Anda di halaman 1dari 17

PENSYARAH:

UST. HILMI BIN HASSAN


UST. MUHAMMAD ZAWAWI BIN MUHAMMAD ALI

DISEDIAKAN OLEH:
NUR BAQIAH BALQIS BT. MAZLAN
Menurut Abd. Latif Muda (2006), sembelihan ialah
menghilangkan nyawa binatang darat yang halal dimakan
dengan cara memutuskan urat halkum (

) dan urat mari (

)
dengan menggunakan alat yang tajam selain kuku, gigi dan
tulang berserta dengan niat kerana Allah.

Abu Bakar Jabir al-Jazairiy (2006) pula menjelaskan bahawa
maksud sembelihan atau az-zakah ialah menyembelih haiwan
yang harus dimakan dengan memotong pada halkum,
kerongkong dan dua urat di tepi leher dengan niat kerana Allah.
RUKUN SYARAT

Penyembelih

Orang Islam atau sekurang-kurangnya ahli kitab (Yahudi dan Nasrani).
Niat sembelih kerana Allah.
Waras, bukan dalam ihram dan dapat melihat.

Binatang yang
disembelih

Binatang darat yang halal dimakan.
Sebelum disembelih binatang tersebut hidup bernyawa (

).
Mati sebab sembelihan, mati sekali sembelihan.

Alat sembelihan

Alat tersebut tajam sehingga dapat mengalirkan darah dan memutuskan
halkum (

) dan urat mari (

), kecuali gigi, kuku dan tulang.




Bahagian yang
disembelih

Memutuskan halkum (

) dan urat mari (

) dengan sempurna.
Isu-isu Semasa
Sembelihan
dalam
Masyarakat
Isu sembelihan
menggunakan
mesin: halal
atau tidak?
Isu sembelihan
ahli kitab: halal
atau tidak?
Isu daging
import: halal
atau tidak?
Isu Sembelihan Menggunakan
Mesin: Halal atau Tidak?
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhayli (1984), para ulama sepakat
menyatakan, apabila haiwan itu disembelih dengan memotong
beberapa objek pada leher haiwan yang halal dimakan, iaitu dua urat
pada kiri dan kanan leher, saluran laluan makanan dan halkum, dengan
menggunakan besi tajam seperti pisau dan disebut nama Allah ketika
disembelih, maka sembelihan itu halal dimakan.

Dalam konteks sembelihan menggunakan mesin, kebiasaannya,
binatang-binatang tersebut akan dikenakan arus elektrik atau ubat-
ubatan tertentu untuk melemahkannya dengan tujuan untuk
memudahkan proses penyembelihannya.

Menurut Muhammad Arifin, Muhammad Zaini Yahya dan Afandi Sahi
(2006), arus elektrik atau ubat-ubatan yang digunakan hendaklah
sekadar untuk melemahkannya sahaja, bukan menyebabkan
kematian. Jika kadar arus elektrik atau ubat-ubatan yang digunakan
terlalu banyak sehingga mengakibatkan kematian sekalipun tidak
disembelih, maka proses sembelihannya adalah tidak sah.
Selain itu, ubat-ubatan yang digunakan juga mestilah bukan najis
atau benda yang haram berdasarkan kaedah tidak bercampur antara
perkara yang halal dan haram melainkan perkara yang haram
mengatasi perkara yang halal.

Menurut Dr. Azman Mohd. Nor, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Al-
Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menggunakan
arus aliran elektrik dalam proses penyembelihan dibolehkan dan
disahkan halal oleh majlis rundingan Fatwa Kebangsaan dan
kebanyakan negara yang dihuni oleh masyarakat Islam.


Walaupun sembelihan yang dilakukan adalah menggunakan mesin,
namun penyembelih yang melakukan sembelihan hendaklah
seseorang yang mencukupi syarat penyembelih dan dia hendaklah
melakukannya dengan niat sembelihan.
Isu Sembelihan ahli kitab:
Halal atau Tidak?
Menurut Dr. Abdul Hayei Abdul Sukuor (1998), ulama juga sepakat dari
segi prinsipnya, halal makan sembelihan ahli kitab (Yahudi dan
Nasrani), berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 5 yang
bermaksud:
Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan kitab itu adalah halal
bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka
(tidak salah kamu beri makanan kepada mereka).

Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi (2007) di dalam kitabnya al-Halal Wa al-
Haram, terdapat dua masalah yang mustahak dilihat menerusi pemikiran
Islam tentang sembelihan ahli kitab:

i. Sembelihan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang dilakukan di gereja
dan rumah-rumah ibadat mereka, yang disebut nama-nama tuhan
mereka selain Allah ketika menyembelihnya, tetapi tidak diketahui
dengan jelas sebutan nama-nama selain Allah itu.

ii. Haiwan yang disembelih oleh ahli kitab dengan cara kejutan elektrik.
Konteks halal bagi sembelihan ahli kitab yang diputus oleh al-Quran ini
tersirat beberapa hikmat yang besar di sebaliknya, iaitu mewujudkan
hubungan baik antara penganut-penganut agama langit, kerana
mereka bertemu antara satu dengan lain pada suatu titik yang paling
mustahak, iaitu kewujudan Allah.

Bagaimanapun jika hikmat ini tidak tercapai, malah permusuhan
berlaku, maka, tidak ada lagi hikmat daripada keperluan mengambil
makan daging-daging sembelihan mereka. Justeru, mengapa umat
Islam harus bertolak ansur hingga ke peringkat bertukar daging
sembelihan, jika dalam keadaan nyawa umat Islam tidak lagi
dihormati?

Mereka juga tidak beramal dengan kitab mereka malah, telah
menyelewengkan kitab samawi yang diturunkan kepada mereka.

Oleh itu, menurut Dr. Abdul Hayei Abdul Sukuor (1998), pemikiran
Islam lebih cenderung kepada haram memakan daging sembelihan
yang dilakukan oleh ahli kitab dengan apa cara sekalipun.

Isu daging import:
Halal atau Tidak?
Isu daging import cara sembelihan daging tersebut.

Menurut Dr. Abdul Hayei Abdul Sukuor (1998), daging-daging haiwan
yang diimport dari negara-negara penyembah berhala atau yang
tidak menganut sebarang agama seperti Jepun, atau komunis seperti
Rusia dan China, atau negara yang tidak menganut agama langit,
seperti India, tidak halal dimakan haiwan sembelihan mereka, kecuali
setelah disahkan penyembelihnya beragama Islam dan cukup syarat-
syarat sembelihannya.
Dalam konteks daging import di Malaysia, difahamkan bahawa
syarikat-syarikat yang mengimport daging-daging dari luar
negara, terutama negara-negara bukan Islam, syarikat-syarikat ini
telah menghantar tukang-tukang sembelih yang professional dan
mampu menyembelih binatang dengan cara Islam dan telah
diperakukan dengan meletakkan tanda halal oleh pihak-pihak
yang dipercayai, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dan lain-lain.

Oleh itu, soal halal atau tidak daging-daging bagi kes sebegini
tidak perlu dipertikaikan lagi lantaran penyembelihnya adalah
beragama Islam serta cukup syarat-syarat sembelihannya.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan
sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara
tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak
mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia
telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang
pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan
menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan
sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda mungkin juga menyukai