Anda di halaman 1dari 12

AKHLAK DAN TASAWUF BUS 4053

BAB 1: PENGENALAN FALSAFAH DAN AKHLAK ISLAM

1.1 DEFINISI FALSAFAH DAN AKHLAK ISLAM

Definisi Falsafah
Dari Sudut Bahasa
Falsafah berasal daripada perkataan Yunani: philosophia. Philos bererti ‘cinta’
dalam erti kata yang seluas-luasnya, iaitu ingin dan berusaha untuk mencapai sesuatu
yang diinginkan kerana keinginan itu. Sophia bererti bijaksana, pandai atau mengerti
dengan mendalam.

Dari sudut Istilah


Maksud falsafah dari sudut istilah tidak jauh berbeza daripada definisi dari segi
bahasa di kalangan para ilmuwan:

 Phytagoras (500-580SM), ahli matematik yang terkenal memperkenalkan falsafah


dengan maksud ‘kecintaan terhadap kebijaksanaan dan menggunakannya dengan
maksud perbahasan tentang tabiat sesuatu.’

 Plato (427-347 SM): falsafah tidaklah lain daripada pengetahuan tentang segala
yang ada.

 Aristotles(348-322 SM): ‘falsafah ialah disiplin yang menyelidiki asas dan sebab
segala benda.’

 Al-Kindi (185-252H/801-866M): ‘falsafah ialah ilmu tentang kewujudan benda-


benda, urusan ketuhanan dan urusan kemanusiaan.’

 Al-Farabi (257-339H/870-950M): ‘falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam


yang ada dan bertujuan untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar.’

 Rene Descartes – Bapa Falsafah Moden, Renaissance (1596-1650M): falsafah


ialah satu disiplin yang dapat menjelaskan hakikat kebenaran tertinggi (ultimate
truth).

 Horald H.Titus: Falsafah merangkumi 4 pengertian; sikap tentang hidup dan


tentang alam semesta, satu kaedah pemikiran reflektif dan penyelidikan akliah,
satu peringkat masalah, dan satu teori atau system pemikiran.

 Max Hocutt: Falsafah; merangkumi asas sikap, kepercayaan dan konsep


pemikiran seseorang.

Kesimpulannya, falsafah ialah ilmu yang cuba menjawab masalah atau


persoalan yang tidak dapat dijawab oleh pengetahuan biasa (knowledge). Ia adalah
hasil dari daya usaha manusia dengan akal yang rasional, kritis dan integral untuk
menganalisis objek-objek seperti hakikat alam semesta, kemanusiaan dan ketuhanan.

1
Falsafah juga merupakan ilmu induk, sementara ilmu-ilmu lain adalah sebahagian
daripada ilmu falsafah. Kerana itulah kita dapati dalam sejarah perkembangannya
berbagai definisi, skop dan sebagainya telah diberikan. Meskipun terdapat beberapa
perbezaan kecil definisinya dalam kalangan ahli falsafah, namun ia tetap selari dan
tidak jauh berbeza. Perbezaan ini seringkali dipengaruhi oleh kelainan disiplin ilmu,
aliran pemikiran serta latar belakang ahli falsafah itu sendiri.

Definisi Akhlak

Dari sudut Bahasa


Akhlak adalah bentuk jamak dari kata “al-khuluk”, berasal dari bahasa Arab
yang bermaksud perangai, tingkah laku, atau tabiat. Dari sudut lain, akhlak ialah sifat
semula jadi yang ada dalam diri seorang manusia dan boleh melakukan sesuatu
dengan senang dan mudah tanpa adanya suatu pemikiran dan paksaan. Ia juga
sinonim dengan budi pekerti atau kelakuan.

Dari Sudut Istilah


Definisi Akhlak secara terminologi berbeza antara para ilmuwan dalam bidang
ini. Antara definisi-definisi akhlak secara istilah:

Ibnu Maskawaih: akhlak ialah “hal li nnafsi daa’iyatun lahaa ila af’aaliha min
ghoiri fikrin walaa ruwiyatin” iaitu sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang
mendorongnya untuk melakukan perbuatan tanpa memerlukan pemikiran dan
pertimbangan.

Abu Hamid Al Ghazali: Akhlak adalah sifat yang terpateri dalam jiwa manusia
yang darinya terlahir perbuatan-perbuatan yang dilakukan dengan senang dan mudah
tanpa memikirkan dirinya serta tanpa adanya renungan terlebih dahulu.

Ahmad Bin Mushthafa: Akhlak ialah sebuah ilmu yang darinya dapat diketahui
jenis-jenis keutamaan, di mana keutamaan itu ialah wujud keseimbangan antara tiga
kekuatan iaitu kekuatan berfikir, marah dan syahwat atau nafsu.

Falsafah Islam
Secara dasarnya, Islam bukanlah falsafah, sebaliknya ia adalah agama wahyu
yang bersifat rabbani, mutlak datang daripada Allah swt, suci dari kekurangan dan
bersifat menyeluruh, sempurna, anjal (flexible), dan sesuai di semua tempat, masa dan
zaman. Namun, Islam tetap membuka ruang kepada pemikiran manusia. Oleh sebab
itu, segala pemikiran dan kebijaksanaan manusia dalam aspek-aspek kefalsafahan
akan membentuk falsafah Islam jika ianya merujuk kepada neraca Islam.

Dalam erti kata lain, falsafah Islam merujuk kepada perbahasan akal tentang
maujudat (benda yang wujud) dan tidak melanggar prinsip-prinsip asas syariat iaitu
Tauhid, Ibadah dan Ihsan.

1.2 TAJUK-TAJUK FALSAFAH DAN AKHLAK

Tajuk-Tajuk Falsafah.

2
Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang, iaitu metafizik ,axiologi,
epistemologi, dan logik.

Metafizik (Ontologi)
Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara
seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunannya. Menurut takrifan
dalam kamus, metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau
kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-
akibat.Pada kebiasaannya, persoalan-persoalan ini sukar diberikan jawapan.

Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:


 Apa itu kebenaran?
 Adakah Tuhan wujud?
 Siapa itu manusia?
 Apakah itu kebebasan manusia?
 Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim saahaja?
 Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?

Axiologi.
Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah
cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik
atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.

1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang
paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti
moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu
masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang
berikut:
 Meta ethics- kajian tentang konsep etika.
 Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;
 Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.

Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:


 Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
 Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
 Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?

2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling
dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.
Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:
 Apa itu kecantikan?
 Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?

3
Epistemologi.
Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang
ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang
bermaksud ‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’.
Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan
tuntutan ilmu.

Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti


berikut:
 Apa itu ilmu?
 Apakah sumber-sumber pengetahuan?
 Apa yang diketahui oleh manusia?
 Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
 Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?

Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan
kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:
1) Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang
perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat
umum;
2) Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita
lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh
maklumat mengenai alam sekeliling kita.
3) Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea
secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat
mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja
anaknya masuk ke dalam rumah.
4) Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang
dipunyai.
5) Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan
seterusnya mengetahui sesuatu;
6) Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan
tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara
sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian,
mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.

Logik.
Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan
bagi jawapan yang diberikan. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang
dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.

Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:

4
1) Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat
penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan
umum yang menjelaskannya. Dalam erti kata lain, kesimpulan diberikan
setelah kajian dijalankan.
2) Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari
contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya
butiran yang terhasil secara logik. Hipotesis juga termasuk dalam kategori ini
kerana pengkaji telah mempunyai teori sendiri tentang satu isu sebelum
membuat perincian.

Tajuk-Tajuk Ilmu Akhlak

Akhlak dengan Allah s.w.t.


Tuntutan mentaati Allah s.w.t. merupakan tuntutan asasi yang banyak
ditekankan oleh al-Qur’an dan al-Hadith.

Antara adab seorang makhluk dengan Allah:

1. Tidak mensyirikkan Allah


Tidak mensyirikkan Allah bermaksud mentauhidkan Allah pada sifat
Rububiyah, Uluhiyah dan Asma` wa Sifat:

a)Tauhid Rububiyah: Rububiyah berasal daripada kalimah Rabb yang bermaksud


penjaga, pemelihara, pentadbir dsb. Mentauhidkan Allah pada Rububiyah bermaksud
beriktikad bahawa hanya Allah menciptakan alam ini. Allah berfirman:

َ َ َۡ ّ َ ُ ۡ َۡ ‫ٱ‬
ِ ٰ ‫بٱ‬ ِ ‫ر‬ ِ ِ
Terjemahan: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan
Mentadbirkan sekalian alam. (al-Fatihah: 2)

b)Tauhid Uluhiyah: Uluhiyah berasal daripada kalimah Ilah, yang bermaksud Tuhan
yang disembah. Mentauhidkan Allah pada Uluhiyah bermaksud hanya menyembah
Allah s.w.t. Inilah Tauhid yang membezakan orang Islam dan orang Musyrik.
Walaupun orang musyrik percaya hanya Allah yang menciptakan alam ini, tetapi
mereka menyembah selain Allah. Allah swt berfirman:
َ ۡ ُ َُ ۡ َ َۡ ۡ ُ
‫ٱ ُ ۚ ِ ٱ َ ۡ ُ ِ ِۚ أ‬
ُ ََُ َ َ ۡ َ َ َ
ِ ٰ ٰ ‫َ ٱ‬
َ َ ۡ ََُۡ َ ََ
‫ت وٱ ض‬ ِ ‫و‬
َ َ
‫َۡ ُ ن‬
Terjemahan: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu
mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah"
(sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari
Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian
syirik). (Luqman: 25)

5
c)Tauhid Asma’ wa Sifat: Iaitu menunggalkan Allah pada nama-nama dan sifat-sifat-
Nya. Tidak ada sesuatu pun yang memiliki persamaan dengan Allah swt. Allah swt
berfirman:

ُ ِ َۡ‫ِ ُٱ‬ ُ َ ۡ َ
‫ۖ َو َ ٱ‬ٞ ‫ِ ِ ِۦ ۡ ء‬ َ َۡ
Terjemahan: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan
pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (al-Syura:
11)

2. Ikhlas
Ikhlas bermaksud berniat mengharapkan ganjaran bagi setiap amalan datang
daripada Allah semata-mata. Tidak boleh terlintas dalam hati pengharapan kepada
selain Allah seperti mengharapkan orang melihat kebaikan dilakukan, mendapat
pujian, belajar untuk tujuan mendapat kerja yang baik dsb. Allah s.w.t. berfirman:

َ َٰ َ َ ٰ َ ْ ُۡ َ ْ َٓ َ ُۡ ْ ْٓ ُ ُ ٓ َ َ
ِ ‫ةۚ و‬ ‫ٰ َة َو ُ ا ٱ‬ ‫ِ َ ۡ ُ ُ وا ٱ َ ِ ِ َ ُ ٱ ّ ِ َ ُ َ َء َو ُ ِ ُ ا ٱ‬ ِ ‫و أ ِ وا إ‬
َۡ
ِ َ ِ ّ ‫دِ ُ ٱ‬
Terjemahan: Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan
Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang
jelas nyata. (al-Bayyinah: 5)

3. Takwa
Takwa berasal daripada kalimah “wiqayah” yang bermaksud memelihara. Maka
takwa bermaksud memelihara diri daripada azab Allah swt. Perkara ini dicapai
melalui dua kaedah:
a) Melaksanakan perintah Allah swt.
b)Meninggalkan larangan Allah swt.
Allah swt berfirman:

َ
‫ۡ ُِ ن‬ ُ َ‫ُ َ ِ ِۦ َو َ َ ُ ُ إ َوأ‬ َ َ ‫َ َ َ ٱ ِ َ َءا َ ُ ا ْ ٱ ُ ا ْ ٱ‬
ِ
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam. (Ali Imran: 102)

4.Bersyukur
Akhlak dengan Allah juga menuntut kita sentiasa mensyukuri nikmat yang
dikurniakan Allah s.w.t. Mensyukuri nikmat Allah ialah menghargai nikmat yang
Allah berikan dan digunakan sebaiknya untuk tujuan ketaatan. Firman Allah s.w.t.:

َ ‫َ َ َ َ َ َ ۡ ُ ُ ِ َ ۡ ِ ِۦ َو‬ َ ‫َ ا ِ َ ۡ َر ّ ِ َ ۡ ُ َ ٓ َءأَ ۡ ُ ُ أَ ۡم أَ ۡ ُ ُ ۖ َو‬ ٰ َ ‫َ َل‬


ۖ ِ ِ ِ ِ
ٞ َ ٞ ّ َ ّ ‫َ ن َر‬ َََ
ِ ِ ِ ِ
Terjemahan: berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku
adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan
(sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang

6
kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal
kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (al-
Naml: 40)

Akhlak Dengan Diri Sendiri


Akhlak dengan diri sendiri menuntut manusia menunaikan hak-hak dan tuntutan
dirinya seperti yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. sama ada melalui peraturan
syariahnya atau peraturan tabi’i kejadiannya sendiri dari segi jasmani, rohani, intelek
dan emosi. Firman Allah s.w.t.:

َ ۡ ۡ ُ ْ ُ ۡ َ َ ُۡ َ ُ ۡ َ ْ ‫َو َ ُ ۡ ُ ا‬
ِ ِ ُ ‫ِ َوأ ِ ۚ ٓا إِن ٱ َ ِ ٱ‬ ‫ۡ إِ ٱ‬ ِ ِ
Terjemahan: dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan,
dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
berbuat baik. (al-Baqarah: 195)

Akhlak dengan diri dapat dilihat dengan jelas dalam kisah Salman dan Abu
Darda’ seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

‫ فَـَرأَى أُﱠم‬،‫ فَـَز َار َسْل َما ُن أَ َ الد ْﱠرَد ِاء‬،‫ َوأَِﰊ الد ْﱠرَد ِاء‬،‫ﲔ َسْل َما َن‬ َ ْ ‫ﱠﱯ صلى ﷲ عليه وسلم بَـ‬ ‫آخى النِ ﱡ‬ َ
‫اء‬ ‫ﺠ‬ ‫ف‬
َ . ‫ا‬‫ي‬ ‫ـ‬
ْ‫ﻧ‬ ‫ﱡ‬
‫د‬ ‫ال‬ ‫ﰲ‬ِ ٌ‫اﺟﺔ‬ ‫ﺣ‬ ‫ه‬ ‫ل‬
َ ‫ﺲ‬ ‫ي‬َ‫ل‬ ِ ‫ﻮك أَبﻮ الدﱠرد‬
‫اء‬ َ ‫َخ‬‫أ‬ ‫ﺖ‬ ‫ل‬
َ ‫ا‬َ‫ﻗ‬ ‫ﻚ‬ِ ُ‫ فَـ َﻘ َال َﳍا ﻣا َﺷﺄْﻧ‬.ً‫الدﱠرَد ِاء ﻣﺘَـﺒ ِّﺬلَﺔ‬
َ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ْ ُ ُ ْ َ َ َُ ْ
‫ ﻗَ َال‬.‫ ﻗَ َال َﻣا أَ َ ِ ﻛِ ٍﻞ َﺣ ﱠﱴ َْ ُﻛ َﻞ‬.‫صاﺋِ ٌم‬ ِ
َ ‫ال فَِﺈِّﱐ‬
َ َ‫ ﻗ‬.‫ال ُﻛ ْﻞ‬ َ ‫ فَـ َﻘ‬.‫ﺼنَ َﻊ لَهُ ﻃَ َﻌ ًاﻣا‬
َ َ‫ ف‬،‫أَبُﻮ الد ْﱠرَداء‬
ِ
‫ فَـلَ ﱠما‬.‫ فَـ َﻘ َال َْﱎ‬.‫ﻮم‬ُ ‫ﺐ ﻳَـ ُﻘ‬َ ‫ ﰒُﱠ َذ َﻫ‬،‫ فَـنَ َام‬.‫ ﻗَ َال َْﱎ‬.‫ﻮم‬ُ ‫ﺐ أَبُﻮ الد ْﱠرَداء ﻳَـ ُﻘ‬ َ ‫ فَـلَ ﱠما َﻛا َن اللﱠْي ُﻞ َذ َﻫ‬.‫فَﺄَ َﻛ َﻞ‬
ِ ِ ‫َﻛا َن ِﻣﻦ‬
،‫ﻚ َﺣﻘا‬ َ ‫ﻚ َعلَْي‬ َ ِّ‫ فَـ َﻘ َال لَهُ َسْل َما ُن إِ ﱠن لَرب‬،‫ﺼلﱠيَا‬
َ َ‫ ف‬.‫ال َسْل َما ُن ﻗُِم اﻵ َن‬ َ َ‫آخ ِر اللﱠْي ِﻞ ﻗ‬ ْ
ِ ِ ِ ِ
‫ﱠﱯ صلى ﷲ‬ ‫ فَﺄَﺗَى النِ ﱠ‬.ُ‫ فَﺄ َْعط ُﻛ ﱠﻞ ذي َﺣ ٍّق َﺣ ﱠﻘه‬،‫ﻚ َﺣﻘا‬ َ ‫ﻚ َعلَْي‬ َ ‫ َوﻷ َْﻫل‬،‫ﻚ َﺣﻘا‬ َ ‫ﻚ َعلَْي‬ َ ‫َولنَـ ْف ِس‬
ِ
" ‫ص َد َق َس ْل َما ُن‬ َ " ‫ﱠﱯ صلى ﷲ عليه وسلم‬ ‫ال النِ ﱡ‬ َ ‫ فَـ َﻘ‬،ُ‫ﻚ لَه‬
َ ‫عليه وسلم فَ َﺬ َﻛَر َذل‬
Terjemahan: Nabi saw mempersaudarakan Salman dan Abu Darda’. Pada satu hari,
Salman menziarahi Abu Darda’ danmelihat Ummu Darda’ dalam keadaan kusut.
Beliu bertanya: Kenapa keadaanmu sedemikian? Ummu Darda’ menjawab:
Saudaramu, Abu Darda’ tidak ada hajat dengan dunia. Abu Darda’ datang dan
menyediakan makanan dan berkata: Makanlah. Sesungguhnya aku berpuasa. Salman
berkata: Aku tidak akan makan sehingga engkau makan. Maka Abu Darda’ pun
makan. Pada malam hari, Abu Darda’ bangun bersiap untuk solat malam. Salman
berkata: Tidurlah. Maka Abu Darda’ pun tidur. Tidak lama selepas itu, Abu Darda’
bangun untuk solat malam. Salman berkata: Tidurlah. Maka Abu Darda’ kembali
tidur. Apabila sampai ke akhir malam, Salman berkata: Marilah kita bersolat. Maka
mereka berdua solat. Setelah itu, Salman berkata: Sesungguhnya Tuhanmu
mempunyai hak ke atas dirimu, dirimu mempunyai hak ke atas dirimu dan
keluargamu mempunyai hak ke atas dirimu. Maka tunaikanlah hak kepada
pemiliknya. Apabila kisah ini diceritakan kepada Nabi saw, baginda bersabda:
Benarlah kata-kata Salman. (HR. Bukhari)

7
Akhlak Dengan Manusia Lain
Berakhlak dengan manusia lain ialah menjaga kelakuan daripada menyakiti
orang lain sesuai dengan perintah Allah swt dan contoh yang ditunjukkan oleh
Rasulullah saw. Golongan manusia yang berinteraksi dengan kita dapat dibahagikan
kepada beberapa golongan:

1. Ibu bapa
Ibu bapa adalah orang yang paling berhak untuk kita berbuat baik. Allah swt
meletakkan berbuat baik kepada ibu bapa di tempat kedua selepas perintah untuk
mentauhidkan Allah. Allah swt berfirman:

ٗ ٰ َ ۡ ‫۞وٱ ۡ ُ ُ وا ْ ٱ َ َو َ ُ ۡ ُ ا ْ ِۦ َ ۡ ٗ ٔ ۖ َو ۡ َ ٰ ِ َ ۡ إ‬
َ
ِ ِ ِ ِ ِ
Terjemahan: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
kedua ibu bapa (al-Nisa’: 36)

2. Tanggungan dan anak-anak


Anak-anak dan tanggungan ialah amanah daripada Allah swt. Oleh itu, orang
Islam berkewajipan mendidik mereka dan mencontohkan akhlak yang baik supaya
mereka memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah swt berfirman:

ُ‫ُ ۡ َ ٗ َو ُ ُد َ ٱ ُس َوٱ ۡ َ َرة‬


ِ ‫ر‬
ۡ ََ ۡ ُ
ِ ‫وأ‬ َ ُ َ‫َ َ َ ٱ ِ َ َءا َ ُ ا ْ ُ ٓا ْ أ‬
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (al-Tahrim: 6)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ﲔ َوفَـِّرﻗُﻮا‬ ِِ ِِ ِ ‫ﻣروا أَوﻻَ َد ُﻛم ِ ل ﱠ‬


َ ‫ﻮﻫ ْم َعلَْيـ َها َوُﻫ ْم أَبْـنَاءُ َع ْش ِر سن‬
ُ ُ‫اض ِرب‬ َ ‫ﺼﻼَة َوُﻫ ْم أَبْـنَاءُ َسْﺒ ِﻊ سن‬
ْ ‫ﲔ َو‬ ْ ْ ُُ
ِ ‫بـيـنـهم ِﰲ الْمﻀ‬
‫اﺟ ِﻊ‬ َ َ ْ ُ َ َْ
Terjemahan: Perintahlah anakmu sembahyang ketika berumur tujuh tahun, rotankan
ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka. (HR. Abu Daud)

3. Kaum kerabat
Firman Allah s.w.t.:

ِ ِ َ َ ‫َءا‬ ۡ َ ۡ ‫ۡ ق َوٱ ۡ َ ۡ ب َو َ ٰ ِ ٱ‬ َۡ‫َ ُ ۡ َِ َ ٱ‬ ُ ‫۞ ۡ َ ٱ ۡ أَن ُ َ ا ْ ُو‬


ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ۡ ُۡ َ َ َ َ ۡ َ ۡ َ َ َ َۡ َ ۡ
ٰ َ ٰ َ َ ‫ۡ َ ٰ َوٱ‬ ‫َو َءا ٱ َ ل ٰ ُ ّ ِ ِۦ ذوِي ٱ‬ َ ۧ ّ ‫ِ َ ٰ َوٱ‬
ِِ ِ ‫َوٱ َ ۡ ِم ٱ ِ ِ وٱ ِ ِ وٱ‬
َ ِ ٰ َ َ ۡ ‫َوٱ‬
Terjemahan: Bukanlah kebaikan itu bahawa kamu menghadapkan mukamu ke arah
timur atau barat tetapi kebaikan itu ialah sesiapa yang beriman dengan Allah, dan

8
hari akhirat dan malaikat dan kitab dan nabi-nabi dan memberikan harta kepada
yang dikasihinya daripada kaum kerabatnya dan anak-anak yatim. (Surah al-
Baqarah: 177)

4. Jiran tetangga
Sabda Rasulullah s.a.w.:

ِ ِ ِ ِ
ُ‫َوَﻣ ْﻦ َﻛا َن ﻳـُ ْؤﻣ ُﻦ ِ ﱠ َوالْيَـ ْﻮم اﻵخ ِر فَـلْيُ ْك ِرْم َﺟ َاره‬
Terjemahan: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah
memuliakan jirannya. (HR. Muslim)

5. Masyarakat
Firman Allah s.w.t.:

ْٓ َُ َ َ َ ََٓ َ ٗ ُ ُ ۡ ُ َۡ َ َ َ َ َُ َ َ ّ ُ َ َۡ َ ُ َ َ َ
‫و ِ ِ ر ۚ ا إِن‬ ٰ ٰ
‫ِ ذ ٖ وأ و‬ ٰ ِ‫ٱ س إ‬
ٞ َ ٌ ِ َ َ ‫أَ ۡ َ َ ُ ۡ ِ َ ٱ ِ ۡ َ ٰ ُ ۡ إن ٱ‬
َ
ِ ِ ۚ
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13)

Rasulullah saw juga bersabda:

‫ وﻳده‬،‫اﳌسلم ﻣﻦ سلم اﳌسلمﻮن ﻣﻦ لساﻧه‬


Terjemahan: Orang Muslim itu ialah orang yang selamat lidah dan tangannya
daripada menyakiti orang lain. (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Alam seluruhnya
Alam seluruhnya juga adalah hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya.
Firman Allah s.w.t.:

َ َ ُ َ
ِّ ‫ِ ِ ۚ ن‬ َ ‫ۡ ُ َوٱ ۡ َ ُض َو‬ ُ ََٰٰ ‫ُ َ ّ ُ َُ ٱ‬
ِ ٰ ‫َ ّ ِ ُ ِ ۡ ِ ه ِۦ َو‬ ِ ‫ۡ ٍء إ‬ ‫تٱ‬ ِ
ۡ ُ َ ۡ َ ‫َ ۡ َ ُ َن‬
ۚ ِ
Terjemahan: Sekalian langit dan bumi serta makhluk di dalam keduanya bertasbih
memuji-Nya. dan tiada sesuatupun (daripada isi langit dan bumi) melainkan
semuanya bertasbih dan memuji Allah akan tetapi kamu tidak memahami tasbih
mereka. (Surah al-Isra’: 44)

Oleh kerana itu semua isi kandungan langit dan bumi hendaklah diperlakukan
dengan sebaik-baiknya dan dengan ihsan tanpa mendatangkan kemusnahan dan

9
kerosakan. Malah, Rasulullah s.a.w. diutus oleh Allah s.w.t. untuk membawa rahmat
ke seluruh alam, bukan khusus untuk manusia sahaja. Firman Allah s.w.t.:

َ ََٰ ۡ ّ َٗ ۡ َ َ َٰ ۡ َ َۡ ٓ َ َ
ِ ِ ‫إِ ر‬ ‫و أر‬
Terjemahan: dan tidak Kami utuskan kamu melainkan untuk membawa rahmat ke
seluruh alam. (Surah al-Anbiya’: 107)

1.3 FAEDAH MEMPELAJARI FALSAFAH DAN AKHLAK

1. Pegangan agama yang mantap


Ibnu Miskawayh berpendapat bahawa matlamat utama setiap agama adalah untuk
melahirkan akhlak mulia. Ini tidak akan terhasil melainkan apabila setiap individu
percaya bahawa agama adalah sesuatu yang perlu untuk jiwa.Menurut beliau individu
juga seharusnya mendapat sesuatu ganjaran di dunia mengikut taraf dan
kedudukannya. Dia tidak berhak meminta sesuatu yang bukan haknya, tidak boleh
mengurangkan apa yang telah diberi kepadanya, sentiasa berpandu kepada ajaran
agama serta berakhlak dengan akhlak mulia.

2. Mencapai kesejahteraan sejagat


Menurut Ibnu Miskawayh, akhlak merupakan faktor utama yang
menjaminkesejahteraan masyarakat. Akhlak amat penting dalam diri seseorang bagi
memperbaiki dirinya dan masyarakat. Beliau berpendapat bahawa akhlak yang baik
dapat dihasilkan melalui usaha setiap individu di samping latihan dan didikan tertentu.
Ibnu Miskawayh juga telah meletakkan satu garis panduan dalam menghayati konsep
tolong-menolong iaitu: kalau seseorang itu banyak melakukan pertolongan, dia berhak
mendapat banyak bantuan. Sekiranya dia melakukan sedikit pertolongan, maka
sedikitlah bantuan yang akan diperolehinya.Beliau juga menasihatkan agar
menjauhkan diri dari perbuatan zalim. Setiap individu diseru agarsentiasa berwaspada
dalam perbuatannya dengan melatih akal supaya bersikap lemah lembut. Bagi beliau
apabila individu memahami konsep kesederhanaan dan mengamalkannya dalam
hidup, maka mudahlah untuk merawati setiap penyakit yang wujud dalam masyarakat.
Beliau juga mencela sebarang gelaran untuk memuji seseorang kerana ia boleh
membawa kepada sifat buruk.

3. Mengetahui hakikat jiwa


Setiap individu juga harus tahu hakikat jiwa manusia, apa itu jiwa, dari apakah
ia dijadikan dan kenapa ia dijadikan pada diri manusia. Beliau berpendapat bahawa
jiwa bukan satu bentuk jisim yang boleh dilihat dan bukan satu barang yang bernilai
atau satu bahagian daripada perkara tersebut. Ini kerana kedua-dua perkara tersebut
tidak boleh menerima perubahan sedangkan jiwa menerima perubahan. Jiwa yang
ditakrifkan oleh Ibnu Miskawayh ialah satu perkara yang dapat dirasai berdasarkan
ilmu pengetahuan yang berbagai. Justeru itu jiwa mempunyai kekuatan yang tertentu

10
untuk merealisasikan kebaikan yang sesuai dengan tabiie manusia untuk memberi
kelazatan kepada tubuh badan manusia. Kekuatan jiwa yang perlu ada semuanya
berasaskan konsep sederhana.

Menurut beliau terdapat 4 kekuatan jiwa iaitu:


a) Kekuatan akal: ia berpunca dari hikmah. Hikmat ialah satu perkara yang
terletak di antara cerdik dan bodoh.

b) Kekuatan yang berunsur sifat marah iaitu sifat berani yang terletak di
antara berani dan takut. Terlalu berani bahaya dan terlalu penakut juga
bahaya.

c) Kekuatan syahwaniah: Kekuatan ini perlu berada di tengah-tengah seperti


sifat kemuliaan yang terletak di antara gelojoh dan lembab atau jumud.

d) Keadilan: iaitu natijah yang lahir dari ketiga-tiga kekuatan di atas. Ia


berada di tengah-tengah, tidak melampau dan tidak terlalu kurang.

Dengan lahirnya keempat kekuatan ini, maka terhasillah fadilat-fadilat yang


dinamakan fadilat akhlak yang rasional. Ia juga dikenali sebagai fadilat falsafah yang
digabungkan antara ilmu dan akal.

4. Menjalani hidup bermasyarakat


Beliau juga berpendapat seseorang individu tidak dapat mempraktikkan moral
yang baik secara menyeluruh sekiranya beliau tinggal keseorangan. Ini kerana
kehidupan bermasyarakat menuntut sikap tolong menolong, berlemah lembut dan
berkasih sayang sesama manusia. Ibnu Miskawayh menentang kehidupan bertapa
kerana ia tidak membawa kepada kehidupan berakhlak. Seseorang itu tidak
seharusnya memencil diri dari masyarakat kerana kehidupan bermasyarakat akan
memberi banyak manfaat kepadanya dalam mengenali kebaikan dan keburukan.
Orang yang hidup secara zuhud dan mengenepikan pekerjaan atau usaha, dianggap
oleh Ibnu Miskawayh sebagai mengamalkan perbuatan jahat kerana ia mengenepikan
keperluan orang lain terhadap dirinya. Orang yang mengharapkan pertolongan orang
lain sedangkan dia sendiri tidak menolong orang, adalah orang zalim dan musuh
kepada masyarakat. Sekiranya dia merasakan keperluan hidupnya hanyalah sedikit
sahaja, maka dia harus sedar bahawa manusia lain memerlukan banyak kepentingan
daripada dirinya.

5. Bersahabat dengan orang yang baik


Menurut Ibnu Miskawayh, realitinya manusia yang berperibadi baik secara
semulajadi, jumlahnya adalah sedikit, manakala yang kurang baik secara tabie
jumlahnya ramai. Di antara kedua golongan ini ada juga yang bersikap sederhana.
Golongan ini akan berubah melalui cara bersahabat dengan orang-orang baik yang
menasihati mereka ke arah kebaikan atau bersahabat dengan orang-orang jahat yang

11
mengajak mereka melakukan kejahatan. Pendapat beliau ini sama dengan seorang ahli
sufi, Mumsyad al-Dinwari yang telah berkata:“ Berkawan dengan orang baik akan
meninggalkan kebaikan dalam hati dan berkawan dengan orang jahat akan
meninggalkan kejahatan dalam hati. ”Ikatan persahabatan bagi Ibnu Miskawayh
adalah satu perkara yang suci dan bermanfaat bagi manusia. Orang yang baik adalah
sahabat bagi dirinya sendiri dan juga untuk orang lain. Dia tidak akan mempunyai
musuh kecuali orang yang jahat. Orang yang bahagia adalah orang yang mempunyai
sahabat dan berusaha agar dirinya bermanfaat bagi sahabatnya. Manusia juga harus
bekerja dengan baik untuk membahagiakan orang lain dan selalu berbuat baik tanpa
bersifat munafik atau bermuka-muka.

6. Mengambil berat terhadap rawatan rohani


Berhubung dengan rawatan rohani Ibnu Miskawayh membahagikan kepada
dua cara iaitu:
a) Mengutamakan kesihatan rohani ketika ia masih ada pada diri
seseorang:

b) Mengembalikan semula rohani yang sihat, apabila ia hilang dalam diri


seseorang.

Apabila seseorang itu mempunyai jiwa yang sihat, maka dia haruslah sentiasa
menambahkan lagi kemuliaan jiwa yang ada padanya dengan cara mendalami ilmu
hakiki dan pengetahuan yang benar. Ia dapat diperolehi apabila seseorang itu
mendampingi orang-orang berilmu dan mempelajari darinya di samping sentiasa
berwaspada daripada bergaul dengan orang jahat, orang gila, orang yang selalu
melakukan maksiat, orang yang berbangga dengan kejahatannya dan jangan
menghadiri majlis-majlis anjuran mereka. Ini disebabkan apabila seseorang itu
menghadiri majlis-majlis mereka dan mendengar cerita-cerita tentang kekotoran jiwa
dan kelakuan tidak bermoral mereka, maka untuk membersihkan semula perkara-
perkara itu daripada dalam jiwanya adalah amat sukar. Di samping itu situasi ini juga
mungkin akan merosakkan peribadi orang yang baik dan mulia pula.

Kesimpulannya,menurut Ibnu Miskawayh, sesiapa yang mempunyai disiplin


diri yang sempurna, akhlak yang benar serta mampu mengenali musuh kepada
jiwanya, dia akan berjaya memimpin rumahtangganya. Sesiapa yang berjaya
memimpin rumahtangganya, dia akan berjaya mentadbir sebuah bandar. Sesiapa yang
berjaya mentadbir sebuah bandar, dia akan berjaya memimpin sebuah kerajaan

12

Anda mungkin juga menyukai