Anda di halaman 1dari 4

1.0 PENGENALAN.

Menurut Nasaruddin Umar (2014), Al-quran dan as sunnah diibaratkan seperti mata air
yang tidak pernah kering. Kedua-duanya amat diperlukan oleh umat islam untuk
melegakan dahaga ketika mereka mengalami kekeringan tentang kerohanian. Al-quran
dan as sunnah merupakan perkara yang wajib dijadikan panduan hidup sebagai seorang
muslim agar perjalanan hidup mereka tidak akan sesat. Seperti yang telah dinyatakan
dalam hadis Rasulullah SAW,

“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama kamu
masih berpegang kepadanya iaitu kitab Allah dan sunnah rasulnya.”

Hadis riwayat Al-Hakim.

Merujuk kepada hadis di atas, maka terbuktilah bahawa jika kita menjadikan al-quran dan as
sunnah sebagai pedoman hidup, maka kehidupan yang kita lalui tidak akan tersesat sama
sekali.

2.0 PERANAN AL-QURAN DAN AS SUNNAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Menurut Shahidah Ahmad (2012), tujuan Rasulullah SAW diutuskan ke bumi adalah
untuk memulihkan semula akhlak-akhlak penduduk Arab jahiliah pada ketika itu. Umum
kita mengetahui, kehidupan orang Arab jahiliah diibaratkan seperti kawasan yang tidak
bercahaya. Kelam dan suram tanpa pembimbing. Oleh itu, Allah menurunkan Rasulullah
SAW bersama kitab sucinya iaitu Al-quran untuk dijadikan panduan kepada umat
manusia bermula dari orang Arab jahiliah sehinggalah sekarang. Oleh sebab itu, al-
quran dan as sunnah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian
seorang muslim.

2.1 MELAHIRKAN REMAJA YANG TEGUH PEGANGAN AKIDAH.


Pengamalan al-quran dan as sunnah dalam kehidupan merupakan kunci utama
untuk menguatkan akidah seseorang muslim. Menurut Shukri Ahmad &
Muhammad Noor Habibi Long (2005), suatu masa dahulu, Malaysia pernah
digemparkan tentang isu black metal dan isu murtad yang berlaku dikalangan
para remaja. Isu-isu sebegini seolah tidak asing lagi diperkatakan oleh
masyarakat. Ia mula tular apabila kegiatan yang tidak bermoral berlaki ketika
perlangsungan Majlis Agama Islam Kedah iaitu membakar al-quran, memakai
tanda salib yang diterbalikkan, meminum arak dan pengambilan dadah dan ganja
secara bebas.
Kes sebegini berlaku akibat kurangnya didikan agama terhadap remaja pada
zaman itu. Anak-anak diibaratkan seperti kain yang putih. Menjadi
tanggungjawab ibu bapa bagi menentukan corak yang sesuai pada kain tersebut.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana tarbiah
dalam keluarga mereka seperti sentiasa mendirikan solat berjemaah, bertadarus
al-quran dan berzikir bersama-sama. Jika aktiviti sentiasa diterapkan dalam
kehidupan seharian, nescaya isu-isu kebenjatan sosial dapat dielakkan. Maka
terbuktilah, mengamalkan al-quran dan as sunnah dalam kehidupan dapat
melahirkan remaja yang teguh pegangan akidahnya.

2.2 MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG MENCINTAI AL-QURAN.


Menjadikan al-quran sebagai santapan rohani dapat melahirkan rasa cinta
terhadap kitab suci Allah subhanawwataala, (SWT). Menurut Abdullah Md. Zain
(2015), mempelajari al-quran merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim.
Mempelajari bukan setakat belajar cara membaca dan tajwid semata-mata.
Malah, ia termasuk dengan mendalami isi-isi yang disampaikan oleh Allah SWT
dalam ayat-ayat suci Al-quran itu sendiri. Ramai umat islam di luar sana
mengalami masalah dalam membaca ayat-ayat suci al-quran. Hal ini berlaku
kerana mereka kurang meluangkan masa mereka untuk membaca walau satu
ayat al-quran.

Jika kita sentiasa membaca al-quran dan mengamalkan isi-isi yang terkandung
dalam kitab suci tersebut, akan lahir perasaan cinta terhadap Al-quran dalam hati
kita dan kita akan rasa gelisah apabila tidak membacanya. Dengan membaca Al-
quran juga, hidup kita akan sentiasa diberkati dan dipermudahkan oleh Allah
SWT. Jika kita perhatikan, kebanyakkan orang yang mencintai Al-quran,
perjalanan hidup mereka sentiasa dipermudahkan seolah tiada halangan yang
menentang segala gerak-geri hidup mereka.
Mak terbuktilah, dengan menjadikan Al-quran sebagai pendamping hidup akan
melahirkan rasa cinta terhdapa Al-quran sekali gus mendapat keberkatan oleh
Allah SWT.

2.3 MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERSATU PADU.


Menurut Mohammad Rusdi Ab Majid (2019), Al-quran dan as sunnah merupakan
dasar bagi pembangunan pemikiran dan masyarakat. Sejarah juga telah
membuktikan bahawa Al-quran telah berjaya menyatupadukan bangsa Arab
yang dulunya pernah berpecah-belah, mencipta perubahan dalam hidup mereka
seperti mengeluarkan mereka dari kehidupan zaman jahiliah kepada keimanan
yang hakiki dan membebaskan mereka dari kehambaan dan kezaliman.
Buktinya, terjalin perpaduan antarakaum muhajirin dan ansar bagi mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama manusia seperti yang tertulis dalam al-quran di
dalam surah Al-Hujurat ayat 13,

“...kemudian kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar


kamu saling kenal mengenali..."

As sunnah juga mampu menyatupadukan kaum yang bertelegah. Menurut Abdul


Hadi Awang (2021), Rasulullah SAW menegakkan negara dengan
mendahulukan konsep perpaduan rakyat dalam masyarakat majmuk , bermula
dengan menyatukan umat islam.

Seperti peristiwa yang terjadi pada zaman Rasulullah, berlaku pergaduhan


antara empat ketua kabilah dalam suku quraisy tentang perbuatan meletakkan
hajarul aswad pada kaabah. Rasulullah dengan bijaknya meleraikan
persengketaan tersebut secara adil dan saksama. Rasulullah meletakkan hajarul
aswad tersebut ke atas hamparan kain putih yang besar. Rasulullah menyuruh
keempat-empat ketua memegang setiap penjuru kain tersebut. Maka, hajarul
aswad berjaya diletakkan secara adil tanpa berlaku sebarang pertumpahan
darah akibat pergaduhan.

Sudah terang lagi bersulur, mengamalkan al-quran dan as sunnah dapat


melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

3.0 PENUTUP
Secara konklusinya, sebagai umat islam yang beriman, kita seharusnya menjadikan al-
quran dan as sunnah sebagai panduan kehidupan seharian supaya kehidupan kita akan
sentiasa berlandaskan jalan yang lurus. Umum kita mengetahui, al-quran dan as sunnah
memiliki seluruh manual yang kita perlukan untuk terus hidup dalam syariat Islam. Al-
quran dan as sunnah diibaratkan seperti cahaya yang menerangi kita dalam kegelapan.
Tahap keterangan cahaya bergantungan kepada pemahaman dan pengamalan al-quran
dan as sunnah dalam kehidupan. Oleh itu, sentiasa beramal kepada al-quran dan as
sunnah supaya hidup akan sentiasa diberkati.
4.0 RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai