Anda di halaman 1dari 24

20 Koleksi Menu Berpantang 44

Hari
Siapa kata menu berpantang tidak menyelerakan dan membosankan? Jika
kena caranya, ia boleh dipelbagaikan dan menjadi menarik terutama mereka
yang baru pertama kali melalui fasa berpantang. Perlu diingatkan, ibu-ibu
perlu mendapatkan makanan yang berkhasiat supaya luka dalaman segera
sembuh, menegangkan dan mengembalikan keadaan badan seperti sebelum
bersalin sekaligus membantu ibu sihat luar dan dalam dengan baik.

Mengikut cara pantang orang lama, para ibu perlu mengelakkan pengambilan
makanan yang boleh mendatangkan gatal-gatal, terutama kepada mereka
yang bersalin secara pembedahan (caesarean) supaya luka di kawasan
tersebut tidak gatal dan bernanah. Antaranya ikan tongkol, keli, sembilang,
terubuk dan telur. Manakala menu berpantang yang sering disarankan kepada
ibu yang bersalin normal dan pembedahan adalah ikan merah, selar, tenggiri,
bawang putih, lada hitam, halia dan asam jawa.

Di bawah kami kongsikan 20 koleksi menu berpantang yang penuh khasiat


dan sihat yang boleh diikuti para ibu. Terpulang kepada kekreatifan masing-
masing untuk mengolahnya. Selamat mencuba!
1. IKAN TENGGIRI MASAK SINGGANG

Bahan-bahan :
1-2 ulas bawang putih

½ cm kunyit hidup

½ cm lengkuas muda

1 keping isi ikan tenggiri

1 sudu besar air asam jawa atau 1 keping asam gelugur

1 batang serai

Penyediaan :

Mayang halus bawang putih, halia dan lengkuas muda.

Ketuk serai.

Di dalam periuk, panaskan 1 cawan air dan masukkan kesemua bahan.

Setelah mendidih, masukkan isi ikan dan perasakan dengan garam dan
serbuk lada hitam.
2. IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan-bahan :
3 biji bawang merah

½ inci halia

3 keping isi ikan tenggiri

½ cawan air asam jawa

500ml air

Penyediaan :
Mayang halus halia dan bawang merah.

Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat.

Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Nota kaki :
Menu berpantang ini membantu melawaskan pembuangan air kecil dan
membekalkan sumber protein.
3. SUP LOBAK PUTIH

Bahan-bahan :
½ ekor ayam

1 batang lobak putih

2-3 ulas bawang putih

2-3 ulas bawang merah

½ inci halia

1 paket perencah sup sayur

1 kiub pati ayam

Penyediaan :
Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit
minyak.

Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup.

Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada
hitam dan garam.

Masukkan lobak putih yang dihiris bulat.

Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang,

Nota kaki : Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang


kerana membantu menambahkan kuantiti susu badan. Ia juga mampu
merawat masalah penghadaman, kencing tidak lawas dan darah tinggi.
4. IKAN TENGGIRI GRILL

Bahan-bahan :
1 keping isi ikan tenggiri

½ inci kunyit hidup

1 sudu kecil lada hitam

Sedikit garam

Penyediaan :
Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam.

Lumur pada isi ikan. Perap selama 1-2 jam.

Grill isi ikan sehingga masak.

Nota kaki :
Ibu-ibu amat digalakkan untuk mencampurkan lada hitam dalam
penyediaan menu berpantang mereka untuk memanas dan menyegarkan
badan. Malah ia juga membantu mengelakkan kembung perut pada bayi.
5. IKAN MERAH TUMIS BAWANG

Bahan-bahan :
1 keping isi ikan merah

1 cm halia muda

1-2 ulas bawang putih

Serbuk lada hitam

Penyediaan :
Gaul garam dan serbuk lada hitam pada isi ikan dan diperapkan seketika.

Dengan sedikit minyak, goreng ikan sehingga masak. Ketepikan.

Tumis bawang putih dan halia yang dihiris nipis dan masukkan isi ikan tadi.

Tabur dengan sedikit daun bawang.


6. SUP IKAN

Bahan-bahan :
Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri)

2 biji bawang putih

2 biji bawang merah

1 cm halia

Kayu manis, bunga lawang dan pelaga

Sup bunjut ikan

Lada hitam

500 ml air

Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis)

Penyediaan :
Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka.

Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan
sedikit minyak.

Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air
dan sup bunjut ikan.

Masukkan isi ikan dan sayur.

Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup.
7. KERABU PEGAGA

Bahan-bahan :
1 mangkuk ulam pegaga – dihiris nipis

2 biji bawang merah – dihiris nipis

1 ekor ikan – rebus dan diambil isinya

1 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu kecil kerisik

1 biji limau kasturi – ambil jusnya

Penyediaan :
Gaul kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan gula.
8. DAGING REBUS ASAM

Bahan-bahan :
1 mangkuk daging yang dipotong

½ inci halia

½ inci lengkuas

2 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sekeping asam keping

1 sudu kecil ketumbar – ditumbuk kasar

Sedikit serbuk lada hitam

2 mangkuk air
Penyediaan :
Halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih ditumbuk sehingga lumat.

Di dalam periuk, isi air dan rebus daging bersama bahan-bahan yang
ditumbuk.

Masukkan ketumbar dan asam keping.

Masak sehingga daging empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk lada
hitam.

Nota kaki :
Penggunaan asam keping dalam menu berpantang membantu
melancarkan sistem penghadaman si ibu dan mengempiskan perut
selepas melahirkan.
9. KARI IKAN TANPA SANTAN

Bahan-bahan :
2 keping isi ikan merah/jenahak

2 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

½ inci halia

Kayu manis, bunga lawang dan pelaga

2 sudu besar serbuk kari ikan

Air asam jawa

Halba

Daun kari

Air

Penyediaan :
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat. Tumiskan
bersama kayu manis, bunga lawang dan pelaga, halba dan daun kari.

Masukkan serbuk kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan air, isi ikan dan air asam jawa.

Perasakan dengan garam.


10. SERUNDING HALIA

Bahan-bahan :
Halia

Lada hitam – ditumbuk halus

Ikan bilis segenggam – digoreng

Bawang putih – digoreng

Garam

Penyediaan :
Halia disagat halus, diperah dan ditapis airnya.

Goreng halia dengan api sederhana sehingga garing. Toskan minyak.

Setelah itu, gaul sekali dengan ikan bilis goreng, bawang goreng, lada hitam
dan perasakan dengan garam.

Serunding halia boleh dihasilkan dengan banyak dan disimpan dalam bekas
kedap udara.
11. DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan :
1 mangkuk daging

½ inci kunyit

2 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

Lada hitam

Air

Penyediaan :
Tumbuk kunyit dan lada hitam. Gaul bersama daging dan perasakan sedikit
dengan garam. Perap selama 10-15 minit.

Masukkan daging ke dalam kuali. Letak sedikit air.

Masak daging sehingga air kering dan empuk.

Setelah daging masak, masukkan bawang putih dan bawanh besar,


12. SUP SAWI BERTAUHU

Bahan-bahan :
2 ikat sayur sawi

2 biji bawang merah

1 biji bawang putih

2 cawan air

2 ketul tauhu

Penyediaan :
Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak.

Masukkan air dan tauhu. Masak sehingga mendidih.

Masukkan sawi dan perasakan dengan garam dan sedikit serbuk lada hitam
13. JUS PEGAGA DAN MADU

Bahan-bahan :
2 ikat ulam pegaga

2 sudu madu

3 cawan air

Penyediaan :
Kesemua bahan direbus.

Apabila mendidih, tapis bahan-bahan tadi dan diambil airnya.

Boleh diletakkan sedikit madu.

Sesuai diminum sama ada sejuk atau panas.


14. SUSU KACANG BADAM

Bahan-bahan :
Segelas susu segar

7 biji kacang badam (disangai terlebih dahulu)

21 biji kismis

1 biji kurma

Penyediaan :
Kesemua bahan dikisar dan ditapis untuk diambil airnya.

Nota kaki :
Menu berpantang ini sesuai untuk membantu memperbanyakkan air
susu ibu.
15. LEMPENG OAT BEBAS GULA

Bahan-bahan :
1 cawan oat yang dikisar halus

1 cawan tepung gandum

Air

Penyediaan :
Campurkan oat dan tepung gandum serta sebatikan dengan air sedikit demi
sedikit.

Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.

Panaskan non-stick pan dan letak sedikit butter.

Sendukkan adunan ke dalam non-stick pan dan masak sehingga kekuningan.

Boleh dimakan bersama madu dan buah-buahan seperti strawberi atau epal.
16. IKAN KUKUS DENGAN HALIA

Bahan-bahan :
1 ekor ikan (siakap/merah/selar/jenahak) – disiang dan dibersihkan

5 biji bawang putih

2 inci halia

3 biji limau nipis – ambil jusnya

3 biji cili api

Air

Daun sup/ketumbar
Penyediaan :
Sediakan pengukus dan panaskan airnya.

Ikan diletak di dalam bekas tahan panas dan dilumur dengan garam dan
serbuk lada hitam sedikit.

Hiris halus bawang putih dan halia. Taburkan pada ikan dan kukus sehinga
separuh masak.

Masukkan sedikit air, cili api yang diketuk dan jus limau nipis.

Apabila masak taburkan dengan daun sup atau ketumbar.


17. CENCARU BAKAR BEREMPAH

Bahan-bahan :
1 ekor ikan cencaru

2 biji bawang putih

2 biji bawang merah

½ inci halia

½ inci kunyit

2 sudu besar serbuk kari

Penyediaan :
Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit.

Campurkan kesemua bahan yang ditumbuk bersama serbuk kari dan


lumurkan pada ikan.

Bakan ikan sehingga masak.


18. AIR HALIA MADU PANAS

Bahan-bahan :
50gm halia – buang kulit dan potong kecil

3 sudu besar madu

3 cawan air

Penyediaan :
Kisar halus halia bersama air.

Tapis bahan yang dikisar dan ambil airnya sahaja.

Kemudian masak di dalam periuk kecil sehingga air mendidih.

Untuk diminum, letakkan 3 sudu madu.

Nota kaki :
Air halia elok diminum ketika panas. Menu berpantang ini berkesan
untuk membuang angin di dalam badan.
19. IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM

Bahan-bahan :
1 ekor ikan haruan – bersihkan dengan air asam jawa dan dipotong kepingan.

3 biji bawang merah – dihiris nipis

2 biji bawang putih – diketuk

1 inci halia – dihiris nipis

1 keping asam keping

1 sudu besar lada hitam – ditumbuk kasar

2 cawan air

Penyediaan :
Di dalam periuk, masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan masak dengan api perlahan.

Perasakan dengan garam.

Nota kaki :
Ikan haruan dalam mana-mana menu berpantang amat baik untuk ibu
kerana ia mempunyai asid lemak dan asid amino yang membantu
menyembuhkan luka luar dan dalaman. Ia amat digalakkan diambil
ketika tempoh awal bersalin.
20. AYAM KAMPUNG MASAK STIM

Bahan-bahan :
¼ ekor ayam kampung

½ batang lobak merah

½ batang lobak putih

2 biji bawang putih

1 sudu besar minyak bijan

Daun bawang

Daun sup

Penyediaan :
Bawang putih dihiris nipis dan dicampur bersama serbuk lada hitam. Bahan ini
diletakkan pada ayam dan distim bersama lobak merah dan lobak putih.

Apabila ayam masak, perasakan dengan garam dan letakkan minyak bijan,
daun bawang dan daun sup

Anda mungkin juga menyukai