Anda di halaman 1dari 10

ISU MAKANAN HALAL DI SISI ISLAM DALAM INDUSTRI

Pengenalan
Berbagai jenis makanan yang kita perolehi di pasaran, dari makanan kampung hingga
ke makanan barat dan semuanya dikemas dan disajikan dalam bentuk yang menarik. Tidak
dapat dinafikan lagi bahawa penyajian dan penampilan sesuatu makanan itu memegang
peranan yan penting dalam pemasaran sesuatu produk makanan. Namun, bagi umat Islam ada
satu faktor yang jauh lebih penting dari sekedar rasa dan penampilan iaitu halal atau haram
suatu makanan. Umat Islam diajarkan untuk makan makanan yang bersih dan selamat.
Makanan yang halal adalah makanan yang dibolehkan oleh agama dari segi hukumnya, baik
halal dzatnya dan dibolehkan oleh agama. Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk
tujuan beribadat kepada Allah SWT. Islam terlalu menitik beratkan tentang kehalalannya
sesuatu makanan dari sumber pertama diperolehi sehinggalah ke meja makan. Al Quran dan
Hadis dijadikan pedoman oleh umat Islam dalam menentukan sesuatu makanan termasuk
halal atau haram.

Ayat Al Quran dan Hadith tentang Makanan yang Baik dan Halal
Berikut ini beberapa ayat Al Quran dan hadith yang terkait rapat dengan makanan yang baik,
halal, dan haram:
1. Al Baqarah: 168





Wahai sekalian manusia, makanlah apa yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di
bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan
itu adalah musuh yang nyata bagimu.
2. Al Baqarah: 172

Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami
berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya
kamu menyembah.
3. Al Maidah: 88

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan
kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

Kesimpulan di dalam ayat di atas ini, Allah mengulangi kembali agar memakan
makanan yang baik, sebagaimana yang ditegaskan dalam ayat 168 surah Al Baqarah dan
Allah menyeru agar selalu bersyukur terhadap nikmat-Nya jika benar-benar beribadah dan
menghamba kepada-Nya.

4. Hadith
:











[ ] ..


Dari Abu ABdillah Numan bin Basyir r.a,Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat
perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak.
Maka, barang siapa yang takut terhadap syubhat, bererti dia telah menyelamatkan agama
dan kehormatannya. Dan barang siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan
terjerumus

dalam

perkara

yang

diharamkan.

Sebagaimana

penggembala

yang

menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk


memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja
memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa
dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan
jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahwa dia adalah hati (HR.
Bukhari dan Muslim).

Kesimpulan untuk hadith yang keenam di atas ini ialah terdapat 4 pokok utama yang
ditekankan iaitu perkara yang haram itu adalah jelas dari sudut hukumnya dan terangterangan dinyatakan di dalam Al-Quran mahupun Hadith, halal juga telah dinyatakan dengan
jelas oleh Allah S.W.T supaya tidak timbul keraguan diantara kita hambanya yang daif ini,
terdapat makanan yang Syubhah dan wajib meniggalkannya apabila seseorang individu mula
was-was akan status kehalalan makanan itu dan akhir sekali ialah persoalan hati yang
menunjukkan bahawa hati itu merupakan satu tempat yang mana menjadi pangkal kepada
permulaan kepada sesuatu.

Makanan halal mahupun haram sama-sama memiliki pengaruh besar dalam


kehidupan seseorang, dalam akhlak, kehidupan hati, dikabulkan doa, dan sebagainya. Orang
yang senantiasa memenuhi dirinya dengan makanan yang halal, maka akhlaknya akan baik,
hatinya akan hidup dan doanya akan dikabulkan.

Asas Rujukan

Untuk usahawan dan syarikat perusaan makanan yang merancang untuk memohon
persijilan halal ataupun yang sudah memilikinya memerlukan rujukan paling utama untuk
mengetahui syarat persijilan dan pematuhan Halal Malaysia.
Dokumen dan Undang-Undang:
Industri Makanan
i.

Malaysian Standard MS1500:2009 Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan,

ii.

Pengendalian dan Penyimpanan Garis Panduan Umum


Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan PeraturanPeraturan Kebersihan Makanan 2009.

Logistik

i.

MS2400 -1: 2010 Halalan Toyyiban Assurance Pipeline Part 1: Management

ii.

System Requirements for Transportation of Goods And/ or Cargo Chain Services.


MS 2400 -2:2010 Halalan Toyyiban Assurance Pipeline Part 2: Management
System Requirements for Warehousing and Related Activities.

Fatwa Kebangsaan: Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah


Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34.
Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila
diajukan soalan kepadanya.

Isu-Isu Terkini Dalam Industri Makanan Halal

Sejak kebelakangan ini, isu halal haram menjadi tumpuan masyarakat Islam. Sekali
sekala isu ini timbul menyebabkan masyarakat semakin prihatin mengenai status halal
barangan makanan mereka seharian. Pada kebiasaannya, orang mudah membuat kesimpulan
makanan itu haram selepas dikaitkan dengan DNA babi dan tidak mempunyai sijil
pengesahan halal yang sah. Tumpuan mereka hanyalah kepada babi tetapi tidak kepada
perkara seperti haiwan lain yang haram dimakan serta isu penyembelihan melibatkan haiwan
seperti lembu, ayam dan kambing. Adakah bekalan ayam dan daging benar-benar halal?
Begitu juga halal yang berkait rapat dengan penyediaan makanan lain untuk masyarakat
Islam di tempat yang sama di mana babi dijadikan hidangan. Adakah kita tahu apa yang ada
di sebalik dapur restoran atau hotel atau dalam industi mikro ataupun makro yang
menyediakan menu dan makanan? Jika di industri makanan mempunyai daging babi apakah
jaminan peralatan yang sama untuk memasak babi tidak digunakan untuk masakan lain? Keskes di bawah ini ialah contoh isu-isu semasa yang berlaku dalam industri makanan halal di
negara kita.

Kes 1: Ada DNA Babi oleh KKM (Mei 2014) VS Tiada DNA Babi oleh JAKIM (Jun 2014)
Bulan Mei 2014, menjadi saksi bagaimana rakyat Malaysia terutamanya Muslim
dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan

Coklat Cadbury mengandungi DNA sehingga menyebabkan Muslim Malaysia bangkit


menuntut keadilan dan mahu syarikat Cadbury bertanggungjawab di atas segala bencana
yang berlaku ke atas diri mereka selama ini termasuklah menyaman syarikat tersebut
sehingga jutaan ringgit da sanggup menukar darah. Namun, pada tanggal 2 Jun 2014, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil ke hadapan dan
mengatakan dua sampel produk coklat Cadbury Malaysia (coklat susu dengan kacang hazel
Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan coklat susu dengan buah badam Cadbury Dairy Milk
Roast Almond) yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid
Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) dan ujian ini dijalankan di Jabatan Kimia. Kes DNA
babi pada coklat Cadbury ini bermula apabila coklat Cadbury ini dilaporkan oleh
Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) itupun setelah borang ujikaji telah bocor. Lalu
JAKIM bertindak untuk menganalisa dan membuat kajian untuk kali kedua menggunakan
sampel terus dari kilang dan keputusannya DNA Babi tiada sebenarnya di dalam produk
tersebut.
DNA babi daripada sampel yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) mungkin ada pencemaran kerana diambil daripada pasaran seperti mana diakui
sendiri dalam laporan JAKIM terbaru. Dalam satu kenyataan berita di Astro Awani, Ustaz
Mohd Amri Bin Abdullah selaku Penolong Pengarah Hub Halal JAKIM merangkap individu
yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan kes ini berkata bahawa sampel yang diperiksa
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu terkena pencemaran kerana sampel yang
mereka ambil ialah di kedai-kedai yang menjualnya manakala pihak JAKIM mengambil
sampel terus dari kilang yang mana setiap satu-satu bahan yang digunakan dalam proses
pembuatan produk tersebut di ambil sebagai sampel dan diujikaji di makmal kimia.
Pencemaran seperti itu mudah berlaku kerana DNA babi paling cepat merebak berbanding
DNA lain dan DNA babi bukan hanya merujuk kepada daging babi namun pencemaran yang
dibawa oleh persekitaran juga boleh mengandungi DNA babi. Analoginya mudah sahaja,
sebagai contoh 1 sudu kecil DNA babi diletakkan dalam 10 kolam renang bersaiz Olimpik,
DNA babi masih juga dapat dikesan kerana DNA nya paling mudah dan cepat untuk
merebak. Walau bagaimanapun, bagi pembeli yang mempunyai perasaan was-was untuk
membeli apatah lagi makan coklat Cadbury ini walaupun mengandungi tanda halal wajiblah
meninggalkannya kerana ia telah jatuh ke hukum Shubhah.

Rajah 1: Produk Cadbury yang dilaporkan dicemari oleh DNA babi


Kes 2: Penggunaan kod-E dalam produk makanan yang dikilangkan di Malaysia
Kod E ialah kod untuk bahan tambah dalam makanan (aditif) dan ianya selalu
digunakan pada label makanan di negara Kesatuan Eropah. Nombor E juga digunakan pada
label pemakanan di Australia, New Zealand, Amerika Utara, terutama Kanada dan Israel.
Skim penomboran ini adalah mengikut Sistem penomboran Antarabangsa (International
Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius.
Codex Alimentarius ialah dari bahasa Latin yang bermaksud kod makanan atau buku
makanan.
Bagaimanapun, tidak semua kod E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk
makanan adalah berasaskan dari sumber yang haram. Bahan-bahan aditif ini boleh
bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikrob, semulajadi, kimia dan haiwan. Sebagai contoh,
pada tahun lepas, 2015, aiskrim Magnum keluaran Walls dihebohkan oleh pengguna
mengandungi kod E471 dan E472 begitu juga emulsifier yang dipakai oleh Starbuck. Kod ini
adalah sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida. Di Malaysia, sumbernya adalah dari
lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam
tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan. Ramuan ini secara umumnya
ialah sebatian pelbagai bahan dengan kandungannya hampir sama dengan lemak semulajadi
yang boleh dihadam. Bagi produk yang dikilangkan di luar Malaysia terutama di bahagian
Eropah berkemungkinan memakai ekstrak tulang babi sebagai emulsifier. Oleh itu,
masyarakat seharusnya peka mengenai pelbagai jenis aditif makanan dan tahap kandungan
yang dibenarkan untuk digunakan dalam sesuatu produk makanan di dalam industri.

Rajah 2: Pembeli bergambar dengan aiskrim Magnum


Kes 3: Pusat sembelihan ayam yang tidak mengikut standard halal
Pada 27 Februari 2014, Berita Harian melaporkan bahawa tiga pekerja pusat
penyembelihan ayam di Pasar Besar Peremba di sini diberi amaran keras selepas pemeriksaan
dan diberikan masa seminggu untuk mematuhi standard halal yang melibatkan aspek
menyembelih dan memproses ayam selain memastikan tahap kebersihan seluruh proses itu
terjamin oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Pihak berautoriti

mengatakan bahawa kebanyakan pusat penyembelihan memendekkan tempoh pendarahan


ayam yang disembelih dengan segera memasukkan ayam berkenaan ke dalam air panas
sebaik saja selepas disembelih untuk diproses dan mereka juga didapati tidak mencuci pisau
yang digunakan selepas setiap kali sembelihan. Situasi ini juga berlaku di kawasan
Perindustrian Kampung Acheh yang mana Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah
menggantung sijil halal premisnya kerana juga telah gagal mematuhi standard halal manakala
di pusat pemprosesan ayam di Seri Manjung, diberikan notis kerana tahap kebersihan di
premis itu tidak memuaskan.
BeritaHarian.sg melaporkan kira-kira 80% atau 1.3 juta ayam yang disembelih setiap
hari di hampir 2,000 pusat penyembelihan ayam di dalam Malaysia diragui status halalnya.
Dan hanya 300,000 ayam sehari iaitu 20% yang disembelih di 23 pusat penyembelihan
berskala besar yang dipantau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dijamin halal serta
mendapat akreditasi Veterinary Health Mark (VHM) dan Good Veterinary Hygiene Practices
(GVHP).

Rajah 3: Laporan keratan akhbar di pusat proses penyembelihan ayam


Kes 4: Produk makanan yang menggunakan makanan dan bekalan daripada pembekal
disahkan halal tetapi syarikat itu sendiri tidak disahkan halal kerana terdapat penyediaan
alkohol.
Sejak kebelakangan ini, restoran makanan Barat berkembang umpama kulat tumbuh
selepas hujan. Namun yang menjadi persoalan kepada masyarakat ialah status makanan
mereka kerana premis tersebut juga menyediakan alkohol kepada bukan muslim. Justeru,
persoalan ini telah menimbulkan keraguan di hati masyarakat untuk makan di premis tersebut
walaupun produk makanan mereka menggunakan bahal dan bekalan daripada sumber yang
halal. Penolong Pengarah Hab Halal JAKIM mengatakan bahawa memakan makanan yang
bersumberkan halal daripada premis-premis yang menyediakan minuman beralkohol
mempunyai dua kesan. Pertama, makanan itu sendiri adalah Syubah (meragukan) kerana
tiada jaminan yang bahawasanya ia tidak bercampuran dengan alkohol tersebut dan kedua,
membeli makanan di tempat itu secara tidak langsung menyumbang kepada kedai menjual
alkohol dan itu jatuh kepada hukum haram. Maka, seorang Islam bukan sahaja harus menjaga
pemakanannya, dia juga haruslah menjaga akidahnya agar dia tidak menyumbang kepada
perkara-perkara yang dilarang Islam seperti membeli makanan dari orang yang menjual arak.

Rajah 4: Contoh premis makanan yang juga menyediakan alkohol


Kes 5: Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe yang ditarik balik.
Heboh sekejap di media sosial tentang penarikan balik sijil pengesahan halal syarikat
Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd. Walau bagaimanapun, penarikan ini bukan
disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu sebaliknya
disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan
pengilangan (GMP) yang serius. Penarikan sijil tersebut berkuatkuasa 7 Mei lalu.

Rajah 5: Kenyataan media oleh Pengarah Hab Halal Jakim tentang penarikan Sijil
Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat Secret Recipe
Kesimpulan
Al-Quran dan Sunnah telah menetapkan halal atau haram sesuatu makanan.
Penentuan status halal suatu makanan

atau bahan makanan tambahan makanan yang

diproses, umat Islam harus melihat atau mencari tahu dengan pasti sumber bahan yang
digunakan. Dalam surah Abasa ayat 24 hingga 32, Allah berfirman, Maka hendaklah
manusia itumemperhatikan makanannya, sesungguh-nya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian kani belahbumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kamitumbuhkan
biji-bijian di bumi itu anggurdan sayur-sayuran, zaitun dan pohonkurma, kebun-kebun
(yang ) lebat danbuah-buahan serta rumput-rumput untukkesenanganmu dan untuk binatangbinatang ternakanmu. Selain itu, harus diingat bahawa halal atau haram bukan sekadar
makanan yang sudah terhidang di depan mata tetapi harus mengambil kira juga kaedah
penyediaannya.

Rujukan

Hab Halal Jakim. (2016). Apakah itu kod-E. Facebook.com.


https://www.facebook.com/HabHalalJakim/?fref=ts. Diakses pada 25 Jun 2016
HASLI, F. (2015). Jakim jelas punca tarik sijil halal Secret Recipe. Sinarharian.com.my.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/jakim-jelas-punca-tarik-sijil-halal-secretrecipe-1.394441. Diakses pada 25 Jun 2016
Pegawai JAKIM sedia makan coklat Cadbury. (2016). YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=QxbilxziYWU. Diakses pada 25 Jun 2016
Pusat sembelih ayam diberi amaran isu halal. (2016). Malaysiakini.
https://www.malaysiakini.com/news/237386. Diakses pada 25 Jun 2016
Sembelihan ayam di Pasar Besar Peremba tidak patuh standard halal.
(2016).Astroawani.com. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sembelihan-ayamdi-pasar-besar-peremba-tidak-patuh-standard-halal-30916. Diakses pada 25 Jun 2016
Sijil halal premis penyembelihan ayam di Lumut digantung. (2016). BH Online
http://www.bharian.com.my/node/119077. Diakses pada 25 Jun 2016
Status halal 1.3 juta ayam sembelihan di Malaysia diragui, Berita Dunia - BeritaHarian.sg.
(2014). BeritaHarian. http://www.beritaharian.sg/dunia/status-halal-13-juta-ayamsembelihan-di-malaysia-diragui. Diakses pada 25 Jun 2016
Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu. (2016). Surah.my.
http://www.surah.my/. Diakses pada 25 Jun 2016

Anda mungkin juga menyukai