Anda di halaman 1dari 4

Dalil Jumlah Malaikat

Al-Quran

َ َ‫سعَة‬
‫عش ََر‬ َ . ‫ لَ َّوا َحةٌ ِل ْلبَش َِر‬. ‫ ََل ت ُ ْب ِقي َو ََل تَ َذ ُر‬. ‫سقَ ُر‬
ْ ِ‫علَ ْي َها ت‬ َ ‫َو َما أَد َْر‬
َ ‫اك َما‬
Tahukah kamu apakah (neraka) Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak
membiarkan. (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia. Dan di atasnya ada sembilan
belas (malaikat penjaga). (QS. Al-Muddatsir: 27 – 30)

‫ي إِ ََّل ِذ ْك َرى ِل ْلبَش َِر‬


َ ‫َو َما يَ ْعلَ ُم ُجنُو َد َربِ َك إِ ََّل ُه َو َو َما ِه‬
“Tidak ada yang tahu berapa jumlah pasukan Tuhanmu kecuali Dia. Saqar itu
tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.” (QS. Al Muddatsir: 31).

Hadith

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya aku melihat apa yang tidak kalian lihat, aku mendengar
sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih… dan layak baginya untuk
merintih. Tidak ada satu ruang selebar 4 jari, kecuali di sana ada malaikat
yang sedang meletakkan dahinya, bersujud kepada Allah. Demi Allah,
andaikan kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit
tertawa dan sering menangis…”(HR. Ahmad 21516, Turmudzi 2312,
Abdurrazaq dalam Mushanaf 17934. Hadis ini dinilai hasan lighairihi oleh
Syuaib Al-Arnauth).

Ketika dinaikkan ke langit (kejadian mi’raj), Nabi shallallahu ‘alaihi wa


sallam melihat banyak hal luar biasa. Diantaranya adalah baitul ma’mur.
Beliau menceritakan,

Kemudian ditunjukkan kepadaku baitul ma’mur. Akupun bertanya kepada


Jibril, beliau menjawab, ‘Ini Baitul Ma’mur, setiap hari ada 70.000 malaikat
yang shalat di dalamnya. Setelah mereka keluar, mereka tidak akan kembali
lagi, dan itu menjadi kesempatan terakhir baginya.‘ (HR. Bukhari 3207, Muslim
164, Nasai 448 dan yang lainnya).
Dalil Beriman Kepada Malaikat

Ketika malaikat Jibril ditanya tentang iman, kemudian dijawab oleh Rasulullah shalallahu
‘alaihi wa sallaam, “ Engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya. Kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya, hari akhir, dan terhadap takdir yang baik dan yang buruk.” (H.R. Muslim)

10 Malaikat yang wajib kita Imani

Dari nama-nama malaikat di atas lebih tiga yang disebut dalam Al Qur'an, iaitu Jibril, Mikail,
Malik], Raqib dan Atid. Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits. Nama
Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemui sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits.
Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an, dia hanya
disebut Malaikat Maut.
Ulul Azmi

Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan
tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan
agama Islam.

Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi
adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa
dalam menyampaikan risalahnya.

Dalil al-Quran tentang Ulul Azmi

Firman Allah S.W.T: Maksudnya:

“ "(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad)


maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulul Azmi" (yang
mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang
terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk
mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat
azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di
dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang
demikian) cukuplah menjadi pengajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka
(ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik (derhaka)." (Surah Al-
Ahqaaf : Ayat 35) ”

Mengenai lima orang rasul yang diutuskan oleh ALLAH setelah dipilih daripada kalangan
para nabi yang digelar sebagai rasul Ulul Azmi memang dinyatakan dalam Al-Quran
sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

“ "Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia


tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh a.s. dan yang
telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Nabi Muhammad s.a.w.) dan juga yang
telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. serta Nabi Isa a.s.,
iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau
berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama
tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa
yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk
kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat)." (Surah
Asy-Syuraa: Ayat 13)

Sebab diberi gelaran Ulul Azmi

1. Mendapat pengiktirafan Allah s.w.t.


2. Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
3. Sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
4. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
5. Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah

Anda mungkin juga menyukai