Anda di halaman 1dari 20

Abdul Rahman bin al-Akhnas menceritakan ketika beliau di dalam masjid, terdapat seorang lelaki yg mengutuk Ali r.a.

Lalu Said bin Zaid r.a. bangkit dan berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: ada 10 orang yg pasti masuk syurga; Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah, Zubair bin al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Abi Waqqas & Abdul Rahman bin Auf pasti ke syurga. orang ramai mengira, hanya 9 orang. Lalu mereka bertanya: siapa yg ke-10? setelah digesa beliau menjawab: Said bin Zaid. Kemudian beliau meneruskan bicaranya: mana-mana sahabat pun yg berdebu wajahnya kerana bersama-sama Nabi, lebih baik drpd seluruh amalan sepanjang hidupnya biarpun umurnya selanjut umur Nabi Nuh a.s (950 tahun) ~HR Abu Daud & al-Tirmizi~

T A A S S A Z

U U A

Abu Bakar al-Siddiq


Paling rapat Bapa mertua Rasulullah SAW Rasulullah SAW bersabda Org yg sanggup berkorban harta & dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu bakar sebagai kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dlm Islam (HR Muslim)

Umar al-Khattab
Pengislamannya memberi nafas baru kepada Islam. Merupakan sahabat kedua yang paling dicintai Rasulullah s.a.w, juga merangkap mertua Baginda. Ali pernah berkata ketika kematian Umar: "Kamu tidak meninggalkan seorang yang sangat aku cintai melebihi daripadamu. Sehingga bertemu dengan Allah sekalipun, tidak ada yang dapat menandingi amalanmu. Demi Allah, aku yakin sesungguhnya Allah akan menempatkanmu bersama-sama dengan dua orang sahabat kamu. Aku selalu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 'Aku datang bersamasama Abu Bakar dan Umar, aku masuk dan keluar bersama-sama mereka. Aku berharap semoga Allah menjadikan kamu bersama keduaduanya.'". (Riwayat Muslim)

Uthman al-Affan
Sayangnya Baginda kepada beliau sehingga mengahwinkan dua orang puterinya dengan beliau. Beliau adalah satu-satunya sahabat yang Rasulullah s.a.w malu kepadanya. Sabda Rasulullah, maksudnya: "Tiada seorang pun yang pernah mengahwini dua orang anak seorang Nabi sejak zaman Nabi Adam a.s selain Uthman. Beliau digelar zu al-nur'ain (yang memiliki dua cahaya hati)." (Riwayat al-Baihaqi)

Ali bin Abu Talib


Sahabat, sepupu dan merangkap menantu Rasulullah s.a.w. Biarpun masih muda, pemikirannya dewasa, tubuhnya perkasa dan semangatnya waja. Beliau tidak teragak-agak mengorbankan diri demi Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali, maksudnya: "Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa, tetapi tiada Nabi selepasku." (Riwayat Muslim)

Talhah bin Ubaidillah


Seorang saudagar berjaya. Namun, dia keluar dari "comfort zone" dengan memeluk Islam. Natijahnya, badan yang suatu ketika dahulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang, tombak dan panah. Baginda bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mahu melihat syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini, tengoklah Talhah bin Ubaidillah. Setiap kali Abu Bakar teringatkan Uhud, beliau berkata: 'Hari itu keseluruhannya milik Talhah!'" (Riwayat Ahmad)

Zubair bin al-Awwam


Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah daripada pelbagai arah. Beliau ialah sepupu Nabi kerana ibunya ialah kakak ayah Baginda. Selain itu, beliau ialah anak saudara Nabi kerana Khadijah r.a ialah ibu saudaranya. Beliau juga biras Nabi kerana beristerikan Asma' binti Abu Bakar iaitu kakak Aisyah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah


Dalam medan Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya. Lalu Allah menurunkan firman-Nya sebagai pengubat jiwa dan pujian buatnya, mafhumnya: "Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara, atau keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguhkan iman di hati." (Al-Mujadalah 58:22)

Saad bin Abi Waqqas


Beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah. Ibunya yang masih kafir mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati:"Sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu persatu, saya tetap tidak akan tinggalkan agama ini. Allah berfirman maksunya: "Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepada-Ku dengan sesuatu yang aku tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia dengan sebaik-baiknya." (Surah Luqman 31:15) Beliaulah orang pertama yang melepaskan anak panah dalam peperangan Islam.

Said bin Zaid


Adik Ipar kepada Umar al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi sebab keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Baginda. Sebelum memeluk Islam lagi, beliau telah dicemuh dan diseksa oleh masyarakatnya kerana mempertikaikan budaya jahiliah. Lalu, hadirnya Islam untuk memenangkannya.

Abdul Rahman bin Auf


Beliau hebat dalam perniagaan dan peperangan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah pun yang beliau terlepas. Bahkan operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya. Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri Baginda selepas kewafatan Baginda.

TASK!!!

ZUBAIR AL- AWWAM

Abu ubaidah bin al-jarrah

TALHAH BIN UBAIDILLAH

Saad bin abi waqqas

Said bin zaid

Anda mungkin juga menyukai

  • Isu Sembelihan
    Isu Sembelihan
    Dokumen17 halaman
    Isu Sembelihan
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat
  • Gadaian Farah
    Gadaian Farah
    Dokumen21 halaman
    Gadaian Farah
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat
  • 10 Dirimubharga
    10 Dirimubharga
    Dokumen16 halaman
    10 Dirimubharga
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat
  • 12 Musibah
    12 Musibah
    Dokumen10 halaman
    12 Musibah
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat
  • 13 10
    13 10
    Dokumen20 halaman
    13 10
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat
  • 8.say No To Syaiton
    8.say No To Syaiton
    Dokumen10 halaman
    8.say No To Syaiton
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat
  • 6.cinta ALLAH
    6.cinta ALLAH
    Dokumen29 halaman
    6.cinta ALLAH
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat
  • 7 Poisonous
    7 Poisonous
    Dokumen7 halaman
    7 Poisonous
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat
  • 3 Cadumcang
    3 Cadumcang
    Dokumen9 halaman
    3 Cadumcang
    Baqiah Balqis
    Belum ada peringkat