Anda di halaman 1dari 25

ISI KANDUNGAN

Tajuk

Penghargaan
Pendahuluan
Objektif Kajian
Definisi Sain Teknologi Dan Kejuteraan
Sejarah Sain Teknologi Dan Kejuteraan
Mengikut Era
Ciri-ciri Ajaran Sesat
Punca Terjebak Ajaran Sesat
Teknik Penyebaran Ajaran Sesat
Kesan Dan Akibat Ajaran Sesat
Langkah Mencegah Ajaran Sesat
Penutup
Rujukan
Lampiran

Muka Surat

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada kami sekumpulan dapat juga kami menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta kami, Puan Pauziah Binti Jusoh kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk kami bertiga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami
yang memberi kami semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan
kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya
menyempurnakan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab
setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

PENDAHULUAN
Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia
bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat
dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang
paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu
golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan
pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti mereka yang memperkatakan
tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu, mereka yang cuba menilai ajaran tidak
mengetahui betul-betul ajaran berkenaan dan aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan
mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada
peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan
yang mengelirukan bahkan mempunyaim unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah
Wal Jamaah serta ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh
itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.
Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul, Kitab,
Qada dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat. Sehingga kini hampir setiap buah negeri di
Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat
sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan. Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi
kita, malah kemunculannya di negara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam
dan kepercayaan animisma serta daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.
Ajaran sesat juga merupakan suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia
masa kini kerana penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari
masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga
kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat,
yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang
boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari
oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam
masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam
kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan ada pula yang sanggup menceraikan isteri,

meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadangkadang melakukan pembunuhan.
Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di
negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil
dengan segera. Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah
berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang
bertopengkan Tarikat Nurul Zaman keatas balai polis Batu Pahat Johor pada hari Khamis 16hb
Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang
awam.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kami mengkaji tentang ajaran sesat ini adalah untuk mengenal pasti ajaran sesat ini
adalah ajaran yang berlandaskan Islam atau tidak.Disamping itu,kami dapat mengenal pasti
setiap keburukan yang ada didalam ajaran sesat yang kami kaji ini.Akhirnya kami dapat
memahami apa itu erti sebenar ajaran sesat yang sememangnya sesat.

Definisi Ajaran Sesat

Ajaran sesat bermaksud sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang islam
atau orang-orang bukan islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran
islam atau berdasarkan kepada ajaran islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang
dibawa itu bertentangan dengan islam yang berdasarkan Al-Quran dan Sunnah serta bertentangan
dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang orang
yang sesat ialah orang orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha
mempelajari dan mendalami agama islam itu sendiri.Selain itu, orang yang berpengalaman
agama yang tidak betul kerana mendalami agama dengan tidak mengikut peraturan dan jalan
sebenar.

Menurut Oxford English Dictionary, ajaran sesat adalah pandangan atau doktrin teologi atau
keagamaan yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan doktrin Gereja Katholik atau
ortodoks, atau dalam pengertian yang lebih luas, dengan doktrin gereja, keyakinan , atau sistem
keagamaan manapun yang dianggap ortodoks atau ajaran benar. Dalam pandangan Islam ajaran
sesat ini adalah ajaran yang berbeza dengan apa yang umumnya diakui telah dibawa oleh nabi
S.A.W dan berdasarkan Al-Quran, sunnah dengan mengikut ahli sunnah waljamaah.

SEJARAH AJARAN SESAT MENGIKUT ERA


Era Tradisional
Ajaran sesat mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada
abad ke 15 yang bergerak secara senyap. Ajaran sesat yang paling lama di Malaysia ialah ajaran
Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok,
Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah,
Perak dan Negeri Sembilan.
Ajaran ini juga dikenali dengan Tasawuf Batiniah iaitu kebatinan. Pada umumnya ajaran ini
dibawa melalui buku Kasyaf Al-Asrar terjemahan dan susunan oleh Syeikh Mohammad Salleh
bin Abdullah Al-mangkabau yang ditulis pada tahun (1344H/1922M) (tahun 1390 telah ulang
cetak ke-22 di Singapura) dan kemudiannya disalurkan melalui buku Hidayah Al-Anwar oleh
Syed Ghazali Jamalullail, Pulau Pinang pada tahun 1355H/1933M) dan mengembangkan Ajaran
Taslim dari bapanya Hj. Mohd. Matahari, kemudian Hj. Ahmad laksamana bin Omar Kelantan
pada tahun 1985, menulis buku Hakikat Insan (1985M) dan Ilmu Tajalli (belum terbit) dan
mengembangkannya ke seluruh Malaysia.Unsur-unsur atau faktor ajaran Batiniah ini ialah
berasal daripada Syiah Ismailiyah Batiniah iaitu satu gerakan yang pada mulanya
dipropagandakan oleh Abdullah bin Maimon (W 165H/780M). Beliau ialah seorang bekas
penganut agama Madaism (Al-Mazdakiyah) berbangsa Yahudi dari Al-Hawas, bapanya Maimon
b. Dalsan al-Khaddah ialah hamba kepada Jaafar al-Sadiq iaitu salah seorang imam 12 syiah.
Al-Khaddahlah yang mendakwa Ismail bin Jaafar al-Sidiq yang telah meninggal dunia tahun
158H dianggap sebagai ghaib dan beliau adalah Imam Mahdi Abdullah bin Maimon juga
terpengaruh dengan teori angka simbolik seperti angka 7, 12 yang diambil dari 7 huruf Bismillah
dan 12 huruf Lailahaillahallah kemudiannya berjumlah 19. Teori ini akhirnya diambil oleh
Ismailiyah Kisaniyah dan Qaromitah.Di kalangan pengamal ilmu hakikat seperti Taslim wujud
satu amalan nikah batin, yang pda asalnya lahir dari konsep batin yang disebar oleh kumpulan
Syiah Batiniah.Nikah batin adalah satu amalan misteri bagi golongan Taslim.Mereka
merahsiakan amalan ini dari sesiapa. Menurut Hj. Abdullah Fahim b. Abdul Rahman, nikah batin
di Malaysia ia bukan sahaja diamalkan oleh kumpulan Taslim bahkan oleh individu lain.
Menurutnya pada tahun 1986 seorang gadis berumur 19 tahun dari Kuala Lumpur membuat

laporan ke Pusat Islam yang menyatakan kakaknya telah dinikah batin oleh guru yang mengubat
mereka secara batin. Kakak yang tua telah melahirkan 4 orang anak dan yang muda telah dua
kali menggugurkan kandungannya.
Guru itu dan kakaknya telah dibicarakan di Mahkamah Syariah Gombak Timor, Selangor atas
tuduhan berzina sehingga melahirkan anak. Mereka mengaku salah dan guru tersebut tidak sebut
langsung hal nikah batin, ini berlaku pada 28 Mac 1986. Ajaran Batiniah ialah ajaran Tasawuf
yang mengandungi 3 unsur iaitu: fahaman Hulul iaitu penyerapan Tuhan dengan hamba dan
Wahdatul Wujud dan semacam dengannya, faham Syariah Ismailiyah dan Batiniah dan yang
semacam dengannya dan ilmu Kebatinan hasil sankratisma antara kepercayaan primitif, agama
Hindu, Buddha, Tasawuf Wahdatul wujud dan ajaran Syiah terutamanya yang terdapat di negara
jiran.
Yang dimaksudkan dengan ajaran Syiah di sini ialah Syiah Nusairiyah dan Nizariyyah serta
Mustaliyah dan Druz . Syiah Ismailiyah berjaya menegakkan kerajaan Fatimi di Mesir tahun
358 Hijrah. Dalam tahun 487 Imam Kerajaan Fatimi bergelar al-Mustansirbillah meninggal
dunia, lalu puak Ismailiyah berpecah dua, satu mengikut Nizar bergelar Nizariyah dan satu lagi
mengikut adiknya al-mustali lalu digelar at-Mustaliyah.
Ada lagi pecahan lain iaitu Druz dan Nasiriyah yang ada di Lubnan, Syria dan Palestin. Selain itu
Syiah Dua Belas yang berakidah dengan dengan Imamah, Wasi, Ismah, Hulul Zahir Batin. Ia
mengandungi 4 konsep utama iaitu:4.1.1. Ada zahir dan batin4.1.2. Ada tanzil dan takwil4.1.3.
Ada takiyyah4.1.4.Di sepanjang sejarah Gerakan Syiah meninggalkan imej buruk yang penuh
dengan ugutan, ancaman, pergaduhan dan kekerasan. Sikap kekerasan ini adalah warisan
daripada saki baki gerakan syiah Ismailiyah yang berpusat di Aalamut yang diketuai oleh AlHasan al-Sabah di abad ke enam Hijrah, yang kadangkala menggunakan Hasyisy (ganja) atau
seumpamanya.Antara ajaran sesat yang mengandungi unsur Batiniah ialah ajaran Taslim, ajaran
Tajalli Ahmad Laksamana Kelantan. Ada doktrin wujudiah, batin, takwil, gnosis, emanasi dan
kebatinan Jawa.
Di Kelantan pula wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat
Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an. Ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih aktif di
Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini. Terdapat beberapa bentuk ajaran sesat

seperti animisma, dinamisma, ajaran hindu-bidha, sabaiyyah, syiah ismailiyyah dan aliran
teosofi.
Era Kolonial
Era Kolonial merupakan zaman sebelum kemerdekaan di mana Singapura masih merupakan
sebuah negara di bawah pimpinan Tanah Melayu di mana ajaran sesat telah mula wujud dan
berkembang sejak pada awal tahun 1940-an. PERDAUS iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam
ketika dahulu telah mampu meneroka perkembangannya. Pada ketika itu timbul masalah
mengenai ajaran Qadiani hasil perdebatan hebat antara Allahyarham Tuan Syed Ahmad Dahlan
Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, di Onan Road.
Peristiwa perdebatan di antara Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani
Ghulam Husin, pada tahun 40-an itu, telah meredakan ribut yang ditimbulkan ajaran Qadiani,
terutama di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tinggal di sekitar Joo Chiat
Road, Geylang Serai, Katong dan Telok Kurau. Namun ajaran itu masih wujud sehingga hari ini.
Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun
1949. Ajaran sesat ini mempunyai ciri-ciri kesesatan seperti beriktikad bahawa Mirza Ghulam
Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu),
beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci
yang bernama Al-Tazkirah, beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis
mukjizat, menghapuskan jihad, mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52
surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr, mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah
S.W.T, mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji, mendakwa
bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India dan menghukum kafir
selain penganut Qadiani.
Dalam era kolonial juga terdapat ajaran sesat lain yang popular seperti ajaran sesat yang dikenali
dengan nama Bahai. Ajaran ini diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal
dunia pada tahun 1892 Masihi. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai
Baha'ullah. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali
Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi. Ajaran Bahai muncul di
Iran pada tahun 1847 Masihi dan mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee

Leong. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah dengan beriktikad bahawa pengasasnya ialah
jelmaan Allah S.W.T, beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam
ajaran Bahai, beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal), beriktikad bahawa kitab suci
mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi, beriktikad bahawa Nabi Isa mati
disalib, mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut,
menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka, memansuhkan agama Islam,
menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru, mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa
19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar
atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali serta menghapuskan jihad.
Era Pasca Kolonial
Era Pasca Kolonial di antara tahun-tahun 1960an hingga tahun 2000 masih lagi terdapat
berbagai-bagai jenis dan bentuk ajaran sesat di Malaysia .
Berdasarkan kajian oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
bahawa ajaran sesat yang terkumpul sehingga tahun 1997 ialah 60 ajaran, yang meliputi
berbagai-bagai bentuk iaitu amalan Al-Tasauf. Penggabungan dengan aktiviti persilatan dan
penggabungan dengan amalan perbomohan serta amalan khurafat yang lain. Jumlah ajaran sesat
yang dapat di kesan sehingga 1999 ialah sebanyak 98 ajaran.
Ajaran-ajaran sesat yang bergerak cergas di negeri-negeri seluruh Malaysia sebelum tahun 1980
an, bukan sahaja telah mengalami pengurangan, bahkan kebanyakkannya telah dapat dibanteras
oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri. Antaranya hingga ke peringkat tindakan undangundang yang melibatkan hukuman denda atau penjara. Di samping itu terdapat juga tindakan
yang dilakukan melalui pewartaan fatwa, proses pemulihan aqidah dan program-progrem
penjelasan akidah yang dijalankan Kebanyakan ajaran sesat di Malaysia telah bergerak secara
serampang dua mata, iaitu bercampur aduk antara amalan Tasawuf tawasufi atau wujudiah,
batiniah dan kebatinan jiwa. Di samping ianya juga melibatkan amalan-amalan perbomohan
yang menggunakan helah agama untuk kepentingan diri pengamalnya. Hal ini pada hakikatnya
adalah semata-mata suatu amalan yang berpunca dari ajaran batiniah yang sememangnya kufur
dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam yang Maha Suci. Selain dari ajaran-ajaran

sesat, terdapat juga kecenderungan pihak tertentu yang menyebarkan dakyah mereka terhadap
penganut agama Islam untuk mendekati ajaran agama lain.
Era Pasca Kolonial juga menampilkan beberapa ajaran sesat seperti Ajaran Crypto Mokhtar
Hassan, Ajaran Taslim, Ajaran Mohd. Nasir Ismail Kemboja dan Ajaran Kumpulan Anti Hadis.
Bagi Ajaran Crypto, Mokhtar Hassan telah di hukum di Mahkamah Syariah (Kuang Selangor,
1978) ajaran ini menafikan Al-Quran, membatalkan ibadat sembahyang dan lain-lain kesalahan
syariah. Ajaran ini tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Islam dan akhirnya berkubur.
Ajaran Taslim (difatwa oleh Jawatankuasa Kedah 1969) ajaran ini kadang-kadang mengurangkan
pengerjaan ibadat sembahyang dan puasa. Ajaran Tajalli @ Hakikat Insan Ahmad Laksamana,
Kelantan (dihukum di Kelantan tahun 1986). Ajaran ini memperkecilkan ulama syariat. Ia telah
merebak ke serata negeri di tanah air. Seterusnya Ajaran Mohd. Nasir Ismail Kemboja (Batu
Pahat 1980) yang menafikan fardhu Jumaat serta menyalahkan orang lain, akhirnya telah
menyerang Balai Polis Batu Pahat di Johor. Manakala Kumpulan Anti Hadis telah diharamkan
oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan pada bulan Mac 1980.
Era Masa Kini
Pada masa kini ditahun-tahun 2000 hingga lah sekarang masih juga terdapat ajaran-ajaran sesat
yang disebar dan di amalkan . Pada tahun 2007 Ajaran Sesat kerajaan langit yang dipimpin oleh
Ariffin bin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin di Terengganu telah terbongkar dan
pengikut-pengikutnya telah dihadapkan ke mahkamah. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai
Tuhan segala agama, manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai
Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuat adalah berasaskan wahyu
tersebut.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT


Organisiasi ajaran sesat (OAS) pada umumnya merujuk kepada organisasi agama yang
memudaratkan manusia. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Antaranya ajaran sesat mempunyai Pengucapan mengenai Alam Ghaib.Pengucapan mengenai
alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama. Biasanya pengucapan ini diadakan dalam
bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.Seterusnya,mempunyai Sifat AntiMasyarakat Satu sifat yang ketara untuk Organisasi Ajaran Sesat ialah mempunyai sifat antimasyarakat. OAS sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan
merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebenaran". Mereka
sentiasanya membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh
itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai
"penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum.Selain itu,ajaran sesat mempunyai Seorang
Ketua Yang Dipujakan Seperti Dewa OAS, Ketua OAS biasanya mengenal diri sebagai nabi dan
mempunyai kuasa-kuasa tertentu.Disamping itu,ajaran sesat juga mempunyai pengaruh yang
mendalam terhadap ahlinya.Contohnya,penyertaan seseorang ke dalam sesuatu OAS akan
mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempengaruhi kehidupan seseorang dengan
memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan
fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan
bergerak.
Hujah di atas turut diperolehi dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Pulau Pinang terdapat banyak ciri-ciri yang telah dikenal pasti sebagai ajaran sesat
di antaranya adalah adalah seperti berikut:Mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima
wahyu.Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang
tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi (ajaran
sesat Qadyani, Bahai, Empat Sahabat, Nasir dan Mufarridiah).Mempercayai bahawa roh orang
yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.Mendakwa pengikutpengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.Mendakwa gurunya memegang
kunci pintu syurga.Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.Mendakwa

bahawa semua agama adalah sama.Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi
pertolongan apabila namanya diseru.Memohon kepada objek tertentu seperti batu, cincin dan
sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru
melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.Mengaku
Allah menjelma dalam diri.Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh
memberi syafaat kepada muridnya.Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan diperolehi
terus daripada Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (jaga). Mengaku dan mempercayai bahawa
seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam
dirinya dan mendakwa akan masuk ke syurga.Memansuhkan syariat Islam seperti sembahyang,
puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap setelah sampai kepada hakikat maka
tidak

perlu

lagi

syariat.Meninggalkan

sembahyang

Jumaat

kerana

mengamalkan

suluk.Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh
ditunaikan

di

tempat-tempat

lain.Mengubah

dengan

sengaja

ayat

al-Quran

dan

maksudnya.Mengakui dan mempercayai bahawa tangkal boleh memberi kesan.Mendakwa


bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti
puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya. Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah
hanya kulit dan tidak sampai kepada matlamat sebenar.

Punca Terjebak Ajaran Sesat


Punca kepada terjebak manusia ke dalam ajaran sesat adalah kejahilan individu itu sendiri dalam
memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Kejahilan ini ditambah pula dengan
wujudnya anasir-anasir perosak akidah yang mungkin berselindung di sebalik imej Islam dengan
tujuan menimbulkan perpecahan dan kekacauan dalam masyarakat Islam itu sendiri.
Matlamat golongan ini hanya satu, iaitu melemahkan akidah dan mengajak mereka menyertai
ajaran baru yang didakwa mereka lebih sistematik dan mudah tanpa melakukan pelbagai ibadat
wajib yang dituntut oleh Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini.
Sebagai umat Islam, apabila timbul sebarang khilaf atau kekeliruan khususnya membabitkan
akidah dan kefahaman Islam, segeralah merujuk kepada pihak berkemampuan untuk
menghuraikan segala kekusutan yang timbul.
Kesedaran yang tinggi dalam agama adakalanya diambil kesempatan oleh pihak tidak
bertanggungjawab untuk mencetuskan fenomena baru dalam hidup beragama menurut
kesesuaian ajaran yang diperkenalkan.
Usahlah kita mudah tertipu dengan sebarang ajaran sesat atau penyelewengan agama yang
seringkali muncul dalam kehidupan hari ini.
Rebut kesempatan sementara masih hidup ini dengan memperbanyakkan usaha mendalami
ajaran Islam sebenar termasuk mempelajari ilmu agama dengan mereka yang bertauliah dan
benar-benar berilmu.

TEKNIK PENYEBARAN AJARAN SESAT


Berbagai cara telah digunakan oleh penyebar ajaran sesat untuk menarik minat pengikut.
Antaranya dengan cara memerhati, beramah mesra, mencetus keraguan, gantung tak bertali, ikat
dan kesamaran.
Memerhati
Penyebar pandai dan memahami hati serta pendirian orang yang dipikat.Mangsa selalunya
seorang yang warak dan kuat mengerjakan amal ibadat. Penyebar ajaran sesat akan berpura-pura
lebih kuat beragama dan beribadat daripada mangsa sebagai tarikan untuk mendekati mangsa.
Beramah mesra
Penyebar cuba mencari jalan untuk mendampingi dan mendekati orang yang hendak
dipengaruhinya. Misalnya, penyebar akan meminta bermalam di rumah orang berkenaan dengan
tujuan mengadakan majlis membaca al-Quran dan dalam syarahannya akan diselitkan keburukan
ulama lain.
Mencetus keraguan
Jika seseorang itu mengerjakan sembahyang fardu dan sunat dengan tekun dan tidak berhentihenti,penyebar atau pengikut ajaran sesat akan menimbulkan pertanyaan apakah hikmah dan
tujuan bersembahyang untuk mengelirukan orang itu.
Gantung tidak bertali
Setelah tujuan penyebar berjaya menimbulkan keraguan dalam pemikiran seseorang dan orang
yang dipikat benar-benar berminat untuk mengetahui pelbagai rahsia seperti rahsia di sebalik
huruf awal surah, sembahyang dan puasa, penyebar seringkali bersikap pura-pura jual mahal.
Jika didesak penyebar akan meminta mangsa bersabar, banyak mengerjakan sembahyang dan
amal ibadat.
Ikat
Selepas diberitahu rahsia, mangsa diminta bersumpah tidak membocorkan rahsia. Mangsa diikat
lidah agar tidak membocorkan ilmu atau rahsia buat selama-lamanya.

Kesamaran
Penyebar ajaran sesat selalunya mengeluarkan kata-kata yang berat dan kabur. Contohnya,
manusia itu ada bermacam pendapat, bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing
mengatakan pihaknya betul. Tetapi kita dengan mengenal diri, maka mengenal Allah dan Allah
tidak menyembunyikan kebenaran, manakala orang lain berada dalam keadaan meraba-raba.

KESAN DAN AKIBAT AJARAN SESAT

Sememangnya ajaran sesat membawa kehancuran terhadap kadaulatan negara dan juga
menimbulkan berbagai keganasan, ia juga mengakibatkan ancaman terhadap kestabilan politik
serta ancaman terhadap perpaduan ummah dan masyarakat.
Kesan Terhadap Individu
Dengan mengamalkan ajaran sesat akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang
mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib
bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam, pengamal ajaran sesat akan banyak membuang masa
dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan
melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat. Minda penganut ajaran sesat akan tertutup dan
pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu.
Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik menjadikan kehidupan tidak
stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai
pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.
Kesan Terhadap Masyarakat
Keruntuhan institusi kekeluargaan dan keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang
menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka. Ajaran sesat
boleh menggugat perpaduan dan menimbulkan sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap
kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat
sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat . Ajaran sesat
boleh mengwujudkan keganasan di mana kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat
memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

Kesan Terhadap Negara


Negara akan menjadi mundur kerana penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang
tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang
bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu. Ajaran sesat menyebabkan negara
menjadi tidak stabil dan penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan
keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya
negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan
negara.
Ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah berlaku
yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti peristiwa yang berlaku pada 19
Oktober 1974 di mana seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di Kampung Kedap,
Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan
keselamatan. Peristiwa seorang ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah
mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak, iaitu Haji Damanhuri bin Haji Abd. Wahab
yang berusia 68 tahun pada 7 Julai 1979. Seterusnya pada 16 Oktober 1980, lapan orang ahli
kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir bin Ismail telah terbunuh dalam
peristiwa serangan di Balai Polis Batu Pahat, Johor. Beberapa anggota polis dan orang awam
turut cedera dalam peristiwa tersebut.

Langkah Mencegah Ajaran Sesat


Dalam mencegah masalah ajaran sesat ini pihak berkuasa agama islam negeri-negeri dan
JAKIM telah bekerjasama erat melalui berbagai-bagai program dan jawatankuasa-jawatankuasa
berkaitan yang bertujuan bagi mengembalikan akidah mereka yang sebenar. Antara usaha yang
dilakukan ialah menyediakan pengajaran dan pendidikan islam yang formal dan tidak formal
secara berterusan di institusi-institusi pendidikan dan mentahqiqkan kitab-kitab lama yang
dikenalpastikan

mempunyai

unsur-unsur

penyelewengan

atau

yang

dikhuatiri

boleh

menyumbang kepada penyelewengan akidah umat islam.


Di samping itu,pihak berkausa juga perlu mengadakan ceramah-ceramah atau taklimat dan
seumpama dengannya serta menerbitkan buku dan risalah yang berkaitan dengan akidah umat
islam. Selain itu,penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai
ajaran sesat dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik JAKIM.
Di antara dalil-dalil Al-Quran mengenai ajaran sesat. Maksud firman Allah SWT: dan ada
pun kumpulan orang- orang yang kafir dan mendustakan ayat- ayat kami (Al-Quran) serta
mendustakan pertemuan hari akhirat maka mereka akan tetap berada di dalam azab seksaan
selama-lamanya . (Al-Ruum : 16).

Penutup
Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam di negara
ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah,
bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan
dikalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang
mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari
segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama. Masing-masing kumpulan akan
berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin, Implikasi dari keadaan seumpama
ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat
dititikberatkan oleh Allah sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam. Dan yang lebih
membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa
kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak. Sabda Rasulullah saw. Ertinya:
Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka kecuali satu
sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku
Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah haruslah memahami bahawa sesungguhnya
tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah telah menyatakan bahawa Mukmin yang
kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir dari peningkatan ketakwaan
kepada Allah. Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam islam ialah Rasulullah sendiri telah
cedera parah dalam peperangan Uhud. Jika ada kekebalan dalam islam sudah tentu Rasulullah
dan para sahabat tidak akan cedera dalam peperangan. Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi
segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat didalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam
haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci
dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran,
supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah
tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat islam dinegara ini daripada terpedaya
dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh disebalik tabir Islam.

RUJUKAN

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120717/re_01/Memerangi-kumpulan-

ajaran-sesat-di-Malaysia#ixzz2mliG55BE

http://asst5.blogspot.com/p/kesan-buruk-mengamalkan-ajaran-sesat.html

http://www.sabah.edu.my/cwm010/ajaransesat.htm

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=754.0

Nazmi Ghazali Azmi Al-Naghazi. 1992. Al-Balad al-Muntazar (Negara Harapan).

Selangor. Budaya ilmu Sdn Bhd.

Wan Zailam Kamaruddin. 1997. Hakikat Kenabian Menurut al-Quran. Kuala Lumpur.

Berita Publishing Sdn Bhd.

Satu Analisis Perbandingan Antara Doktrin-doktrin Dalam Ajaran Taslim, Ajaran Ahmad

Laksamana dan Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya, Tesis,( Fakulti Pengajian Islam UKM,
1991).

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai