GPI 1083
USTAZ AZOLMAN BIN
ZULKUFLI
KONSEP
PEMAKANAN
HALAL
HARAM
DALAM
ISLAM
NUR BALQIS BINTI ISHAK
NURAFIFAH BINTI
YUSOFF
NIK NUR IZZATI BINTI
NIK SAIMI
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN (PEMAKANAN DALAM ISLAM)
3 KONSEP HALAL DALAM ISLAM
4 KONSEP HARAM DALAM ISLAM
5 DALIL PENSYARIATAN MAKANAN HALAL
6 ISU YANG BERKAITAN DENGAN PEMAKANAN MALAYSIA
7 KRITERIA MAKANAN HALAL DAN HARAM MENGIKUT AL-QURAN
8 HIKMAH MAKAN MAKANAN HALAL
9 KESAN MAKAN MAKANAN HARAM
10 PENUTUP
11 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Limpahan syukur kepada Allah segala nikmat yang telah
diberikan kepada kami agar dapat menyiapkan penghasilan
projek iaitu buku skrap dengan jayanya.
Setinggi penghargaan sewajarnya diberikan kepada
pensyarah yang dimuliakan Ustaz Mohd Azolman Bin Zulkufli
yang tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang
penghasilan buku ini. Terima kasih atas semua ilmu yag
dicurahkan sekaligus membantu kami lebih matang dalam
menghasilkan buku skrap yang lebih berkualiti.
Sekalung penghargaan juga sudah pasti ditujukan buat ibu
bpa kami yang sentiasa menyokong dari mula lagi. Tiada
ucapan yang dapat menggambarkan segala jasa yang sudah
pasti tidak mampu saya membalasnya
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan seperjuangan yang
tidak lokek ilmu memberi penerangan kepada kami
sekumpulan. Bantuan kalian amat bermakna buat kami.
Seoga segala kebaikan insan yang terlibat dalam
menjayakan buku skrap ini mendapat ganjaran yang setimpal
dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
KONSEP HALAL DALAM ISLAM
Perkataan "Halal"
adalah daripada Al-Quran telah
kalimah Arab yang menyatakan
bermaksud perkataan halal
dibenarkan atau sebanyak 49 kali
dibolehkan
Oleh yang demikian,
majoriti ulama Maka dengan itu
bersepakat mengatakan ternyata Islam
bahawa asal setiap memberi kemudahan
sesuatu perkara adalah begitu luas kepada
harus atau halal selagi manusia dalam
tiada nas yang nyata mengatur
mengharamkannya.
Firman Allah yang berbunyi :
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang
baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan
bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadat
kepadanya”.
KONSEP HARAM DALAM ISLAM
HARAM DARI SEGI PERKATAAN BERMAKSUD
TIDAK DIBERNARKAN. IA MERUJUK KEPADA
MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK
DIBERNARKAN DALAM UNDANG-UNDANG
ISLAM.
DI MANA WUJUDNYA SEBAHAGIAN MAKANAN
YANG DIHARMKAN DALAM ISLAM.
HAL INI KERANA, SETIAP MAKANAN YANG
DIHARAMKAN ITU MEMPUNYAI KEBURUKAN DAN
SETERUSNYA DAPAT MEMUDHARATKAN DIRI
YANG MEMAKANNYA.
OLEH SEBAB ITULAH WUJUDNYA MAKANAN
YANG DIHARAMKAM OLEH ISLAM DI ATAS
FAKTOR-FAKTOR TERTENTU.
DALIL DAN PENSYARIATAN MAKANAN HALAL
UMAT ISLAM DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK
MEMILIH MAKANAN YANG BENAR-BENAR HALAL.
PERINTAH INI TELAH DINYATAKAN DALAM AL-QURAN DAN
HADIS ANTARANYA:
SURAH AL-ANA’M:145
MAKSUDNYA: “ KATAKANLAH; TIDAKLAH AKU PEROLEHI DI
DALAM WAHYU YANG DIWAHYUKAN KEPADAKU, SESUATU
YANG DIHARAMKAN BAGI ORANG YANG HENDAK
MAKANNYA KECUALI JIKA MAKANAN ITU BANGKAI ATAU
DARAH YANG MENGALIR ATAU DAGING BABI KERANA
SESUNGGUHNYA SEMUA ITU ADLAH KOTOR ATU
BINATANG YANG DISEMBELIH ATAS NAMA ALLAH”.
SURAH AL-A’RAF:157
MAKSUDNYA: DAN DIHALALKAN BAGI KAMI MEREKAN
SEGALA YANG BAIK DAN DIHARAMKAN BAGI MEREKA
SEGALA YANG BURUK.
HUKUM HALAL DAN HARAM ADALAH MILIK MUTLAK ALLAH.
