Anda di halaman 1dari 5

MAAJUN HABBATUS SAUDA.

1. "...khasiat jintam hitam. jika ditumbuk sehingga hancur dan dicampurkan madu yang dibubuh ke dalam air hangat lalu diminum dapat mengubati penyakit batu karang..." ~ fajarsiang@yahoo.com 2. jintam hitam jika diekstrak menjadi minyak sangat berhasiat untuk kegunaan luar. jika di minum, pengguna hendaklah campurkan setitik dua sahaja dalam minuman. jika terlebih dos (satu sudu teh) akan membawa maut. ~ MNA, MARDI serdang.

Cara Membuat: 200gm jintan hitam di goreng kering atas kuali (tanpa minyak). apabila terbit bau, keluarkan dan kisar menjadi serbuk. pindahkan ke dalam mangkuk dan campurkan 2-3 sudu madu. campuran akan

1|P A G E

menjadi berketul-ketul dan melakit. uli dengan tangan dan buat biji-biji kecil sebesar biji lada hitam (atau besar sedikit). simpan di dalam botol kedap udara. ambil beberapa biji 3,4,5,6,7 sehari.

khasiat: menurunkan darah tinggi dan kolesterol dalam darah. pengambilan selama 2 minggu insyaallah akan menunjukkan kesan yang signifikan.

~ sheik

KAEDAH RAWATAN TRADISIONAL Setiap penyakit itu ada ubatnya. Jadi untuk memastikan keberkesanannya atau mujarabnya sesuatu ubat itu , kita perlu mengetahui bagaimanakah kaedah perawatan sebenar dengan ubatan tersebut. Maka barulah kita dapat mengetahui dan menilai keberkesanannya. Begitu juga dengan penggunaan Nigella sativa ini ada kaedahnya yang tersendiri di dalam merawati sesuatu penyakit.

1)Masalah : Perut kembung ( bayi baru lahir ) Rawatan : Nigella sativa dibungkus dengan kain dan ikat ( punjut ). Bungkusan ini Dipanaskan di atas api pelita dan tuam pada bahgian perut , betis , tapak kaki dan juga buah zakar sekiranya bayi lelaki. Ini dilakukan setiap kali selepas mandi , selama 40 hari. Ia merupakan amalan masyarakat di negeri Perak. Manakala di sesetengah tempat , bijian atau jintan hitam ini ditumbuk halus kemudian dijadikan bungkusan kecil empat segi dan dijahit rapi. Bungkusan tersebut diletakkan di atas pusat bayi , sebelum perutnya dibarut. Selain daripada dapat menghindarkan perut kembung boleh mengecutkan pusat bayi dan pusat tidak membonjol. ia juga

2|P A G E

2)Masalah : Perut kembung ( orang dewasa ) Rawatan : Jintan hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit pasir sungai. Campuran tersebut dipanaskan seketika sebelum dibungkus dengan kain dan kemudian ianya dituam pada bahagian perut. Bungkusan tersebut juga boleh dituam pada bahagian badan yang tertentu untuk mengubati sengal sengal tulang , sakit kepala dan kecederaan di bahagian hidung. 3)Masalah : Penyakit angin, rasa loya, lenguh lenguh badan dan sakit kepala Rawatan : Jintan hitam ditumbuk , kemudian direbus dan airnya diminum. Rawatan ini juga dapat menurunkan suhu badan ketika demam , menyembuhkan luka luka termasuk di bahagian usus , mengubati batu karang dan kencing manis. 4)Masalah : Resdung Rawatan : Jintan hitam ditumbuk , kemudian dibungkus dengan kain. Bungkusan ini dihidu ( sedut ) berkali kali secara berterusan. Kaedah ini baik untuk melegakan selsema dan melancarkan pernafasan. 5)Masalah : Ruam bernanah Rawatan : Ambil sedikit jintan hitam ( anggaran dua sudu besar ) direbus bersama beberapa tangkai daun bunga tanjung. Kemudian air rebusan ini ini diembunkan satu malam. Keesokannya keluarkan daun bunga tanjung , tapis dan air rebusan tersebut digunakan semasa mandi. Ianya perlu dilakukan berulang kali sehingga ruam bernanah tidak timbul lagi.
Amalan mengambil habbatus sauda secara berterusan menyebabkan kesihatan yang berpanjangan. ANTARA KEBAIKANNYA IALAH : MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk MENINGKATKAN IMUNISASI mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit
3|P A G E

ANTI INFLAMASI mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi) SALURAN PERNAFASAN melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi), ANTI HISTAMIN mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma ANTI BAKTERIA mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil ANTI ARTHRITIS lihat Anti Inflamasi PENYAKIT WANITA membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan SALURAN PERKUMUHAN merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun) MENINGKATKAN DAYA INGATAN mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan MERAWAT TENAGA BATIN impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita) MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI TUMOR) sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lainlain. MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA Seperti suplemen lain, habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.

4|P A G E

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya. Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Habbatus Sauda merupakan tumbuhan yang paling banyak unsur senyawa.

Nigella Sativa yang lebih dikenali sebagai Jintan Hitam / Habbatus Sauda, telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu di Timur Tengah sebagai penawar bagi membekalkan nutrisi kepada sistem pertahanan tubuh. Secara semulajadinya, ia bertindak di atas prinsip membantu tubuh di dalam proses penyembuhan pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan pada tahap fizikal, mental, emosi bahkan spiritual. Kombinasi nilai nutrisi dan perubatan jintan hitam / Habbatus Sauda bukan sahaja membantu melegakan kesakitan dengan segera, bahkan turut meningkatkan keupayaan tubuh bagi melawan sebarang serangan penyakit atau jangkitan. Rahsia Jintan Hitam / Habbatusa Sauda terkandung di dalam sifat-sifat penyembuh utamanya lebih menarik dibentangkan melalui hasil kajian dan penemuan terkini. Ia bukan sahaja memiliki nilai nutrisi bahkan juga menguatkan sistem imun, antialahan, anti-ketumbuhan, anti-bakteria, anti-keradangan selain daripada merangsang antibiotik semulajadi. Jintan Hitam / Habbatus Sauda boleh juga diambil sebagai penawar kepada batuk, asma, diabetes, cirit-birit, sakit telinga, kesakitan mata, senak perut, keguguran rambut, sakit kepala, demam, hipertensi, insomnia, kesakitan otot, rasa loya dan muntah, alahan kulit dan sakit gigi.

5|P A G E

Anda mungkin juga menyukai