Anda di halaman 1dari 35

CTU 552

FALSAFAH DAN ISU-ISU


SEMASA

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI


(ACIS)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM
KULIAH 2:

DISIPLIN ILMU FALSAFAH


APAKAH YANG
DIMAKSUDKAN

DENGAN FALSAFAH?
PENGENALAN ILMU FALSAFAH :
 Etimologi Falsafah – berasal dari perkataan Yunani :
‘Philien’ – cinta, kaji atau hargai atau
‘Philos’ - cinta
‘Sophia’ – hikmah, kearifan, kebijaksanaan atau kebenaran. 
  ’Philosophy’ bermaksud : Cinta terhadap Ilmu pengetahuan
 Cinta terhadap kearifan: ‘Love of Wisdom and Truth’
 Menurut Kamus Dewan : Falsafah merupakan Ilmu tertinggi
yang menjadi dasar bagi Ilmu-ilmu yang lain
Definisi Falsafah menurut Ahli
Falsafah:

 Terminologi – menurut Plato (427 – 347 S.M.):


‘Falsafah ialah pengetahuan tentang segala yang ada’.
 
 Menurut al-Farabi (870-950 H.):
 ‘Falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam maujud dan
bertujuan menyelidiki hakikatnya yang sebenar’.
Pengertian umum Falsafah:

 Falsafahboleh didefinisikan sebagai usaha ke


arah mencintai, mencari, mengkaji dan
menanggapi sesuatu perkara dengan
menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaannya
untuk mendapatkan kebenaran dan keyakinan
yang hakiki

- Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:
DBP-
Beberapa aliran dan pendekatan
Falsafah:
 Falsafah etika dan kehidupan:
 Fokus falsafah pada peringkat awal pada aktiviti berfikir yang
memberikan penekanan dan panduan utk melahirkan kehidupan
yang baik yang membawa kepada kebahagiaan dan melahirkan
insan yang mulia.

 Kegiatan berfalsafah pada peringkat awal tamadun Greek; dan


tamadun Asia- China dan India yang berasaskan faham
keagamaan sebagai panduan menjadi insan yang mulia dan
mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Fokusnya pada insan
dan kemanusiaan.
Falsafah Alam Tabi’e (Natural
Philosophy)

 Falsafah beralih fokus daripada pemikiran


tentang manusia kepada fokus pada Alam
tabi’e – wujud teori-teori tentang sifat alam
atau metafizik. Apakah sifat alam dan
hubungannya dengan manusia?
 Perbahasan metafizik tentang hakikat alam.
Falsafah Intelektual (Intellectual
Philosophy):

 Falsafah sebagai satu aktiviti intelektual untuk


penyelesaian masalah falsafah – penekanannya
beralih arah kepada sesuatu yang bersifat
akademik, menghuraikan persoalan-persoalan
intelektual dgn penyelesaian tertentu; tanpa
mengaitkannya dengan kearifan dan kehidupan
manusia.
Ciri Falsafah yang dikongsikan
bersama dalam aliran yang
berbeza tersebut:

Penekanan terhadap penyelesaian


masalah: ‘problem solving’ dengan
menggunakan hujah rasional dan logikal.
 Falsafah adalah sesuatu yang mempunyai
justikasi rasional dan konseptual.
ALIRAN ILMU FALSAFAH

TEORITIK PRAKTIKA FALSAFAH


AL L BARU

Falsafah Teoritikal Falsafah Praktikal (Amaliyyah) Falsafah- Falsafah Baru


(Nazariyyah) bertujuan bertujuan mencari kebahagiaan
mencari hak kebenaran hidup Falsafah Alam
Sekitar
merujuk kepada semua jenis merujuk kepada aktiviti Falsafah Bidang
ilmu tentang kewujudan menghayati
ilmu-ilmu (tentang manusia, Tuhan
termasuk tentang manusia, dan alam) dalam segenap
Tuhan dan alam lapangan kehidupan manusia
merangkumi bidang
pengkhususan seperti merangkumi bidang pengajian
metafizik, logik dan seperti politik, ekonomi, akhlak dll
matematik
Falsafah Teoritikal :

 Merujukpersoalan dasar yang mendalam


termasuk metafizik, epistemologi, logik.
Memberi jawapan bagi persoalan asas
kehidupan tentang kewujudan – Tuhan, Alam,
Manusia dll
Falsafah Praktikal:

 Falsafahyang bersifat aplikasi boleh digunakan


dalam disiplin ilmu tertentu – falsafah politik,
falsafah ekonomi, falsafah sosial
 Membincangkan tentang sesuatu bidang yang
melibatkan aplikasi, contohnya: Apa yang
dimaksudkan dengan keadilan ekonomi (economic
justice)? Cth : Fahaman ekonomi Komunisme-
Marxism diasaskan Karl Marx yang merupakan
seorang ahli falsafah
 Hasil
pemikiran tentang keadilan ekonomi tersebut
boleh dijadikan dasar atau polisi kerajaan. Cth :
pembahagian kekayaan negara
 Perbincangan dalam falsafah politik contohnya,
apakah konsep kerajaan dan keadilan dalam
pentadbiran? Apakah ciri-ciri pentadbiran yang
baik (good governance)?
 Cth:
Falsafah politik Plato dalam bukunya Republic
mencadangkan sebuah masyarakat yang ideal
Aliran-aliran baru dalam
Falsafah:
 Falsafah Teknologi:
 Munculnya teknologi baru dgn Revolusi Industri yang
memberi impak dalam kehidupan manusia.
 Apakah teknologi dan apa hubungannya dengan
manusia?
 Adakah teknologi boleh mengancam kehidupan
manusia, cth: penciptaan robot, nuclear dsb.
Falsafah Alam Sekitar:

 merujuk kepada persoalan-persoalan dasar tentang alam


sekitar
 Kenapa ia wujud? Kerana wujudnya masalah alam sekitar
yang menyebabkan krisis – ecological crisis – Apakah makna
Alam ? Apakah hubungan manusia dengan Alam? Adakah
alam digunakan untuk kepentingan / sumber ekonomi
semata-mata?
 Sekiranya manusia Alam ini adalah ciptaan Tuhan yang
mebuktikan kewujudanNya, ianya tempat kita bernaung dan
menjalin hubungan secara harmoni, maka manusia akan
lebih beretika dengan alam sekitar - ‘ecofriendly
Falsafah Timur :

 Ada perdebatan sama ada ia diterima sbg Ilmu


Falsafah seperti di Barat – ada yg berpendapat ia
adalah cara masyarakat Timur membentangkan
pandangan alam mereka.
 Falsafah tidak seharusnya disempitkan kepada
paksi barat (eurocentric) semata-mata
Metafizik
Epistemol
ogi
Psikologi
Estetika

Etika
Politik
Ekonomi
Peradaban
Kategori Ilmu Falsafah:
Falsafah

Ontologi Epistemologi Aksiologi

Metafizik Logik

Kosmologi Etika

Matematik Estetika

Kemanusiaa
n
Ilmu Falsafah sebagai suatu disiplin
ilmu merangkumi bidang:
 a. ONTOLOGI - ‘ilm al-wujud – teori kewujudan: Iaitu bidang kajian
falsafah yang mencakupi permasalahan berikut:
  i. Metafizik – iaitu falsafah ketuhanan – membawa kepada
kefahaman tentang kewujudan mutlak, iaitu Allah S.W.T..
ii. Kosmologi – iaitu perbahasan mengenai hakikat kejadian dan
kewujudan alam semesta.
iii. Matematik – iaitu bidang kajian dalam arithmetik, al-gebra,
trigonometri dan geometri.
iv. Ilmu kemanusiaan – iaitu kajian dalam bidang sosiologi dan
sejarah.
 
Kategori Ilmu :

b. EPISTEMOLOGI: Teori Ilmu,


- iaitu kajian tentang asas, matlamat, sumber dan ciri-ciri
ilmu pengetahuan.
c. AKSIOLOGI : Teori Nilai
- Logik : Falsafah yang membahaskan pendapat
benar atau salah
- Etika : perbahasan tentang tingkah laku benar
atau salah
- Estetika: perbahasan tentang nilai kecantikan,
keindahan dan kesenian
Maksud Falsafah Islam

Kebanyakan tokoh-tokoh falsafah Islam


menyesuaikan istilah falsafah dengan kata
‘hikmah’ sehingga kata ‘hakim’ ditempatkan
pada kata failasuf, namun demikian mereka
menegaskan bahawa kata hikmah itu berada di
atas kata falsafah. Secara jelas, falsafah Islam
adalah suatu ilmu yang disesuaikan dengan roh
dan ajaran Islam dalam membahas hakikat
kebenaran segala sesuatu.
Falsafah dan Al-Qur’an
a. Ontologi
i. METAFIZIK
 Persoalan mengenai metafizik menguasai sebahagian besar
daripada kandungan ayat-ayat al-Qur’an. Bermula daripada
perbincangan mengenai akidah tauhid merangkumi
perbahasan mengenai hakikat ketuhanan, sehinggalah
kepada perkara-perkara ghaibiyyat, sam’iyyat dan
sebagainya. Huraian persoalan metafizik yang terkandung
dalam al-Qur’an ini telah membezakan falsafah metafizik
Islam dengan maksud metafizik menurut pandangan pihak-
pihak lain, terutamanya metafizik Yunani dan Barat.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 “……….Sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan


Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.”
(Surah al-Abiya’ : 25)
 Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 “Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain


Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha
Suci Allah yang mempunyai ‘Arasy daripada apa yang
mereka sifatkan.”
(Surah al-Anbiya’ : 22)
ii. Kosmologi

 Kosmologi merupakan perbahasan mengenai hakikat


kejadian makhluk ciptaan Allah SWT.. Al-Qur’an
merupakan ayat-ayat Tuhan bersifat al-maqru’ (ayat-ayat
yang dibaca), manakala segala kejadian alam yang
terbentang ini merupaka ayat-ayat Tuhan yang bersifat
al-maftuh (alam yang terbuka). Sifat alam yang terbuka
inilah yang menjadi sasaran kajian demi kajian daripada
para intelektual dalam pelbagai bidang, khususnya
bidang-bidang sains seperti sains tabii, astronomi, sains
perubatan dan sebagainya. Menurut Ibn Sina, manusia
ibarat gambaran alam kecil yang di dalam kejadian
manusia merangkumi rahsia-rahsia kejadian alam yang
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
 
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan
siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia,
dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia
hidupkan bumi sesudah mati, dan Dia sebarkan di bumi segala jenis haiwan,
dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi;
sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang
berfikir”.
(Surah al-Baqarah : 164)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya, lalu Kami
tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam”. 
(Surah Qaf : 9)
b. Epistemologi

Al-Qur’an merupakan sumber ilmu yang tertinggi yang menjadi


rujukan orang-orang beriman. Manakala matlamat ilmu dalam
Islam adalah untuk mencari kebenaran hakiki, mendekatakan diri
kepada Allah dan untuk mendapatklan keredhaan Allah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (al-
Qur’an) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas
dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman.”
  (Surah al-A’raf : 52)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

 “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah:


“Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi
pengetahuan melainkan sedikit.”
(Surah al-Isra’: 85) 
 Firman Allah S.W.T. yang bemaksud:

 “Bacalah dengan nama Tuhanmu, Yang telah menciptakan


manusia daripada seketul darah.”
(Surah al-’Alaq : 1)
c. Aksiologi
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 
”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini –
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)- sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang talah kamu lakukan.” 
(Al-Hujurat:6)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
”Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (Al-Qur’an)
kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah
yang sebanding dengan al-Qur’an itu, dan panggillah orang-orang yang kamu
percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika kamu orang-orang yang benar.”
(Al-
Baqarah:23)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 
”Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa...”
 
(Al-Hujurat:12)
i. Logik

Logik : Asal dari bahasa Yunani logos, bermaksud perkataan yang


benar/fikiran yang betul/benar.  
Mantik: Dari perkataan Nutq ( ‫ ) ﻧﻄﻖ‬bermaksud berkata atau bercakap.
Dinamakan mantik kerana ia merujuk kepada lafaz-lafaz atau percakapan
yang membimbing fakulti rasional dalam peranannya ke arah mencari
kesimpulan yang betul serta melindunginya dari kesalahan berfikir.  
Tokoh-tokoh falsafah Muslim telah menyesuaikan istilah logik dengan istilah
mantik.
Dinamakan mantik kerana ia merujuk kepada lafaz-lafaz atau percakapan
yang membimbing fakulti rasional (akal) dalam peranannya ke arah mencari
kesimpulan yang betul serta melindunginya dari kesalahan ketika berfikir.
Ilmu mantik merujuk kepada perbahasan tentang pemikiran
dan sesuatu yang tergambar dalam akal manusia supaya
diterjemahkan menjadi teori yang benar. 

Fakulti akal manusia yang dapat mengenali alam ma’qulat (objek-objek)


 tanggapan secara kulli (umum/universal)dan juz’i (khusus/particular).
 Perbahasan mengenai lafaz-lafaz serta penjelasan tentang makna-
makna yang terkandung dalam perbahasan al-ta’rif atau
pendefinisian.
 Perbahasan mengenai metodologi berfikir secara bersistem, iaitu
merangkumi kaedah-kaedah tasawwur, tasdik, istidlal sehinggalah
kepada kaedah-kaedah lanjutan seperti kaedah silogisme, kaedah
istiqra’ dan sebagainya. Atau dikenali sebagai kaedah penalaran
untuk menarik kesimpulan benar serta meyakinkan.
 Hasilnya, penyelidik atau pengkaji dapat menghasilkan
suatu perumusan atau kesimpulan yang benar serta dapat
diyakini kesahihannya menerusi kaedah penalaran,
sehingga ditemui perumusan atau penarikan kesimpulan
(al-istinbath).

 Ringkasnya, logik atau mantik merupakan suatu disiplin


ilmu yang berfungsi untuk mengawal dan mengatur
pemikiran manusia daripada tersalah atau terpesong
sewaktu berfikir menerusi kaedah-kaedah yang tersusun
dan bersistem.
ii. Etika

 Ilmuyang membincangkan tentang apa yang seharusnya


dilakukan leh seorang manusia.
 Garis panduan ke arah mengenali perkara baik dan buruk
 Etikaseringkali disebut sebagai ‘falsafah praktis’ (practical
philosophy) atau ‘falsafah moral’ (moral philosophy)
 “Moral
philosophy : the branch of philosophy that is
concern with what is morally good and bad”
iii. Estetika

 Ilmu yang membahaskan tentang falsafah seni –


apa, bagaimana keindahan terbentuk dan dirasai
 Ia meliputi konsep keindahan dan nilai estetika
 Ia juga disebut sebagai falsafah seni (philosophy of
arts)

Anda mungkin juga menyukai