Anda di halaman 1dari 34

TOPIK 2

FALSAFAH DALAM
KEHIDUPAN
UQI11402 Falsafah dan Isu Semasa
WAN AINAA MARDHIAH WAN ZAHARI
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan perkembangan disiplin ilmu falsafah serta
pembahagian ilmu falsafah

Menghuraikan cabang-cabang utama falsafah


teoritikal dan falsafah praktikal

Menganalisis perkembangan dan kemunculan terbaru


dalam dunia falsafah seperti falsafah teknologi,
falsafah organisasi dan falsafah ekologi
TOPIK 2
FALSAFAH DALAM PERINCIAN
KEHIDUPAN
 PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH
Persoalan logik? Teoritikal, Praktikal, Falsafah-falsafah baru
Bagaimana kaedah  FALSAFAH TEORITIKAL
berfikir secara logik? Logik
Persoalan metafizik: Psikologi
Metafizik
Dari mana datangnya Epistemologi
kewujudan kita? Ke Estetika
mana kita akan pergi
akhirnya?  FALSAFAH PRAKTIKAL
Etika
Persoalan epistemologi: Politik
Bagaimana kita tahu? Ekonomi
Peradaban
Persoalan etika:
Bagaimana mencapai  KEMUNCULAN FALSAFAH-FALSAFAH BARU
Teknologi
kehidupan sejahtera? Organisasi
Ekologi
F
A
TEORITIKAL
L
S
A
PRAKTIKAL
F
A
FALSAFAH
H BARU
PEMBAHAGIAN ILMU
FALSAFAH

Teoritikal Praktikal
(Nazariyyah) (Amaliyyah) Falsafah baru

• Logik (kaedah berfikir) • Etika (akhlaqiyyah) • Teknologi


• Psikologi • Politik (siasiyyah) • Organisasi
(sifat & potensi keinsanan) • Ekonomi (iqtisadiyyah) • Ekologi
• Metafizik • Peradaban
(hakikat & kewujudan)
• Epistemologi
(ilmu & kebenaran)
• Estetika
(perasaan & kecantikan)
• Merujuk kepada persoalan-persoalan dasar yang memerlukan satu usaha
Konsep intelektual yang mendalam untuk menjawab persoalan dasar itu.

• Mencari hak kebenaran berdasarkan kaedah empirikal (pemerhatian,


pengalaman, eksperimen).
Tujuan • Memuaskan keinginan (intellectual curiosity) untuk mengetahui sesuatu perkara
yang merujuk kepada semua jenis ilmu tentang kewujudan
• Membantu seseorang memahami cara dan arah manusia berfikir

• Merangkumi falsafah berbentuk teori seperti logik, psikologi, metafizik,


Skop epistemologi dan estetika.
• Membawa maksud berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi
Konsep dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik..

• Mencari kebahagiaan hidup merujuk kepada aktiviti menghayati ilmu-ilmu


Tujuan (tentang manusia, tuhan dan alam dalam segenap lapangan kehidupan manusia
merangkumi politik, ekonomi, akhlak dan lain-lain.

• Merangkumi falsafah yang bersifat aplikasi dan praktikal seperti falsafah politik,
Skop falsafah ekonomi, falsafah etika, falsafah peradaban dan falsafah sosial.
PEMBAHAGIAN ILMU
FALSAFAH

Praktikal Falsafah baru


Teoritikal

• Logik
• Psikologi
• Metafizik
• Epistemologi
• Estetika
• Perkataan ontologi berasal daripada bahasa Yunani:
> Ontos bermaksud sesuatu yang berwujud
> Logos bermaksud ilmu.
• Ia juga turut dikenali sebagai Ilm al-wujud– teorikewujudan.
• Ontologi adalah:
> Ilmu atau teori tentang kewujudan sesuatu hakikat.
> Hakikat dalam kajian ontologi adalah keadaan sebenarnya dari sesuatu, bukan
keadaan sementara yang selalu berubah-ubah.
> Ilmu ontologi mengungkap makna tentang kewujudan (existences)
• Ontologi terbahagi kepada: metafizik, kosmologi, matematik dan ilmu
kemanusiaan
32

falsafah berkaitan realiti dan hakikat kewujudan; membawa kepada


Metafizik kefahaman tentang kewujudan mutlak, iaitu Allah S.W.T.

