PERUBATAN
ERUBATAN ISLAM BERSAMA PROF. DR HARON DIN
Rawatan Barah & R
Resdung
Barah tergolong dalam kategori penyakit yang berbahaya dan amat ditakuti serangannya.
Kemuncak penyakit ini sering dikaitkan dengan maut.
Masyarakat Barat mengangap barah sebagai pembunuh yang kejam tanpa memilih siapa
mangsa sama ada bayi, orang dewasa
dewasa, lelaki mahupun wanita. Barah mempunyai
beberapa peringkat dan pada tahap parah ia amat kritikal untuk dirawat. Biasanya barah
pada awal serangannya lebih mudah diberikan rawatan dan mudah pula sembuh
berbanding dengan peringkat lain, termasuk di pert
pertengahan serangannya.
Justeru itu, rawatan awal amat berfaedah dan boleh memberikan kesan yang positif kepada
mereka yang menghidapinya. Perlu ditegaskan, pada peringkat awal ini adalah baik
sekiranya pesakit mendapat rawatan klinik atau hospital. Saya nasihati mereka yang
disyaki berpotensi menghidap penyakit ini supaya terus mendapatkan nasihat dan rawatan
doktor doktor pakar yang bertauliah. Perkara ini amat penting untuk dijadikan peringatan.
Tetapi manusia tidak semunya sama kerana lain orang lain
lainlah ragamnya. Walaupun
mereka mempunyai peluang yang banyak untuk mendapatkan rawatan pakar tetapi sengaja
enggan mematuhi nasihat ini. Mereka ini sukar untuk dipujuk untuk bertemu dan
mendapatkan khidmat profesiaonal daripada doktor doktor pakar. Bagi golongan ini
memang ada cara rawatan alternatif. Salah satu daripadanya ialah cara tradisional dan
pengubatan yang menggunakan Al Al-Quran dan doa.
Secara peribadi saya dan pengamal pengamal pengubatan Islam di Darussyifa’ memang
sentiasa memberi galakan kepada pesakit barah supaya mendapat rawatan yang sempurna
daripada pakar pakar bertauliah.
Namun dalam beberapa kes, pengamal perubatan di Darussyifa’ menerima tekanan
daripada pesakit yang seolah olah mahu memaksa kami supaya memberikan rawatan cara
doa dan Al-Quran
Quran yang diyakini oleh mereka. Atas sebab itu, kami memberikan rawatan
dan suka saya tegaskan bahawa kaedah Islam sama sekali tidak bertentangan dengan cara
rawatan moden.
Malah pada satu tahap adalah amat baik sekiranya cara moden dan Islam
lam ini digabungkan
sebagai satu teknik rawatan. Maksudnya disamping rawatan pakar, mereka juga menerima
bantuan cara Islam dengan pendekatan doa dan bacaan AlAl-Quran
Quran yang khusus untuk proses
rawatan penyakit itu.
Pendekatan gabungan ini lebih mudah dite
diterima dan berupaya menyakinkan pesakit melalui
kombinasi kedua duanya. Dengan pendekatan ini, rasa gementar pesakit dapat
dikurangkan dan kegerunan mereka untuk menerima rawatan moden dapat dikendurkan.
Rawatan cara Islam dan doa ini banyak terdapat dala
dalam Al-Quran
Quran dan sunnah di mana
1
dinyatakan apabila manusia diberikan ujian oleh Allah dengan mendapat penyakit yang
tertentu di bahagian badannya, ada kemungkinan terkena barah.
Contohnya, seperti tiba tiba temui terdapat bengkak pada bahagian buah dada atau ada
kelenjar pada bahagian bawah ketiak, leher atau perut. Bengkak dan kelenjar secara
spontan mudah dikaitkan dengan barah. Secara psikologi, manusia telah terbawa bawa
gambaran buruk bahawa mereka mungkin terkena barah. Akibat tekanan perasaan ini,
akhirnya mereka benar benar diserang barah. Kelenjar dan bengkak berkemungkinan
berlaku akibat tekanan dan ia juga mungkin menjadi barah.
Rawatan awal amat mustahak difahami dan sekirannya timbul kelejar atau bengkak biasa
harus diingat dan dirawat dengan segera supaya ia tidak menular menjadi barah yang
serius. Bagaimanapun untuk peringkat awal diberikan beberapa cara rawatan yang boleh
membantu menghilangkan bengkak dan kelenjar.
Caranya:
Setiap kali bangun pagi sebelum memberus gigi atau mandi ambil air liur dengan
menggunakan ibu jari dan jari telunjuk secara serentak di kiri dan kanan pangkal bibir.
Kemudian ibu jari dimasukkan ke mulut untuk menyentuh air liur di langit langit lalu
ditemukan kedua dua air liur di ibu jari dan jari telunjuk.
Selepas itu, jari telunjuk ditekankan di bahagian yang terdapat bengkak atau kelenjar.
Cara menekannya bermula dengan perlahan lahan dan semakin lama tekanannya dikuatkan
lagi. Ulang sebanyak tiga kali setiap pagi.
Adalah penting bagi ibu bapa untuk merawat anak anak mereka kerana kanak kanak
mudah diserang kelenjar pada bahagian leher yang selalunya dipanggil ibu sawan. Kelenjar
atau bengkak itu kalau dibiarkan akan membesar dan merebak, oleh itu sebelum berlaku
keadaan itu eloklah dirawat lebih awal. Gunakan kaedah seperti yang diterangkan di atas
sebagai cara merawat kelenjar dan bengkak yang menyerang kanak kanank.
Cara rawatan ini dapat dilihat hasilnya setelah seminggu diamalkan di mana kelenjar dan
bengkak akan surut dengan mengecil sedikit demi sedikit dan lama kelamaan terus hilang.
Petua rawatan ini akan lebih berkesan dengan mengamalkan bacaan ayat ayat tertentu.
Soalan:
Saya menghidap penyakit resdung sejak lima tahun lalu. Saya cuba merawatnya dengan
pelbagai cara, termasuk berpantang dengan tidak menjamah makanan makanan yang
dikaitkan dengan penyakit itu. Tetapi masalahnya hingga sekarang penyakit itu tidak
berkurangan malah pada waktu waktu tertentu ia menjadi amat serius - Saleha Ali, Bachok,
Kelantan
Jawapan:
Resdung ialah penyakit yang biasanya menyerang hidung hingga ke mata dengan rasa gatal
gatal di luar bahagian hidung dan persekitaran mata.
2
Hidung mudah berair, sentiasa bersin dan kadang kadang sakit di bahagian dalam kawasan
serangannya. Untuk mengubati resdung selain cara klinik bolehlah dicuba rawatannya
dengan petua yang akan saya berikan.
Dapatkan akar mengkunyit (bukan kunyit) yang biasanya tumbuh dihutan. Akarnya
berwarna kuning seperti kunyit kering.
Nama Tempatan: Mengkunyit
Nama Saintifik: Coscinium blumeanum
Nama Lain: Akar mengkunyit
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
keterangan:
Mengkunyit ialah sejenis tumbuhan liar yang biasa dijumpai di hutan dan belukar.Ia
merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian
sepuluh kaki (dengan memanjat pada tumbuhan lain atau sokongan). Daunnya lebar dan
pajang berukuran 7 Kali 20 cm. Terdapat dua jenis mengkunyit iaitu mengkunyit emas dan
mengkunyit perak dibezakan oleh warna daunnya.
kegunaan:
Mengkunyit digunakan sebagai ubat resdung yang berkesan dalam perubatan tradisonal
melayu.Ia selalunya diamalkan bersama dengan akar terung kemal.Kandungan flavanoid
yang tinggi dalam tumbuhan ini menyebabkan ia bertindak sebagai anti oksida yang dapat
mengeluarkan histemin dan zat-zat alergi yang lain.
Sumber:
http://www.melur.com
khazanah herba warisan bumi
Pokok ini biasanyanya diketahui oleh mereka yang biasa dengan tumbuhan hutan dan orang
Asli. Biasanya ini dikenali di merata rata tempat dengan nama yang sama.
Akar ini hendaklah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudiannya dibakar hujungnya hingga
keluar asap. Asapnya disedut ikut hidung sekali diwaktu padi dan sekali di waktu petang.
Amalkan hingga gatal gatal akibat resdung tadi hilang. Semasa mengamalkan rawatan ini
bacalah Al-Fatihah dan selawat Syifa’ (tujuh kali)
Artikel Asal : Mingguan Malaysia - 26hb Mac 1995