Anda di halaman 1dari 4

SINONIM Dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama, tetapi berlainan bentuknya.

Secara semantik: ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Kamus Dewan Edisi Keempat : kata seerti / kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. Contoh : cantik / lawa mati / mampus sikat / sisir ibu / emak cepat / pantas suka / gemar tulen / asli panas / hangat baling / lontar laju / deras binatang / haiwan bohong / tipu haus / dahaga temu / jumpa bapa /ayah budak-budak / kanak-kanak cerdik / bijak pandai / pintar

Ciri-ciri lain bagi sinonim a. Sinonim juga berasal daripada dialek yang berasingan atau berlainan. Contoh: i. ii. Patung-patung sinonim dengan cakcibau. Ibu sinonim dengan emak.

b. Sinonim juga menunjukkan gaya yang berlainan berdasarkan keperluan pengucapan yang ditentukan mengikut konteks atau kesan yang perlu ditimbulkan. Contoh: i. Mangkat sama makna dengan wafat, mati, meninggal, kojol. c. Sinonim juga mewujudkan nilai yang berlainan. Contoh: i. Penyanyi sama makna dengan biduan (nilai tinggi).

ii. Pelakon sama makna dengan seniman (nilai tinggi). d. Sinonim berlaku secara terhad mengikut konteks nahu dan maknanya. Contoh : i. Banyak (pelbagai benda) sama makna ramai (manusia sahaja).

Dalam semantik ada beberapa jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.
Jenis Sinonim Contoh

Sinonim Pinjaman

Belalang bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. Sinonim Perkataan jemput dan undang banyak Konteks digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. Sinonim Laras Perkataan-perkatan tersebut digunakan Sosial dengan berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat: Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir, dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut. Perkataan banyak boleh digunakan sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai