Anda di halaman 1dari 1

Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang

mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup,

Rasul adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut
kepada manusia sejagat pada zamannya.

Jumlah Nabi dan Rasul

Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah
lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 315 orang
berdasarkan hadis oleh Imam At-Tabrani yang meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa
seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad ),”Wahai Rasulullah, apakah Adam
adalah seorang nabi?” Baginda menjawab,”Ya.” Kemudian orang itu bertanya,”Berapa masa
antara dia dengan Nuh?” Baginda menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Berapa
masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya
lagi,”Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda menjawab,”315.” Orang-
orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah orang-orang yang boleh dipercayai.

Anda mungkin juga menyukai