Anda di halaman 1dari 26

ISU KETUHANAN DALAM

BICARA FALSAFAH
NAMA AHLI KUMPULAN:
1) MUHAMMAD SYARIFUDDIN BIN ABD RAZAK (D20191090120)
2) NURUL IZZAH BINTI DELI (D20191090121)
3) NUR ELYNA BINTI MOHD YUSOF (D20191088610)
4) NURUL NABILAH BINTI DARUSZAMAN ( D20191087013)
5) NUR SYAFIQAH BINTI ABDUL HAZIZ (D20191087109)
6) NURUL NADHIRAH BINTI AHMAD SABRI (D20191087103)
7) NURIN IZZATI BINTI MOHD IMRAM (D20191090317)
8) NURSYAHIRA BINTI KHALIM (D20191090117)
9) MOHAMAD FADHLAN BIN AB RAHMAN (D20191090116)
PENGENALAN
• Membincangkan isu ketuhanan dari segi falsafah.
• Manusia tidak mampu berfikir diluar daripada akal mereka iaitu alam ghaib.
• Manusia memerlukan panduan hidup dengan cara menganuti agama masing-
masing.
• Hakikat ketuhanan dan idea tentang ketuhanan sebenarnya telah jelas dan
sempurna.
MAKSUD FALSAFAH
• Falsafah berasal daripada Greek iaitu philosophia.
• Philos bererti mencintai atau cinta.
• Sophia bererti kebijaksanaan atau pengetahuan atau kebenaran.
• Ilmu falsafah adalah ilmu yang menyelidik mengenai ketuhanan, manusia dan
alam semesta.
PERBEZAAN PANDANGAN
UMUM
Pandangan • Bermaksud mencintai dan hikmah.
• menganggap falsafah sebagai suatu ilmu fizikal, tujuan kehidupan
Barat manusia dan hubungannya dengan alam.

Pandangan • Seorang manusia yang memiliki satu garis panduan tingkahlaku


Timur berdasarkan nilai-nilai abstrak.

Pandangan • Mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang berada dalam kemampuan


Islam manusia untuk mendapatkannya.
KONSEP KETUHANAN
KETUHANAN MENURUT
AGAMA ISLAM
• Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang
membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas
atau jauh daripada kekurangan zahir dan batin.
• Dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada
perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad s.a.w.
LATAR BELAKANG
• Diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W pada malam 17
Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi.
• Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan
20 April 571Masihi dan wafat pada 13 Rabiulawal 11 Hijrah bersamaan 7 Jun
633Masihi.
• Firman Allah:
“Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menjadikannya. Ia menjadikan
manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang
Maha Mulia, yang mengajar manusia menulis dengan pena. Tuhan yang
mengajar manusia perkara-perkara yang tidak diketahuinya.”
TAUHID
Bahasa: Dari bahasa Arab diambil dari perkataan “ wahhada ” yang bermaksud Esa.
Istilah: Mengiktikad keEsaan Allah s.w.t pada zat, sifat dan perbuatanNya berdasarkan kepada dalil-dalil
yang benar.

• Kepercayaan hanya Tuhan Yang Esa yang Mencipta, memiliki dan


Rububiyyah mentadbir alam ini serta seluruh isinya.
• Tuhan Penyerahan diri, memohon pertolongan dan memuja-muji dalam
Uluhiyyah pengibadatan hanya kepada Tuhan Yang Esa, tidak kepada yang lain.
• Asma = nama-nama, Sifat = sifat-sifat Kepercayaan hanya Allah Yang Esa
Asma Wa Sifat yang mempunyai segala sifat-sifat yang Maha Sempurna dan nama-nama
Yang Mulia yang tidak ada persamaan dengan makhluk.
KETUHANAN DAN FALSAFAH MODEN
• Ketuhanan dan falsafah moden melibatkan 5 orang tokoh iaitu:
1. Descarte
2. Spinoza
3. Liebnitz
4. Berkeley
5. Kant
KETUHANAN DAN FALSAFAH MODEN
• Descarte (m. 1650M), seorang tokoh falsafah moden kurun ke 17 menegaskan bahawa
sesiapa yang diberikan Allah akal hendaklah menggunakannya untuk mengenali Allah dan
mengenali dirinya sendiri.
• Beliau menyatakan tuhan ialah kewujudan yang benar lagi tidak berakhir {al-Mawjud al-Haq
al-Lamutanahi). Pemikiran tentang ketuhanan merupakan pemikiran yang paling mulia dan
paling nyata lagi jelas yang tercetus di dalam minda.
• Kita tidak semestinya mengkaji Allah dengan instrumen alam yang mengelilingi kita, tetapi
cukup memadai kita memejamkan mata dan membatalkan indera. Tokoh ini memperlihatkan
tuhan dapat diterima akal dengan mudah.
KETUHANAN DAN FALSAFAH MODEN
• Spinoza (m. 1677M) telah mengemukakan satu gagasan yang berasaskan pendalilan (al-
istidlal) dan dalil bukti (burhan), kemuncaknya ialah cahaya keimanan dan ledakan
pengetahuan (al-'irfan).
• Mengikut Spinoza Allah ialah satu jawhar (sub stance) yang tidak berakhir, bersifat azali,
tetap dan tidak berubah-ubah.
• Dialah (Allah) yang berilmu dengan ilmu yang bersifat azali dan abadi, ilmu dan IradatNya
tidak berlainan dan tidak juga bercerai dan berpisah.
KETUHANAN DAN FALSAFAH MODEN
• Falsafah Leibnitz (m. 1716M) pula menghala secara keseluruhannya kepada idea ketuhanan.
Atom kerohian (az-zarrah ar-ruhiyyah) yang diperkatakannya dikira sebagai asas kepada
alam.
• Kewujudan, pemeliharaan dan keselarasannya adalah bergantung kepada kewujudan Pencipta
yang Bijaksana yang mencipta dan yang memeliharanya dimana ia diperjalankan mengikut
satu sistem yang kemas lagi jitu.
• Penyempurnan alam dan keselarasan sistemnya dengan keistimewaan yang dimiliki
merupakan tanda kebesaran Allah dan kebijaksanaanNya. Dialah yang Maha Mengetahui,
Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Berkehendak.
KETUHANAN DAN FALSAFAH MODEN
• Berkeley (m. 1753M) mengembalikan semua hakikat kepada akal. Beliau mengecam
kebendaan, dianggapnya sebagai faktor di sebalik penularan idea bebas melakukan apa sahaja
(ibahiyyah).
• Beliau mendokong alam roh-roh (alam al-arwah) justeru alam ini sahaja yang menawarkan
hakikat-hakikat yang dapat kita tanggapinya secara langsung tanpa sebarang perantaraan.
• Segala fenomena alam kejadian (al-kawn) ini adalah kembali kepada Allah, maka Dia adalah
penyebab kepada semua perkara ('illah al- 'Hal) dan sumber kepada pelbagai peristiwa yang
wujud dan berlaku (baharu).
KETUHANAN DAN FALSAFAH MODEN
• Kant (m. 1804M) mengemukakan mazhab yang berasaskan kritikan mendedahkan
percanggahan pandangan di kalangan ahliahli falsafah terdahulu.
• Beliau menolak serta mengkritik cara-cara pendalilan dalam membuktikan kewujudan Allah.
Beliau juga mengkritik kedua-dua teori "akal bersifat teori" dan "akal bersifat praktikal".
• Beliau menegaskan bahawa kewajipan berakhlak {akhlak al-wajib) ditegakkan di atas tiga
prinsip-prinsip penting: kemahuan bebas, kekekalan roh dan kewujudan Allah.
• Kehidupan dunia sendiri pun tidak mampu dicapai dengan penuh kesempumaan maka
cukup wajar bahawa di sana ada kehidupan akhirat.
KETUHANAN DAN FALSAFAH
SEMASA
• Aliran falsafah semasa begitu menampakkan penonjolan gelombang keraguan dan tidak
percayakan tuhan (al-ilhad/atheism).
• August Comte (m. 1857M) telah mengasaskan falsafah positif (al-falsafah al-wad'iyyah) yang
menolak sebarang tafsiran metafizika berasaskan teologi terhadap fenomena alam ini (azzawahir
al-kawniyyah) dan menyeru kepada pengamatan (al-mulahazah) dan eksperimen (at-tajribah).
• Para pendokong mazhab "kewujudan" (al-wujudiyyah/'existentialism) mengkhususkan pengkajian
falsafah kepada "manusia" sahaja.
• William James (m. 1910M) pengasas mazhab Pragmatism mendokong kefahaman bahawa faedah-
faedahlah yang menentukan kesahihan sesuatu idea atau pemikiran.
• Bergson (m. 1941M) yang cuba menghubungkan kehidupan manusia yang bercirikan kebendaan
dan masa dengan roh berpendapat bahawa Allah tidak berhajat kepada dalil kewujudanNya.
KETUHANAN DAN FALSAFAH ISLAM
• Falsafah islam membincangkan 3 topik utama iaitu:
ALLAH ALAM MANUSIA
• Konsep ketuhanan bersumberkan wahyu al-Qur’an dan Hadith.
• Falsafah islam ini diambil daripada yunan tetapi diubahsuai mengikut kesesuaian
konsep agama Islam.
• Menurut Ibn Rushd (m.1198M)- “apakah hakikat boleh bercanggah dengan
hakikat?”
• Kerana pemikiran akal tidak akan bercanggah dengan
dengan wahyu Allah iaitu al-Qur’an.
KETUHANAN DAN FALSAFAH ISLAM
• Masyarakat arab masih menerima konsep ketuhanan itu bersifat kebendaan dan juga
berjisim.
• Ahli falsafah Islam tetap dengan ketegasan Allah di dalam al-Qur’an bahawa Allah
ialah tuhan semesta alam.
Di dalam al-Qur'an Allah berfirman yang bermaksud:
"sekiranya terdapat di kedua-dua tempat (langit dan bumi) tuhan-tuhan
selain dari Allah tentunya kedua-duanya rosak binasa".

• Umat Islam mudah untuk menerima keesaan Allah dan tidak meraguiNya sama
sekali.
KETUHANAN DAN FALSAFAH ISLAM
• Isu ketuhanan kemudiannya menjadi topik perbincangan di kalangan para
mutakallimun dan ahli-ahli falsafah mengikut kepandaian masing-masing.
Mutakallimun • Menggunakan rasionalisme mereka berasaskan Islam.

• Membahaskannya dengan bersandarkan kepada idea-idea falsafah


Ahli Falsafah Yunan berasaskan ianya tidak mencanggahi Islam.

• Berasaskan konsep pembersihan (at-tanzih) dan ketawhidan.


• Pendekatan kaum Mu'tazilah dalam membicarakan isu ini
Mu’tazilah merupakan pendekatan falsafah yakni penggunaan rasional yang
keterlaluan, cuma mungkin berbeda dengan ahli-ahli falsafah Islam.
• Mu’tazilah merupakan juara perdebatan tentang isu ketuhanan.
KETUHANAN DAN FALSAFAH ISLAM
• Isu ketuhanan kemudiannya mengundang reaksi Abul Hassan al-Ash’ari(260-324H)
• Beliau lahir dari kaum Mu’tazilah dan menjadi tokoh kumpulan tersebut sehingga
berumur 40 tahun.
• Al-Ash’ari membahaskan isu ketuhanan melalui doktrinnya tentang sifat-sifat Allah
tetapi tidak lebih dari memberi sanggahan terhadap isu-isu yang ditimbulkan
Mu’tazilah seperti soal sifat-sifat Allah samaada zatNya sendiri ( mahiyah az-zat)
atau tambahan kepada zatNya (az-zat az-za’idah)
• Al-Ash’ari melakukan penggabungan (at-taufiq) di antara aliran salaf (berpegang
dengan nas) dan aliran Mu’tazilah.
KETUHANAN DAN FALSAFAH ISLAM
• Penggabungan di antara wahyu dan akal di mana kedua-duanya saling hajat berhajat
dalam sesuatu kebenaran.
• Keperibadian al-Ash’ari dan penggabungan dua sumber ini menjadikan idea-idea
beliau dipahati kekuatan yang mampu mengundang sokongan sebilangan besar
ulama’ selepasnya sehingga mampu menawarkan satu rangkaian ulama’ al-Ash’ari
atau al-Asya’irah.
• Perbincangan para ulama’ al-Ash’ari dan al-Asya’irah (tentang ketuhanan) adalah
lebih tepat dianggap sebagai perbincangan ilmu kalam yakni bukan falsafah.
• Segala perbincanagan ketuhanan dalam ilmu kalam kemudiannya dilanjutkan tanpa
ada apa-apa hubungan dengan ilmu falsafah.
IBN SINA DAN ISU
KETUHANAN
LATAR BELAKANG TOKOH :
• Ibnu Sina (m. 420H) seorang tokoh terkenal falsafah Islam abad ke empat Hijrah.
• Ibnu Sina atau Avicenna di Barat adalah seorang ilmuan ulung Islam yang mengubah bidang
perubatan dunia.
• Nama penuh beliau adalah Abu Ali al-Husayn ibn Abd Allah ibn Sina
• Kejayaan Ibn Sina :
- Penulisan beberapa buah buku perubatan termasuklah Kitab Al-Qanoon fi al-Tibb ataupun
‘ The Canon of Medicine ‘ (penyakit berjangkit dan penyakit lain)
- Penulisan kitab ‘Al-Sifa atau ‘The Book of healing ‘.(logik,sains semulajadi dll)
- Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 57 tahun dan disemadikan di Hamedan,Iran.
Wajib al-wujud (kewujudan yang wajib) Mumkin al-wujud (kewujudan yang harus)

o Wajib wujud dengan ZatNya itu (wajib al-wujud o Sesuatu yang boleh atau tidak mustahil jika
bi zatihi) ialah sesuatu yang wujud yang mustahil diandaikan ianya tidak wujud, apabila ianya
kita andaikan ianya tidak wujud, maka dengan wujud maka kewujudannya itu sepastinya
itu dia sepastinya wujud. bergantung secara wajib dengan pihak lain

o Wujud bagi zatnya sendiri sahaja bukan selain o Sesuatu yang benar-benar wujud tetapi bukan
dari zatnya. dari hasil intipati dirinya sendiri.
- bermaksud untuk mengelak dari - Contoh : Kebakaran yang berlaku bukanlah
kemungkinan mengandaikan ianya mungkin berlaku dengan zatnya sendiri tetapi hasil dari
tidak wujud. sentuhan api dengan bahan-bahan yang boleh
terbakar
 Di sini dapat difahami bahawa Tuhan adalah bersifat dengan kewujudan yang wajib dengan
zatNya sendiri yang mustahil bergantung dengan sebarang faktor luar, sementara
makhlukNya adalah bersifat dengan kewujudan yang wajib bergantung kepada pihak lain
dari dirinya, maksudnya mereka tidak boleh menjadikan diri mereka sendiri.
ISU KETUHANAN
(PANDANGAN IBNU SINA )
 Ibn Sina kemudiannya membina teorinya dalam membuktikan kewujudan Allah berasaskan pembahagian wujud kepada dua
iaitu:
WAJIB MUMKIN

 Kewujudan Allah ialah kewujudan yang wajib dengan zatNya sendiri di mana ini tidak mengundang sebarang kemungkinan
perlunya peranan pihak luar sepertimana yang dikehendaki makhluk pada kewujudannya. Makhluq (kejadian) perlu kepada
al-Khaliq (Pencipta).
 Beliau cuba menolak pandangan popular para mutakallimun bahawa kewujudan alam yang bersifat baharu ini adalah tanda
kewujudan Allah berdasarkan kaedah terkenal mereka: (alam ini baharu, setiap yang baharu tentu baginya pencipta, maka
alam tentu ada penciptanya yakni Allah). Sedang kaedah ini sudah dianggap sebagai kaedah ilmu mantiq yang berasaskan
akal juga.
 Bagi Ibn Sina akal sahaja sudah cukup mampu sebagai wasilah, melalui pengkajiannya, untuk membuktikan kewujudan
Allah dan bukanlah melalui kewujudan alam atau makhluk yang disaksikan ini seperti yang diistidlalkan para mutakallimun.'
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di seluruh pelusuk dan pada diri mereka sendiri
sehinggalah ternyata kepada mereka bahawa Dialah yang benar" (maksud dari surah Fussilat 52),
* saya katakan bahawa ini satu keperluan kepada kaum tertentu,
- firman Allah lagi, "adakah tidak cukup dengan Tuhanmu sesungguhnya Dia ke atas setiap sesuatu bersaksi"
* (maksud surah Fussilat 52).

• Ibn Sina memaksudkan kaum tertentu ialah para mutakallimun dan hukama' saintis {hukama' tabi'iyyun) sementara "as-siddiqin"
(orang-orang yang benar) pula ialah layak disandang ahli-ahli falsafah justeru mereka mendokong kebenaran dalam sepanjang masa dan
memperdalilkan al-Wajib sendiri dan bukan ke atasNya.
• Ibn Sina mempertikaikan pendekatan golongan lain dalam membuktikan kewujudan Allah dengan meletakkan taraf ahli-ahli falsafah
sebagai "as-siddiqin" justeru mereka menghujahi "illah" untuk "ma'lul" yang sepastinya lebih meyakinkan. Mereka bermula dengan "al-
kull" untuk mengenali "al-juz", al-khaliq untuk mengenali maqhluq...." "Tidak wajar menggunakan makhluk-makhluk sebagai dalil
wujudnya pencipta mereka".
• Ini menggambarkan wujudnya keraguan terlebih dahulu dan pada pandangan Ibn Sina dan ahli-ahli falsafah bahawa akal itu sendiri
sudah terpahat dengan idea kewujudan tuhan.
-Ibn 'Ata' alIskandarani (m. 1690M), tokoh sufi terkenal : pernah menolak pendalilan para mutakallimun dengan kata-katanya yang indah,
"bilakah tuhan itu terlindung sehingga perlu dibuktikan kewujudanNya, bilakah Dia hilang sehingga perlu dibuktikan
kehadiranNya".
- Tokoh ini bersoal apakah layak makhluk - makhlukNya yang hina ini dijadikan dalil kepada kewujudan al-Khaliq Yang Mulia dan
Sempurna segala-galaNya.
KESIMPULAN
• Isu ketuhanan dibincangkan ahli-ahli fikir melalui mazhab-mazhab pemikiran masing-masing.
• Tuhan dilakarkan dalam pelbagai bentuk dan keadaan yang luar biasa yang dapat digambarkan sebagai objek yang
tinggi, mulia dan ideal.
• Manusia dalam membina kefahaman tentang ketuhanan telah terbukti dengan mempertuhankan objek tertentu atau
wakil kepadanya lalu diambil sebagai tempat yang disembah, dirayu dan diminta pertolongan dan bantuan.
• Kedatangan Islam dengan jelas dan nyata membawa satu konsep yang tegas tentang ketuhanan di tengah suasana
manusia mencari-cari hakikat sebenar ketuhanan.
• Islam mengemukakan konsep tuhan dengan begitu "simple" yang mudah difahami oleh siapa sahaja, selaras
dengan tawaran rahmat untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
• Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan
dalam kehidupan ini.

Anda mungkin juga menyukai