Kosmologi perbahasan mengenai hakikat kejadian dan kewujudan alam semesta.

Matematik bidang kajian dalam aritmetik, algebra, trigonometri dan geometri.

Ilmu
kajian terhadap tingkahlaku manusia.
kemanusiaan
• Ruang lingkup falsafah yang menjangkau alam metafizikal atau
supernatural.
• Menyentuh persoalan di luar realiti kebendaan
• Perkara yang tidak diketahui melalui pengalaman (pancaindera) manusia.
• Tema-tema persoalan metafizik:
> Ketuhanan.
> Takdir, jiwa atau roh.
> Akal dan jasad.
> Keabadian dan perubahan.
> Asal mula dan akhir sesuatu.
• Perkataan aksiologi berasal daripada bahasa Yunani
> Axios bermaksud nilai
> Logos bermaksud teori
• Secara terminologi, aksiologi ialah penelitian tentang nilai yang dianalisis
dari pelbagai sudut seperti pegangan kepercayaan, kebudayaan, konsep-
konsep moral dan lain-lain.
• Aksiologi terbahagi kepada: logik, etika dan estetika
• Teori nilai
> Perspektif Islam: bersumber wahyu dan berasaskan kerangka akal
menurut perspektif Islam.
> Perspektif Barat: bersumber akal semata yang subjektif
35

Falsafah yang
membahaskan
Logik
pendapat benar atau
salah

Perbahasan tentang
Aksiologi mencakupi
Etika tingkah laku benar
aspek
atau salah

Perbahasan tentang
nilai kecantikan,
Estetika
keindahan dan
kesenian
• Logik menurut Kamus Dewan:
> Logik ialah ilmu atau pengetahuan tentang cara berfikir (berhujah,
membuktikan sesuatu) dengan sihat, kemampuan untuk berhujah dengan
meyakinkan
• Ilmu logik dalam Islam dikenali sebagai ilmu mantik.
• Logik menelaah hujah-hujah bagi tujuan membezakan antara
penaakulan yang baik dan buruk dengan menyiasat kriteria normatif
untuk kesimpulan dan demonstrasi yang sah.
• Dinamakan mantik kerana ia merujuk kepada lafaz-lafaz atau
percakapan yang membimbing fakulti rasional (akal) dalam peranannya
ke arah mencari kesimpulan yang betul serta melindunginya dari
kesalahan ketika berfikir.
• Ilmu yang membahaskan tentang falsafah seni
> Apa, bagaimana keindahan terbentuk dan dirasai.
> Ia meliputi konsep keindahan dan nilai estetika
> Ia juga disebut sebagai falsafah seni (philosophy of arts)
• Keindahan dalam Islam adalah satu jalan untuk mengabdikan diri
kepada Allah SWT sebagai Pencipta keindahan.
• Berkait dengan persoalan seperti:
> Apakah itu seni? Apakah teori-teori seni?
> Apakah keindahan itu objektif atau subjektif?
> Apakah neraca untuk menentukan keindahan?
• Perkataan epistemologi berasal daripada bahasa Yunani:
> Episteme bermaksud pengetahuan
> Logos bermakna pengetahuan sistematik atau ilmu.
• Epistemologi bermaksud suatu pemikiran yang mendalam dan sistematik
mengenai sesuatu ilmu pengetahuan tersebut.
• Merupakan teori dan konsep ilmu tentang asas, matlamat, sumber dan ciri-
ciri ilmu pengetahuan.
• Merupakan satu cabang falsafah yang membahaskan tentang sumber,
struktur, metode dan kesahihan sesuatu pengetahuan.
• Epistemologi ini menjawab persoalan mengenai sesuatu pengetahuan yang
dimiliki.
• Falsafah psikologi memandu manusia memahami minda dan tingkah laku
manusia dengan lebih baik.
• Dengan kefahaman psikologi, manusia dapat:
> Menentukan bagaimana minda dan sistem badan berfungsi.
> Membantu individu membuat keputusan.
• Memberi penghayatan terhadap hakikat, sifat dan potensi keinsanan
sehingga kapasiti insan dapat dibangunkan secara seimbang.
PEMBAHAGIAN ILMU
FALSAFAH

FALSAFAH
TEORITIKAL PRAKTIKAL
BARU

ETIKA
(AKHLAQIYYAH)

POLITIK
(SIASIYYAH)

EKONOMI
(IQTISADIYYAH)

PERADABAN
25

Falsafah Ekonomi Falsafah Etika


(Akhlaqiyyah)
• Ilmu yang membincangkan tentang apa
yang seharusnya dilakukan oleh manusia.
• Falsafah akhlak & baik buruk.
• Membahaskan perkara pentadbiran manusia
(diri, keluarga, masyarakat)
• Apa dan bagaimanakah kelakuan yang bagi
dapat menjamin dirinya mendapat
kebahagiaan.
• Menjadi garis panduan bagi mengenali baik
dan buruk.
25

Falsafah Ekonomi Falsafah Politik


(Siasiyyah)
• Falsafah kerajaan & governan
negara.
• Membahaskan isu politik,
pemerintahan dan menentukan
baik/buruk.
• Perbincangan dalam falsafah politik
contohnya,
• Apakah konsep kerajaan dan keadilan
dalam pentadbiran?
• Apakah ciri-ciri tadbir urus yang baik
(good governance)?
• Falsafah politik Plato dalam bukunya
Republic mencadangkan sebuah
masyarakat yang ideal
25

Falsafah Ekonomi Falsafah Ekonomi


(Iqtisadiyyah)
• Falsafah pengagihan kekayaan dan
keadilan.
• Membahaskan cara-cara pembahagian
kerja, penentuan harga barang dan hak
milik
• Membincangkan tentang sesuatu bidang
yang melibatkan aplikasi, contohnya:
• Apa yang dimaksudkan dengan keadilan
ekonomi (economic justice)?
• Hasil pemikiran tentang keadilan ekonomi
tersebut boleh dijadikan dasar atau polisi
kerajaan.
• Contoh: pembahagian kekayaan negara
25

Falsafah Ekonomi Falsafah Peradaban


• Falsafah perkembangan budaya
dan tamadun kemanusiaan.
• Membahaskan pemikiran
tentang keadaan kehidupan
bermasyarakat.
• Institusi kompleks, penguasaan
teknologi.
• Pencapaian material: Unsur seni
bina, pentadbiran berkesan,
ilmu pengetahuan.
PEMBAHAGIAN ILMU
FALSAFAH

FALSAFAH
TEORITIKAL PRAKTIKAL
BARU

TEKNOLOGI

ORGANISASI

EKOLOGI
• Wujud kerana munculnya teknologi-teknologi baru yang kemunculannya
begitu pesat selepas revolusi industri yang kedua di abad yang ke-19.
• Contohnya, teknologi pembuatan kereta, kapal terbang, telefon,
televisyen, internet dan sebagainya.
• Timbul persoalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
2. Apakah hubungan teknologi dengan manusia?
3. Apakah sifat teknologi itu sendiri?
• Adakah teknologi boleh dianggap sebagai
sambungan kepada diri manusia.
• Atau teknologi itu dianggap sebagai
sesuatu yang boleh mengancam
kemanusiaan itu sendiri ?
• Misalnya teknologi membuat bom atom,
senjata-senjata nuklear, atau teknologi
berasaskan artificial intelligence yang
boleh menghasilkan robot-robot yang
mungkin mengambil alih kehidupan
manusia suatu hari nanti.
• Berkaitan kepimpinan : kekuatan/kelemahan
• Matlamat, hala tuju dan visi organisai
• Hubungan sosial dalam organisasi
(perkongsian/perasaan kekitaan)
• Kepercayaan

• Perubahan organisasi ke arah mewujudkan


situasi yang sesuai mengikut tujuan masing-masing
• Merujuk kepada persoalan-persoalan dasar dan bercorak
falsafah mengenai alam sekitar.
• Wujud kerana adanya masalah-masalah alam sekitar yang
telah melanda manusia dan tamadun kita pada masa kini
hingga mencetuskan satu krisis yang disebut sebagai
ecological cricis.
• Persoalan-persoalan yang timbul:
1. Apakah hubungan manusia dengan alam sebenarnya?
2. Apakah makna alam ini bagi kehidupan manusia?
3. Adakah alam ini hanya untuk manusia menggunakan
bagi kepentingan ekonominya bagi keselesaan atau
adakah alam ini sesuatu yang lebih dari sumber
ekonomi semata-mata?
• Seandainya alam ini dianggap sebagai suatu tempat kita bernaung, tempat
kita mencari rezeki dan tempat kita menjalinkan hubungan yang harmoni
antara manusia dan manusia, manusia dan alam sekitar dan persekitarannya
sudah tentulah etika yang timbul terhadap alam sekitar akan berbeza.
• Kita akan lebih menjadi eco-friendly terhadap alam sekitar dan kita tidak
melakukan sesuatu yang memusnahkan alam sekitar seperti apa yang
didapati pada hari ini.
DIMENSI TEORITIKAL DIMENSI PRAKTIKAL
SUB-DISIPLIN FALSAFAH

LOGIK PSIKOLOGI METAFIZIK EPISTEMOLOGI ESTETIKA ETIKA POLITIK EKONOMI PERADABAN


Kaedah Potensi Hubungan Ilmu, Keindahan Budi- Kepimpinan Kekayaan & Kebudayaan &
Berfikir Insan Insan-Alam Kebenaran & Perasaan Pekerti & Kerajaan Pengagihan Ekosistem
-Tuhan & Kegunaan

FALSAFAH DAN ISU SEMASA LOGIKPENGHAYATAN


& ETIKA DAN PERADABAN
METODOLOGI
AKTIVITI
Berdasarkan slide topik 2, pelajar diminta untuk
berbincang dalam kumpulan dan menyatakan satu
fenomena terkini kehidupan dengan mengaitkannya
dengan pembahagian ilmu falsafah dan fungsi falsafah
dalam menangani atau menghadapi kemunculan
fenomena tersebut.

Jawapan perlu dihantar ke AUTHOR sebelum jam 9.00


pagi hari ini.

Terima kasih
FALSAFAH HASIL PEMBELAJARAN RUJUKAN
KULIAH
CABANG-CABANG ILMU Menjelaskan perkembangan disiplin Ilmu Falsafah serta ALatifS, Falsafah Sains (ms 1-13)
FALSAFAH pembahagian Ilmu Falsafah kepada Falsafah AJalilH, “Cabang-Cabang Ilmu Falsafah” (ms 9-11)
Teoretikal(Nazariyyah) dan Falsafah Praktikal (Amaliyyah) Asariyan, Intisari Falsafah Barat (ms 6-11)
Asariyan, Intisari Falsafah Islam (ms 12-16)
Hashim Musa (ms 1-7)

FALSAFAH TEORITIKAL Menghuraikan cabang-cabang utama Falsafah Teoritikal AJalilH, “Falsafah Nazariyyah” (ms 5)
iaitu Metafizik (Falsafah hakikat dan kewujudan), ALatifS, “Metafizik” (ms 4)
Epistemologi (Falsafah ilmu dan kebenaran), Falsafah ALatifS, “Epistemologi” (ms 5)
Psikologi (Falsafah Hakikat, Sifat dan Potensi Keinsanan)
dan Estetika (teori perasaan dan kecantikan)

FALSAFAH PRAKTIKAL Menghuraikan cabang-cabang utama Falsafah Praktikal AJalilH, “Falsafah Amaliyyah” (ms 6)
iaitu Etika (Falsafah Akhlak dan Baik/Buruk), Falsafah
Politik (Falsafah Kerajaan dan Governan Negara), Falsafah
Ekonomi (Falsafah Pengagihan Kekayaan dan Keadilan)
dan Falsafah Peradaban (Falsafah Perkembangan Budaya
dan Tamadun Kemanusiaan)

KEMUNCULAN FALSAFAH- Menganalisis perkembangan dan kemunculan terbaru AJalilH, “Cabangan Ilmu Falsafah Masa Kini” (ms 11)
FALSAFAH BARU dalam dunia Falsafah seperti Falsafah Teknologi, Falsafah
Organisasi dan Falsafah Ekologi
SEKIAN,
TERIMA KASIH

UQI11402 Falsafah dan Isu Semasa


WAN AINAA MARDHIAH WAN ZAHARI
mardhiah@uthm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai