Anda di halaman 1dari 6

PENDISIPLINAN PELAJAR : TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu


‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan
Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah
kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya
Ku Muhamad Nazri Bin Ku Hasan pada pagi/petang yang berbahagia ini.
Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada
hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar boleh dikatakan
berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat
dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada
kali ini Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Bersama Persoalan inilah kunci utama forum yang
ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah
khususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan
dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan
sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari Muhammad Syamim Bin
Mohd Yunus_ yang merupakan __________________________ Apa khabar saudari?
Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, tampan berbaju kemeja
saudari/saudara Nik Abdul Wafi B. Nik Abdul Aziz, jawatan. Selamat datang saudara.
Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah
sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin.
Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang tampan baik pekertinya membawa rasional
persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual
kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.
Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan sudah semestinya
membawa PIOUS & WISE | BERTAQWA & BIJAKSANA SMKA Tun Sakaran, Semporna,
Sabah. THE GARDEN OF ELMS & GLORY Single Sign-On (SSO) Sistem Pengurusan Sekolah
Aplikasi Pangkalan Data Murid Sistem Pengurusan Sekolah (SAPSNKRA) Post Popular kepada
persoalan yang berkait dengan kawalan individu, pemimpin, masyarakat dan sebagainya. Kawalan
inilah yang penting dalam menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di
tonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukan disiplin. Di
sekolah, disiplin satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Maka disinilah terletaknya
tanggungjawab yang digalas oleh semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelajar sama ada
murid itu sendiri, guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau masyarakat
umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan disiplin adalah asas penting bagi
membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Amanah yang
dipikul dengan baik adalah tunjang kepada kawalan sosial yang baik. Namun tidak dinafikan,
ramai juga masyarakat di luar sana menganggap tanggungjawab dan disiplin adalah suatu perkara
yang sangat negatif iaitu merupakan masalah sosial dan tidak amanah sedangkan hakikatnya ia
merupakan usaha yang perlu bagi memperbaiki etika dan gaya hidup bertamadun manusia.
Contohnya orang Jepun yang membangunkan negara mereka setelah menjadi padang jarak padang
tekukur dan kini merupakan negara moden seperti sekelip mata. Asasnya tidak lain dan tidak bukan
adalah tanggungjawab dan disiplin yang hebat

Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi.
Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, disiplin dan tanggungjawab perlu bergerak
seiring untuk mencapai tahap kecemerlangan yang maksimum. Ia boleh diibaratkan sebagai
irama dan lagu, iaitu tidak sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan tanpa tanggungjawab,
disiplin tidak akan dapat dibentuk. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada
ahli panel kita yang kedua, apakah asas kepada pendisiplinan pelajar agar kecemerlangan secara
holistik dapat dicapai?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah..
Baiklah sebenarnya, latar belakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran
mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. Saya
berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini dapat
pendisiplinan terletak di bahu ibu bapa. Seharusnya, pihak ibu bapa perlu sedar akan kepentingan
hubungan yang erat dengan guru-guru di sekolah. Perjumpaan berkala di antara ibu bapa para
pelajar dengan pihak sekolah perlu diadakan sekerap yang boleh. Tindakan ini amat penting
kerana ianya boleh menjadi medium perbincangan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di
sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya golongan ibu bapa mengambil remeh tentang
masalah disiplin anak-anak mereka di sekolah, golongan anak-anak itu akan merasa bebas dan
terbiar sehingga menyebabkan mereka membuat tindakan yang bertujuan untuk mendapatkan
perhatian seperti melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah, membuli dan sebagainya yang
mana hal ini akan menambah dan meningkatkan masalah kes disiplin di sekolah. Oleh itu, pihak
ibu bapa dan guru di sekolah perlu mengadakan hubungan yang baik supaya segala masalah yang
berkaitan dengan pelajar dapat diselesaikan
“sebelum nasi menjadi bubur”.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi.
Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak asas pendisiplinan yang
boleh diimplementasikan untuk mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang
panel kita tadi menerangkan tentang konsep tanggungjawab dan disiplin serta menghuraikan
dengan selengkapnya tentang asas-asas pendisipinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel
pertama tentang persoalan ‘Pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak di bahu siapa’?
Dipersilakan..
Panel Pertama : Bismillah.... Untuk menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu
berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sering diperkatakan pada masa
kini dan menjadi fokus media massa. Buktinya, pada 5 Ogos 2007, berita penangkapan kanak-
kanak berumur 12 tahun yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita
berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilir telah disiarkan di Buletin 1.30.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Dengar-dengarkan pantun ini :
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun empat kerat tadi membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara yang betul dan
bersungguhsungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang atau sia-sia begitu sahaja.
Manusia dituntut mencari ilmu sehingga ke akhir hayat. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad
s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap
Muslim.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Ilmu diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya melalui pembacaan, penelitian, pentaakulan
belajar daripada pengalaman lepas serta yang paling utama menuntut ilmu daripada seseorang
yang pakar dalam bidang tertentu yang digelar guru. Konsep guru merujuk kepada seseorang
yang mengajar dan mendidik sama ada untuk mencapai kejayaan akademik atau kemuliaan
akhlak. Guru ada di mana-mana. Ibu bapa boleh menjadi guru yang paling baik buat anak-
anaknya. Seorang kakak atau abang boleh menjadi guru kepada adik-adiknya. Masyarakat juga
boleh bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan dalam kelompok sosialnya.
Hakikatnya, semua orang bertindak sebagai guru dalam kehidupannya. Guru dalam konsep ini
lebih kepada tugas ingat-mengingati, saling mencerna pemikiran melalui pengalaman, mendidik
dan mendisiplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar sesuatu yang berlaku dalam hidup
dengan penerimaan yang baik. Maka pendapat saya tidak lain dan tidak bukan adalah
tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada ibu bapa, guru, masyarakat, media massa dan
semua yang terlibat adalah bertanggungjawab dalam pembentukan disiplin iaitu pendisiplinan
pelajar. Seperti kata-kata sahabat Rasulullah SAW tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin
) adalah baik pada Allah SWT dan sebaliknya jika penilaian buruk maka buruklah bagi Allah
SWT.
Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang pertama. Memang tidak dapat
disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi mendisiplinkan atau memantapkan akhlak
pelajar pada masa kini bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.. Tetapi saya
ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, siapakah yang
sebenarnya menggalas tanggungjawab utama bagi mendisiplinkan pelajar di sekolah? Saya
persilakan panel kita yang kedua dahulu untuk memberikan sedikit ulasan.

Panel Kedua: Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan. Pada pendapat
saya, pihak yang menggalas akauntabiliti utama dalam mendisiplinkan pelajar adalah golongan
ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Hal ini disebabkan ibu bapalah yang sentiasa memerhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Di samping itu, golongan ibu bapa mempunyai
tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak mereka sejak berada di dalam kandungan
lagi. Di samping itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama,
nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip prinsip akauntabiliti,
menunjukkan keperibadian yang mulia, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Justeru, Ibu bapa hendaklah menjadi “role model” kepada anak agar anak-anak
tidak kehilangan arah dan menjadi insan yang berilmu dan beragama, penyumbang kepada
kemantapan ummah seantero dunia, insya-Allah.

Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi.
Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh golongan ibu bapa di luar sana
untuk mendidik anak remaja kita menjadi insan yang berilmu dan beragama, insya-Allah.
Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang pertama, secara ringkas
tentang siapakah yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar?

Panel Pertama: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. Pada
pandangan saya, pihak yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar ialah
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal ini disebabkan, dari sudut psikologi, peringkat remaja
adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh
rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan
perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan
logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan
teratur. Oleh itu, adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS
hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. Insya-Allah,
sekiranya ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya dalam menangani masalah disiplin pelajar
di sekolah, insyaAllah, masalah disiplin ini akan dapat diatasi. Wallahu’alam.
Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita sebentar tadi.
Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang kedua, masih berlegar dalam persoalan yang
sama iaitu pihak manakah yang memegang tanggungjawab yang berat dalam mendisiplinkan
atau memanusiakan insan pdelajar di sekolah kita pada hari ini?
Panel Kedua: Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif menanyakan banyak
persoalan intelek. Baiklah, untuk menjawab persoalan ini, cuba kita renungi baris-baris akhir
sebuah sajak yang berbunyi:
Jika hari ini siapa saja perosak bangsa;
Bermula dengan kegagalan guru kita
Cuai mengasuh generasi muda

Saya yakin sajak ini akan menguris hati seorang guru. Kalaupun tidak terpalit luka mungkin
wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa lantaran dikatakan gurulah menjadi punca
kepada kemunculan perosak bangsa. Namun itulah realitinya kehidupan hari ini. Kalau dulu guru
merupakan individu atau kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati, situasi kini jauh
berbeza. Kalau dulu, ramai yang mengakui bahawa ‘dewasanya seseorang itu adalah dimulakan
oleh seorang guru biasa’, namun kini masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru apabila
hasil didikan tidak ‘menjadi’. Menyedari tentang keretakan hubungan yang berlaku antara ibu
bapa dan guru pada hari ini, ianya perlu diperhalusi dan dicari penyelesaian terbaik untuk
mengembalikan kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah umumnya dan guru khasnya.
Hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa amat penting agar masalah disiplin pelajar di
sekolah dapat dikurangkan dan bukan semakin bertambah dan membimbangkan semua pihak.
Justeru pihak yang paling menggalas beban berat untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di
sekolah adalah golongan ibu bapa, guru, pihak berwajib dan masyarakat sekeliling. Mereka ini
seharusnya melakukan anjakan paradigma dengan lebih berfikiran positif, menerima kelemahan
anak-anak mereka dan bersangka baik dengan guru-guru di sekolah. Sekiranya hal ini dapat
diwujudkan, insya-Allah, masalah disiplin dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi bak kata
kerana hanya dengan bekerjasama akan dapat melahirkan hasil yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan
sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ”
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum
berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun
mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan). Kesimpulannya perkara yang berkaitan
dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap
individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi
barah.
Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita renung-renungkan sejenak....

Lautan Itu Dunia,


Bahtera Itu Kita,
Kemudi Itu Agama,
Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya
yang baik itu
datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada
kekhilafan diri kami
sendiri.
Wallahu’alam
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai