Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Konsep Falsafah
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia.
Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksanaan.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini ialah , falsafah
dapatlah diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Dalam Kamus Dewan edisi
ketiga (2002) pula, falsafah ditakrifkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain .Jadi falsafah
bolehlah kita katakan sebagai satu usaha untuk mencintai kebijaksanaan.
Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 )
mengertikan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan
terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip
reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafah adalah cenderung mengumpulkan
rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran.
Namun, ada juga falsafah yang bersifat relatif seperti Liberalisme,
Idealisme, Estetisme, Eksistensialisme, Hedonisme, Kapitalisme, Komunis dan banyak
lagi. Falsafah seperti ini ialah falsafah yang menyimpang dari jalan kebenaran .Erti
falsafah itu sendiri sudah luas. Maka tugas utama seorang ahli falsafah ialah melihat dan
menilai kehidupan dan menilai manusia dengan menganalisis dan memberi interpretasi
dan kemudian mencari rumusan yang boleh membawa taksiran secara keseluruhan
terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan. Ini akan menjadi
pedoman kepada manusia untuk mencari kehidupan yang sempurna atau lebih tepat lagi
kita katakan sebagai menentukan haluan dan pembangunan sesebuah negara.

Bagaimanapun pengertian Falsafah secara popular ialah berfikir. Yang dikatakan


berfikir secara falsafah seharusnya mengandungi ciri-ciri seperti berikut,
a. Berfikir secara radikal, iaitu secara mendalam hingga ke akar umbinya atau
asal- usulnya dan hakikatnya.
b .Berfikir secara universal, iaitu menurut pengalaman manusia secara umum.
Bukan khusus dan terbatas dengan ilmu tertentu sahaja.
c. Berfikir secara integral, iaitu berpadu secara lengkap pada mana-mana
bahagian yang ada.
Mengikut Plato Falsafah ialah usaha untuk mencari kearifan melalui proses
dialektik dan usaha untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato mengenai
falsafah ini bermacam-macam dan ini akan dapat diperhatikan dengan jelas dalam dialogdialognya. Konsep Plato ini telah mempengaruhi pemikiran Barat amnya dan ahli-ahli
pendidik khususnya semenjak lebih daripada dua ribu tahun dahulu. Aristotle pula telah
menjadi murid kepada Plato selama dua puluh tahun. Beliau menegaskan falsafah ialah
ilmu tentang kebenaran. Kebenaran mungkin diperoleh seseorang dengan ilmu
metafizikal, logika, retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik kerana ilmulah
penyuluh untuk mengenal sesuatu.
Mengikut pendapat Socrates pembentukan pengetahuan yang murni amatlah
penting untuk mencapai kebijaksanaan. Tambahan lagi, beliau menyatakan bahawa
falsafah berdasarkan dari usaha penyelidikan sejati untuk mencapai kebajikan.
Falsafah Socrates adalah berpusatkan kepada manusia dan tingkah lakunya. Beliau cuba
menyelidiki pengetahuan yang murni dengan cara mengamati yang konkrit dan

menganalisisnya hingga timbul sesuatu yang murni. Mengikut beliau cara bersoal-jawab
sangatlah efektif untuk mendapat pengetahuan yang murni. Menurut Socrates ilmu
pengetahuan yang merangkumi kebenaran. Terkandung di dalamnya seperti metafizik,
logik, retorik, etika, ekonomi, politik dan estetika.
Aliran falsafah pula ada yang betul dan ada yang dikritik oleh al-Ghazali kerana
melampau hingga lebih mengutamakan akal bagi mencari kebenaran, terutama dalam
masalah ketuhanan (metafizik). Sebelum menolak falsafah, beliau bersungguh-sungguh
mempelajari ilmu itu dengan menelaah kitab-kitab ahli falsafah, walau pun tanpa guru.
Setelah dihalusi, difahami dan diteliti pemikiran falsafah, beliau mendapati falsafah
mempunyai kepalsuan, kekaburan, kesamaran dan khayalan. Al-Farabi menyatakan
falsafah ialah ilmu tentang kewujudan sesuatu kenapa ianya diwujudkan. Manakala
Sodruddin al-Syirazi falsafah ialah kesempurnaan jiwa insan dengan mengetahui hakikathakikat sesuatu perkara yang wujud.
Secara mudah boleh diperkatakan iaitu falsafah ialah kebijaksanaan (hikmah)
menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki. Dalam Bahasa Arab
perkataan falsafah ini disamakan dengan istilah hikmah. Dalam al-Quran tidak terdapat
perkataan falsafah, tetapi ini bukanlah bermakna yang falsafah itu tidak ada dalam alQuran. Sebenarnya, dalam al-Quran istilah hikmah ini dibahaskan lebih daripada istilah
falsafah. Kedudukan hikmah dalam al-Quran mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada
falsafah.

3.0 Definisi
3.1. Definisi Metafizik
Metafizik merupakan salah satu bidang yang tertua dalam bahagian falsafah ini.
Boleh di katakan, bidang ini mempunyai umur yang sama dengan falsafah. Ia adalah
bidang utama yang membicarakan falsafah. Metafizik menjelaskan sesuatu yang di
sebalik fizikal. Merujuk kepada perkataan metafizik itu sendiri, ia mengandungi dua suku
kata yang utama iaitu meta dan juga fizik. Meta merupakan perkataan Yunani yang
membawa maksud di sebalik dan fizik pula adalah alam zahir. Oleh itu, metafizik boleh
di tafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak
dapat dilihat oleh mata kasar.
Oleh itu, terdapat persoalan yang bermain di fikiran manusia, adakah setiap
perkara yang berlaku ini memberikan gambaran yang sebenar tentang sesuatu itu?
Adakah sesuatu yang di sebalik fizikal itu merupakan satu alam lain yang benar-benar
wujud? Persoalan-persoalan seperti ini selalu bermain di fikiran seorang ahli falsafah.
Mereka ingin mencari kebenaran hanya dengan berpandukan kepada akal minda mereka.
Mereka berpendapat bahawa dengan akal yang sihat serta waras, kebenaran itu dapat di
capai. Sebagai contoh, kita sebagai umat Islam mempercayai bahawa tuhan itu
merupakan sesuatu yang wujud dan ia ada di mana-mana. Sementara itu kita tidak dapat
melihat kewujudan Tuhan itu dan kita masih mempercayai bahawa Allah itu wujud
dan kekal selama-lamanya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga bertujuan untuk menghasilkan insan
yang berilmu, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia serta berkeupayaan
memberi sumbangan ke arah kemakmuran masyarakat dan negara .Sama seperti konsep

yang terdapat di dalam mazhab idealisme, aspek metafizik juga merupakan pada
persoalan realiti yang mengehendaki supaya manusia berfikir mengenai sifat semula jadi
manusia dan semua benda hidup di muka bumi.
3.2 Definisi Epistemologi
Epistemologi adalah cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan.
Epistemologi mempersoalkan perkara seperti apa dia ilmu? Bagaimana kita memperoleh
ilmu? Bagaimana kita bukti kesahihannya ? Apakah perkaitan ilmu dengan pembelajaran?
(Mok Soon Sang 2012). Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2002)pula mengertikan
epistemologi sebagai teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan
kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan.
Secara etimologi, epistemologi merupakan kata gabungan yang diangkat dari dua
kata dalam bahasa Yunani, iaitu episteme dan logos. Episteme membawa maksud
pengetahuan dan logos yang bererti ilmu. Jadi epistemologi ialah ilmu yang membahas
masalah-masalah pengetahuan. Epistemologi dapat juga diertikan sebagai teori
pengetahuan yang benar atau dalam bahasa inggerisnya theory of knowledge.
D.W.Hamlyn mendefinisikan epistemologi sebagai cabang falsafah yang
berurusan dengan hakikat dan ruang lingkup pengetahuan, dasar dan mengandaikan
serta secara umum hal itu dapat diandaikan sebagai penegasan bahawa orang memiliki
pengetahuan. Dagobert D.Runes mendefinisikan bahawa epistemologi adalah cabang
falsafah yang membahas sumber, struktur, metode- metode dan validities pengetahuan.
Azyumardi Azra menambahkan bahawa epistemologi sebagai ilmu yang membahas
tentang keaslian, pengertian, struktur, metode dan validities pengetahuan. Abu Haromain

Al-Barbasy mengatakan epistemologi adalah ilmu yang mengkaji tenteng watak, sumbersumber dan kebenaran pengetahuan .
Apabila membincangkan persoalan epistemologi (theory of knowledge), nama Ibn
Khaldun (732-808h) memang tidak dapat dipisahkan. Beliau telah membahaskan hal ini
dengan panjang lebar, terutama dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun
mengklasifikasikan ilmu kepada dua, iaitu ilmu yang diperolehi oleh manusia daripada
rasul-rasul dan ilmu yang diperoleh berdasarkan proses akal.
Secara umumnya epistemologi yang bermazhab idealisme menekan kepada
penguasaan ilmu berlandaskan kesedaran dan kefahaman. Mereka berpendapat ilmu
diperoleh daripada pemikiran yang rasional dan pengalaman yang subjektif. Mereka juga
menolak tanggapan ilmu sebagai refleksi otak manusia terhadap dunia secara objektif.
Epistemologi yang bermazhab materialisme menekankan pendekatan ilmu daripada
kefahaman dan kesedaran. Oleh itu teori epistemologi mereka tidak dapat menghuraikan
masalah ilmu dengan tepat.
Kesimpulannya Epistemologi merupakan cabang falsafah yang mengkaji tentang
seluk belok pengetahuan, mulai dari pengertian, asal-usul, metode sehingga sahnya
kebenaran pengetahuan itu sendiri.. Epistemologi sangat diperlukan karena dari situlah
pengetahuan manusia berasal.
3.3 Definisi Aksiologi
Cabang falsafah yang ketiga ialah aksiologi. Aksiologi menurut bahasa berasal
dari perkataan yunani axios yang bererti bermanfaat dan logos bererti ilmu
pengetahuan atau ajaran. Dari sudut istilah, aksiologi adalah ilmu pengetahuan yang

menyelidiki hakikat nilai yang ditinjau dari sudut falsafah. Dengan demikian aksiologi
adalah salah satu cabang falsafah yang mempelajari tentang nilai-nilai atau norma-norma
terhadap sesuatu ilmu. Sehubungan dengan itu aksiologi adalah cabang falsafah yang
memperkatakan tentang perkara baik atau buruk, benar atau salah dan perkara yang
berkaitan dengan nilai. Aksiologi adalah nilai-nilai yang berupa pertanyaan, apakah yang
baik atau bagus itu. Definisi lain mengatakan bahawa aksiologi adalah suatu pendidikan
yang menguji dan mengintegrasikan semua nilai dalam kehidupan manusia, menjaga dan
membinanya di dalam keperibadian pelajar.

5.0 Implikasi Falsafah Pendidikan Barat Dan Falsafah Pendidikan Islam Dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5.1 Implikasi Falsafah Pendidikan Barat
Terdapatnya ciri-ciri falsafah pendidikan barat dalam pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Hanya ciri-ciri yang sesuai sahaja yang diambil untuk
diserapkan ke dalam sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah gabungan daripada aspek-aspek nilai yang baik yang terdapat dalam aliran
falsafah pendidikan tradisional dan moden. Melalui sistem pendidikan sekarang
diharapkan dapat menghasilkan individu dan masyarakat yang berilmu pengetahuan,
luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat
berbakti kepada agama, bangsa dan Negara seterusnya dapat menyumbangkan tenaga ke
arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju pada tahun 2020.
Sumbangan kurikulum yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan
di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata

pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif di mana menggambarkan
mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan
3M dalam pelaksanaan KBSR. Salah satu fungsi KBSR dan KBSM adalah
mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk
insan yang harmonis dan seimbang, ini boleh dihayati daripada falsafah pendidikan
rekonstruktivisme, konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme
Pendidikan di Malaysia juga mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat
dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara
serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Ketiga-tiga matlamat ini merupakan kesan
daripada fahaman essensialisme yang menganggap individu sebagai alat demi
kepentingan pembangunan Negara daripada kepentingan individu. Menurut Mok Soon
Sang (2010) sama seperti falsafah essensialisme, falsafah parennialisme juga mempunyai
matlamat untuk menyatupadukan rakyat. Semua ini terdapat dalam KBSR dan KBSM
Satu lagi dasar yang boleh dikaitkan dengan falsafah pendidikan barat ini ialah
dasar satu murid satu sukan (1M1S) yang diperkenalkan pada tahun 2011. Setiap murid
diwajibkan menyertai satu jenis sukan. Dasar ini menyokong hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan kepada melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmai
intelek dan rohani . Dasar ini juga diharapkan dapat menyatupadukan rakyat melalui
bidang sukan. Ini sama seperti falsafah parennialisme barat yang juga mempunyai
matlamat untuk menyatupadukan rakyat.

5.2 Implikasi Falsafah Pendidikan Islam


Penerapan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada
pendidikan di Malaysia. Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan
kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam Apa yang jelasnya,
usaha mewujudkan FPK ini secara langsung menunjukkan bagaimana teori
menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal menghasilkan manusia
yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam sektor pendidikan di
Malaysia sehingga kepada asas yang paling kukuh sekali .Di dalam pembentukan KBSR
dan KBSM , penekanan yang lebih seimbang diberikan kepada bidang fardu Ain dan
Kifayah.
Ternyata falsafah pendidikan Islam memberi impak yang besar terhadap
perkembangan pendidikan di Malaysia. Selain itu juga, Ia berkonsepkan ciri-ciri semula
jadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah. Falsafah pendidikan Islam menekankan
perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi dan berdasarkan kepercayaan
serta kepatuhan kepada Tuhan, ini dapat dihayati dalam FPK melalui P. Agama, Moral,
dalam KBSR dan KBSM yang mencerminkan ciri-ciri pembelajaran afektif untuk
perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.
Selaras dengan Falsafah Islam ,Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong
FPK .Dalam Falsafah Islam untuk melahirkan insan yang seimbang haruslah insan itu
dibentuk dan dididik dengan program- program yang dapat menjurus kepada

pembangunan rohani dan jasmani. Jadi tidak salah jika katakan pengaruh atau peranan
Falsafah Islam dalam dasar1M1S tidak perlu dipandang remeh.
Begitulah, besar sekali implikasi falsafah pendidikan, Islam dan Barat kepada
perkembangan pendidikan di Malaysia. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu juga ada
menjelaskan bahawa, sebelum ia dijajah oleh pihak Inggeris, system pendidikan di situ
sangat mementingkan suatu proses yang berterusan serta keakhiratan. Namun begitu,
setelah didatangi oleh pihak penjajah, system pendidikan tersebut secara perlahan lahan
telah diubah mengikut rentak pendidikan di Barat. Walau bagaimanapun, sekarang kita
telah mempunyai ramai rakyat yang bijak dan mereka ini telah memilih jalan tengah
untuk mencedok idea idea dari pendidikan Islam, dan Barat.

Bibliografi
Mok Soon Sang (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Multimedia Marketing
Sdn Bhd
Kamus Dewan Edisi Ketiaga(2002) Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (2011)Falsafah Pendidikan Kurikulum Dan Profesionalisme Keguruan, Puchong
Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai