Anda di halaman 1dari 22

AL-QURAN DAN SAINS :

KEWAJIPAN MENGAMBIL MAKANAN


HALAL DAN KESANNYA TERHADAP
KESIHATAN.

KOD KURSUS : CTU211


NAMA KURSUS : SCIENCES & TECHNOLOGY IN ISLAM
PROGRAM : DIPLOMA SAINS KOMPUTER
KOD PROGRAM : CS143

1|Page
ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Halaman


1
Pendahuluan 3-4

2
Makanan halal 5-6

3
Kewajipan mengambil makanan halal 7-11

4
Kesan mengambil makanan halal terhadap 12-15
kesihatan
5
Kesan pegambilan makanan haram 16-17

6
Rumusan 18-20

7
Kesimpulan 21-22

2|Page
1.1 PENDAHULUAN

Diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir: “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda –
Nu’man menunjukkan kedua jarinya ke kedua telingannya: “Sesungguhnya sesuatu yang halal
itu sudah jelas, dan sesuatu yang haram itu sudah jelas, di antara keduanya terdapat sesuatu
yang samar tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Siapa yang mencegah dirinya dari yang
samar maka ia telah menjaga agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam hal
yang samar itu bererti ia telah jatuh dalam haram. Seperti seorang penggembala yang
menggembala haiwan ternaknya di sekitar daerah terlarang, dikawatirkan lambat laun akan
masuk ke dalamnya. Ketauhilah, setiap raja memiliki Kawasan larangan, dan Kawasan
larangan Allah Swt. adalah apa-apa yang telah diharamkannya. Ketahuilah, bahwa di dalam
tubuh terdapat segumpal daging, bila ia baik maka akan baik seluruh tubuh. Namun bila ia
rusak maka akan rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah ia adalah hati.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut, menurut Ibnu Rajab al-Hanbali, telah disepakati kesahihannya oleh para ulama
hadis. Menurut Imam an-Nawawi, hadis ini merupakan salah satu hadis tentang pokok ajaran
agama.Isu halal merupakan perkara yang sangat penting kerana ia berkembang dan sentiasa
diperketatkan dari semasa ke semasa.Makanan halal merupakan satu keperluan yang sangat
penting dalam kehidupan manusia.Ia merupakan keperluan yang tidak boleh diabaikan kerana
kesihatan tubuh badan bergantung sepenuhnya kepada makanan dan minuman.Halal berasal
daripada perkataan Arab yang digubal dalam kitab Lisan Arab sebagai sesuatu yang berlawan
dengan perkara yang haram.Halal dari segi pemakanan pula adalah keperluan untuk
memastikan bahawa makanan yang dipilih mematuhi semua undang-undang yang yelah
digariskan dalam islam dan Makanan yang halal dari sisi syarak ialah makanan yang bersih
zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas daripada sebarang kemudaratan yang menjamin
kepada konsep halalan tahayyibanTambahan pula,makanan yang baik serta halal yang tidak
mengandungi unsur subhah bukan sahaja dapat menjaga kesihatan fizikal malahan membentuk
keperibadian seseorang.Perbuatan yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang
haram dijatuhkan syiriki iaitu dosa besar dalam islam .Allah SWT telah menunjukkan tatacara
hidup yang benar dan bersih untuk menjamin kemashalatan hambanya melalui konsep halal
sebagai kehidupan seorang muslim. Peraturan halal, haram dan syubhat bukan satu bentuk
penyiksaan terhadap umat Islam. Ia merupakan satu proses pembentukan rohani dan jasmani
manusia agar mampu memikul amanah sebagai khalifah dan hamba Allah S.W.T. Sebagai
pengguna Muslim, berusaha untuk mencari makanan yang halal adalah satu kefardhuan sebagai

3|Page
kriteria utama dalam membuat pilihan makanan, bukan hanya memilih makanan yang lazat
lagi menarik. Makanan yang haram atau syubhah perlu dielak, kecuali ketika darurat. Ini kerana
ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental mahupun spiritual manusia. Islam
menetapkan segala sesuatu yang diciptakan Allah adalah halal.Dengan ini Islam mewajibkan
setiap orang bekerja keras untuk mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan hidupnya di
dunia dan akhirat. Karena itu, bekerja keras dengan niat yang baik, yakni mencari keredhaan
Allah dapat dipandang sebagai ibadah. Malaysia merupakan di antara negara yang unik dengan
kepelbagaian etnik, budaya dan citarasa makanan. Di Malaysia, peruntukan perundangan, dasar
dan piawaian yang digariskan dalam persoalan halal adalah berasaskan kepada prinsip dan
konsep halal yang terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah serta mengikut pandangan ulama
Islam yang muktabarMasyarakat Islam khususnya, mempunyai budaya makanan yang
tersendiri. Ia berkait rapat dengan amalan tradisi warisan dan disuaipadankan dengan panduan
yang digariskan oleh Syarak.

___________________________________________________________________________
1
Lokman Ab.Rahman. (2009). Isu Halal Tiada Penghujung. Bukit Katil: Alam Baca Sdn. Bhd.
2
Yusuf al-Qaradhawi (Dr).(2015). terj. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Halal dan Haram dalam Islam. Nilai: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd

4|Page
2.0 MAKANAN HALAL

Islam amat menitikberatkan umatnya agar memakan makanan yang bersih bagi melindungi
diri dari serangan penyakit, memelihara kewarasan akal untuk berfikir dengan baik serta
membentuk akhlak dan tingkah laku yang baik. Ini adalah kerana pengambilan makanan dan
minuman akan membentuk darah daging dan akan mempengaruhi kualiti zahir dan batin
seseorang.Di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia menyebutkan bahawa takrif
halal untuk makanan atau lain-lain produk mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif
Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah
diperincikan seperti berikut:

a) Tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam
dilarang oleh hukum syarak untuk memakannya atau tidak disembelih mengikut
hukum syarak.
b) Tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut hukum syarak
c) Tidak memabukkan
d) Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan
daripadanya yang tidak dibenarkan oleh syarak

Seterusnya,makanan halal adalah makanan yang tidak mengandungi sesuatu yang


memabukkan (arak). Semua jenis minuman yang memabukkan yang dihasilkan daripada
perahan buah-buahan atau bijirin dikategorikan sebagai arak. Begitu juga minuman yang
mengandungi alkohol yang memberi kesan memabukkan. Bahan- bahan ini diharamkan kerana
menyebabkan hilang kewarasan fikiran. Bahkan pengharamannya adalah kekal sekalipun
diminum dalam kuantiti yang sedikit atau dicampurkan di dalam makanan yang mana tidak
mendatangkan rasa mabuk.

Selain itu,makanan tersebut mestilah tidak bersumberkan bangkai atau tidak disembelih.
Semua sumber makanan yang berasaskan haiwan yang tidak disembelih atau yang disembelih
disebut nama selain Allah SWT adalah diharamkan. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana
terjatuh, yang mati ditanduk dan yang mati diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu
sembelih, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala…” (Surah al-Maidah, 5:3)

5|Page
Maklumat makanan dan pemakanan yang tepat Bagi menepati kriteria makanan dan
pemakanan yang baik, setiap produk atau apa-apa perkara terutamanya berkait dengan
makanan perlu disertakan label. Pelabelan makanan ini adalah penting kerana fungsi label
adalah pemberi maklumat kepada pengguna mengenai manfaat kesihatan , kehalalan produk
serta jenis nutrien yang terkandung. Ia juga sebagai usaha bagi memantau kualiti produk serta
.memastikan segala maklumat yang dipaparkan adalah betul bagi menjamin keselamatan
pengguna

Kita juga mestilah mengelakkan diri daripada makan makanan yang mengandungi unsur
syubhah.syubhah ini berlaku berkemungkinan hasil keraguan daripada cara penyediaan,
pemprosesan, bukannya daripada nama bagi jenis makanan itu sendiri dan sebagainya.
Tambahan pula, dengan perkembangan sains dan teknologi, pelbagai kaedah dilakukan dalam
industri makanan sehingga sukar untuk diklasifikasikan samada ia halal atau haram. Oleh itu,
cara yang terbaik bagi mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam makanan yang
dikatakan syubhah adalah dengan mengambil pendekatan wara’. Wara’ iaitu sikap berhati-hati
kerana takut berbuat sesuatu yang haram. Ia digalakkan untuk menjauhkan diri dari masalah
yang masih syubhah.

___________________________________________________________________________
1
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Putrajaya: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia, 2011.
2
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Handbook of Halal Food Additive. Cyberjaya: JAKIM, 2002

6|Page
3.0 KEWAJIPAN MENGAMBIL MAKANAN HALAL
Islam menyuruh umatnya supaya menjaga pemakanan dan kesihatan dengan memakan
makanan yang bersih dan halal sahaja. Kewajipan mengambil makanan halal merupakan
perkara yang diutamakan dalam agama Islam. Mereka dihalang untuk memakan makanan yang
kotor dan haram kerana boleh menjejaskan kesihatan diri. Pengambilan makanan juga amatlah
penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang muslim. Oleh itu, seluruh muslim diwajibkan
mengambil makanan yang halal dan bersih sahaja seperti yang diperkatakan di dalam Al-quran
kerana ianya merupakan perintah Allah, dan mengelakkan diri dari azab neraka, dimakbulkan
doa, diterima amalan serta menjadikan hati bersih. (Asmak Ab Rahman, 2009)

‫س ُل يٰٓاَيُّ َها‬ ُّ ‫ت ِمنَ ُكلُ ْوا‬


ُ ‫الر‬ َّ ‫صا ِل ًحا َوا ْع َملُ ْوا‬
ِ ‫الط ِيب‬ َ ‫ع ِليْم ت َ ْع َملُ ْونَ ِب َما ا ِِن ْي‬
َ

Firman Allah bermaksud: "Hai para Rasul, makanlah daripada makanan yang baik dan
kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan."
(Surah Al-Mu'minun, ayat 51)

3.1 Perintah Allah SWT

Antara sebab utama mengapa umat Islam perlu memakan makanan yang halal ialah
kerana memang sudah diperintahkan Allah SWT kepada hambanya. Di dalam Al-Quran,
Allah berfirman maksudnya:

‫اس يَـٰٓأَيُّ َها‬ ِ ‫طيِ ۭبًا َحلَـ ۭ ًل ٱ ْْل َ ْر‬


ُ َّ‫ض فِى ِم َّما ُكلُوا ٱلن‬ َ ‫ت تَتَّبِعُوا َو َل‬ ُ ‫طـ ِن ُخ‬
ِ ‫ط َو‬ َ ‫ش ْي‬
َّ ‫عد ُۭو لَ ُك ْم إِنَّهۥُ ۚ ٱل‬
َ ‫ُّمبِين‬

“Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.”
(Surah Al-Baqarah: 168)

Perkataan (lagi baik) bererti enak atau lazat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Mencari yang halal itu adalah wajib ke atas setiap muslim” (Hadis riwayat ath-Thabarani).
Pengambilan makanan mestilah selari dengan seruan Allah SWT agar memakan makanan yang
halal dan bersifat elok, baik atau tinggi mutunya. Melalui ayat Al-Quran surah al-Mu’minun
ayat ke-51 kita dapat mengetahui kepentingan memakan makanan yang halal serta kesannya
terhadap amal-amal kebaikan yang dilakukan. Allah SWT telah memberi panduan kepada
umat Islam dalam memilih makanan dan setiap apa perkara yang telah ditetapkan oleh Allah
pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi untuk kebaikan kita.

Rahman, A. A. (2009). Sekuriti Makanan Dari Perspektif Syariah.

7|Page
Aplikasi Halalan Tayyiban:
Umumnya dapat kita mengetahui bahawa konsep halalan toyyiban merupakan suatu
konsep Islam berkaitan ciri-ciri makanan atau produk yang dihasilkan untuk kegunaan umat
Islam. (Khairul Anuwar Mustaffa, Joni Tamkin Borhan & Mohd Roslan Mohd Nor, 2017)
Serta, ia juga merupakan suatu bentuk keyakinan terhadap amalan kebersihan yang
dilaksanakan terhadap ramuan yang digunakan dan amalan kebersihan yang dilaksanakan.
Justeru itu, amalan halalan tayyiban telah dinyatakan secara jelas di dalam Al-quran dalam
empat ayat suci Al-quran yang disebut secara berasingan. Ini termasuklah ayat-ayat seperti
berikut:

‫ّللاُ َرزَ قَ ُك ُم ِم َّما َو ُكلُ ْوا‬


ٰ ‫طيِبًا َحل ًل‬
َ ‫ّللاَ َّواتَّقُو ۖا‬
ٰ ‫ِي‬ْٰٓ ‫ُمؤْ ِمنُ ْونَ بِه ا َ ْنت ُ ْم الَّذ‬

“Makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepada
kamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.”
(Surah al-Maidah, 5: 88)
َ ‫ط ِيب ًۖا َحل ًل ِم َّما‬
‫غ ِن ْمت ُ ْم فَ ُكلُ ْوا‬ َ ‫ّللاَ َّواتَّقُوا‬ ٰ ‫غفُ ْور‬
ٰ ‫ّللاَ ا َِّن‬ َ ‫َّر ِحيْم‬

“Makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam peperangan) itu, sebagai (benda) yang halal,
lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Lagi Maha
Mengasihani.” (Surah al-Anfal, 8: 69)

Dengan meneliti ayat-ayat di atas,dapat disimpulkan bahawa terdapat dua elemen penting
yang dinyatakan Allah SWT yang perlu diberi perhatian dalam pengambilan makanan serta
pelaksanaan aplikasi penglabelan halal. Yang pertama elemen halal dan yang kedua elemen
tayyib yang dirangkumkan dalam satu rangkaian kata. Selain menyentuh keperluan kepatuhan
terhadap sumber makanan, sikap berhati-hati dalam memilih makanan juga menyentuh
keperluan amalan tayyib yang menganjurkan amalan kebersihan dan kualiti makanan.
Umumnya, bukan semua makanan yang halal adalah tayyiban tetapi kebiasaanya setiap
makanan yang tayyiban pastinya halal. (Asiah Shafie, & Mohd Aris Nazri & Haziyah Hussin
2019) Oleh yang demikian, setiap produk makanan yang dihasilkan jika memenuhi konsep
halalan tayyiban akan lebih terjamin aspek kesucian dan kualiti makanannya.

Shafie, A., Nazri, M. A., & Hussin, H. (2019). Makanan Halal Menurut Perspektif Islam dan Kepentingan
Pelabelan. BIT ARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, -.

Khairul Anuwar Mustaffa, J. T. (2017). Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Sebagai Suatu Aplikasi
Memenuhi Keperluan Konsep Halalan Tayyiban.

8|Page
3.2 Mengelak diri dari azab neraka

Selain itu, umat Islam diperintahkan mengambil makanan yang halal agar dapat
mengelakkan diri dari azab neraka. Sepertimana yang kita tahu segala suruhan dan larangan
Allah itu mempunyai hikmahnya tersendiri kepada hambanya seperti larangan memakan
makanan yang haram dan memudaratkan kesihatan kita. Kewajipan untuk memakan makanan
halal bukanlah disebabkan ia berupa perintah Allah SWT semata-mata, akan tetapi terkandung
di dalam perintah tersebut banyak hikmah. Berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang
maksudnya:

“Tiap-tiap daging dan darah yang tumbuh dari harta atau makanan yang haram, maka neraka
adalah lebih utama baginya.” (Hadis riwayat ath-Thabarani)

Peringatan Rasulullah SAW ini, relevan sepanjang zaman. Rasulullah SAW amat kasih
kepada umatnya supaya kita tidak disiksa oleh api neraka. Mudah-mudahan sikap kewaspadaan
umat Islam terhadap halal haram ini akan menyelamatkan kita, ahli keluarga dan umat Islam
seluruhnya dari siksaan api neraka.

3.3 Doa dimakbulkan

Seterusnya juga, pengambilan dan pengamalan makanan halal juga menjadi antara
penyebab doa yang dipohon kepada Allah SWT dimakbulkan, sebagaimana sabda
Rasulullah SAW kepada Sa’ad bin Abu Waqash Radhiallahu’anhu yang maksudnya: “Wahai
Sa’ad! Baguslah makanan engkau, nescaya engkau adalah (orang yang) diperkenankan
doanya”. (Hadis riwayat ath-Thabarani). Sepertimana yang kita tahu doa diibaratkan sebagai
senjata ampuh orang Islam, namun jika doa seseorang muslim itu tidak diterima, adakah ia
menunjukkan bahawa amalanya tidak diterima? Salah satu faktor doa yang dipohon tidak
diterima berpunca dari makanan yang dimakan bersumberkan makanan yang haram, kerana
Allah sudah memberi larangan atas perkara tersebut. Oleh itu, sebagai orang muslim kita
haruslah bermuhasabah diri sekiranya kita merasakan doa kita belum dimakbulkan
berkemungkinan ianya berpunca dari sumber makanan kita.

9|Page
Daripada Ibn 'Abbas melalui al-Awsat dengan lafaznya, beliau berkata: "Ayat al-Quran ini
(surah al-Baqarah, ayat 168) dibaca oleh Nabi Muhammad SAW:

‫اس يٰٓاَيُّ َها‬


ُ َّ‫ض فِى ِم َّما ُكلُ ْوا الن‬
ِ ‫ط ِيبًا َحل ًل ْالَ ْر‬
َ ۖ

“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.”

(ayat quran al baqarah ayat 168)

Lalu Sa'ad bin Abi Waqqas bangun dan berkata: Wahai Rasul Allah, tolonglah berdoa kepada
Allah SWT dan pintalah supaya doa aku ini diterima. Maka, Baginda menjawab: Wahai Sa'ad,
bersihkanlah makananmu dan percayalah doamu akan diterima oleh Allah SWT.
Sesungguhnya jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang hamba yang makanannya daripada
sesuap benda yang haram ke dalam perutnya. Sesungguhnya Allah tidak akan memakbulkan
doanya selama empat puluh hari dan setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram
dan riba, maka api nerakalah yang layak baginya." (Riwayat al-Tabrani)

Berdasarkan dalil itu, dapatlah kita simpulkan bahawa mencari yang halal itu adalah
dituntut oleh Islam. Sejajar arahan itu, badan berwajib seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam
Negeri (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang telah bertungkus-lumus
memantau pensijilan halal di Malaysia sama ada produk tempatan atau import dnegan
memaparkan logo halal pada produk.

3.4 Membersihkan hati

Di samping itu, kewajipan memakan makanan yang halal dapat membersihkan hati.
Justeru, Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad al-Hadhramiyyi asy-Syafi’I Rahimahullah ada juga
menyebutkan bahawa memakan makanan yang halal itu akan menambahkan cahaya kepada
hati dan melembutkannya. Memakan makanan yang halal dapat menimbulkan kekhusyukan
terhadap kebesaran Allah SWT, mencergaskan seluruh anggota badan untuk beribadat serta
meningkatkan ketaatan,zuhud terhadap dunia serta suka terhadap hari-hari akhirat. Di sini
dapat kita lihat bahawa mengamalkan ajaran Islam dengan memakan makanan yang halal dan
baik memberi seribu satu kelebihan kepada manusia dan keperluan kesihatan kita. Hal ini
kerana, segala suruhan Allah SWT itu memberi hikmah kepada hambanya, serta makanan-
makanan yang halal ini mempunyai kandungan yang baik dan positif. Baiknya pemakanan
seseorang dan bersumberkan halal adalah syarat kepada kesempurnaan amalanya. Seseorang
yang hidup mengamalkan pemakanan yang halal dan baik akan memberi kesan kepada

10 | P a g e
kesucian hati serta beramal ibadah dengan lebih sempurna. Oleh itu, jelaslah disini bahawa
makanan yang halal boleh melembutkan hati seseorang serta membersihkan hati dari
kemungkaran.

3.5 Amalan diterima

Seterusnya, memakan makanan yang halal menjadi antara penyebab amal ibadah
diterima. Larangan memakan makanan yang haram ini juga berdasarkan maksud sebahagian
hadis dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kemudian ia menyambut seorang
lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya
menghulurkan kedua tangannya ke langit sambal berdoa: HaiTuhanku, hai Tuhanku, padahal
makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan haram
pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?”. Sebagai umat-Nya kita tidak
mengetahui bahawa setiap amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT atau tidak akan
tetapi kita boleh menjauhi larangannya seperti memakan makanan-makanan yang haram agar
dipermudahkan segala amalan diterima. Sebagai umat Islam kita harus menghindar perkara
yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah
menitikberatkan penjagaan pengambilan makanan agar amal ibadah dan doa kita
diperkenankan oleh Allah SWT.

__________________________________________________________________________
1
Halal dan Haram dalam Islam. (2016). In D. Y. Al-Qaradhawi, Halal dan Haram dalam Islam. Selangor,
Malaysia: Publishing House Sendirian Berhad.
2
Halalkah Makanan Kita? (2014). In Z. A. Saadan Man, Halalkah Makanan Kita? Selangor,
Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.

11 | P a g e
4.0 KESAN MENGAMBIL MAKANAN HALAL TERHADAP
KESIHATAN

Setiap hukum disyariatkan kepada manusia bertujuan mendatangkan maslahah iaitu


kebaikan dan menolak mafsadah iaitu keburukan sama ada pada agama, nyawa, keturunan,
akal mahupun harta pada kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Allah SWT menjelaskan
bahawa yang dihalalkan adalah makanan yang baik (Asmak & NoorFazreen, 2010). Oleh sebab
itu, pengambilan makanan halal mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan badan
manusia. Makanan merupakan ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi manusia.
Makanan dan minuman adalah satu cara manusia memelihara dan memulihara kesihatan tubuh
badan untuk tujuan yang dikehendaki Allah. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin
terhadap pemilihan makanan halal, suci dan bersih dalam pemakanan sehariannya pasti akan
lahir dalam dirinya keimanan dan nur yang dapat memandu jiwanya ke arah ketaqwaan dan
peningkatan ibadahnya kepada Allah S.W.T. Oleh itu, wajarnya pengambilan makanan halal
kerana ia dapat memberi banyak kesan positif terhadap diri

4.1 Menjamin Kesihatan yang Baik

Kesihatan tubuh badan termasuklah dari aspek fizikal. Menurut At-Tarmizi, setiap
daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak
baginya.” (Riwayat At-Tarmizi). Jadi, di samping kita memilih makanan yang berzat dan
berkhasiat adalah lebih penting lagi pada masa yang sama kita perlu pastikan makanan
tersebut dijamin bersih dan halal. Sebagai contoh, daging babi merupakan makanan yang
diharamkan sama sekali untuk umat Islam.

‫َل اِثْ َم‬


ٓ َ َ‫عا ٍد ف‬
َ ‫غي َْر بَاغٍ َّو ََل‬ ُ ‫ض‬
َ ‫ط َّر‬ ‫علَ ْي ُك ُم ْال َم ْيتَةَ َوالد ََّم َولَحْ َم ْال ِخ ْن ِزي ِْر َو َما ٓ ا ُ ِه َّل ِب ٖه ِلغَي ِْر ه‬
ْ ‫ّٰللاِ ۚ فَ َم ِن ا‬ َ ‫اِنَّ َما َح َّر َم‬
‫غفُ ْو ٌر َّر ِح ْي ٌم‬
َ َ‫ّٰللا‬ ‫علَ ْي ِه ۗ ا َِّن ه‬
َ

Maksudnya : “Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi,
dan (daging) hewan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah. Tetapi
barangsiapa terpaksa (memakannya), bukan karena menginginkannya dan tidak (pula)
melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha
Penyayang.” ( Al-Baqarah, 2:173)

Noor Fazreen Mohd Aris & Asmak Ab Rahman. 2010. Perlaksanaan Dasar Sekuriti Makanan Di Malaysia:
Kajian Dari Perspektif Ekonomi Islam. Prosiding PERKEM V. Jld 2 (2010) 357-367 ISSN: 2231-962X

12 | P a g e
Tambahan pula, terdapat satu kajian mengatakan daging babi mempunyai parasite dan
bakteria. Antara parasit itu 5 ialah cacingpita, cacing gelang, cacing kerawit, faciolopis buski,
paragominus, clonorchis senesis dan erysipelothrix rhnsiphathiae (Ahmad H.Sakar,2005). Oleh
yang demikian, sewajarnya proses penghalalan produk makanan dan minuman mengambil kira
aspek nutrien yang terkandung di dalamnya dari sudut kesannya terhadap kesihatan, dan bukan
hanya sekadar mengambil kira aspek ketiadaan bahan yang diharamkan. Makanan yang berzat
dan berkhasiat membolehkan seseorang itu melakukan aktiviti-aktiviti sehariannya dengan
lebih efisyen dan bersemangat sepanjang waktu seterusnya menjadikan tubuh badan lebih sihat.
Sehubungan itu, pemilihan makanan halal lagi baik perlu diambil berat oleh setiap manusia.
Ini bertujuan memastikan makanan itu tidak memudaratkan manusia itu sendiri. Makanan yang
suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik.

4.2 Memelihara Kewarasan Akal

Pengambilan makanan halal juga berpengaruh positif terhadap akal fikiran seseorang.
Bagi membina akal yang sihat, kita bukan sahaja perlu memakan makanan yang mengandungi
nutrient yang cukup seperti karbohidrat, protein, lemak dan sebagainya, tetapi kita juga perlu
makan makanan yang bersih iaitu halal. Dengan hasil pemakanan yang halal, maka seseorang
itu akan lebih cergas, sihat dan kehidupannya lebih terjamin. Ini kerana dengan makanan yang
halal ini lebih bersih dan tidak mempunyai bahan-bahan yang boleh merosakkan akal fikiran
seseorang itu. Namun, untuk pelihara akal yang sihat perlulah kita elak daripada mengambil
makanan atau minuman yang terlarang contohnya alkohol. Alkohol akan menyekat pusat
kawalan minda (Jodi, 2008). Pengharaman alkohol telah jelas disebutkan di dalam al-Quran.

َّ ‫ع َم ِل ال‬
ُ‫شيْط ِن فَاجْ تَنِب ُْوه‬ ٌ ْ‫اب َو ْاَلَ ْز ََل ُم ِرج‬
َ ‫س ِ ِّم ْن‬ ُ ‫ص‬َ ‫ي ٓٓاَيُّ َها الَّ ِذيْنَ ا َمنُ ْٓوا اِنَّ َما ْال َخ ْم ُر َو ْال َم ْيس ُِر َو ْاَلَ ْن‬
َ‫لَ َعلَّ ُك ْم ت ُ ْف ِل ُح ْون‬
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya minum khamar (arak), berjudi,
berkorban untuk berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.”
( Al- Ma’idah, 5:90)

Ahmad H.Sakar (2005), ’Daging Babi, Sebab-sebab Penolakannya’, Saba Islamic Media
Jodi, K. H. (2008). Kesejahteraan Kesihatan: Hubungan Dan Kaitannya Dengan Makanan Yang Halal dan Baik.
ACADEMIA, -.

13 | P a g e
Perkara-perkara yang menyentuh tentang cara serta makanan dan minuman yang baik
untuk akal fikiran juga diajarkan dalam Islam. Di dalam Al- Quran, ada menyatakan tentang
kebaikan pengambilan seperti madu lebah yang sangat berkesan untuk merawat penyakit-
penyakit mental dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak. Contohnya, membaca,
berfikir, dan merancang. Rasulullah SAW bersabda, “ Sesiapa ingin menghafal, hendaklah ia
minum manisan madu.”. Jadi, hal ini terbuktinya makanan halal seperti makanan sunnah baik
untuk akal fikiran manusia. Oleh it, amalkan makanan seperti itu dalam kehidupan seharian
kita setiap hari.

4.3 Ibadah Mudah Diterima

Pemilihan makanan yang halal akan menjamin kesejahteraan hidup seseorang di dunia
dan akhirat. Allah taala memerintahkan kita makan dari yang baik atau halal kemudian
diiringi dengan amal soleh atau kebajikan, maka dari sini kita faham bahawa ada kaitan antara
makanan yang halal dengan amal soleh yang kita kerjakan (Ilahi, 2020). Hal ini mendatangkan
keberkatan pada mukmin tersebut.Firman Allah SWT :

‫طيِِّب ۖاا َّوا ْش ُك ُر ْوا نِ ْع َمتَ ه‬


َ‫ّٰللاِ ا ِْن ُك ْنت ُ ْم اِيَّاهُ ت َ ْعبُد ُْون‬ ‫فَ ُكلُ ْوا ِم َّما َرزَ قَ ُك ُم ه‬
َ ‫ّٰللاُ َحل اَل‬
Maksudnya : “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah
kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.”
( An- Nahl, 16:114)
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya
makanan yang haram itu membuatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah s.w.t. Di dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang menyatakan bahawa salah satu doa yang
tidak diterima oleh Allah adalah kerana makanan yang dimakannya ialah daripada sumber yang
haram, minumannya daripada sumber yang haram dan pakaiannya juga daripada sumber yang
haram. Oleh sebab itu Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek
kehidupan. Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya,
sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya,
tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani). Dengan ini, setiap
umat Islam wajib memelihara dan peka terhadap perkara yang halal dalam memilih
pemakanannya supaya tidak termasuk bahan yang haram yang akhirnya menjadi darah daging.

Ilahi, R. (2020). Jalan Agar Ibadah Diterima. WARAQAT.

14 | P a g e
4.4 Menghindari Penyakit Berbahaya

Islam sangat mementingkan kesihatan seseorang dari segi jasmani mahupun rohani.
Islam menitikberatkan supaya umatnya juga menjaga kebersihan untuk kesihatan diri dan
melahirkan ummah yang sihat dan mampu melawan penyakit berjangkit. Di dalam Al- Quran
banyak mengajar manusia tentang tabiat makanan yang sihat dan pemakanan yang baik.
Pemakanan berperanan penting dalam kehidupan manusia. Justeru, Islam amat
mementingkan amalan makanan halal untuk memastikan kesihatan manusia terjaga dan
terhindar daripada penyakit berjangkit. Firman Allah SWT :

َ ‫طـ ِن ۚ ِإنَّهۥُ لَ ُك ْم‬


ٌ ‫عد اُو ُّم ِب‬
‫ين‬ َ ‫ش ْي‬
َّ ‫ت ٱل‬
ِ ‫ط َو‬ ۟ ُ‫ط ِيِّ اباا َو ََل تَت َّ ِبع‬
ُ ‫وا ُخ‬ ۟ ُ‫اس ُكل‬
ِ ‫وا ِم َّما فِى ٱ ْْل َ ْر‬
َ ‫ض َحلَـ ا اَل‬ ُ َّ‫يَٓ ـٓأَيُّ َها ٱلن‬
Maksudnya: “ Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang terdapat di bumi sesuatu
yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut Langkah- Langkah syaitan kerana ia
adalah musuh kamu yang nyata.” (al-Baqarah, 2:168)

Kita tahu bahawa zaman kini dengan adanya teknologi yang berkualiti tinggi,
bermacam-macam jenis makanan yang dihasilkan dengan bahan ramuan yang pelbagai jenis
sama ada bahan asli yang bersumber daripada tumbuhan dan haiwan. Namun, kita juga perlu
cakna jenis-jenis haiwan ataupun bahan yang diperoleh contohnya bahan pewarna. Kita tahu
bahawa Islam melarang umatnya makan serangga melainkan belalang kerana dikatakan
sangat bahaya kepada manusia. Hal ini kita boleh lihat pada masa kini, virus COVID-19 yang
melanda manusia di seluruh negara sehinggakan boleh menyebabkan kematian. Virus Corona
(Covid-19) disebut berawal dari konsumsi binatang yang dalam Islam bukan saja tidak halal
tetapi juga tidak baik (tayyiban). Binatang-binatang tersebut seperti ular, tikus dan kelelawar,
yang jelas-jelas dalam Islam diharamkan (Husna, 2020). Oleh itu, kita dapat lihat betapa
bahayanya makanan haram untuk kesihatan badan dan pentingnya makanan halal itu.
Kesimpulannya, Islam merupakan agama yang mementingkan kebersihan. Jadi, kita
sebagai umat Islam hendaklah prihatan dalam menjaga pemakanan dengan mengambil
makanan yang halal dan elakkan makanan haram. Makanan yang haram amat dilarang demi
menjaga kesihatan fizikal, mental, jasmani dan rohani seseorang. Imam Ibnu Kathir
mentafsirkan makanan yang baik sebagai makanan yang sesuai dengan selera di samping ia
tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal.
Husna, F. (2020). Virus Corona Dambak dari Makanan yang tidak Halal. Jurnal Sosial & Budaya Syar-i, 565-58

15 | P a g e
5.0 KESAN PENGAMBILAN MAKAN MAKANAN HARAM
5.1 Hilang keberkatan hidup

Islam menitikberatkan tentang keberkatan hidup dalam kehidupan seharian, namun


begitu, manusia pada masa kini tidak mengendahkannya dan mengambil ringan tentang isu
tersebut sedangkan keberkatan Allah SWT itu amatlah penting sebagai umat Islam. Tanpa kita
sedar keberkatan hidup seharian kita adalah sebahagian besarnya berpunca dari pemakanan
yang kita amalkan. Makanan dan minuman yang haram mengalir di dalam badan menjadi darah
daging kita kesannya Allah tidak memberkati hidup kerana melakukan perkara yang dilarang-
Nya. Oleh itu, terdapat banyak kesan-kesan buruk yang disebut oleh para ulama kesan daripada
pengambilan makan makanan yang haram antaranya ialah dagingnya dibakar dalam neraka,
hilang keberkatan dalam hidup dan hati menjadi keras.Akan tiba satu zaman, manusia tidak
mempedulikan hal ehwal halal dan haram sama ada dalam bentuk makanan atau minuman,
harta yang diperoleh, kelakuan dan percakapan. Perkara ini berdasarkan sabda Baginda Nabi
SAW, daripada Abu Hurairah RA maksudnya: "Pasti akan datang suatu zaman di mana
manusia tidak lagi mempedulikan dari mana hartanya diperoleh, apakah dari jalan yang halal
atau haram? (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Selain itu, dalam usaha kita menjaga hati dan akhlak,kadangkala kita terlepas pandang
dalam mencari apakah kekurangan dan permasalahan yang berlaku dalam diri kita seperti tidak
pernah merasa cukup dengan nikmat yang diberi, tidak merasa tenang dan gembira dengan
kehidupan dan sebagainya. (Asiah Shafie, Mohd Arif Nazri & Haziyah Hussin, 2019)
Berkemungkinan ianya berpunca dari makanan yang haram, meskipun perolehnya baik, namun
ianya tidak akan kekal lama. Mereka yang memakan makanan yang haram, jiwanya sentiasa
gelisah, tidak tenang dan tidak bahagia serta hidupnya penuh dengan masalah. Hal ini kerana
mereka bukan sahaja melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT malah makanan haram
itu sendiri tidak baik untuk kesihatan serta mendatangkan kemurkaan kepada-Nya. Dilihat dari
aspek pemakanan dan sumber-sumbernya, makanan yang haram dan diperolehi dari sumber
yang haram seperti berjudi, rasuah, riba dan sebagainya boleh memberi kesan negatif kepada
manusia. Allah SWT tidak menerima doa mereka yang memakan makanan yang haram serta
segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat dan usahanya ditolak oleh Allah SWT.

Shafie, A., Nazri, M. A., & Hussin, H. (2019). Makanan Halal Menurut Perspektif Islam dan Kepentingan
Pelabelan. BIT ARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, -.

16 | P a g e
5.2 Merosakkan Hati

Dalam Islam, makanan akan membentuk hati. Menurut Imam Ahmad,cara melembutkan hati
satu-satunya adalah dengan makanan halal. Hati akan rosak jika memakan makanan yang
haram dan syubhah seperti pokok yang akan mati jika dibajai oleh racun. Ketahuilah bahawa
dalam tubuh badan terdapat seketul daging yang apabila baik, nescaya baiklah seluruh tubuh
badan dan apabila rosak, nescaya rosaklah seluruh tubuh badan, ketahuilah itulah hati (HR
Bukhari dan Muslim).Hati umpama raja dalam kerajaan diri, yang baiknya akan membaikkan
seluruh pancaindera dan anggota badan dan yang buruk akan sebaliknya. Boleh dikatan tidak
ada orang Islam yang sanggup untuk makan makanan yang haram seperti daging babi. Namun,
masih ramai umat Islam yang makan makanan yang dibeli daripada hasil yang haram seperti
wang hasil rasuah, menipu, curi tulang semasa bekerja dan menzalimi orang lain. Dunia Islam
ini masih dibelenggu oleh permasalahan sumber makanan haram angkara peniaga yang
menipu, majikan yang menindas, pekerja curi tulang, hakikatnya sedang makanan yan
diperoleh adalah daripada cara yang batil dan mungkar. Jadi, melalui inilah semakain lama
menjadi hati kita semakin gelap. Hal ini kerana terbentuk keburukan moral dan keburukan budi
pekerti dalam diri, sehingga jika Allah menyebut jenis makanan tertentu dan menilainya
sebagai rijs, itu berarti makanan tersebut dapat menimbulkan keburukan budi pekerti dan
kegelapan jiwa.

Shafie, A., Nazri, M. A., & Hussin, H. (2019). Makanan Halal Menurut Perspektif Islam dan Kepentingan
Pelabelan. BIT ARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, -.
M. Quraish Shihab, Tafsir Al-Mishbah, vol-3, hlm. 24.

17 | P a g e
6.0 RUMUSAN
 Rumusan (AWATIF)

Rumusan yang dapat disimpulkan dari tugasan kami ini ialah berkaitan kewajipan dan
kepentingan mengambil makanan halal dalam kehidupan seharian. Disini kita dapat menilai
dan lebih mengetahui bahawa kepentingan makanan halal itu merupakan keutamaan bagi umat
Islam kerana ianya merangkumi kehidupan seharian sesorang muslim tersebut. Amatlah
penting menekankanya dalam kehidupan, selain ianya perintah Allah SWT,malah ia
mengelakkan kita daripada azab, doa dimakbulkan, diterima amalan serta hati menjadi lembut
dan bersih.

Disini boleh simpulkan bahawa, dalam pemilhan makanan, kita haruslah memastikan
makanan tersebut halal serta juga baik untuk kesihatan. Hal ini jelas diperkatakan berdasarkan
di dalam surah al-Baqarah ayat ke-168 dan surah al-Maidah ayat ke-88 dimana Allah menyuruh
hambanya memakan makanan yang bukan sahaja halal malah baik untu diri. Hal ini kerana
bukan semua makanan yang halal itu baik akan tetapi kebiasaannya setiap makanan yang baik
itu pastinya halal.

Seterusnya kita dapat mengetahui akan kepentingan makanan halal dapat mengelakkan
diri dari azab neraka. Ianya dirumuskan bahawa segelintir masyarakat hanya memandang
remeh dalam pemilihan makanan kerana mereka beranggapan bahawa ianya tidak membawa
kepada azab neraka. akan tetapi sebaliknya. Oleh itu, sebagai umat Islam yang ingin menjadi
insan yang cemerlang haruslah berusaha mengelakkan diri dari melalakukan perkara yang
boleh membawa diri kepada azab neraka.

Selain itu, kita dapat mengetahui bahawa asbab doa yang dipohon kepada Allah SWT
itu dimakbulkan datang dari makanan dan minuman yang halal mengalir di dalam tubuh kita.
Disini sangatlah jelas bahawa sebab akan kenapa pemakanan yang baik dan halal itu amatlah
penting kerana doa merupakan senjata bagi umat Islam, maka jika doa kita tidak dimakbul oleh
Allah SWT dimana lagi mampu kita mahu meminta doa?. Kita juga mengetahui bahawa bukan
sahaja doa tidak dimakbulkan bahkan amal ibadah kita kepada Allah SWT juga tidak akan
tidak diterima. Selepas menyelesaikan tugasan ini,kita harus lebih memandang serius akan
pemakanan yang diambil kerana khuatiri akan kehidupan yang dijalani hanyalah sia-sia.
Apalah gunanya jika kita diberi nikmat umur yang panjang sekiranya segala amal ibadah kita
Allah Taala tidak diterima dan kehidupan itu hanyalah sia-sia.

18 | P a g e
Kemudiannya juga, makanan yang halal dan baik mampu membersihkan hati dan
melembutkan hati manusia. Sungguh kagum akan segala perintah dan suruhan Allah ini
mempunyai hikmah yang sangatlah luar biasa. Sebelum ini manusia kurang arif akan
kepentingan menjaga pemakanan dan hanya memandang remeh kerana beranggapan ianya
sekadar untuk mengisi perut, akan tetapi berhati-hati dalam memastikan makanan tersebut halal
mahupun haram amatlah perlu ditikberatkan kerana ianya boleh membentuk hati seseorang.

Akhir sekali, kita dapat mengetahui akan kesan pengambilan makanan haram iaitu
menyebabkan kita akan kehilangan keberkatan dalam hidup, jika dipandang secara menyeluruh
kebekatan hidup itu datang dari segala tindak tanduk dalam hidup kita, akan tetapi makanan
yang sering terlepas pandang dan memandang remeh. Oleh itu, disini dapat dirumuskan
berdasarkan tugasan tentang kepentingan dan kewajipan mengambil makanan halal ini adalah
sesuatu ilmu yang perlu dipelajari dan terpahat kukuh di dalam minda kita supaya kita menjadi
mukmin yang cemerlang dan peka akan segala ilmu dan suruhan Allah SWT.

 Rumusan (FARHAH)

Berdasarkan tajuk iaitu Al-Quran dan Sains: Kewajipan Mengambil Makanan Halal
dan Kesannya Terhadap Kesihatan, dapat dirumuskan bahawa halal dan haram itu bukan
sahaja mengenai aspek makanan dan minuman, akan tetapi menyeluruh ke segala aspek
kehidupan. Jika kita beli sesuatu barang atau makanan yang halal itu daripada hasil yang haram,
maka haramlah apa yang kita beli itu. Tambahan pula, pengaruh kehalalan sangat besar bukan
sahaja pada kesihatan manusia tapi juga terhadap kualitas hubungan dan pendekatan kita
dengan Allah SWT. Jika kesihatan kita baik, pasti mudah untuk kita melakukan perbuatan yang
disuruh Allah seperti solat, mengaji dan melakukan amal kebajikan yang dapat mendekatkan
diri dengan Allah seterusnya akan terpengaruh terhadap doa-doa yang kita mohon. Oleh itu,
Allah pasti akan memelihara jiwa sesiapa yang melaksanakan gaya hidup halal baik di dunia
dan akhirat. Jadi, pemahaman dan keperluan kepada ketentuan makanan dan pemakanan halal
yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah dan pendapat para ilmu amat penting dan perlu kita
jadikan sebagai panduan.

19 | P a g e
 Rumusan (SHAFIKAH)
Sebagai rumusan yang dapat dijelaskan.Kerajaan juga memainkan peranan dari segi
penguatkuasaan undang-undang agar tidak berlaku penyorokan barangan makanan yang boleh
membawa kepada kenaikan harga dalam pasaran dan mengakibatkan orang yang kurang
mampu tidak dapat membeli makanan pada harga yang tinggi. Apabila berlaku permintaan
yang tinggi dan penawaran yang kurang, kebarangkalian untuk harga naik adalah tinggi. Oleh
itu dalam konteks ini, penyorokan barangan dengan tujuan untuk menaikkan harga adalah
dilarang dalam Islam, apatah lagi bagi barangan keperluan asasi seperti makanan. Perkara
utama yang menjadi asas kepada permohonan pensijilan halal adalah berkaitan dengan produk
yang dihasilkan. Pihak syarikat perlu memastikan dan mengesahkan bahan mentah dan ramuan
yang digunakan adalah benar-benar halal. Pengesahan ini dapat dirujuk kepada status ramuan
yang digunakan sama ada mempunyai sijil halal atau tidak.

20 | P a g e
7.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya isu halal ialah isu umat Islam global, dan kebanyakan negara yang ada
penduduk Islam hampir di seluruh dunia mempunyai badan-badan pengesahan halal bagi
pelbagai bahan dan produk. Oleh itu keperluan dan tanggungjawab melakukan penyelidikan,
pembangunan dan perkhidmatan halal amatlah besar dan sangat mendesak di negara-negara di
mana terdapat uamt Islam di seluruh dunia. Pengaplikasian ilmu kepenggunaan Islam amat
penting dalam isu berkaitan makanan. Kepenggunaan Islam tidak hanya terhad dalam
perbincangan halal haram serta syubhat suatu produk barangan sebaliknya merangkumi seluruh
aspek bermula dari bahan mentah, pemprosesan dan penghasilan produk akhir. Secara
langsung, turut merangkumi aspek keselamatan makanan (food safety). Justeru, keperluan
kepada pemahaman yang tepat dari semua aspek perlu dilakukan secara holistik. Kerajaan
sewajarnya perlu meningkatkan aspek penguatkuasaan dengan mempelbagaikan cara dan
langkah bagi melatih agensi penguatkuasaan di Malaysia termasuk Kementerian Kesihatan
Malaysia. Dalam masa yang sama kerajaan boleh menganjurkan lebih banyak latihan dan
kursus penguatkuasaan meliputi pemeriksaan dan pengesahan pelabelan dari semasa ke
semasa. Pelbagai berita dan isu terkini yang memaparkan keraguan mengenai produk makanan
di Malaysia terbongkar. Ramai pengusaha yang menyeleweng logo halal, tiada logo halal,
menyamar menyediakan makanan halal dan memproses makanan secara tidak halal. Ramai
juga pengeluar yang merupakan pengeluar makanan yang bukan Islam dan diragui kehalalan
sesuatu makanan itu.makanan halal amat penting kepada masyarakat Islam terutama Malaysia
yang mempunyai majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Ia bagi membolehkan
masyarakat yakin dengan produk makanan yang dihasilkan di negara ini adalah halal dan
berkualiti. Oleh itu, perlu pada pihak kerajaan dan pengeluar melaksanakan atau memantapkan
undang-undang yang telah ditetapkan bagi menghasilkan pelabelan yang boleh menjamin
keselamatan semua pihak. Konsep Halal dan Haram dan Tuntutan Global

Dalam usaha membina masyarakat yang cemerlang, pelbagai cabaran harus dihadapi. Ini
adalah fitrah pembinaan sebuah tamadun cemerlang yang seterusnya dapat membentuk budaya
hidup berkualiti terutamanya dalam menghadapi era globalisasi, hegemoni barat, modenisasi
dan pemikiran pasca-modenisme. Dalam hal ini, halal dan haram telah diiktiraf sebagai
tuntutan global bukan tuntutan watan lagi. Selarasa dengan konsep halal dan haram dalam
Islam, barangan yang halal sesungguhnya bukan sahaja baik, manfaat dan mustahak . usteru
itu Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan perkara yang baik dan buruk.
Timbulnya halal dan haram di dalam Islam adalah sebagai panduan bagi manusia untuk
mengenalpasti sesuatu yang baik ataupun buruk. Namun begitu Islam bukanlah sebuah agama

21 | P a g e
yang rigid, dalam sesetengah keadaan, sesuatu perkara yang ditegah akan dibenarkan untuk
melakukannya demi meraikan kemaslahatan manusia. Walau bagaimanapun kelonggaran
kepada yang haram tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana kewajipan
di dalam mencari sesuatu yang halal merupakan kefarduan bagi umat Islam.

___________________________________________________________________________
1
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, 2001. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan
Islam Dan Sains. Kuala Lumpur. Utusan Publication.
2
Faszly Rahim, Wan Nasyruddin Wan Abdllah, Aminah Abdullah. 2015. Indahnya Pemakanan dan Perubatan
Islam. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

22 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai