Anda di halaman 1dari 9

IKAN KUKUS KICAP BERHALIA

..................................................

BAHAN-BAHANNYA:

2 keping isi kan merah

1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus

2 inci halia muda, hiris halus

2 ulas bawang putih, hiris halus

5 biji bawang merah, hiris halus

1 pokok daun bawang hiris halus

4-5 biji cili padi, diketuk

1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2

Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

3 camca besar kicap cair*

1 camca teh sos tiram*

1/4 camca teh minyak bijan*

1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-

1. Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon. perap 10 minit, cuci bersih dan toskan.

2. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit.

3. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya,
tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak.

Hidangkan segera.

Memang mengancam masakan ni.


IKAN BAWAL KUKUS PEDAS

...............................................

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)

1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis

1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur

1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)

1 tangkai cili merah- hiris serong

3 tangkai cili api- ketuk

5 biji lada hitam- tumbuk halus

1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air

2 biji limau kasturi diperah airnya

sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan
semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama
15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.

2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.

* boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak
kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.
IKAN ASAM REBUS

-------------------------

Bahan-Bahan :

Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)

Tomato / kacang bendi / batang keladi

Serai - 1 batang (di ketuk)

Asam keping (3-4 keping)

Sedikit serbuk ikan bilis

Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar

Lada kering (8-10 batang)

Bawang merah besar - 1 labu

Bawang putih - 2 ulas

Belacan - setengah inci

Kunyit - setengah inci

Cara-cara :

1. Didihkan air di dalam periuk

2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.

3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.

4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)

sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Nama lain bagi masakan ini adalah "Lauk Malas".


SIAKAP STIM LEMON

--------------------------

1 ekor siakap

3 sudu besar jus lemon

1 batang serai dititik

Daun bawang

2 sudu besar sos ikan

1 sudu besar tepung jagung

1/2 biji tomato, hiris nipis

1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan hiris halus:

2 inci halia

3 ulas bawang putih

1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.

Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan
bawang putih.

Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.

Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan
sedikit gula.

Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.

Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.

Kukus kembali selama 5 minit.

Angkat dan hidangkan.


IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG

........................................................

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung

2 batang serai (dititik)

1 biji bawang besar*

3 ulas bawang kecil*

2 ulas bawang putih*

1 inci kunyit hidup*

sedikit halia*

sedikit air asam jawa

1 biji tomato (dibelah 4)

garam secukup rasa

air secukupnya

Cara memasaknya:

1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan

Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa

serta air secukupnya ke dalam periuk.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam.

Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api

masukkan buah tomato.

3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk

dihidangkan.
SUP KEPALA IKAN MERAH

.............................................

Bahan-Bahannya

1 Ketul kepala ikan Merah

2 biji cili merah dihiris nipis

2 biji tomato dibelah dua

3 labu bawang putih

4 ulas bawang merah

2 inci halia

2 batang serai di ketuk

1 keping tauhu dipotong dadu kecil

Sedikit garam secukup rasa

Daun sup dan daun bawang

1 pek sup bunjut

Sedikit rempah sup adabi

CaraPenyediaannya

1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih

2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut, sedikit rempah sup dan cili
ke dalam periuk.

3. Masukkan tauhu dan tomato dikuti garam

4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.

5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup

sebelum dihidangkan.
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN

...........................................................................

Bahan-bahan :-

ikan kembung yg telah dibersihkan

air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)

garam, perasa

1/2 biji bawang besar - potong dadu

1 biji tomato - potong dadu

1 biji lada besar - hiris halus

Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana

1/2 cawan asam jawa

2 sudu besar gula

sedikit belacan

asam limau (optional)

Cara-caranya

1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.

2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.

3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan.Perahkan asam limau.

Ini memang terbaik kalau makan dengan nasi putih ni.


SUP TELUR & CENDAWAN

............................................

Bahan-Bahannya

5 biji kentang sederhana besar 4 ulas bawang putih, diketuk


6 - 7 kuntum black fungus, rendam sampai 6 biji bawang merah, dihiris halus
kembang 1/2 camca teh serbuk lada hitam
4 - 5 keping fucuk, rendam hingga lembut 1 ketul kiub pati ikan bilis
30 - 35 tangkai "kincam" 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit,
1 cekak soo hoon, potong dan rendam toskan dan tumbuk kasar
4 - 5 biji telur Garam secukup rasa

Bahan Hiasan

Hirisan daun bawang

Hirisan daun sup

Bawang goreng

Cara membuatnya :

1. Kentang dikupas, potong 4 setiap biji, cuci dan rendam, cendawan dibuang pangkalnya dan potong2,
fucuk dikerat2 kecil dan kincam disimpul setiap satu, cuci dan toskan. Ketepikan.

2. Panaskan air (anggaran 1 liter) & masukkan bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk
hingga wangi. Masukkan kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.

3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi. Masak hingga telur masak dan tidak
pecah. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.

4. Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu.

5. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api.
Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN
..........................................................

AYAM:-

1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.

2. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam
ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.

4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering. Perap
daging paling kurang selama 1 jam.

6. Bakar daging sehingga masak.

MUSHROOM SOS:-

Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-

1. Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.

3. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.

4. Masukkan sos carbonara.Tambah air.


Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa.Tutup api.

Hidangan ini sangat disukai anak anak dan suami anda. Silap silap encik hasben dah taknak beli minyak, hari
hari masak ini je.

Anda mungkin juga menyukai