Anda di halaman 1dari 7

KONSEP FALSAFAH

& FALSAFAH
PENDIDIKAN
PENSYARAH PEMBIMBING : RUSLIN BIN EKON
DISEDIAKAN OLEH : NURAHANANI BINTI SURIANA

Konsep Falsafah
Falsafah berasal dari bahasa Yunani iaitu philosophia.
Philo dari kata kerja philein yang bererti mencintai atau
philia yang membawa maksud cinta.
Sophia bererti kebijaksanaan. Philosophia adalah
mencintai kebijaksaan atau cinta kepada pengetahuan
sebenar.

Konsep Falsafah Menurut Pandangan


Tokoh
1. Socrates (469-399 SM)
Mengikut Socrates, falsafah ialah usaha-usaha melalui penyelidikan sejati
bagi mencapai kebajikan yang berpusatkan kepada manusia dan tingkah
lakunya. Beliau cuba menyelidiki pengetahuan murni dengan mengamati
masalah yang kongkrit dan menganalisanya sehingga timbul sesuatu yang
murni. Beliau dianggap sebagai pengasas ilmu kesusilaan.

2. Plato (427-347 SM)


Falsafah ialah ilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang menuju ke
arah pencapaian kebenaran semula jadi (tindak tanduk manusia).

3. Aristotle (348-322 SM)


Mengikut Aristotle, beliau menegaskan falsafah ilmu berkenaan dengan
kebenaran, kebenaran itu diperolehi seseorang dengan ilmu metafizik,
logik, retorik, etika, estetika, ekonomi dan politik.

4. Cicero (106-43 SM)


politikus dan ahli pidato Romawi, merumuskan: Filsafat adalah
pengetahuan tentang sesuatu yang agung dan usaha-usaha untuk
mencapainya.
5. Thomas Hobbes (1588-1679)
filsafat banyak disusupi gagasan religius. Hobbes menegaskan bahwa
objek filsafat adalah objek-objek lahiriah yang bergerak beserta ciricirinya. Menurutnya, substansi yang tak dapat berubah, seperti Allah, dan
substansi yang tak dapat diraba secara empiris, seperti roh, malaikat, dan
sebagainya, bukanlah obyek dari filsafat. Hobbes menyatakan bahwa
filsafat harus membatasi diri pada masalah kontrol atas alam.
6. Immanuel Kant (1724-1804)
Perkara yang berkaitan dengan falsafah ialah bukan menentukan
peraturan, tetapi menganalisis pendapat peribadi terhadap penjelasan
umum.

7. John Dewey (1859-1925)


Menurut beliau, falsafah ialah suatu alat membuat penyesuaian
(pengalaman) di antara yang lama dengan yang baru dalam suatu
kebudayaan.
8. Bertrand Russel (1946)
Sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains
Falsafah seperti sains kerana berusaha menggunakan taakulan dan
logik untuk membuktikan fahamannya.

Falsafah Pendidikan
Pedoman, panduan, arah tuju atau pendapat terhadap pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan


yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama
dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan

Anda mungkin juga menyukai