HIKMAHNYA HANYA ALLAH YANG TAHU. MANUSIA TIADA
KUASA UNTUK MENENTUKANNYA KECUALI DENGAN HANYA
MERUJUK ALQURAN AS-SUNNAH DAN MAZHAB YANG
MUKTABAR.
ISU YANG BERKAITAN DENGAN
PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA
UMUMYA, PENGHASILAN PRODUK MAKANAN DI
MALAYSIA SENTIASA MENINGKAT DARI HARI KE HARI.
KEUPAYAAN INDUSTRI MAKANAN DALAM
MENGHASILKAN PELBAGAI PRODUK MAKANAN TELAH
MEMANGKIN SERTA MENCORAKKAN PERTUMBUHAN
EKONOMI NEGARA KE SUATU TAHAP YANG
MEMBANGGAKAN.
WALUPUN BEGITU DALAM KERANCAKAN TERSEBUT,
PARA PENGGUNA MUSLIM PERLU BERHATI-HATI DALAM
PEMILIHAN PRODUK MAKANAN YANG TERJAMIN HALAL
DAN BERSIH (TAYYIBAN) DARI SEBARANG ELEMEN YANG
MERAGUKAN.
ANTARA ASPEK YANG SERING DIBINCANGKAN OLEH
SARJANA HUKUM ISLAM ADALAH ISU SEMBELIHAN.
IA MELIBATKAN HAIWAN YANG DISEMBELIH TIDAK
PUTUS URAT, MATI SEBELUM DISEMBELIH, ALATAN
SEMBELIHAN YANG TIDAK TAJAM DAN PERSEKITARAN
YANG KOTOR.
TERDAPAT JUGA ISU PENYEMBELIH BUKAN ISLAM,
HAIWAN YANG DISEMBELIH TIDAK CUKUP SIFAT.
JUGA, ADA PREMIS YANG TIDAK MENDAPAT SIJIL
TAULIAH PENYEMBELIHAN DARIPADA PIHAK BERWAJIB
SERTA ALATAN TEKNOLOGI DALAM PENYEMBELIHAN
SEMASA.
KRITERIA MAKANAN HALAL HARAM
MENURUT AL -QURAN
Sebagai sumber hukum Islam yang utama, al-Quran telah
menggariskan beberapa kriteria khusus dalam pemakanan.
Garis panduan ini sentiasa relevan sepanjang masa,
keadaan dan tempat.
Terdapat 5 panduan yang disertakan, antaranya ialah :
1) IA TIDAK MENGANDUNGI SESUATU YANG MEMABUKKAN (ARAK)
Arak (khamr) atau alkohol merupakan di antara bahan yang
diharamkan dalam Islam.
Semua jenis minuman yang memabukkan yang dihasilkan
daripadan apa juga bahan seperti perahan anggur,nira, barli, beras,
ubi kentang, jagung, gandum dan buah-buahan atau biji-bijian yang
lain dikategorikan sebagai arak.
Di mana bahan-bahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal.
Manakala alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah
saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (OH).
Maka dari sini Al-Quran dengan jelas menegaskan pengharaman
sesuatu yang memabukkan, dengan firman Allah s.w.t :
Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban
untuk) berhala, bertenung nasib dengan panah adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian
di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari
mengingati Allah dan sembahyang. Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan
pekerjaan itu). (SURAH AL-MAIDAH : 90-91)
2) IA TIDAK BERSUMBERKAN DARAH HAIWAN
Darah merupakan cecair merah yang mengalir dalam
urat darah.
Ia dikategorikan sebagai najis dan mendatangkan
kemudharatan
Dimana pembuktian telah jelas di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
Firman Allah s.w.t. :
Ertinya: Katakanlah: "Tiadalah Aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku,
sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau
makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi. Ini kerena
sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.
(SURAH AL-AN’AM : 145)
Maka secara kesimpulan para ulama berpendapat secara
ijma‘ telah mengharamkan darah yang mengalir kerana ia
najis.
Pengharaman ini tidak termasuk darah haiwan air seperti
ikan, jantung, limpa dan hati serta sumber darah yang
berada dalam saraf binatang selepas ia disembelih selama
mana ia tidak mengalir dan darah yang masih kekal
selepas dibasuh
Namun para ulama berselisih mengenai kadar yang
dimaafkan.
3) IA BUKAN BERASAS DARI SUMBER MANUSIA
Dalam penghasilan produk makanan, sumber berasaskan
manusia biasanya digunakan sebagai bahan tambahan.
Di antara sumber yang digunakan ialah ekstrak daripada
kolagen, uri, janin, air tetuban, sebatian Hidroklorida Lecithin
yang diperolehi daripada rambut dan sebagainya.
Penggunaannya sebagai ramuan tambahan menimbulkan
persoalan hukum terutama kepada pengguna Muslim.
Secara umumnya, terdapat dua pandangan berhubung sumber berasaskan
manusia :
Ulama berijma‘ haram menggunakan organ utama manusia
seperti jantung, hati, kulit, daging dan seumpamanya sebagai
sumber atau bahan makanan. Ini kerana anggota manusia
Pertama tersebut diklasifikasikan sebagai bahan yang dihormati hatta
dalam keadaan dharurah sekalipun tidak dibenarkan untuk
memanfaatkannya.
ulama berselisih pendapat berkenaan dengan bahan yang
bersumberkan manusia seperti uri, air ketuban, rambut, kuku
Kedua dan seumpamanya. Sebilangan mereka menyucikannya atau
mengharuskan penggunaannya kerana ia bukan sebahagian
organ manusia. Dan sebahagian yang lain mengharamkannya.
Pandangan ini selari dengan firman Allah s.w.t. tentang manusia diciptakan dengan penuh
kehormatan dan kemuliaan:
Maksudnya:
Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan
di lautan, kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan
kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan.
Maka jelaslah bahawa organ manusia atau sumber berasaskannya adalah haram.
Walaupun rambut adalah suci dari segi fizikalnya, namun untuk digunakan sebagai
sumber bahan tambah dalam penghasilan produk makanan ataupun penggunaan
secara dalaman adalah haram.
4. IA TIDAK MENGANDUNGI KHINZIR DAN DERIVATIFNYA
-Secara asasnya, khinzir merupakan binatang yang diharamkan dalam Islam.
-Pengharamannya
jelas dalam al-Qur’an dan al-Sunnah serta ijma para ulama.
- Pengharaman ini berdasarkan beberapa kemudharatan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan sikap (psikologi).28
Di antara
ayat al-Qur’an yang menegaskan pengharaman ini adalah firman Allah s.w.t.:
Surah Al Baqarah : 173
Ertinya:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi
dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi
barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. Maka tidak ada dosa
baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
-Walaupun di dalam Alquran hanya menyatakan daging sahaja namun baki dan anggota lain juga diharamkan
sehinggakan ada yang berpendapat bulang dan tulangnya juga diharamkan kecuali kulitnya kerana ia boleh suci
apabila disamak.
5. IA TIDAK BERSUMBERKAN BANGKAI ATAU TIDAK
DISEMBELIH
-Pada dasarnya, semua sumber makanan yang berasaskan haiwan yang tidak disembelih atau
disembelih selain Allah s.w.t. adalah diharamkan.
-Pengharaman ini jelas dalam firmanNya:
Surah Al-maidah : 3
Ertinya:
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan)
yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang
jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu
menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan
(diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan
anak panah itu) adalah kefasikan.
-Dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang pengharaman menghasilkan makanan
bersumberkan haiwan yang tidak disembelih dan menghasilkan produk dari bangkai.
-Bangkai ini terdiri daripada daging, organ, kulit, lemak dan sumber lain berasaskan haiwan sama ada yang mati tidak
disembelih atau disembelih selain Allah.
-Sebab pengharamannya
kerana darah yang membeku boleh menimbulkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.
-Begitu juga, haiwan yang haram dimakannya tetapi disembelih turut menjadi najis.
-Ini kerana statusnya sama seperti sembelihan Majusi.
Memperoleh hidayah Allah SWT Mudah menerima dan menghafaz pelajaran
HIKMAH MAKAN
MAKANAN HALAL
Sihat tubuh badan & akal Doa dimakbulkan
Khusyuk dalam solat
KESAN MAKAN MAKANAN HARAM
H A R A M
H A R
Hidayah Allah Akal dan badan Reject ibadah
sukar terima rosak (ibadah ditolak)
M
A Menerima dan
Allah benci menghafaz pelajar
(sukar)
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan secara keseluruhannya, kita sebagai umat Islam amatlah
diseru dalam membezakan segala makanan yang kita ambil sepanjang kehidupan
agar tidak bercanggah dengan syariat Islam.Hal ini dapat dilaksanakan apabila
seseorang individu sentiasa mengetahui dan memahami konsep halal haram dari
aspek pemakanan yang telah ditetapkan di Al-Quran. Di mana dengan
menerapkan pelbagai makanan yang halal dan meninggalkan segala makanan
yang haram sebenarnya dapat memberi impak yang baik buat diri kita sama ada
secara fizikal mahupun mental. Oleh itu, jelaslah terbukti bahawa dengan adanya
panduan yang ditetapkan oleh Allah di dalam AlQuran secara tidak langsung
dapat memelihara diri kita sendiri bahkan dapat menghindarkan diri kita daripada
segala kemudharatan.
RUJUKAN
Al-Quran
Mohammad Aizat Jamaludin (2011) Panduan Makanan Halal Haram Menurut Perspektif Al-Quran :
Analisis Terhadap Isu-Isu Makanan Semasa. https://www.researchgate.net/publication/255983091
MN Kasmon (2011) Bab 3 : Konsep Halal Menurut Perspektif Pemikiran Islam
studentreso.um.edu.my