Kegunaan dan Khasiat Membuang dan mencuci darah daripada toksik yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, artritis, pneumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes dan nephritis. Arteriosklerosis (capillary dan masalah peredaran darah. Ia boleh merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman di samping sifat antiseptiknya. Rujukan: a. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Misai_Kucing b. http://melur.com/myherba.asp?plant_id=21 c. http://www.orangkampung.com/atikalmisaikucing.html d. http://www.mykucingtea.com/Misai%20Kuching-Scientific%20Validation.html KAJIAN 2012 Hak Milik Josh, LRT. Hak Cipta Terpelihara M/S 2 drp 3

5. Dukung Anak Nama Saintifik Nama Lain

Phyllanthus niruri Linn Dukung anak, buah amin, nipon-nipon dukung-dukung anak, rami buah, Stone breaker, shatter stone, Meniran, memeniran, Zhen chu cao, ye xia zhu, Quebra pedra Eurphorbiacea

Famili

Kegunaan dan Khasiat Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam. Tumbuhan ini adalah penawar bagi penyakit karang hempedu. Dalamnya mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fitokimia yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran. Ia boleh digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Ia boleh memberhentikan cirit-birit, masalah ginjal, gonorrhea dan sifilis. Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal. Rujukan: a. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dukung_anak b. http://agromedia.mardi.gov.my/MEPIS/index.php/galeri-herba-2/55-dukung-anak 6. Pokok Pegaga Nama Saintifik Nama Lain

Centella asiatica (L.) Urban. Tapak Kuda(Indonesia), Indian Pennywort, Gotu Kola, Asiatic Pennywort Umbelliferae

Famili

Kegunaan dan Khasiat Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik. Selain itu, ia dapat merehatkan badan dan menambahkan ingatan. Seterusnya, ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit dan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas. Masalah lain yang dapat disembuhi: Pembengkakan Hati, Demam, Campak, Sakit Tekak, Batuk Kering, Asma, Brokitis, Pleuritis, Radang Mata Merah, Keputihan,Tekanan Darah Tinggi, Sakit Perut, Disentri, Cacing, BuasirTidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir, Keracunan Makanan, Batuk Darah, Muntah Darah, Busung. Rujukan: a. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Pegaga b. http://www.paulpenders.com/ppblog/?p=8799 c. http://www.forestry.gov.my/johor/index.php?option=com_content&view=article&id=157%3Ap egaga&catid=85%3Aherba&Itemid=120&lang=ms d. http://en.wikipedia.org/wiki/Centella_asiatica KAJIAN 2012 Hak Milik Josh, LRT. Hak Cipta Terpelihara M/S 3 drp 3

Anda mungkin juga menyukai