Anda di halaman 1dari 17

Rawatan jika anak demam panas melampau.

Langkah 1. Sebelum itu bawa anak ke klinik yang berdekatan atau tampal dahulu
dengan "coolfever". Jika tidak "jelum" kepalanya dengan tuala yang direndam dengan
air. Air itu dimasuk sedikit asam jawa. Jelum sampai hilang panas dikepala.

Langkah 2. Bacakan doa-doa berikut:

1. Al-Fatihah (1x).
2. Ayat Kursi (1x).
3. Doa Demam Panas (3x). Dibaca pada air kosong dan diberi minum.

Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan


dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan
kejahatan kepanasan api"

DOA DEMAM PANAS


Terima kasih kepada idazuan yang sudi berkongsi doa demam panas. Berikut
ialah screenshot yang diambil dari buku Indahnya Hidup Bersyariat, tulisan Ustaz
Ismail Kamus.
Foto Kredit: idazuan.blogspot.com/2014/06/doa-demam-panas.html

Rawat Demam Panas dengan Doa


Salam Ukwah..

Sekarang musim demam eh? kami anank-beranak kena demam selsema minggu lepas..
Shukur dah sihat semua. Ni adik susuan Arash.. si Pearl admitted kat spital demam dan
kahak.. sian Pearl. dah 3 hari dah..
moga Pearl cepat sembuh.. aminn..

Dulu masa Iskandar kecil dia memang selalu demam. Boleh dikatakan tiap bulan. Masa
tu aku heran gak la aku bagi susu badan yang kaya dengan antibodi tapi kenapa Iskandar
mudah kena demam. Aku rasa sebab ilmu penyusuan aku masa tu tak cukup. Orang kata
tak abis belajar hahahah.. yela aku hanya bagi bekalan susu beku semata-mata masa
hantar kat pengasuh.. sepatutnya bagi 60 % susu perahan segar dan lg 40 % tu baru susu
beku. Susu beku nikan dah kurang separuh dia punya antibodi. aku tatau time tu
hahahha.. Tapi apapun walaupun susu perahan beku, masih lagi berganda khasiat dia
daripada susu formulakan.. Tula agaknya sebab Iskandar ni mudah kena penyakit.. asik la
demam. Aku siap kena sound dengan boss je.. biasa la jenis boss tak paham kan cenggitu
la..

Izz masa umur setahun demam. Tuala basah mesti letak atas kepala je..

Tapi kalau la aku tau ada ruqyah/ doa yang boleh kita amalkan untuk merawat demam ni
mesti aku dah buat time tu. Ni aku baru tau.. tu pun mak aku bagi tau ( love u mak..
mmmmuahhh) suruh baca doa Nabi Ibrahim masa kena bakar dulu untuk turunkan suhu time
Arash demam ritu. Lepas tu baru teringat nak tanya pakcik Google pasal Perawatan Demam
kaedah Islam.. Aku percaya ada mesti ada cara perawatan Islam. So membawa aku ke blog
saudara ini http://murabbiy.wordpress.com/2010/12/23/doa-bagi-merawat-demam-panas-2/

Terima kasih kepada beliau berkongsi doa dan tips ni.


Tengok muka mak budak yang sakit.. muka tak boleh blah.. mengalahkan orang sakit.. yela anak sakit mak kena
berjaga malam, mata panda.. tengok dah macam zombie.. :p

eee muka 6 tahun yang lalu.. muka muda. rasa cam dah berusia sangat aku ni skang

Aku dah try dua kali. Alhamdulliah berkesan. First time sebulan yang lepas. Time aku
aku kena jadi emcee dinner opis. Sekali En. Arman call kata Iskandar dah gigil-gigil.
Memang dia demam masa tu. tapi dah bagi ubat demam aku ingat ok la. rupanya
temperature dia terus naik sampai gigil. Aku rashing balik, ambil air, asam jawa aku ,
tenyeh-tenyeh asam dengan air dalam besen dan air mineral aku baca la doa untuk
demam masukkan sebahagian dalam air asam jawa tu, sebahagian lagi sapu muka dan bg
minum. Air asam tu aku jelum kepala Iskandar.. banyak kali juga la ganti dan rendam
tuala tu.. dan syukur esok pagi dengan izin Allah dah reda panas dia dan terus boleh
bersilat ultraman balik. hehehe. Arash pun ada deman ritu dan aku buat kaedah yang
sama.. syukor berkesan juga. yang penting kita kena yakin. Tapi ubat demam kenala
makan juga ye puan-puan.. kira kita kasi bergabung la kaedah Islam/Lama dan moden..
gitu..
Eh lupa nak cakap. Aku buat ruqyah ni sebagai tambahan kepada ubatan yang doktor kasi
tau. Apapun kalau anak demam bawa pi klinik, makan ubat yang doktor kasi dan sambil
tu boleh la buat perawatan secara Islam jugak.

Demam tapi still aktif.. :)

Langkah #1: Sediakan bahan berikut:


1. Air mineral
2. Besen kecil
3. Tuala muka
4. Ais
5. Baldi kecil
Langkah #2: Bacakan rangkaian doa berikut
1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)
Sambung dengan doa berikut;
4. Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)

Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah
kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)
atau;
. Doa demam panas (1x)

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang
Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada
kejahatan panas api neraka.

Kesemua rangkaian doa tersebut.

Langkah #3: Proses rawatan


1. Setelah selesai membaca doa hembus pada air mineral (air zam-zam lagi
bagus) sehingga habis nafas.
2. Masukkan air yang telah didoakan ke dalam besen kecil. ( Aku letakkan
sekali asam jawa aku campur kaedah perawatan Islam dan petua orang
Melayu lama)
3. Rendam tuala ke dalam besen yang berisi air doa.
4. Tuam tuala tadi ke anggota badan pesakit bermula dengan celah jari kaki
kemudian di belakang lutut, celah paha, celah ketiak, leher, tengkuk dan jelum
kepala (gunakan kain yang lain).
Langkah #4: Usaha tambahan
1. Mandi seperti biasa mesti dilakukan (pagi & petang)
2. Jika panas berterusan;
a. masukkan air doa ke dalam baldi kecil (mesti didahulukan)
b. masukkan ais
c. Rendam kaki pesakit ke dalam air yang berisi ais
d. Pantau suhu badan pesakit
3. Dapatkan rawatan doktor
Nota editor:
1. Langkah tersebut dilakukan adalah sebagai ikhtiar awal sebelum pesakit
mendapat rawatan daripada doktor
2. Sekiranya air doa sudah berkurangan, ia boleh ditambah dengan
memasukkan air mineral (bukan air masak)

Author: Darussyifa Bandar Baru Salak Tinggi | 11:32 | No comments |


Penyebab demam biasanya berkaitan jangkitan kuman, seperti virus yang meyebabkan selsema, sakit
kerongkong atau demam denggi, jangkitan bakteria seperti radang paru-paru, sakit telinga, batuk
kering atau jangkitan saluran urinari. Demam juga boleh berpunca dari penyakit sendi (arthritis), gout,
ubatan tertentu atau gangguan sistem imunologi.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah RA: Maksudnya;

Terjemahan
“Demam itu merupakan ledakan daripada neraka, maka sejukkanlah ia dengan air”
(al-muwatta)

Justeru, bagi pesakit demam panas hendaklah sentiasa menyejukkan diri dengan mandi atau dilap
badan dengan air. Manakala bagi bayi dan kanak-kanak disarankan memakai pakaian nipis, berkipas
dan sentiasa minum air secukupnya.

Gambar Hiasan

1) Kaedah dan Rawatan Demam Panas:

Rawatan penyakit demam panas ialah dengan menggunakan air yang telah didoakan untuk diminum
dan mandi.
Mandi sebaiknya dilakukan pada waktu petang antara asar dengan maghrib. Tidak digalakkan mandi
pada waktu tengahari.

Cara mandi yang disarankan dan telah menjadi amalan orang-orang tua dahulu adalah memulakan
mandi bermula dari bahagian bawah, dengan;

1) Membasahkan kaki terlebih dahulu


2) Diikuti lutut,
3) Pinggang
4) Seterusnya naik sampai ke kepala.

Setelah selesai mandi, jadikan air yang telah didoakan sebagai bilasan terakhir dan biarkan air itu
kering sendiri tanpa dilap. Kaedah mandi seperti ini juga dapat elakkan dari penyakit Sakit Kepala.

Kombinasi doa yang dibaca dan ditiupkan pada air tersebut ialah:

i. Surah Al-Fatihah ( Penawar Seribu Guna)

ii. Ayat Pemecah Kebuntuan (Surah al-Hasyr ayat 21 – 24)

iii. Doa Rawatan Demam Panas


iv. Doa Penyejuk

2) Kaedah Tambahan Rawatan Penyakit Demam Panas

Terdapat juga beberapa kaedah tradisional dalam merawat demam panas antaranya dikenali dengan
jaram. Ada 2 cara menjaram;

a) Bagi Kanak2 / Bayi

Memastikan kanak2/ bayi sentiasa sejuk dengan meletakkan kain putih yang basah di dahi dan
sentiasa menukar kain tersebut apabila kering. Selain itu sentiasa mengelap bahagian celah ketiak
dan celah kelangkang selang beberapa minit atau setiap kali kering

b) Bagi Orang Dewasa

Digantung bekas air atau baldi seterusnya dititiskan air pada dahi pesakit yang berbarung secara
berterusan pada waktu malam. Air tersebut telah dicampur dengan pelbagai daun herba seperti daun
mengkudu, inai, daun gandarusa dan buah delima.Boleh juga dicampur dengan rias (bahagian
tengah) pokok pisang (sebaiknya pisang raja)

3) Satu Lagi Kaedah Guna Pucuk Daun Pisang


Satu Lagi Kaedah Guna Pucuk Daun Pisang yang Masih Bergulung, pesakit dibaringkan di atas pucuk
daun yang dihamparkan.

Kemudian dihamburkan air menggunakan mulut bermula dari kaki ke atas. Kemudian pesakit
diselimutkan dengan kain putih yang nipis lalu dilakukan cara yang sama seperti tadi.

Setelah 5 minit, angkat kain perlahan-lahan dan tudung semula ke tubuh pesakit dan diulang kaedah
tadi. Lakukan berulang-ulang sehingga suhu badan pesakit turun.

Sumber:
Rawatan Penyakit-penyakit Jasmani (II) (Edisi Rintis) Darussyifa'

Amalan / Doa Untuk anak yang sakit Panas Tinggi


Adapun Doanya sebagai berikut:

amalkan ketika anak demam


Parents, kalau anak demam, amalkan bacaan Al-Fatihah (1x), ayat kursi (1x), doa
demam panas (3x). Dibaca pada air kosong & bagi anak minum.

Doa demam panas "Dgn nama Allah Yg Maha Besar, aku memohon perlindungan dgn
Allah Yg Maha Agung drpd kejahatan urat & kejahatan kepanasan api".

Juga boleh amalkan bacaan Bismillah Lima. Baca & hembus pada air 19x, kemudian lap
badan anak dgn air tersebut sambil selawat.

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim


2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu'aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'I wa huwas
samii'un 'alim

Bismillah Lima blh juga digunakan dgn cara letakkan tangan kat tempat sakit, baca
Bismillah Lima 7x & tiup tempat sakit.

Tadi Rizqy demam, ku amalkan kesemua di atas, Alhamdulillah dah ok dah dia. Hope
berterusan, InsyaAllah..

Bismillah Lima & Khasiatnya

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

2. Bismillahish Shaafii

3. Bismillahil Kaafii

4. Bismillahil Mu’aafii

5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas
samii’un ‘alim

* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan

* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan

* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik


* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu
pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Antara fungsi Bismillah 5 ni:

*penawar bisa diri

*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

*penawar bisa-bisa badan

*penawar bisa batu merian

*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Cara menggunakan Bismillah 5 :

1.Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di
tempat yang sakit.

2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-
ubun bayi.

3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan
air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat. (Mama.Wafi dah pernah cuba masa Wafi
demam dan Alhamdulillah, dengan izin Allah, sembuh demam Wafi itu.)
Kesan Sampingan:

Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun


menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang
dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya
jika kandungannya mengandungi racun.

Selawat Syifa’ Dan Kelebihannya

130 Votes
Selawat Syifa Dalam Rumi
(BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM. ALLAAHUMMA SALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN
THIBBIL QULUUBI WA DAWAA-IHAA WA ‘AAFIYATI ABDAA NI WA SYIFAA IIHA. WA NUURIL
ABSHAARI WA DIYAAIHAA WA ‘ALAA AALIHII WA SHAHBIHII WA BARIK WA SALLIM).
KHASIAT SELAWAT SYIFA’
1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
Baca 21x dan hembus dalam air. Minum air tersebut dan sapu di tempat yang sakit.
2. Meransang minda kanak-kanak
Baca dan hembuskan ke kepala anak semasa mereka tidur. Boleh juga baca pada kismis
dan beri anak makan sehari 3 biji.
3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
Baca 3 kali dan tarik nafas dalam2. Ulang sebanyak 3 kali. Boleh juga hembus perlahan2
pada orang yang sedang marah.
4. Memupuk kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak, memupuk rasa
cinta di antara suami dan isteri.
Amalkan sebagai zikir ketika sedang menyapu rumah dan ketika memasak makanan
untuk keluarga anda.
Advertisements

AS-SYIFA' : ANAK DEMAM PANAS Bagi pasangan suami isteri kebanyakan pernah
merasai betapa susahnya menjaga anak yang mengalami demam panas. Saat suhu
badan anak melepasi paras 38 darjah celcius selepas diukur dengan alat pengukur
demam maka perasaan runsing dan risau serta penuh pengharapan untuk melihat anak-
anak mereka kembali normal seperti hari yang sebelumnya. Pengalaman menyediakan
ubat bontot, mengelap badan anak setiap masa, memandikan anak diwaktu dinihari
adalah ikhtiar ibubapa untuk mengelakkan suhu badan anak menjangkau suhu yang
terlalu tinggi. Itulah kepentingan ilmu asaS pengubatan anak-anak sangat penting
kepada ibubapa. Berdasarkan pengalaman, disaat suhu badan anak melebihi 39 darjah
celcius, maka ibubapa pasti akan membawa anak mereka ke wad kecemasan dengan
harapan usaha mereka akan dibantu para doktor yang pakar dalam bidangnya. Tapi apa
yang terjadi ialah, hanya jururawat yang terus sahaja memandikan anak mereka dalam
suasana yang biasa bagi mereka dengan tujuan untuk mengelak suhu badan anak terus
menjadi naik,ibubapa yang runsing terpegun sambil berdoa agar anak mereka sembuh
seperti biasa. Akhirnya dengan izin Allah sembuhlah anak mereka menggunakan
kaedah tersebut. Pengalaman ibubapa mungkin tidak sama antara satu sama
lain.Namun begitu dalam bidang pengubatan Islam, terdapat cara yang boleh kita
amalkan serta ikhtiarkan untuk merawat penyakit demam panas ini seperti berikut :-
DOA YANG DIBACA 1. Al-Fatihah 2. Selawat Syifa' 3. Ayat 21 hingga 24 surah al-
Hasyr 4. Doa demam panas , "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah
daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka"
KAEDAH RAWATAN Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan
atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan
dengan sebahagian air ini.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Doa dan Amalan Untuk Menurunkan


Demam Panas
Sebelum cuba mengambil ubat paracetamol ( Acetaminophen) 500mg (ubat ini utk org
dewasa). Bolehlah cuba dibaca ayat-ayat dan doa dibawah untuk
mengurangkan/menurunkan panas badan akibat demam (samada kanak-kanak atau
dewasa). Sila cuba amalan berikut:-

1- Baca surah al-fatihah (sekali)

2- Baca selawat syifa (sekali)


3- Baca doa ini ( Jangan lupa baca Bismillah)

Ertinya : "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dengan
Nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh
yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka

***** Caranya:- Dihembuskan kedalam segelas air dan diberi minum kepada pesakit.
Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini..

esungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang


hamba bahawa ia memerlukan Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak
memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah
sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang
nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita
dilakukan diterima olah Allah S.W.T.
Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala
yang mengasihani..
wallahua'lam...

Sumber : Ust Hanafi

Rawatan Anak Demam Panas


Ambil Daun Bunga Raya.Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun
bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan
sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.
Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya.
Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan.
Biarkan seharian.

Atau Juga boleh mencuba cara yang berikut:


Ambil sesenduk bijirin barli dan rebus,minum airnya beberapa kali agar
panas badan dapat dikurangkan.
atau

Pucuk muda daun sungkai - UmmAbdrahmaan@Flickr

1. Ambil beberapa helai daun sungkai.

2. Kisar daun tersebut untuk dibuat jus.

3. Campurkan jus tersebut ke dalam air mandian anda.

4. Mandi dengan air mandian ini dikatakan mampu mengurangkan suhu


badan anda.
Sumber
Atau

Anda mungkin juga menyukai