Anda di halaman 1dari 49

UNIT

PEMBELAJARAN
3
Isu-Isu Kebahasaan
Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa dan Komunikasi


Universiti Malaysia Sarawak
Objektif pengajaran:

 Membincangkan aspek tatabahasa yang sering mengelirukan


para pengguna bahasa Melayu.

 Mengenal pasti kesalahan-kesalahan umum dalam penggunaan


bahasa Melayu.

 Bertutur dan menulis dengan menggunakan tatabahasa yang


betul.
Pengenalan

 Bahasa Melayu hari ini telah berkembang begitu pesat dan mendadak
sehingga ramai penutur dan pengguna bahasa Melayu menghadapi
kesulitan untuk mengikuti perkembangan tersebut (Tatabahasa
Dewan, 2003: ix).

 Kesalahan tatabahasa ini berlaku kerana pengguna bahasa ini belum


menguasai sepenuhnya tatabahasa bahasa Melayu.

 Oleh itu, modul ini bertujuan membincangkan aspek tatabahasa yang


sering mengelirukan para pengguna bahasa Melayu.
Kata Sendi Nama

 Pengguna bahasa Melayu dikatakan keliru tentang penggunaan kata


sendi nama yang betul hingga kini (DBP, 1989:1).

 Penggunaan sendi nama ternyata bermasalah pada masa kini kalau kita
teliti penggunaannya, baik dalam tulisan mahupun dalam pertuturan
rasmi.

 Penggunaan sendi nama juga didapati tidak mantap dalam karya


sastera seperti novel, cerpen dan sebagainya. Kebanyakan penulis
menggunakan sendi nama seolah-olah secara teragak-agak sahaja
menurut intuisi masing-masing tanpa sebarang peraturan (DBP, 1989:2).

 Berikut ialah beberapa kategori kata sendi nama yang sering mengalami
ketidakselarasan dari segi penggunaannya:
Kata Sendi Nama “dari” hadir di hadapan kata nama atau
frasa nama yang menunjukkan:

 arah
 tempat
 waktu
 masa
(a) menunjukkan tempat atau arah

Contoh:
 Angin kencang yang bertiup dari arah tenggara
mungkin akan membahayakan bot-bot kecil.
 Puan berasal dari mana?
 Mereka baru sahaja balik dari perpustakaan.
 Azmi mengukur jarak dari sudut A ke sudut B.
 Pasir itu dikuak dari pengkalan sungai.
 Sendi nama “dari” juga untuk menunjukkan semacam lingkungan mujarad, melalui
kiasan, dengan penggunaan maksud tempat.

 Dalam penggunaan ini, maksud tempat itu dikaitkan dengan lingkungan mujarad
tertentu bagi perkara yang menunjukkan tempat. (DBP, 1989: 6).

Contoh:

 Pihak pengkaji akan membuat kajian tersebut dari sudut ekonomi.

 Kami akan membincangkan tajuk itu dari segi moral.

 Ahli majlis itu dilantik dari segi ketokohan mereka dalam bidang masing-masing.

 Syarat pinjaman itu hanya berbeza dari segi kadar faedah dan tempoh bayaran
balik.
(b) menunjukkan waktu atau masa

Contoh:
 Pihak pengurusan akan memantau kes ini dari semasa ke
semasa.
 Sukacita dimaklumkan bahawa Khemah Bahasa akan
diadakan dari 26 hingga 29 Mac 2017 di Taman Negara
Lambir, Miri.
 Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi
hingga ke pukul empat petang.
 Dari kurun Masihi ke-16, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh
bangsa Eropah.
• Kata sendi nama “daripada” hadir di hadapan kata nama atau
frasa nama yang menyatakan punca bagi:

 manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak)


 sumber atau asal kejadian sesuatu benda
 perbezaan atau perbandingan
a. menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
(abstrak)

Contoh:
 Derma itu diterimanya daripada orang ramai. (manusia)
 Borang permohonan biasiswa itu boleh didapati daripada pihak Kementerian
Pendidikan. ( manusia)
 Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya. (haiwan)
 Kain berasal daripada benang manakala benang pula berasal daripada kapas.
(benda)*
 Daripada penyelidikan yang dilakukan, sebanyak 80.3 peratus responden
gemar menonton rancangan berbentuk hiburan. (abstrak)
 Dia mendapat manfaat daripada nasihat bapanya. (abstrak)
b. menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda

Contoh:
 Ukiran itu diperbuat daripada logam.
 Semua ubatnya daripada akar kayu.
 Azreen mendapat ilham daripada pemandangan itu.
 Kebanyakan kuih berasal daripada tepung.
c. menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

Contoh:

 Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris SPM tahun ini
lebih baik daripada tahun lalu.

 Budak itu lebih suka membaca buku daripada menonton televisyen.

 Cara berfikirnya lain daripada yang lain.

 Daripada Alia, lebih baik Azura.

 Harga kain itu kurang sedikit daripada harga biasa.


• Kata Sendi Nama “kepada” terletak di hadapan kata nama atau
frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk:

 manusia, haiwan, unsur mujarad (abstrak)


 menyatakan pecahan
 menyatakan perubahan keadaan.
Contoh:

 Tuan/puan diminta merujuk hal ini kepada pihak atasan.


(manusia)
 Pekerja zoo memberi makanan kepada binatang di zoo
tersebut tiga kali sehari. (haiwan)
 Perkahwinannya mampu bertahan kerana bersandar
kepada kesetiaan. (mujarad)
 Peserta Khemah Bahasa telah dibahagikan kepada enam
kumpulan. (pecahan)
 Suhu badannya meningkat kepada 39°C. (perubahan
keadaan)
 Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.
(perubahan keadaan)
Kata Sendi Nama “pada” terletak di hadapan kata nama atau frasa
nama dalam situasi yang berikut:
i. menunjukkan keterangan waktu
Contoh:
 Pihak kami berharap hal ini tidak akan berulang pada masa akan datang.
 Borang itu dihantar kepada pihak tuan pada 22 Disember 2016.
ii. menunjukkan hubungan tempat bagi perbuatan kata kerja
Contoh:
 Iklan syarikat itu terpampang pada setiap bas Sri Jaya.
 Bajunya tersangkut pada cangkuk besi lalu koyak.
 Sindiran orang tua itu dirasai terkena tepat pada batang hidungnya.
iii. apabila hadir di hadapan kata “ada” atau “tiada”, mesti diikuti kata nama yang merujuk manusia
atau haiwan.
Contoh:
 Semua ketua jabatan disarankan memanfaatkan kuasa yang ada pada mereka untuk
kepentingan organisasi masing-masing.
 Keupayaan untuk berfikir tiada pada binatang.
Kata Sendi Nama “di” dan Imbuhan “di”
• Kata sendi nama “di” - di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama
yang mengikutinya
• Imbuhan “di” pula dicantum dengan kata yang mengikutinya (kata kerja)

Nota: Oleh kerana KSN di digunakan di hadapan kata nama/frasa nama menunjukkan
tempat, maka penggunaan di kalangan tidak tepat kerana kalangan bermaksud golongan/
kelompok/ kumpulan (abstrak). Penggunaan yang tepat ialah dalam kalangan kerana
dalam digunakan di hadapan kata nama bersifat abstrak/ tidak mempunyai ruang.

Contoh:
 Seorang wanita dipenjara 10 tahun kerana menyalahgunakan wang syarikat.
 Wanita tersebut menjalani hukuman penjara di Penjara Pudu.
 Kursus Kepimpinan Pelajar akan diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan.
 Semua pelajar sekolah menengah diwajibkan mengikuti kelas tambahan Bahasa
Inggeris di sekolah masing-masing.
Kata Sendi Nama “ke” dan Imbuhan “ke”
(a) Apabila berfungsi sebagai kata sendi nama yang menyatakan hubungan tempat atau arah,
maka “ke” dieja terpisah daripada kata nama (tempat) yang mengikutinya.

Contoh:

 Beliau telah berkhidmat di sini dari muda hingga ke tua.

 Konvoi Kembara Bahasa telah singgah ke lima tempat sebelum sampai ke Sibu.

 Papan tanda tersebut dialih ke tengah ruang pejabat agar mudah dilihat oleh pelawat.

 Semua pekerja menjenguk ke luar setelah mendengar bunyi jeritan yang dahsyat.
(b) Apabila “ke” berfungsi sebagai imbuhan, maka “ke”
ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya untuk
membentuk kata nama, kata bilangan dan kata kerja.

Contoh:
 Ketua unit di setiap jabatan memainkan peranan penting
memastikan staf di unit mereka menjalankan tugas dengan
cekap dan dedikasi. (kata nama)
 Minit Mesyuarat Kelima Pusat Pengajian Bahasa disahkan
tanpa sebarang pindaan. (kata bilangan)
 Encik Hashim telah keluar pejabat sejak pukul 10.00 pagi tadi.
(kata kerja)
Kata Sendi Nama “ke” dan Imbuhan “ke”

• (b) Apabila “ke” berfungsi sebagai imbuhan, maka “ke” ditulis serangkai
dengan kata yang mengikutinya untuk membentuk kata nama, kata
bilangan dan kata kerja.

• Contoh:

 Ketua unit di setiap jabatan memainkan peranan penting memastikan staf di


unit mereka menjalankan tugas dengan cekap dan dedikasi. (kata nama)

 Minit Mesyuarat Kelima Pusat Pengajian Bahasa disahkan tanpa sebarang


pindaan. (kata bilangan)

 Encik Hashim telah keluar pejabat sejak pukul 10.00 pagi tadi. (kata kerja)
Penggunaan “di dalam” dan “dalam”

• Frasa sendi nama “di dalam” - menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang

• Kata “dalam” - memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak atau tidak mempunyai
ruang seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang dan sebagainya.

Contoh:

 Pemburu itu sesat di dalam hutan.

 Penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kabin kapal terbang.

 Semua peserta berkumpul di dalam dewan.

 Dia merupakan pelajar yang pintar dalam kalangan kawan-kawannya.

 Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.

 Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa amat penting bagi pelajar.


Penggunaan “di antara” dan “antara”
• Frasa sendi nama “di antara” - mempunyai ruang (kedudukan fizikal atau tempat)
• Kata “antara” - berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah dan digunakan
apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak
• kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang
menunjukkan perbandingan
Contoh:
 Juzaila duduk mencelah di antara Syahmina dengan Shahira.
 Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.
 Masalah disiplin merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat
itu.
 Kini, ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu.
 Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.
 Antara Rahim dengan Azman banyak perbezaannya.
Hukum D-M
Hukum D-M (Diterang-Menerangkan)
ialah peraturan susunan frasa dalam
bahasa Melayu.

Dalam susunan frasa bahasa Melayu,


kata yang diterangkan (D) MESTI hadir
dahulu, diikuti oleh kata yang
menerangkan (M).
Contoh-contoh lain kesalahan hukum D-M adalah
seperti yang berikut:

Salah Betul

 Mini telekung  Telekung mini


 Mi 2 minit segera  Mi segera 2 minit
 Linda Restoran  Restoran Linda
 Lain-lain hal  Hal-hal lain
 Maksimum denda  Denda maksimum
 S.Y Lim Klinik Sakit Puan dan  Klinik Sakit Puan dan Bersalin
Bersalin S.Y Lim
 Juara Kedai Kopi  Kedai Kopi Juara
Kecualian Hukum D-M
 boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama sekali pada
nama-nama jawatan. Contohnya:

Penerang (M) Yang diterangkan (D)

Perdana Menteri
Timbalan Menteri
Naib Presiden
Ibu Pejabat
Kata Majmuk
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang
penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai
satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata
tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.
Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu
perkataan. Bentuk-bentuk kata yang telah mantap
adalah:

antarabangsa kakitangan tandatangan


beritahu kerjasama tanggungjawab
bumiputera olahraga warganegara
jawatankuasa matahari pesuruhjaya
setiausaha
• Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat
sejumlah perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu
yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:

kata nama peribadi, peribahasa, hulubalang, dinihari,


perikemanusiaan

kata adjektif sukacita, dukacita

kata sendi nama kepada, daripada

kata hubung apabila, manakala, padahal, darihal,


barangkali, kadangkala, apakala, walhal

kata tanya bagaimana


Penggandaan Kata Majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
Contohnya:

alat-alat tulis Menteri-Menteri Besar model-model linear


balai-balai raya gambar-gambar rajah Naib-Naib Canselor
suku-suku kata kapal-kapal terbang Ketua-Ketua Menteri
jirim-jirim organik garis-garis pusat

Pengecualian - penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan
keseluruhan unsur. Contohnya:

Pesuruhjaya-pesuruhjaya
Warganegara-warganegara
Tandatangan-tandatangan
Jawatankuasa-jawatankuasa
Pengimbuhan Kata Majmuk
• Kata majmuk + imbuhan = kata terbitan.

• Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk:

(i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya
tetap terpisah. Contohnya:

campur aduk → bercampur aduk temu bual → ditemu bual


litar selari → berlitar selari daya serap → daya serapan
ambil alih → mengambil alih

(ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.
Contohnya:

campur aduk → mencampuradukkan satu padu → menyatupadukan


daya serap → kedayaserapan urus niaga → diurusniagakan
garis pusat → menggarispusatkan
Kata Pemeri
- Unsur yang memerikan hal atau merupakan perangkai
antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat
- 2 kata pemeri dalam bahasa Melayu:

(i) ialah - digunakan di hadapan kata nama atau frasa


nama yang bersifat persamaan. Contoh:

• Rumah itu ialah rumah Datuk Mohan.


• Nama ketua jabatan kami (ialah) Azman bin
Halim.
• Kucing belang itu ialah kucing jenis parsi.

(ii) adalah - hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi


nama yang bersifat huraian. Contoh:

• Keputusan pihak hakim adalah muktamad.


• Jawapan yang diberikan oleh peserta kuiz itu
(adalah) tepat.
• Kursus ini adalah untuk memantapkan disiplin
pelajar.
• Sumbangan besar beliau adalah dari segi
kewangan.
• Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja (pada pangkal ayat,
seperti yang lazim digunakan dalam ayat berbentuk makluman dan pengisytiharan). Contoh:

1. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama pihak RTM akan
menganjurkan Malam Kesenian pada 31 Disember 2016. (salah)

• (sepatutnya : Dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama pihak RTM
akan menganjurkan Malam Amal pada 31 Disember 2016.)

2. Adalah menjadi harapan pihak kami agar pihak tuan dapat memberi maklum balas segera
berkenaan hal ini. (salah)

• (sepatutnya : Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat memberi maklum balas segera berkenaan
hal ini.)

3. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad, 14 November 2017. (salah)

• (sepatutnya : Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Ahad, 14 November
2017.)

Nota : kata pemeri boleh hadir di hadapan kata kerja seperti contoh berikut kerana kata berenang,
memasak dan menyanyi telah mengambil sifat kata nama dalam konteks ini.
- Hobi saya ialah berenang/memasak/menyanyi.
• Kata pemeri juga tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
Contoh:

• Encik Razak ialah bukan timbalan pengarah jabatan kami.

(sepatutnya: Encik Razak bukan timbalan pengarah jabatan kami.)

• Arahan tersebut adalah bukan untuk semua kakitangan kerajaan.

(sepatutnya: Arahan tersebut bukan untuk semua kakitangan kerajaan.)

• Namun demikian terdapat kecualian. Dalam keadaan tertentu, kata pemeri adalah boleh
wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif.

Contoh:

• Kenyataan itu adalah tidak benar. (Boleh juga: Kenyataan itu tidak benar).

• Keputusan itu adalah tidak adil. (Boleh juga: Keputusan itu tidak adil).

• Sambutan tahun baru yang dibuat secara berpesta-pesta adalah tidak sesuai dengan
budaya timur. (Boleh juga: Sambutan tahun baru yang dibuat secara berpesta-pesta tidak
sesuai dengan budaya timur.)
Penggunaan Kata Tanya
 berfungsi untuk membentuk ayat tanya
 Kata tanya tidak sepatutnya digunakan dalam ayat
penyata.

Contoh penggunaan yang betul:


 Apa yang dilihat oleh mereka?
 Bagaimana dia hendak pergi ke klinik dalam
keadaan lemah begini?
 Mengapa pelajar diminta mendaftar kursus di
dewan itu?
 Mana satu buku yang hendak dibeli?
 Berapa harga sekilo beras sekarang?
 Bila kamu akan berangkat ke Kuching?

Contoh penggunaan yang salah:


 Saya tidak tahu apa yang mereka bualkan tadi.
(Sepatutnya : cara)
 Puan Aini ingin mengetahui bagaimana pelajarnya
meniru dalam peperiksaan.
(sepatutnya : cara)
 Fahmi menanyakan ibunya bilakah mereka akan
pergi ke taman permainan
(sepatutnya : masa)
Walau bagaimanapun, beberapa kata tanya seperti apa, bila dan mana boleh
digandakan menjadi apa-apa, bila-bila dan mana-mana dan digunakan dalam
ayat penyata.
• “Apa-apa” berfungsi untuk merujuk kepada sebarang perkara secara umum.

Contoh:

 Saya tidak mahu makan apa-apa kerana sudah kenyang.

 Apa-apa sahaja yang diminta oleh anaknya akan dipenuhi oleh Puan Noraini.

 Kami memang tidak tahu apa-apa tentang kecurian yang berlaku di rumahnya minggu lepas.

• “Bila-bila” berfungsi sebagai kata ganti umum yang merujuk kepada waktu /masa/ ketika
(digunakan untuk menggantikan masa secara umum)

Contoh:

 Sekiranya budaya kerja kakitangan kerajaan tidak diubah, sampai bila-bila pun prestasi
kerja mereka tetap di takuk lama.

 Dia akan muncul bila-bila masa sahaja.

 Kata Tim, “Bila-bila masa sahaja bangunan lama itu akan runtuh.”
• “Apabila” pula berfungsi sebagai kata hubung untuk membentuk ayat majmuk keterangan.

Contoh:

 Semua kakitangan kerajaan menarik nafas lega apabila Perdana Menteri mengumumkan
pemberian bonus sebulan gaji kepada mereka.

 Murid-murid berhenti bercakap apabila guru mereka masuk.

 Pelajar-pelajar akan berdiri tegak apabila lagu Negaraku dinyanyikan.

• Ayat-ayat berikut pula salah:

 Semua kakitangan kerajaan menarik nafas lega bila Perdana Menteri mengumumkan
pemberian bonus sebulan gaji kepada mereka.

 Murid-murid berhenti bercakap bila guru mereka masuk.

 Pelajar-pelajar akan berdiri tegak bila lagu Negaraku dinyanyikan.

• “Mana-mana” pula digunakan untuk menggantikan tempat, benda dan orang secara umum.

Contoh:

 Mana-mana pakaian yang lama itu disimpannya di dalam almari.

 Dia tidak pergi ke mana-mana petang itu.


• Penggunaan Ungkapan “Yang Mana” dan “Di Mana” dalam Ayat Penyata

- hanya berfungsi sebagai kata tanya dalam ayat tanya.

- Kesilapan sering berlaku disebabkan penterjemahan secara langsung daripada perkataan


bahasa Inggeris which yang berfungsi sebagai ganti nama relatif dalam bahasa Inggeris
dan where yang boleh berfungsi sebagai kata hubung.

Contoh:

• Indicipline in schools which has become a serious phenomena in our education system
should be handled efficiently.

a) Masalah disiplin di sekolah yang mana sudah menjadi satu fenomena serius dalam sistem
pendidikan harus ditangani dengan berkesan. (salah)

b) Masalah disiplin di sekolah yang sudah menjadi satu fenomena serius dalam sistem
pendidikan harus ditangani dengan berkesan. (betul)

• The village where I live is very peaceful.

a) Kampung di mana saya tinggal sangat aman. (salah)

b) Kampung tempat saya tinggal sangat aman. (betul)


• Contoh-contoh kesalahan lain:

 Untuk makluman tuan/puan, kursus bahasa ketiga di universiti ini bertaraf generik
di mana ditawarkan kepada semua pelajar. (salah)

• Untuk makluman tuan/puan, kursus bahasa ketiga di universiti ini bertaraf generik
dan ditawarkan kepada semua pelajar. (betul)

 Sesetengah pelajar menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi hanya dipelajari
untuk kerjaya yang teknikal yang mana anggapan ini akan membataskan minat
mereka terhadap bidang sains. (salah)

• Sesetengah pelajar menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi hanya dipelajari
untuk kerjaya yang teknikal. Anggapan ini akan membataskan minat mereka
terhadap bidang sains. (betul)
Penggunaan Tanda Sempang ( - )
(a) menghubungkan awalan ke- dengan angka bagi membentuk
angka bilangan ordinal. Contoh:
 Minit Mesyuarat ke-3 Khemah Bahasa 2016 disahkan tanpa
sebarang pindaan.
 Perayaan Ulang Tahun ke-50 RTM sungguh meriah.
 Sejak kurun ke-17, sastera Islam telah berkembang dengan
pesatnya.
(b) merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan
akhiran -an. Contoh:
 Pegawai kerajaan yang telah berpencen selepas tahun
80-an akan menerima insentif khas daripada pihak
kerajaan.
 Penyanyi tahun 70-an masih popular hingga kini.
Nota : Rangkai kata 80-an dan 90-an dalam ayat di atas merujuk
dekad-dekad abad ke-20 (tahun 1900 hingga 1999). Dekad-
dekad dalam abad ke-19 dan sebelumnya dirujuk dengan
menyebut angka tahun sepenuhnya.
(c) menghubungkan imbuhan dengan kata nama khas. Contoh:
se-Malaysia pro-Malaysia
anti-Israel anti-Amerika
(d) menghubungkan kata nama dengan ganti nama diri yang
merujuk Tuhan. Contoh:
hamba-Mu suruhan-Nya
kepada-Ku perintah-Nya
Kesalahan Penggunaan “ianya”

Kata ianya tidak wujud dalam bahasa


Melayu. Kedua-dua ia dan nya merupakan
kata ganti nama diri. Jika ianya digunakan,
maka terdapat dua ganti nama diri dan hal
ini amat janggal. Oleh itu, ayat-ayat di
bawah ini salah:

Contoh:

a) Bakul yang penuh dengan sayur-sayuran


itu tidak terangkat oleh Suresh kerana
ianya terlalu berat.
b) Kes itu sulit kerana ianya melibatkan
golongan atasan.
Penggunaan “Oleh Kerana”, “Oleh
Sebab”, “Kerana” dan “Sebab”
(a)Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana
dalam ungkapan oleh kerana adalah salah. Hal ini
disebabkan oleh mesti diikuti oleh kata nama atau
frasa nama, sedangkan kerana ialah kata hubung.
Bentuk yang betul ialah oleh sebab.

Contoh:

1. Oleh kerana kesilapan sering berlaku, perkara ini


perlu dibincangkan lagi.
(Sepatutnya: Oleh sebab kesilapan sering berlaku,
perkara ini perlu dibincangkan dengan teliti.)

2. Keadaan selepas kejadian tsunami itu sangat


memilukan oleh kerana ribuan mayat
bergelimpangan di mana-mana sahaja.)
(Sepatutnya: Keadaan selepas kejadian tsunami itu
sangat memilukan oleh sebab ribuan mayat
bergelimpangan di mana-mana sahaja.)
(b) Kata hubung kerana tidak boleh disamakan dengan kata nama
sebab. Oleh itu, penggunaan sebab untuk menggantikan kerana
seperti dalam ayat-ayat di bawah ini adalah salah.

Contoh:

1. Jasmin berasa bimbang sebab ibunya sakit


(Sepatutnya: Jasmin berasa bimbang kerana ibunya sakit)

2. Mesyuarat itu ditangguhkan sebab pengerusinya tidak


dapat hadir.
(Sepatutnya: Mesyuarat itu ditangguhkan kerana
pengerusinya tidak dapat hadir)
• Penggunaan “Ini Kerana”
Contoh :

 Ini kerana kehidupan masyarakat hari ini lebih mementingkan kebendaan. (salah)

 Ini kerana kursus generik yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan keperluan
pelajar di universiti tersebut. (salah)

Ayat-ayat di atas tidak gramatis kerana ungkapan ini menyalahi struktur ayat bahasa
Melayu. Ungkapan ini mengikut struktur atau pola ayat bahasa Inggeris This is because.

Ayat-ayat ini boleh dibetulkan menjadi:

 Hal ini dikatakan demikian kerana kehidupan masyarakat hari ini lebih
mementingkan kebendaan.

 Hal ini berlaku/terjadi demikian kerana kursus generik yang ditawarkan tidak
bersesuaian dengan keperluan pelajar di universiti tersebut.
Penggunaan “tetapi” dan “yang”
pada Pangkal Ayat

• tidak dapat digunakan pada pangkal ayat


sekiranya ayat tersebut merupakan ayat pertama
bagi sesebuah wacana (kecuali penggunaan
yang pada ayat tanya, tiada masalah)

• Walau bagaimanapun, kedua-dua kata ini boleh


digunakan pada pangkal sesuatu ayat jika:
a. ayat tersebut merupakan ayat sambungan daripada ayat sebelumnya.
Contoh:
 Masyarakat di kampung tersebut telah menikmati kemudahan-kemudahan seperti
jalan raya, elektrik dan air paip sejak sepuluh tahun lalu. Tetapi bekalan elektrik dan air
paip sering terputus, terutama pada penghujung tahun.
 Pihak universiti menggalakkan para mahasiswa mengikuti kursus merentas kurikulum
agar mereka berupaya menjadi graduan yang serba boleh. Tetapi hal ini disalah tafsir
oleh sesetengah mahasiswa, dan beranggapan tindakan pihak universiti
membebankan mereka.
b. berlaku proses pengguguran subjek.
Contoh:
 Yang berbaju kuning itu tunang saya.
• (Berasal daripada ayat “Lelaki yang berbaju kuning itu tunang saya”)
 Yang rajin berusaha selalunya akan berjaya.
• (Berasal daripada ayat “Mereka yang rajin berusaha selalunya akan berjaya)
Pengejaan Kata Apabila
Menerima Imbuhan

(a) Kata asli bahasa Melayu yang bermula


dengan konsonan p, t, k, s mengalami
pengguguran konsonan tersebut apabila
menerima imbuhan me-N dan pe-N
Contoh:

perlu – memerlukan (p > m) tarik – menarik (t > n)


potong – pemotong tolak - penolakan
kerja – mengerjakan (k > ng) suci – menyucikan (s > ny)
kelompok – pengelompokan sayang – penyayang
kagum – mengagumkan
(b) Kata pinjaman yang bermula dengan konsonan p, t, k, s
akan mengekalkan konsonan tersebut apabila menerima
imbuhan me-N dan pe-N

Contoh:

proses – memproses pamer - mempamerkan


terjemah – menterjemah tradisi - mentradisikan
kategori – mengkategorikan klasifikasi - pengklasifikasian
sintesis – mensintesiskan struktur - penstrukturan
(c) Apabila kata dasar yang berakhir dengan konsonan k menerima
imbuhan akhiran -kan, maka terdapat dua cara penulisannya.
(i) Kata dieja dengan satu k apabila menunjukkan kata nama am

Contoh:

 Saya sentiasa merindui masakan ibu yang tiada tandingannya.

 Pertunjukan pentas yang dianjurkan oleh pihak Astrio berjaya menarik


perhatian orang ramai.

(ii) Kata dieja dengan dua k apabila menunjukkan kata kerja (perbuatan)

Contoh:

 Tolong masakkan saya bubur sebab saya kurang sihat.

 Semua staf diminta menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.


Amalan Kelewahan
• amalan kelewahan dapat diertikan sebagai
penggunaan kata, frasa ataupun ungkapan
secara berlebihan dalam penulisan

Contoh:
 Kanak-kanak itu diberi hadiah percuma oleh
penganjur pertandingan.
(sepatutnya : Kanak-kanak itu diberi hadiah
oleh penganjur pertandingan.
 Punca masalah ini disebabkan virus.
(sepatutnya : Punca penyakit itu ialah virus
atau Penyakit itu disebabkan virus)
 Kita perlu berjuang demi untuk negara
tercinta.
 Pelajar-pelajar itu hanya diminta membayar RM 5 sahaja.

 Di samping itu, kita juga perlu memberi tumpuan kepada pencapaian


akademik anak-anak.

 Ahmad merupakan pelajar yang paling tinggi sekali di dalam kelasnya.

 Saya pun hendak pergi ke situ juga.

 Tempoh masa yang diberi kepadanya untuk menyelesaikan kerja tersebut


agak singkat.
Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai