Anda di halaman 1dari 5

Wajar dikawal dari awal.

sebelum merebak

Merawat barah secara doa


Oleh PROF. DR. HARON DIN Klinik Darussyifa', Bangi.

A surgically resected ovarian tumor http://www.cancersafe.com/cancersafe/cancers/ovarian.asp SEPERTI yang diterangkan dalam rencana siri pertama rawatan barah pada minggu lalu, penyakit berbahaya ini merupakan satu penyakit yang dianggap sebagai "pembunuh paling kejam" dan menyerang tanpa memilih siapa dan berapa usia mangsanya. Pada peringkat awal serangannya iaitu dalam bentuk kelenjar dan bengkak yang boleh dikaitkan dengan gejala barah, ia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah air liur basi yang dibasahkan pada bahagian jari telunjuk dan ibu jari ditekan pada bengkak dan kelenjar yang biasanya kedapatan pada bahagian-bahagian tertentu di badan. Bagi kanak-kanak pula, kaedah rawatan tersebut boleh dibuat untuk menghapuskan bengkak dan kelenjar yang selalu tumbuh di bahagian leher yang dikaitkan dengan nama "ibu sawan . Setelah diambil air liur basi di bahagian tepi bibir dan langit-langit, maka ibu jari yang ditemukan pada jari telunjuk itu bolehlah ditekankan pada bahagian kelenjar atau bengkak secara perlahan-lahan dan lama-kelamaan dikuatkan iagi tekanan itu. Bacaan ketika mengamalkan rawatan ini ialah: 1. Al-Fatihah dengan amalannya harus dibuat dengan kaedah pembacaan di mana bermula daripada Bismillah hingga akhir ayat itu dibaca dengan .hanya satu nafas dan berhenti pada tiap-tiap ayat tanpa menarik nafas. 2. Setelah selesai bacaan hendaklah ditiup pada ibu jari yang sudah basah dengan air liur basi tadi dengan disertai bacaan selawat Syifa' atau seku-rang-kurangnya selawat Tahyat. Selawat juga hendaklah dibaca dengan hanya satu nafas dengan tujuh kali bacaan dan hendaklah berhenti tanpa mengambil nafas pada setiap kali selesai satu bacaan. Selepas itu ibu jari dan jari telunjuk itu dipicit dan ditekan secara berputar-putar pada bahagian yang didapati ada ketumbuhan kelenjar atau bengkak. Amalan ini sekiranya dilakukan dengan sabar, insya-Allah akan menyembuhkan sakit. Sekiranya kaedah itu tidak berkesan atau tidak pulih sepenuhnya sama ada kerana caranya kurang betul atau penyakit terlalu degil maka bolehlah dicuba kaedah kedua. Penyakit yang degil sukar disembuhkan Sukalah saya ingatkan bahawa kedegilan penyakit yang menyerang manusia sama seperti apa yang ada dalam kehidupan manusia di mana ada antara kita yang sikapnya agak degil. Penyakit ada kalanya begitu juga. Setelah menyerang manusia, ia amat sukar untuk disembuhkan. Kelenjar atau bengkak yang degil elok dirawat dengan menggunakan kaedah kedua. Dapatkan madu lebah asli dan kapur sirih, di mana kapur diambil dengan kaedah yang sama seperti menggunakan cara air liur basi tadi. Kenakan kapur pada bahagian i bu jari dan jari telunjuk dan bacalah bacaan seperti yang digunakan dalam kaedah pertama tadi. Setelah itu kapur disapu pada bahagian yang terkena kelenjar atau bengkak tadi. Kalau bengkak atau kelenjar itu didapati agak besar maka eloklah digunakan kapur yang lebih banyak.

Selepas disapu kapur di bahagian yang hendak dirawat ambillah madu lebah. Cara menggunakan madu lebah sama seperti cara menggunakan kapur tadi iaitu dibaca ayat menurut kaedahnya dan kemudian madu lebah disapu di bahagian terkena kelenjar atau bengkak. Ini bererti madu lebah disapu pada bahagian yang sudah disapu kapur. Setelah disapu madu lebah eloklah dibiarkan selama enam jam atau lebih. Lakukan sewaktu belum tidur dan bersihkan pada keesokan hari setelah bangun pagi. Kalau dibuat pada sebelah pagi pula, bersihkan pada sebelah petangnya. Seandainya cara kedua ini masih gagal mem-berikan kesan pada bengkak atau kelenjar tersebut anda jangan mudah berputus asa kerana ada satu Iagi cara yang boleh dipraktikkan sebagai pilihan yang seterusnya. Cara ketiga ialah dengan menggunakan bahan -bahan berikut: 1. Pokok rumput sambau. Rumput ini tabiatnya tumbuh di tepi jalan secara sejambak dan di pucuknya ada bunga. Seelok-eloknya dicari rumput sambau yang belum dipijak atau dijamah binatang. Pokok rumput sambau ini dibersihkan termasuk bahagian akarnya sekali. 2. Kapur sirih daripada kulit kerang (bukannya kapur cap kulit kerang) iaitu kapur yang diproses daripada kulit kerang. 3. Mangkuk serba putih yang juga dipanggil mangkuk Cina (bukan mangkuk kristal) yang tidak bertulis apa-apa perkataan atau dilukis dengan apa-apa lukisan. 4. Air bersih. Kesemua bahan ini hendaklah didoakan terlebih dahulu dengan memohoh pada Allah agar disembuhkah penyakit barah atau kelenjar dan bengkak yang mungkin menjadi barah. Baca: 1. Al-Fatihah dalam satu nafas dan berhenti pada setiap ayat. 2. Surah Al-Ikhlas sebanyak empat kali dan habiskan dalam hanya satu nafas. 3. Baca ayat 1, 2 dan 3 daripada surah Al-Qalam. Setelah selesai membacakan ayatayat ini tiupkan pada air. Ramuan hanya untuk tiga hari Ambil kapur sebanyak tiga sudu air dan masukkan kapur tadi ke dalam mangkuk putih dan campurkan enam sudu air. Kesemua bahan tadi dibancuh supaya larut dan sebati dengan menggunakan rumput sambau sebagai alat pembancuh. Gunakan rumput sambau yang sudah dibasahi adunan kapur dan air tadi lalu disapu pada bahagian yang terkena serangan yang disyaki barah (kelenjar dan bengkak) tadi. Bagaimanapun pada barah yang sudah pecah jangan sesekali menggunakan bahan ini. Rawatan ini hendaklah diulangi dan gunakan rumput sambau tadi sebagai bahan penyapu dan sebaik-baiknya dijalankan tiga kali sehari. Sekali ramuan dibuat gunakan hanya untuk tiga hari sahaja kerana selepas waktu itu ramuan kapur dan air tadi akan mengeluarkan bau yang kurang enak untuk dihidu oleh pesakit. Air yang didoakan tadi pula hendaklah diminum dan disapu pada bahagian yang disyaki barah. Di samping itu pesakit juga disyorkan supaya bersembahyang hajat pada malam hari dan mengadu pada Allah untuk memohon kesembuhan. Doa boleh dibaca dalam bahasa Melayu untuk merayu pada Allah dan dengan ikhtiar rohani serta fizikal tadi, insya-Allah penyakit akan dapat disembuhkan. Di samping itu banyakkan amalan membaca Al-Quran.

DEMAM SAWAN Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan sert kaki dan a tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya . Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad . Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis . Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium . Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan . Punca demam sawan Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda- tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) . Untuk mengelakkan sawan , suhu badan bayi - bayi dan kanak - kanak mestilah diturunkan . Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang bolh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktordoktor. Aspirin adalah sangat berkesan untuk menurunkan suhu badan tetapi tidak digemari oleh kebanyakan pakar kanak -kanak kerana ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan ubat ini boleh meninggikan risiko untuk seseorang bayi atau kanak -kanak itu mendapat penyakit yang dipanggil ' Reye' Syndrome ' . Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk selsema dan demam walaupun tidak tinggi . Adakalanya penyakit ini bermula dengan muntah dan cirit . Setelah beberapa hari tanda -tanda ini mungkin surut tetapi biasanya dengan tiba -tiba keadaan berubah menjadi lebih tenat dimana kanak -kanak itu mengantuk atau tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami sawan walaupun suhu badannya tidak tinggi . Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal . Saya ingin menegaskan bagaimana pentingnya ibu bapa tidak memberi Aspirin kepada anak -anak kecil . Adakah demam sawan itu merbahaya ? Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang

tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu . Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku . Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak-kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy . Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit . Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor . Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktordoktor menjalankan proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanakkanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis . Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak-kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun . Ada doktor -doktor yang menyarankan supaya ubat seperti phenobarbitone digunakan pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kanak -kanak itu mendapat demam sawan sekali lagi . Adalah disarankan supaya phenobarbitone diberi pada setiap malam hingga usia kanak -kanak itu lebih dari tiga tahun kerana selepas usia ini risiko untuknya mendapat demam sawan adalah rendah . Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan . Apabila ubat diberi untuk jangka masa yang lama ( seperti phenobarbitone )selalu didapati ibu bapa gagal memberi anak mereka ubat setiap hari . Adakalanya berbulan -bulan kanak -kanak itu tidak menerima ubat yang dibekalkan oleh doktor itu . Akibatnya ialah apabila kanak -kanak itu mendapat demam yang tinggi suhunya dia boleh mendapat demam sawan walaupun ubat phenobarbitone dimulakan semula . Ubat phenobarbitone perlu diberi setiap hari untuk sekurang -kurangnya tujuh hari sebelum tahap ubat didalam darah cukup untuk mencegah sawan .

Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat . Kesimpulan Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas . Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak -kanak . Kadangkala episop ini merupai penyakit meningitis dan doktor mungkin perlu memeriksa air dalam tulang belakang ( melakukan lumbar puncture ) . Sekumpulan kanak -kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi sawan itu berulang . Doktor -doktor akan menyarankan supaya ubat yang tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya ( prophylaxis ) .

Anda mungkin juga menyukai