Anda di halaman 1dari 24

Salah Betul

gunung ganang gunung-ganang


abad ke 20/ke20 abad ke-20 (abad kedua
puluh)
tahun 50 an/50an tahun 50-an (tahun lima
puluhan)
rahmatNya rahmat-Nya
hamba Mu hamba-Mu
surat menyurat surat-menyurat
Ditulis terpisah daripada kata yang
mendahuluinya (membawa maksud juga)
Salah: apapun boleh dimakan
Betul: apa pun boleh dimakan
Salah: adikpun pergi
Betul: adik pun pergi
Kekecualian ejaan partikel pun: adapun,
ataupun, bagaimanapun, sungguhpun,
walaupun
Bentuk jamak
Salah Betul
para-para menteri para menteri
semua pegawai-
pegawai
semua pegawai
ibu bapa-ibu bapa ibu bapa
gurubesar-gurubesar guru-guru besar
Ketua Setiausaha-
Ketua Setiausaha
Ketua-Ketua
Setiausaha
Kata sendi dari dan daripada
Dari: tempat, waktu
Daripada: orang, perbandingan,
asal kejadian
Salah Betul
Mereka datang daripada mana? Mereka datang dari mana?
Maklumat itu diterima
daripada ibu pejabat.
Maklumat itu diterima dari ibu
pejabat.
Maklumat itu diterima dari
ketua pejabat.
Maklumat itu diterima
daripada ketua pejabat.
Perbelanjaannya lebih dari
pendapatannya.
Perbelanjaannya lebih daripada
pendapatannya.

Kata sendi ke dan kepada
Ke: masa, tempat, benda konkrit tak bernyawa
Kepada: benda bernyawa, benda abstrak
Salah Betul
ditujukan ke pegawai
universiti
ditujukan kepada pegawai
universiti
dipulangkan ke Ali dipulangkan kepada Ali
kembali kepada tempat asal kembali ke tempat asal
hingga kepada masa kini hingga ke masa kini
Kata sendi di dan pada
Di: tempat
Pada: masa, binatang, orang, benda abstrak
Salah Betul
di masa itu pada masa itu
di abad ke-20 pada abad ke-20
di musim kemarau pada musim kemarau
pada kebanyakan tempat di kebanyakan tempat
Frasa (Hukum D M)
Salah Betul
Servis Stesen Stesen Servis
Sun Sun Klinik Klinik Sun Sun
Keramat Plaza Plaza Keramat
Fatima Kedai Barang Runcit Kedai Barang Runcit Fatima
Frasa Transitif
Salah Betul
menduduki di tempat kedua menduduki tempat kedua
mengenai dengan perkara mengenai perkara
memahami akan kehendak memahami kehendak
mengetahui tentang wujudnya mengetahui wujudnya
memasuki dalam pertandingan memasuki pertandingan
melawati ke perpustakaan melawati perpustakaan
berdasarkan kepada laporan berdasarkan laporan
Digunakan untuk membentuk kata kerja
transitif
Kedua-duanya berbeza
Akhiran /-i/ menyatakan makna bahawa
objek yang dikenai perbuatan dengan kata
kerja berakhiran /-i/ itu tidak bergerak
Akhiran /kan-/ menyatakan makna bahawa
objek yang dikenai perbuatan dengan kata
kerja berakhiran /kan-/ itu bergerak dari
tempatnya ke arah lain
Contoh Kesalahan
Salah Betul
Siti mengirimkan ayah surat. mengirimi ayah surat /
mengirimkan surat kepada
ayah
Ibu menghadiahkan saya
sebentuk cincin.
menghadiahi saya sebentuk
cincin / menghadiahkan
sebentuk cincin kepada
Semoga tuhan mencucurkan
kami rahmat.
mencucuri kami rahmat /
mencucurkan rahmat
Baginda menganugerahkan
menteri itu bintang
kehomatan.
menganugerahi menteri itu
bintang kehormatan /
menganugerahkan bintang..
Hakim menjatuhkannya
hukuman mati.
menjatuhinya hukuman mati /
menjatuhkan hukuman mati
Unsur yang menjadi pemeri hal atau
perangkai antara subjek dengan frasa-frasa
utama dalam predikat
Dapat dilakukan melalui dua cara:
Secara persamaan atau ekuatif dengan
penggunaan kata pemeri ialah
Secara huraian atau kualitatif dengan
penggunaan kata pemeri adalah
Penggunaan kata pemeri ialah secara
persamaan atau ekuatif hadir di hadapan
frasa nama
Siswazah yang baru lulus itu ialah guru bahasa di
sekolah saya.
Asmah Haji Omar ialah pengarang buku Susur
Galur Bahasa Melayu.
Bandar Alor Setar ialah ibu negeri Kedah.
Penggunaan kata pemeri adalah secara
huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa
adjektif dan frasa sendi nama
Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah
benar.
Hadiah yang disumbangkan oleh bank itu adalah
untuk murid terpandai.
Arahan yang baru kami terima itu adalah daripada
Naib Canselor.
Salah: Siswazah yang baru lulus itu ialah
bukan pengetua maktab.
Betul: Siswazah yang baru lulus itu bukan
pengetua maktab.
Salah: Arahan itu adalah bukan untuk semua
pegawai.
Betul: Arahan itu bukan untuk semua
pegawai.


Betul: Kenyataan itu adalah tidak benar.
Betul juga: Kenyataan itu tidak benar.
Betul: Keputusan itu adalah tidak adil.
Betul juga: Keputusan itu tidak adil.
Penggunaan kata pemeri sebenarnya amat terbatas
dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-
ayat BM
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja
/ kata kerja
Penggunaan adalah dalam ayat-ayat berikut sama
sekali salah:
Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.
Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada
hari Isnin.
Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan
dimulakan pada minggu hadapan.
Ketiga-tiganya digunakan dalam ayat tanya
Di mana Ali?
Dari mana saudari datang?
Yang mana pensyarah kita?
Elakkan penggunaan di mana, dari mana dan
yang mana dalam ayat-ayat BM sebagai
menggantikan where, from where dan which
daripada ayat BI
Salah: Sesuatu perindustrian dari mana
barang dikeluarkan boleh jadi berbatu-batu
jauhnya daripada pengguna.
Betul: Sesuatu perindustrian tempat barang
dikeluarkan boleh jadi berbatu-batu jauhnya
daripada pengguna.

Salah: Di mana gamet terpaksa merentas
salur, perjalanannya dibantu oleh bendalir-
bendalir pelincir yang dirembeskan oleh sel-
sel salur itu.
Betul: Di tempat gamet terpaksa merentas
salur, perjalanannya dibantu oleh bendalir-
bendalir pelincir yang dirembeskan oleh sel-
sel salur itu.
Salah: Hampir tiap-tiap sel tumbuhan
mengeluarkan hasil rembesan di mana tiap-
tiap sel mempunyai dinding rembesan luar
dan lompang berair.
Betul: Hampir tiap-tiap sel tumbuhan
mengeluarkan hasil rembesan kerana tiap-
tiap sel mempunyai dinding rembesan luar
dan lompang berair.

Salah: Organisma itu mungkin dalam
keadaan di mana ia tidak mendapat makanan
dari luar.
Betul: Organisma itu mungkin dalam keadaan
tidak mendapat makanan dari luar.
Salah: Laporan itu yang mana telah
diterbitkan oleh suruhanjaya mengandungi
banyak kesalahan-kesalahan bahasa.
Betul: Laporan yang telah diterbitkan oleh
suruhanjaya itu mengandungi banyak
kesalahan bahasa.

Salah: Pembunuhan sel-sel perumah, yang
mana ia adalah satu sifat serangan parasit,
dijayakan oleh rembesan enzim yang
dikeluarkan oleh parasit.
Betul: Pembunuhan sel-sel perumah yang
menjadi satu sifat serangan parasit dijayakan
oleh rembesan enzim.

Anda mungkin juga menyukai