Anda di halaman 1dari 41

BAB 2

FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN


ISI KANDUNGAN

1. KONSEP FALSAFAH

2. PERANAN ILMU FALSAFAH

3. CABANG ILMU FALSAFAH


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:


1. Menjelaskan perkembangan disiplin ilmu falsafah serta pembahagian ilmu falsafah
kepada falsafah teoretikal dan falsafah praktikal.
2. Menghuraikan cabang-cabang utama falsafah teoretikal iaitu metafizik (falsafah
hakikat dan kewujudan), epistemologi (falsafah ilmu dan kebenaran),
Aksiologi/nilai( perasaan dan kecantikan), Psikologi, Estetika dan logik (kaedah
berfikir).
3. Menghuraikan cabang-cabang utama falsafah praktikal iaitu falsafah politik
(falsafah kerajaan dan governan/tadbir urus negara), falsafah ekonomi (falsafah
pengagihan kekayaan dan keadilan), falsafah etika (falsafah akhlak dan baik/buruk)
dan falsafah peradaban (falsafah perkembangan budaya dan tamadun kemanusiaan).
4. Menganalisis perkembangan dan kemunculan terbaru dalam dunia falsafah seperti
falsafah teknologi, falsafah alam sekitar dan falsafah organisasi.
TUJUAN ILMU FALSAFAH

Visi Mencari hakikat sesuatu dengan segala kemampuan yang ada pada akal
manusia untuk mencapainya.

Misi Memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting
dalam kehidupan seharian.

“What is real?” , “What is truth”? , “What is good?”


KONSEP FALSAFAH
 Falsafah bertujuan untuk menjelaskan tanggapan kita terhadap perkara yang kita fikirkan, dan
pemikiran itu pula bukanlah dapat disamakan dengan mengetahui kerana kita hanya
mengetahui selepas kita berfikir dan berfikir itu ialah proses untuk tahu.

 Ilmu falsafah terbahagi kepada:

A. Falsafah Teoritikal

• Bertujuan mencari hak kebenaran. (Semua ilmu yang berkait dengan kewujudan manusia, tuhan
dan alam.)
• Persoalan dasar yang memerlukan satu usaha intelektual yang agak mendalam untuk menjawab
persoalan itu. Perbincangannya tidak mempunyai apa-apa kegunaan yang nyata tetapi ianya
memenuhi keinginan untuk mengetahui sesuatu perkara yang dasar.
• Dibahagi kepada Metafizik, Epistemologi dan Logik
KONSEP FALSAFAH

B. Falsafah Praktikal

• Bertujuan mencari kebahagiaan kehidupan (aktiviti menghayati ilmu-ilmu mengenai Tuhan,


manusia dan alam dalam segenap lapangan kehidupan manusia.)
• Bidang yang mana hasil perbincangan di dalamnya boleh diaplikasikan dalam disiplin yang
tertentu (Martin, 2005)
• Dibahagikan kepada Falsafah Politik, Ekonomi, Teknologi dan Alam Sekitar.
FALSAFAH TEORITIKAL
Konsep Falsafah Teoritikal merujuk kepada semua jenis
ilmu dan memberikan jawapan kepada persoalan
asas kehidupan tentang kewujudan:
(i) Tuhan
(ii) Alam
(iii) Manusia dan lain-lain

Tujuan Falsafah Teoritikal Mencari kebenaran berdasarkan kaedah empirikal


(pemerhatian, pengalaman dan eksperimen)

Skop Merangkumi falsafah teori seperti metafizik,


epistemologi, logik dan estetika
FALSAFAH TEORITIKAL

Cabang utama:

1. Metafizik/ontologi (hakikat dan kewujudan)


2. Epistemologi (ilmu dan kebenaran)
3. Aksiologi/nilai( perasaan dan kecantikan)
4. Psikologi
5. Estetika
6. Logik (kaedah berfikir)
METAFIZIK

• Bidang tertua dalam bahagian falsafah.


A • Salah satu cabang falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai
realiti mutlak.
• Istilah Yunani daripada nama tajuk Meta ta physica dalam karya Aristotle ‘Falsafah
Pertama’.
• Meta bermaksud melepasi (bebas)/belakang/di sebalik dan Fizik bermaksud alam zahir.

B • Metafizik bererti sesuatu yang tidak bersifat fizikal/berkaitan apa yang ada/dipercayai
ada di belakang sesuatu/ ilmu yang membicarakan mengenai perkara yang tidak dapat
dilihat oleh mata kasar.
• Contoh : hujah-hujah berkenaan dengan peranan Tuhan dalam sains, kajian tentang
konsep ruang dan masa, perbezaaan manusia dan tingkah laku.
METAFIZIK

 Bertujuan bagi mendapatkan kejelasan pemikiran berkenaan sesuatu


konsep seperti ruang dan masa, perbezaan antara manusia dan tingkah
laku, alam ghaib dan andaian-andaian terhadap konsep sebab-musabab,
sama ada ia mempunyai hubungan kemestian yang pasti atau pun
hubungan yang tidak boleh distrukturkan yang berkemungkinan ia berkait
secara bersahaja dan tidak menentu.

 Metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan perkara seperti:


I. Apakah yang dimaksudkan dengan alam semesta?
II. Apakah erti kehidupan?
III. Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran?
IV. Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi?
METAFIZIK

FALSAFAH FIZIK FALSAFAH METAFIZIK

• Meninjau persoalan realiti • Mengkaji persoalan di luar realiti


kebendaan atau perkara yang kebendaan dan yang tidak
dapat diketahui melalui diketahui melalui pengalaman
pengalaman empirikal dan fizikal (pancaindera) manusia.
difahami oleh akal rasional .
• Menjelaskan ruang lingkup yang
termasuk alam metafizikal dan
supernatural.
EPISTEMOLOGI (TEORI ILMU)
 Berasal dari perkataan Yunani : Episteme = ilmu/kefahaman/pengetahuan dan Logos =
sains/kajian/teori.
 Bidang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan dan konsep-konsep
yang berkaitan dengannya.
 Membahas secara mendalam segenap proses yang terlibat dalam
memperoleh pengetahuan.

 Epistemologi mempersoalkan perkara seperti :


1. Bagaimana kita tahu?
2. Apakah sumber ilmu yang ada pada kita?
3. Apakah maksud ilmu?
4. Bagaimana kita memperoleh ilmu?
5. Bagaimana kita bukti kesahihannya?
6. Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran?
EPISTEMOLOGI (TEORI ILMU)
1 • Perbahasan tentang teori-teori pengetahuan. Melalui epistemologi, manusia mampu
mencuba untuk menjawab persoalan tentang bagaimana kita boleh tahu sumber-
sumber ilmu, ciri-ciri ilmu, perkara yang sememangnya mustahil diketahui (jika ada),
perbezaan antara pengetahuan dengan kepercayaan dan kebarangkalian dengan
kebenaran.

2 • Ditakrifkan sebagai teori pengetahuan yang benar.


• Membahaskan hakikat, sumber dan kesahan sesuatu ilmu.
• Melibatkan upaya rasional untuk menimbang dan menentukan nilai kognitif
pengalaman manusia dalam interaksinya dengan diri dan sekitarnya.
• Bersifat evaluatif, normatif dan kritis.

3 • Mempengaruhi tamadun dunia dan peradaban manusia. Ini kerana setiap peradaban
dibentuk oleh teori pengetahuannya yang mendorong pemikiran manusia tentang
bagaimana cara membangunkan sesuatu visi dan misi mengikut cara masing-masing
untuk mencari kebenaran melalui ilmu.
AKSIOLOGI (TEORI NILAI)
 Kajian terhadap nilai.
 Cabang falsafah aksiologi - diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu etika dan estetika.
ETIKA ESTETIKA
• Istilah etika diperoleh daripada perkataan • Istilah estetika pula diperoleh daripada
Yunani ethos yang bermaksud adat resam perkataan Yunani yang membawa maksud
dan kelakuan. persepsi deria.
• Mengkaji perkara seperti nilai moral, • Estetika mengkaji nilai-nilai mengenai
prinsip moral, adab, adat, tingkah laku dan kecantikan dan seni. Estetika
sifat murni seseorang. mempersoalkan perkara seperti :
• Cabang etika dikenali sebagai falsafah Apakah kecantikan?
moral. Apakah nilai-nilai kecantikan?
• Etika sebagai suatu disiplin pula Apakah nilai estetik?
dibahagikan kepada etika normatif dan Kenapa perlu kepada nilai estetik?
metaetika. Bagaimana memperolehi nilai estetik?
AKSIOLOGI

LOGIK ETIKA ESTETIKA

Falsafah yang Perbahasan tentang Perbahasan tentang nilai


membahaskan pendapat tingkah-laku kecantikan dan kesenian:

• Benar • Baik • Indah


• Salah • Salah • Hodoh, Buruk
PSIKOLOGI
1 Falsafah psikologi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia.
Memandu kita memahami minda dan tingkahlaku manusia dengan lebih baik.
2 Akal itu bukanlah sesuatu sifat yang berdiri sendiri, tetapi hasil daripada TIGA
sifat iaitu fikiran, kemahuan dan perasaan.
3 Melalui kefahaman psikologi, manusia juga dapat menentukan bagaimana
minda dan sistem badan seseorang itu berfungsi dengan baik serta membantu
individu dalam membuat keputusan.
4 Selain mengkaji fungsi mental dalam tingkah laku sosial, falsafah ini juga
meneroka proses fisiologi dan biologi yang mendasari fungsi dan perilaku
kognitif (pemikiran).
5 Penghayatan falsafah psikologi berupaya memberikan penghayatan terhadap
hakikat, sifat dan potensi keinsanan sehingga akhirnya kapasiti setiap insan
dapat dibangunkan secara seimbang dalam semua fakulti dan dimensinya.
ESTETIKA

A Falsafah estetika berkait rapat dengan kepekaan terhadap kesenian dan keindahan.
• Persoalan keindahan seni, alam, moral dan intelektual.
• Persoalan yang menggambarkan, menafsirkan dan menilai pengalaman seni.
• Persoalan yang berkait dengan falsafah estetika.
• Apakah itu seni? Apakah teori-teori seni? Apakah itu keindahan?

B Sebagai contohnya, seseorang yang berjalan di sesuatu tempat yang sepi memerhatikan
alam kelihatan indah, maka timbullah padanya perasaan hati hiba melihat keindahan dan
ketakjuban. Melihat keindahan itu, timbullah kemahuannya hendak mengetahui sebab dan
musabab daripada segala keindahan itu, maka mula bergerak jalan fikirannya
menggunakan akal. Ada juga orang yang amat halus perasaan seninya, sehingga dia
menjadi seorang ahli seni yang ternama.
LOGIK

 Kaedah pemikiran yang benar. Ia mengkaji alasan dan struktur hujah serta menjadi asas setiap
penyelidikan falsafah.
 Cabang falsafah logik terbahagi kepada induktif dan deduktif bagi memastikan kebenaran sesuatu
usul.
 Logik induktif - membuat kesimpulan/rumusan berdasarkan beberapa contoh/ perkara-perkara yang
khusus.
 Logik deduktif - kesimpulan yang digunakan dalam sesuatu perkara/ sesuatu prinsip am
untuk membuat kesimpulan terhadap perkara khusus.
 Logik berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang falsafah:
 Metafizik
 Epistemologi
 Aksiologi.
BIDANG-BIDANG KAJIAN ILMU FALSAFAH

Falsafah menghuraikan perkara-perkara berikut tentang alam semesta/kewujudan:

METAFIZIK Apakah esensi(intipati), hakikat dan zat dan bagaimana keadaan


wujud bagi segala sesuatu?

EPISTEMOLOGI Bagaimana ilmu pengetahuan tentang alam semesta/kewujudan


diperolehi dan dikaji?

AKSIOLOGI Apakah manfaat, kegunaan dan fungsi apa yang ada dan
mungkin ada?

LOGIK Bagaimana ilmu pengetahuan tersebut diungkap, dihujah dan


disampaikan secara teratur dan berkonsekuensi?
CABANG-CABANG FALSAFAH

METAFIZIK Spekulatif, perkaitan sebab-akibat. Contoh: Apakah itu


kebenaran? Siapa manusia?

EPISTEMOLOGI Ilmu dan kepercayaan. Contoh: Apakah maksud ilmu? Apakah


sumber-sumber ilmu pengetahuan?

AKSIOLOGI Etika dan Estetika. Contoh: Apa itu kebaikan? Apakah itu
kecantikan?

LOGIK Membezakan antara idea sah dan yang mengelirukan. Contoh:


Apakah taakulan “baik” dan “tidak baik”?
FALSAFAH PRAKTIKAL

 Ditakrifkan sebagai kajian asas falsafah (metafizik, teori pengetahuan, logik) untuk "pemikiran
praktikal", dengan penekanan pada nilai-nilai, sikap terhadap kehidupan dan norma tingkah
laku.
 Bertujuan mencari kebahagiaan hidup merujuk kepada aktiviti menghayati ilmu (tentang Tuhan,
manusia dan alam) dalam segenap aspek kehidupan manusia.
 Teori nilai dan analisis kedudukan normatif merupakan teras falsafah praktikal.
 Contoh subjek falsafah praktikal adalah etika, estetika, teori keputusan, falsafah politik dan
perkembangan ekonomi.
FALSAFAH PRAKTIKAL

 Bidang "pemikiran praktikal" yang dipelajari adalah meliputi:

 Moral (falsafah moral dan etika yang digunakan)


 Undang-undang (falsafah undang-undang)
 Politik (falsafah politik),
 Rasionaliti praktikal (teori keputusan),
 Agama (falsafah agama) dan
 Seni (estetika).
FALSAFAH PRAKTIKAL

Cabang utama:

1. Falsafah Politik
2. Falsafah Ekonomi
3. Falsafah Etika
4. Falsafah Peradaban
FALSAFAH POLITIK

 Istilah politik berasal daripada beberapa perkataan Yunani ialtu “politikos” yang bermakna
berkenaan negara, ‘polities’ bererti warganegara, ‘polis’ bererti negara dan ‘politeiea’ bererti hak
warganegara.
 Istilah ini difahami sebagai suatu aktiviti yang ditadbir oleh peraturan dan piawaian nilai moral
atau cara seseorang itu memahami bahawa peraturan tersebut mempengaruhi tindakannya dan
cara dia menilai atau bertindak balas terhadap tindakan orang lain.
 Plato dalam karya “Republic” –Negara yang paling ideal dan adil ialah negara yang diperintah
oleh seorang raja yang berfalsafah. Raja yang berfalsafah dapat mengenali hakikat kebaikan,
keadilan, kebahagiaan dan sebagainya.
FALSAFAH POLITIK

 Contoh pemikiran yang berpunca dari falsafah politik – Sistem Kerajaan


Demokrasi, Liberal Demokrasi, Marxisme dan Komunisme

 Persoalan
 Apakah hubungan antara individu dan negara?
 Sejauh manakah negara boleh memaksa kebebasan individu?
 Adakah rakyat mempunyai kuasa sepenuhnya atau ia ditentukan oleh negara?
 Apakah itu keadilan?
 Apakah maksud persamaan apabila ia dikaitkan dengan pendidikan, pemilikan
dan sebagainya?
FALSAFAH EKONOMI

 Istilah ekonomi berasal daripada beberapa perkataan Yunani ialtu “oikonomia” iaitu ‘oikos’
bererti isi rumah dan ‘nomos’ bererti adat atau peraturan. Perkataan “oikonomia” bererti adat,
peraturan isi rumah atau rumahtangga.
 Istilah ini difahami sebagai salah satu bidang yang membincangkan pengeluaran, pengagihan dan
penggunaan barang atau perkhidmatan. Fokus utama mengkaji gelagat dan interaksi agen
ekonomi di samping menilai bagaimana sistem ekonomi berfungsi.
 Asasnya, ilmu ekonomi mengkaji penggunaan sumber sedia ada yang diandaikan terhad bagi
memenuhi kehendak manusia yang diandaikan tidak terhad.
FALSAFAH EKONOMI
 Falsafah ekonomi membincangkan perkara dan persoalan dasar mengenai ekonomi
seperti keadilan dan kesaksamaan ekonomi supaya dasar, sumber dan pengagihan
ekonomi menjadi lebih adil dan boleh membantu kerajaan dalam membentuk dasar
ekonomi yang lebih adil dan mudah diterima oleh masyarakat umum
 Contoh: Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) – untuk membasmi kemiskinan dan
menstrukturkan masyarakat.

 Persoalan
 Bagaimana membuat keputusan tentang apa yang perlu dikeluarkan sedangkan
sumber adalah terhad? Pertimbangan akan merujuk kepada nilai dan etika
seperti keutamaan dari segi keperluan sosial.
 Apakah matlamat pembangunan ekonomi dan kaitannya dengan kemanusiaan?
FALSAFAH ETIKA

• Disiplin ilmu yang mengkaji dan mempersoalkan isu baik dan buruk tentang adat, tabiat, susila,
cara berfikir, sikap, agama dan semua faktor yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia.
• Menumpukan kepada aspek tingkah laku manusia terutama dalam konteks hubungan sesamanya,
sama ada kehidupan peribadi atau sosial yang akan dinilai sama ada dalam bentuk baik atau
buruk.
• Falsafah etika perlu difahami melalui satu prinsip mutlak dan universal untuk meluaskan maksud
dan pemahaman etika tanpa mengabaikan keadaan semasa dan cabaran mendatang.
• Etika mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan manusia dan menjadi satu set panduan
kepada manusia yang inginkan kehidupan yang bermakna dan sejahtera.
FALSAFAH ETIKA

Pihak yang menentukan etika:


1. Tuhan – menentukan secara mutlak manusia yang patuh kepada Tuhan dan beretika
mendapatkan balasan pahala.
2. Masyarakat - meletakkan orang beretika disanjung tinggi oleh masyarakat.
3. Individu - menetapkan supaya beretika ataupun tidak dalam kehidupan.

Ukuran yang digunakan:


4. Undang-undang universal- mengikat semua lapisan masyarakat dengan undang-undang yang
digubal dan perlu dipatuhi.
5. Keperluan masyarakat - melibatkan sesuatu masyarakat sahaja yang terikat dengan sesuatu
etika.
6. Individu- menentukan baik dan buruk melakukan sesuatu perkara.
FALSAFAH ETIKA

Objektif beretika

1. Memenuhi tuntutan Tuhan, manusia, makhluk dan persekitaran.

2. Masyarakat yang berada dalam lingkungannya.

3. Kepentingan individu dalam memenuhi keperluan asas.


FALSAFAH PERADABAN
• Pemikiran tentang kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur serta mempunyai pencapaian yang signifikan dalam bidang pemikiran, material
dan spiritual.
• Pencapaian material yang dicapai dalam sesebuah peradaban seperti seni bina, pentadbiran yang berkesan,
pencapaian ilmu pengetahuan bergerak seiring dengan unsur-unsur moral.
• Ahli masyarakat mengamalkan perkongsian norma-norma sosial dan tradisi yang melahirkan kesepaduan
politik dan budaya serta kerajaan yang demokratik.
• Matlamat falsafah ini ialah menyempurnakan manusia dengan kemanusiaannya, menimbulkan makna
sebenar perhambaan kepada Tuhan dan keseimbangan yang menyeluruh dalam hidup individu atau
masyarakat.
• Contoh: Lahir dan berkembangnya Tamadun Islam, Tamadun Cina, Tamadun India dan Tamadun Jepun.
CABANG FALSAFAH PRAKTIKAL

POLITIK Falsafah kerajaan dan governan (tadbir urus)


negara

ETIKA Falsafah akhlak dan baik buruk

EKONOMI Falsafah pengagihan kekayaan dan keadilan

PERADABAN Falsafah perkembangan budaya dan tamadun


kemanusiaan
KEMUNCULAN FALSAFAH-FALSAFAH
BAHARU

Cabang utama:

Falsafah Teknologi Ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan tindakan


yang bersistem.
Falsafah Alam Mengkaji pemahaman manusia mengenai alam
Sekitar semulajadi yang merangkumi konsep nilai dan hak
alam.
Falsafah Organisasi Meletakkan prinsip dan dasar bagi setiap kegiatan
agar setiap ahli organisasi dapat berfungsi dengan
efisien dan efektif dalam melaksanakan peranan
masing-masing.
FALSAFAH TEKNOLOGI

• Istilah teknologi berasal daripada Bahasa Yunani –gabungan ‘techne’ dan ‘logos’. “Techne”
bermaksud seni atau kerja tangan dan ‘logos’ bermaksud wacana atau kata kata sistematis.
• Manusia memerlukan dasar pemikiran falsafah tentang hakikat teknologi, hubungan
teknologi dengan manusia dan sifat teknologi itu dianggap sebagai sambungan kepada diri
manusia atau sesuatu yang boleh mengancam kemanusiaan itu sendiri seperti teknologi
persenjataan, teknologi berasaskan ‘artificial intelligence’ yang boleh menghasilkan robot
yang mengambil alih peranan manusia.
• Teknologi sepatutnya dibangunkan dan dimajukan demi memelihara dan meningkatkan
kualiti kehidupan manusia dan kegagalan dan kelalaian manusia dalam menempatkan
teknologi dengan tujuan yang sebenar boleh menghasilkan krisis dalam diri manusia dan
hubungannya dengan alam sekitar.
FALSAFAH TEKNOLOGI

1 Munculnya teknologi-teknologi baru dengan Revolusi Perindustrian kedua pada abad ke 19


memberikan impak dalam kehidupan manusia. (Teknologi pembuatan kereta, kapal terbang,
televisyen, telefon, internet.)
2 Timbul persoalan:
i. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
ii. Apakah hubungannya dengan manusia?
iii. Apakah sifat teknologi itu?
3 Adakah teknologi boleh memberikan manfaat kepada manusia?
4 Teknologi yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi yang berteraskan kejuruteraan, mesin, automatif, pembuatan
5 Adakah teknologi itu dianggap sebagai sambungan kepada diri manusia (is technology an extension
to human self?) ataupun teknologi itu dianggap boleh mengancam kehidupan manusia?
Contohnya: teknologi penciptaan senjata, penciptaan bom atom dan nuklear ataupun teknologi
yang berasaskan artificial intelligence yang menghasilkan robot-robot yang mungkin mengambil
alih fungsi kehidupan manusia suatu hari nanti.
FALSAFAH ALAM SEKITAR
• Meneroka bagaimana manusia hidup dalam alam semulajadi dan apakah peranan alam
semulajadi dalam kehidupan manusia?
• Berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mesti secara radikal mengubah hubungan mereka
dengan alam semulajadi.
• Alam mestilah dihormati oleh manusia yang merupakan pengguna sumber alam terbesar.
• Etika alam sekitar merupakan kajian yang menekankan hubungan, nilai dan status moral
manusia terhadap persekitaran mereka termasuk benda-benda bernyawa dan yang tidak
bernyawa
• Masalah alam sekitar – “ecological crisis”, pencemaran udara, air, tanah & bunyi -> ekosistem
kehidupan makhluk tidak seimbang->kesan negatif pada generasi masa kini dan akan datang.
• Kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar- environmentalisme’ , ‘eco-friendly’
terhadap alam sekitar & tidak melakukan sesuatu yang memusnahkan alam sekitar.
FALSAFAH ORGANISASI

 Organisasi dilihat sebagai wadah yang menjadi tempat sekelompok individu berkumpul,
berinteraksi dan bekerjasama dalam mengusahakan sesuatu tujuan atau objektif organisasi yang
telah disepakati bersama.

 Matlamat, hala tuju dan visi organisasi


 Hubungan sosial dalam organisasi (perkongsian/perasaan kekitaan)/Kepercayaan

 Suatu proses di mana individu mengalami fasa-fasa tertentu yang menjadikan individu itu
mengerti tentang dirinya, tujuan kehidupannya dan pengakhiran hidupnya. Perubahan
organisasi ke arah mewujudkan situasi yang sesuai mengikut tujuan masing-masing.
KESIMPULAN
 Falsafah - satu proses berfikir yang hidup dan bukannya satu ilmu yang statik dan ia adalah satu
proses yang mencari kebenaran secara terus menerus berkaitan setiap aspek dalam kehidupan
manusia.
 Falsafah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kehidupan manusia malah memberi
pengaruh yang sangat berkesan dalam kehidupan mereka.
 Bidang ilmu falsafah tidak hanya terhad kepada persoalan khusus berkaitan dengan metafizik,
epistemologi dan logik semata-mata malah ia merentasi pelbagai bidang dan mampu
menyediakan asas kukuh untuk memudahkan perjalanan kehidupan manusia dan keharmonian
alam.
 Falsafah membantu manusia menguji kehidupannya, membantu manusia berfikir secara teliti
terhadap masa hadapan, memberikaan kepuasan dalam kehidupan, dapat membuat penilaian
terhadap perkara yang telah berlalu yang dikaitkan dengan pengetahuan, konsep atau cara untuk
menjadi teladan serta pengalaman pada masa depan.
 Kemahiran yang baik akan membantu pelajar menilai semula pelbagai isu-isu semasa yang
berkaitan dengan kehidupan masing-masing.
RUJUKAN
 Dzulkifli Abdul Razak. (2019). Essay on Sejahtera: Concept, principle
and practice. Gombak: IIUM Publisher.
 Wollf, Robert Paul. 1992. About Philosophy. New Jersey: Prentice
Hall,Inc.
 Dzulkifli Abdul Razak (2015). Nurturing a Balanced Person. Kuala
Lumpur: ITBM.
 Maritain.J.(2005). An Introduction to philosophy (E.I.Watkin,Trans.) New
York: Rowman & Littlefield Publishers.
 Van Cleave, Matthew J. (2016). Introduction to Logic and Critical
Thinking. Lansing Community College.
 Hales, Steven D. (2013). This is Philosophy. UK: John Wiley and Sons
Inc.
 Noor Hisham Md Nawi (Ed)(2021). Modul Falsafah Dan Isu Semasa.
Penerbit Universiti Malaysia Kelantan: Kota Bahru.
RUJUKAN
 Graham Priest. (2000). Logic: a very short introduction. New York: Oxford
University Press.
 Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika Dan
Amalan Moral. Penerbit Universiti Putra Malaysia: Serdang.
 Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syahrina Abbdullah, Mohd
Hazim Shah Abdul Murad (Ed)(2021). Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit
Universiti Utara Malaysia: Sintok.
 Mahadi Abu Hassan, Norliah Kudus, Ahmad Ridzwan, Shahrulanuar
Mohamed (2021). Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit UTeM:
Melaka.
 Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Pearson Education Malaysia:
Petaling Jaya.
 Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah &
Ismail Hj Mohd Rashid. (2010). Malaysian Studies: Nationhood and
Citizanship (Translated & Adapted by Wong Fook Khoon). Petaling Jaya:
Prentice Hall.
RUJUKAN
 Adamson, Peter. (2016). What is metaphysics anyway? Access from
http://philosophynow.org/issues/117/What_is_Metaphysics_Anyway.
 Taper, M.L., & Lele, S.R. (2010). The nature of scientific evidence:
statistical, philosophical, and empirical considerations. London:
University of Chicago Press.
 Malaysia. (2002). Federal Constitution. Petaling Jaya:International
Law Book Services.
 Wu Min Aun. (1999). The Malaysian Legal System (2nd edition).
Petaling Jaya:Addison Wesley Longman Malaysia.
 John Funston (ed). (2001). Government and Politics in Southeast Asia.
Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
 Hng Hung Yong. (1998). CEO Malaysia: Strategy in Nation-Building.
Malaysia:Pelanduk Publication.

Anda mungkin juga menyukai