Anda di halaman 1dari 11

Resipi Pantang Untuk Isteri Saya Yang Tersayang.

IKAN TENGGIRI LADA HITAM KUKUS


BAHAN-BAHAN
3-4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa
CARA-CARA
Bersih isi ikan , mayang semua bawang , halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai . Susun
semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan . Masukkan sos tiram , garam
dan serbuk lada hitam . Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .
* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.

IKAN BAWAL / SIAKAP KUKUS HALIA


BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
garam
hirisan daun sup
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)
CARA-CARA
Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
Kemudian taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2
masak.
Setelah itu, masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis. Kukus lagi hingga masak.
Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi putih.

SUP IKAN MERAH


BAHAN-BAHAN
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Sup bunjut ikan Adabi
CARA-CARA
Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang
dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam
secukupnya. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

AYAM PANGGANG SELERA PANTANG


BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA-CARA
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak.
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.

5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.


6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.
Info
Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan selera makan.

KERABU PEGAGA
BAHAN-BAHAN
1 biji bawang merah dihiris
1 mangkuk daun pegaga (dihiris nipis)
2 sudu besar kerisik
1 sudu lada hitam dikisar
50gm ikan bilis disangai tanpa minyak dan ditumbuk
1 biji limau kasturi (diperah, ambil jus)
garam secukup rasa
CARA-CARA
Gaulkan semua sehingga sebati di dalam mangkuk.
Siap dihidangkan dan dimakan dengan nasi panas

IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM


BAHAN-BAHAN
Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir
dan dipotong kepingan.
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam
CARA-CARA
Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan
perlahankan api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan
dengan garam dan hidangkan.
Info
Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu
dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas
bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya
sembuh dalam tempoh 2 minggu.

SUP LOBAK PUTIH


BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Perencah sup sayur Adabi
CARA-CARA
1. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan 3 cawan air, rangka ayam, dan perencah sup sayur adabi.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.
Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas,
masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu
yang menyusu.

AYAM KUKUS CENDAWAN SHITAKE


BAHAN-BAHAN
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan shitake (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN DITUMBUK A
20gm halia
4 ulas bawang putih
BAHAN-BAHAN DITUMBUK B
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA-CARA
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka,masukkan cendawan shitake dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit.
p/s:cendawan mungkin boleh menyebabkan angin , jadi boleh olah sendiri ya tak letak cendawan
pun takpa

SUP SAYUR CAMPUR


BAHAN-BAHAN
500ml air
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa
Perencah sup sayur Adabi
BAHAN-BAHAN DIPOTONG
200gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi
3 helai daun kubis
BAHAN-BAHAN DIHIRIS
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih
CARA-CARA
1) Didihkan air dalam periuk secukupnya bersama sayur-sayuran.
2) Masukkan bahan hiris, lada hitam dan jintan putih.
3) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan perencah sup sayur adabi.

4) Bila sayur empuk,masukkan garam.


5) Kacau rata sebelum diangkat.
Info
Brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada
serangan kanser.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM


BAHAN-BAHAN
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah
CARA-CARA
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.

IKAN SIAKAP BAKAR


BAHAN-BAHAN
Seekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA-CARA
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
3. Panggang sehingga masak.
4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.

Anda mungkin juga menyukai