Anda di halaman 1dari 38

TOPIK 2:

PANDANGAN AHLI FALSAFAH ISLAM, BARAT


DAN TIMUR TERHADAP SUMBER ILMU DAN
PENDIDIKAN.
1. Pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu
dan Pendidikan.
2. Sumber ilmu
Pengenalan

Definisi Falsafah

Berasal dari perkataan Yunani iaitu Philos yang bermaksud mencintai dan
Sophia yang bermaksud Kebijaksanaan.

-Berpandukan dua maksud di atas falsafah diertikan sebagai perihal mencintai


kebijaksanaan.

Russell (1946), sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains.

E.D. Miller (1984), usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis
terhadap perkara-perkara penting.
PANDANGAN…

Falsafah Pendidikan

Barat Islam Timur

Kaitan Falsafah Pendidikan di Malaysia


dengan Falsafah Pendidikan Barat, Timur dan
Islam
FALSAFAH
PENDIDIKAN
BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT.

 Sejarah dan perubahan yang berlaku dalam aliran- aliran


falsafah pendidikan cukup menarik dan indah untuk
dipelajari dan diambil iktibar.
 Ini membuktikan bahawa peranan pendidikan cukup besar
dalam pembangunan manusia dan tamadun.
 Asas pemikiran aliran-aliran falsafah ini terdapat banyak
perkaitan dengan falsafah pendidikan kebangsaan
TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN BARAT

 John Dewey (1859-1952)


 Maria Montessori (1870-1952)
 Albert Bandura (1925-hingga kini)
 Jean Piaget (1896-1980)
 Carl Rogers (1902-1987)
APAKAH FALSAFAH PENDIDIKAN
BARAT?
Falsafah Pendidikan Islam

“Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk


menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-Quran dan as- sunnah bagi membentuk
sikap kemahiran, kepribadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke
arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di
akhirat’.
Pengertian Falsafah Pendidikan Islam

 Falsafah Pendidikan Islam ialah menekankan


pendidikan seumur hidup, pembangunan roh, akal
dan jasad disamping menyampaikan dua fungsi iaitu
sebagai hamba Allah dan juga sebagai Khalifah Allah,
memakmurkan alam, berasaskan kesepaduan dan
kesempurnaan iman, ilmu dan amal soleh bagi mencapai
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Konsep Falsafah Pendidikan Islam

Menurut Pandangan Tokoh Islam:


 Falsafah yang berteraskan wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
 Kurikulum Pendidikan Islam merujuk kepada ajaran al-Quran sebagai
pengajian utama diikuti dengan bahasa arab sebagai media pengantar.
 Kurikulum Pendidikan merangkumi bidang pengajian kemanusiaan termasuk
psikologi, sosiologi, sejarah dan ekonomi serta bidang ilmu tentang sains dan
sebagainya.
 Pendidikan juga memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan
antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.
Matlamat Pendidikan islam

 Membentuk insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman,


beramal soleh dan berpekerti mulia ke arah melengkapkan diri serta
bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang bertakwa.
 Melahirkan insan yang berilmu, berkepribadian mulia, berkemahiran
dan bersikap positif untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar
dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan
abadi di akhirat.
Sejarah Falsafah Islam
 Berasaskan ajaran al-Quran.
 Menurut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi
dasar Pendidikan Islam ialah:
 Keesaan Allah S.W.T.
 Kepercayaan pesuruh-pesuruhnya.
 Kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-Nabi.
 Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohaniaan.
 Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.
 Kehidupan keduniaan dan akhirat.
 Persamaan dan persaudaraan sejagat diantara semua umat Islam
Tokoh-Tokoh Falsafah Pendidikan Islam

Bil Nama Tahun Perspektif Falsafah Pendidikan

1. Al-Ghazali 1058-1111  Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-


aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan
akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

2. Ibn-Khaldun 1332-1406  Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu


pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras
pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah
mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal,
intelek dan rohani manusia.

3. Al-Farabi 870-950
Implikasi Falsafah Pendidikan Islam

 Antaranya dapat dilihat ialah terdapat unsur-unsur agama dan ketuhanan


menerusi Falsafah Pendidikan Islam iaitu agar bangsa Malaysia
mempunyai sifat keagamaan yang kuat serta mempunyai jati diri yang
tinggi jika dibandingkan dengan masyarakat barat khasnya.
 Falsafah Pendidikan Negara juga diambil dari ideologi Falsafah
Pendidikan Islam seperti mengaitkan dengan teori menyepadukan
elemen roh, jasad dan akal dalam menghasilkan manusia yang
mempunyai keseimbangan emosi yang kukuh dalam pembentukan
sistem Pendidikan Negara.
Falsafah Pendidikan Timur

Terdiri daripada tiga jenis aliran negara yang berbeza:


 Confusinisme dan Taoisme (Negara China)
 Nasionalisme (Negara India)
 Internasionalisme (Negara Rusia, Afrika dan
Amerika)
Konsep Falsafah Pendidikan Timur

Pendidikan mempunyai fungsi-fungsi berikut:


 Membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan,
mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-
undang di samping memenuhi kehendak sosial dan ekonomi.
 Peranan guru sebagai penyampai ilmu kepada orang ramai
serta mengajar cara-cara hidup yang baik dan betul.
Prinsip Falsafah Pendidikan Timur

 Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup


berubah.
 Perubahan akan berlaku akibat hubungan dengan guru masing-
masing tanpa mengambil kira sama ada guru itu seorang Nabi, sifu
atau tok guru.
 Sikap seseorang dalam kehidupan merupakan faktor penentu
pencapian kebahagiaan. Contohnya: menurut ajaran Buddha,
sekiranya kita hidup semata-mata untuk mengejar kebendaan sahaja,
agak mustahil untuk kita bahagia.
Sambungan

 Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka. Ini


bermaksud bahawa refleksi kendiri atau muhasabah diri yang kita
lakukan hasil pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat.
 Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai
Nirvana. Kesemua jalan hidup sebenarnya menghala ke arah
tersebut. Apabila kita sudah menjadi bijak secara automatik kita
akan berbuat baik dan mengelakkan diri daripada perbuatan jahat.
Tokoh-Tokoh Falsafah Pendidikan Timur
Bil Nama Tahun Persepektif Falsafah Pendidikan
1 Lao Zi (Confucius 570 SM  Pendidikan adalah satu proses memupuk
dan Taoisme) kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh
dicapai melalui amalan seperti bersopan santu,
bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua,
menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan
cinta kepada pemerintah Negara.

2 Siddharta Gautama 561-463 SM  Pendidikan berasaskan ilmu agama.


(Hinduisme dan Manakala prinsisp kejadiannya dalam
Buddhisme ) penjelamaan semula.
3 Rabindranath Tagore 1861-1941 SM  Pendidikan berasaskan falsafah Pragmatisme dan
(Nasionalisme dan Progresivism. Pendidikan adalah proses untuk
Internasionalisme) melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan
berupaya mencapai segala aspek kehidupan
termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani.
Seseorang yang berpendidikan sedia berkhidmat
untuk masyarakat dan negara.
Konsep antara Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah
Pendidikan Timur

Falsafah Falsafah
Pendidikan Islam Pendidikan Timur

Proses pendidikan merupakan


penyatuan semua ilmu pengetahuan di Pendidikan membolehkan seseorang untuk
bawah al-Quran yang menjadi teras mencapai kebijaksanaan dan mengekalkan
pendidikan. struktur kekeluargaan.

Pendidikan memainkan peranan ke arah


mewujudkan keseimbangan antara potensi Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan mengajar
fizikal, intelek dan rohani manusia. cara-cara hidup yang baik.
Perbezaan Matlamat antara Falsafah Pendidikan Islam
dan Falsafah Pendidikan Timur

• Membentuk dan memperkembangkan insan supaya


Falsafah Pendidikan menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal
solehdan berpribadi mulia ke arah melengkapkan diri
Islam serta bertanggungjawab sebagai hamba dan Khalifah
Allah S.W.T yang bertakwa.

• Menghasilkan individu yang berkebolehan dan bermoral


tinggi.
• Melahirkan individu yang menyeluruh dengan interaksi
Falsafah Pendidikan dan integrasI.
Timur
Perbezaan Kurikulum antara Falsafah Pendidikan
Islam dan Falsafah Pendidikan Timur

Falsafah
Falsafah
Pendidikan
Timur
Islam -Berlandaskan sumber yang jelas dan - Berteraskan Pendidikan Moral.
kukuh dari al-Quran dan as- Sunnah.
-Menekankan komponen ilmu dan
-Meliputi Fardhu Ain (solat, puasa dan aktiviti fizikal.
zakat).
-Mengesorkan ilmu kod dan tatacara
-Mengandungi Fardhu Kifayah (ilmu kelakuan, sastera, muzik, sejarah,
sains, matematik dan sebaginya. seni, pendidikan alam sekitar, drama
dan tarian.
Implikasi Falsafah Pendidikan Timur

 Falsafah Pendidikan Timur berasaskan Falsafah China dan


India.
 Berteraskan aspek intelek dan rohani sahaja. Penekanan
tidak diberikan kepada unsur jasmani seperti mana di
Malaysia. Di Malaysia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
diberi penekanan dan juga merupakan salah satu
matapelajaran di sekolah.
 Pelajar diwajibkan untuk menyertai kelab sukan dan permainan
pada peringkat sekolah, daerah dan negara
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

- Pendidikan di malaysia ialah satu usaha yang berterusan kearah


perkembangan individu secara keseluruhan dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi
rohani, jasmani, intelek berdasarkan kepercayaan kepada
tuhan.
- Ianya bertujuan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan memberi sumbangan terhadap keluarga,
masyarakat dan negara.
HUBUNGKAIT
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
DENGAN
FALSAFAH
PENDIDIKAN
Hubungkait FPK dengan Falsafah Barat

- Tidak semua yang dinyatakan oleh fahaman- fahaman


falsafah barat kita mestilah ikuti semunya.
- Biasanya hanya elemen-elemen yang berkaitan sahaja
yang boleh dilihat dan dicuba untuk di amalkan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di
malaysia.
- FPK lebih mirip kepada falsafah Progresivisme dan
Rekonstruksionisme
Sebagai contoh:

Elemen yang berkaitan dengan keronahanian, keilmuan, ketuhanan boleh


dikaitkan dengan falsafah pendidikan malaysia.
- Seperti kepercayaan kepada Tuhan (emosi )
- Sahsiah yang baik ( intelek )
- Kesihatan yang baik ( jasmani )

Progresivisme dan Rekonstruksionisme


-bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan diri serta membentuk
negara yang aman.
Hubungkait FPK dengan Falsafah Timur

- Falsafah pendidikan timur bertujuan untuk mencapai kebijaksaan.


Mengekalkan struktur kekeluargaan dan memenuhi kehendak sosial dan
ekonomi.
- Mata pelajaran seperti moral, politik, ekonomi, kebudayaan dan muzik sesuai
digunakan dalam pendidikan di malaysia. Ianya berasal daripada pendidikan
di China.
- Pendidikan di China ada menyatakan ( guru merupakan
fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir dan hebat. Maka kerajaan
malaysia mewujudkan falsafah pendidikan guru untuk menghasilakan guru
yang berkualiti dan cemerlang dalam pendidikan.
Sambung…..

- Pendidikan di India pula, menekankan peranan guru sebagai


pemangkin bagi menggerakan untuk murid dapat menjana idea
yang kreatif dan bernas. Hal ini menyebabkan pembbelajaran di
malaysia kini bukan sahaja berpusatkan guru semata-mata.
- Falsafah dari india juga menjadi dan menunjukkan
pembelajaran dua hala di malaysia.
Persamaan antara FPK dengan Falsafah Timur

- Menghasilkan individu yang berkebolehan


- Rakyat yang berkebolehan untuk mencapai
kesejahteraan diri.
- Rakyat yang berakhlak mulia
- Insan yang harmonis dan seimbang
Hubungkait FPK dengan Falsafah Islam

- Menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Hal ini berkaitan dengan diri individu seperti dari segi akal, roh dan
jasad. Ianya berkait rapat dengan falsafah islam iaitu yang menekankan pendidikan
dari segi pendidikan akidah, ibadah, akhlak, akal, jasmani, rohani, ketarampilan,
kemasyarakatan, dan kepimpinan yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
- Falsafah pendidikan islam ( sebagai contoh perkembangan individu dari segi
intelek, rohani dan emosi. Ianya dikaitkan dengan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Oleh itu, FPK menjadikan asas ini dalam falsafah kebangsaan
Malaysia.
Sumber Ilmu
1. Wahyu

5.
2. Intuitif
Rasional Sumber
Ilmu

4.
3.
Audoritati
Empirikal
f
1. Wahyu

berasal dari kata dalam bahasa Arab yang berasal daripada


perkataan "awha" bermaksud; inspirasi daripada orang lain
atau arahan seseorang. Secara umumnya,Wahyu ialah
perintah atau kata-kata Allah / Tuhan (disampaikan kepada
para rasul-Nya).

Revelation: ilham, pembukaan, pemberitahuan, penerangan


2. Intuisi atau Ilham

 Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang
amat berguna.
 Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses
pemikiran yang tertentu.
Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang menumpukan
pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi
jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang
dicari datang sendiri.

 Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun
pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para
Ulama
3. Akal (Rasional)

 Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara
manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia
berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif.
 Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk
(rasional), walaupun mungkin tidak bersifat kebenaran secara mutlak namun ianya
memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian.
 Bagaimanapun Allah s.w.t menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-
dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada
pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan.
 Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah s.w.t agar manusia dapat
memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari
kebenaran yang hakiki
3. Empirikal

 Yang berasaskan dan berkaitan dengan pengalaman dan amalan


 untuk pengetahuan yang dianggap sah / asas kepada pengetahuan,
ia mesti terlebih dahulu diuji oleh pengalaman.
Kesimpulan

 Falsafah adalah satu pendekatan yang menyeluruh


terhadap kehidupan dan dunia ini merupakan satu kajian
yang mencari kebenaran dalam nilai kehidupan.
 Falsafah Pendidikan pula merupakan satu kajian mengenai
pendidikan dari segi pengertian, konsep, matlamat yang
merupakan satu sifat inkuiri terhadap minda semulajadi
manusia.
 Pendidikan juga saling berhubung kait dengan
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai