Anda di halaman 1dari 11

BAB 2: MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

 Membezakan antara sinonim dan antonim


Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

 Menjelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam Bahasa


Melaya

Bab 1: Semantik dalam Bahasa Melayu


2.1 Pengenalan Bab 2: Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
2.2 Sinonim
Bab 3: Makna Ayat dalam Bahasa Melayu
2.3 Antonim
2.4 Polisem Bab 4: Perubahan Semantik
2.5 Homonim Bab 5: Peribahasa Bahasa Melayu
2.6 Hiponim
Bab 6: Peristilahan Bahasa Melayu

RINGKASAN Bab 7: Sumber Istilah Bahasa Melayu


RUJUKAN Bab 8: Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa
Melayu

1
Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

2.1 PENGENALAN

Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata
bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak
secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti
tersusunnya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam
bentuk strata yang banyak serta mempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain.
Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna
sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu
situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan.

2.2 Sinonim

Dalam ilmu semantik, istilah sinonim merujuk kepada perkataan yang mempunyai makna
yang serupa atau sama. Sebagai contoh, apabila kita menyukai seseorang kita boleh
mengasihinya atau menyintainya ataupun menyayanginya. Kasih, cinta dan sayang adalah
tiga perkataan yang dianggap mempunyai makna yang sinonim, iaitu menggambarkan suatu
perasaan yang positif dan penilaian yang tinggi terhadap seseorang. Ianya bukan sahaja kata
sifat mempunyai pasangan yang mengandungi makna yang sinonim, tetapi kata nama dan
kata kerja juga boleh mempunyai sifat kesinoniman ini. Kata kerja sepak adalah sinonim
dengan kata kerja tendang dan terajang.

Selain itu, kita juga boleh membina ayat yang mempunyai makna yang sama. Sebagai contoh:

 Amer menendang bola itu ke dalam gol dan Amer menyepak bola itu ke dalam gol.
 Kedua-dua ayat di atas memberi makna yang serupa, iaitu menyumbat bola ke dalam
gol lawan.

Sebahagian daripada kata nama juga mempunyai kata yang mempunyai makna yang sinonim.
Contohnya, kasut dan sepatu boleh dianggap sebagai kata-kata yang sinonim. Begitu juga
dengan kata nama seperti kereta dan motokar, gerek dan basikal, dakwat dan tinta, jenazah
dan mayat, dan sebagainya. Contoh ini merupakan pasangan kata yang mempunyai makna
yang sinonim.

Sungguhpun kita mengatakan sebahagian daripada kosa kata dalam Bahasa Melayu
mempunyai pasangannya yang mempunyai makna yang sinonim, tetapi perkataan-perkataan
yang dikatakan mempunyai makna yang sinonim atau sama ini sebahagiannya pula tidaklah
mempunyai makna yang benar-benar serupa. Kita hanya dapat mengatakan bahawa
sesetengah daripada perkataan dalam kategori ini mempunyai makna yang hampir serupa,
tetapi bukanlah benar-benar serupa. Kita hanya dapat mengatakan bahawa sesetengah

2
daripada perkataan dalam kategori ini mempunyai makna yang hampir serupa, tetapi
bukanlah benar-benar serupa.

Contoh 1;

 Menyepak dan menendang biasanya boleh digunakan secara bertukar ganti, tetapi
tidak menerajang.
 Kita boleh menendang, menyepak atau menerajang tembok, iaitu menghasilkan
pukulan dengan menggunakan kaki, tetapi penutur bahasa Melayu tidak akan
mengatakan Ali menerajang bola itu ke dalam gol.
 Walaupun perkataan sepak dan terajang dapat dikatakan dua perkataan yang sinonim,
tetapi tahap kesinonimannya tidaklah sepenuhnya.

Contoh 2;

 Perkataan buku dan kitab.


 Walaupun kedua-dua kata nama ini dapat dianggap sinonim, tetapi kesinonimannya
tidak benar dalam semua keadaan.
 Kita boleh mengatakan Bapa ke masjid mendengar orang membaca kitab, tetapi kita
tidak akan mengatakan Bapa ke masjid mendengar orang membaca buku.
 Walaupun kitab dan buku mempunyai makna yang serupa atau sinonim, tetapi
disebabkan kitab adalah kata pinjaman daripada bahasa Arab, dalam bahasa Melayu
kitab biasanya dirujuk buku-buku yang berkaitan dengan keagamaan.

Contoh 3;

 Kereta dan motokar. Kadangkala ianya boleh digunakan secara sinonim dan
kadangkala tidak.
 Kita boleh membina ayat Kereta itu buatan Malaysia atau Motokar itu buatan
Malaysia, tetapi agak janggal untuk membina ayat Motokar lembu itu
digunakan untuk mengangkut barangan pertanian.

Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti, misalnya perkataan ‘kereta’ dan
‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’,
‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang
mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.

Dalam kehidupan kita seharian kita biasanya akan bersua dengan penggunaan sinonim di
sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis
‘Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini’. Di perpustakaan
pula, terdapat kata-kata yang berbunyi ‘Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual’.
Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun
tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama
secara tepat.

3
Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Perkataan sinonim biasanya wujud hasil daripada proses peminjaman perkataan daripada
bahasa lain. Bagi bahasa Melayu, terdapat sejumlah besar kosa kata yang dipinjam daripada
bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Istilah politik dipinjam daripada bahasa Inggeris, manakala
istilah siasah diambil daripada bahasa Arab, dan kedua-dua istilah ini dalam bahasa Melayu
dianggap sebagai dua perkataan yang sinonim. Perkataan tonton dipinjam daripada bahasa
Jawa yang bersinonim dengan perkataan lihat dan pandang, iaitu proses penanggapan gambar
oleh mata dengan membentuk imej di retina untuk difahami objek yang dilihat.

Di samping proses peminjaman, kesinoniman kosa kata juga terhasil daripada kepelbagaian
dialek bahasa Melayu. Sesetengah objek atau fenomena dilambangkan dengan lambang
bahasa yang berlainan oleh dialek yang berlainan. Perkataan terajang seringkali digunakan
dalam dialek utara. Orang pantai timur, sering sahaja menyebut buah mempelam sebagai
buah pauh, dan buah gajus sebagai buah ketereh. Orang utara pula seringkali mengatakan
Kalau anak nakal harus ditibai, sedangkan orang selatan pula mengatakan Kalau anak nakal
harus dirotan. Di samping fenomena kesinoniman makna, semantik turut membincangkan
aspek yang berkaitan dengan keantoniman makna.

Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial,
dan kolokasi.

A) Sinonim Pinjaman

‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau


bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.

Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah
‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.

B) Sinonim Konteks

Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol.


Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam
konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.

C) Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya


‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang
tinggi dalam profesionalisme seni.

D) Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya
perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak
kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah
memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.”

4
“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’,
‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan
tanpa kata sifat.

Jika anda ada menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh
pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah.
Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat
(gembira) dalam ayat tersebut.

a) Apakah sinonim?
b) Nyatakan perbezaan di antara sinonim pinjaman, sinonim laras social, sinonim
konteks dan sinonim kolokasi.

2.3 Antonim

Istilah antonim merujuk kepada pertentangan makna antara perkataan yang terdapat dalam
sesuatu bahasa. Perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berbeza ini biasanya
wujud secara berpasangan. Ini bermaksud, fenomena keantoniman makna ini wujud secara
berkontras satu lawan satu. Kenyataan ini tidak pula menafikan bahawa sesuatu kata boleh
dikontraskan maknanya dengan beberapa perkataan lain.

Sebagai contoh;

 Tua dikontraskan dengan muda


 Sakit pula dikontraskan dengan sembuh
 Keadaan ini memperlihatkan kepada kita bahawa sesuatu perkataan boleh mempunyai
satu atau beberapa perkataan yang berantonim dengannya.
 Dalam bahasa Melayu, fenomena keantoniman makna ini wujud bagi kata nama, kata
kerja dan kata sifat.
 Contohnya seperti di bawah;
Kata nama
 lautan – daratan,
 hulu sungai – hilir sungai,
 langit - bumi
 bumbung – lantai

5
Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Kata kerja
 berdiri – duduk
 berjalan – berhenti
 membuka – menutup
 menangis – ketawa

Kata sifat
 cantik - hodoh
 besar – kecil
 luas – sempit
 tinggi – rendah
 lembut - keras

Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya
panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin
lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai
pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang
kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’
lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

(a) Antonim pasangan komplemen

(b) Antonim hubungan darjah

(c) Antonim hubungan bertentangan

A) Antonim Pasangan Komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang


saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati,
duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan
sebagainya.

Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak
tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.

B) Antonim Hubungan Darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti
perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan
sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai
hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu
itu dikatakan bersiaz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik
berbanding dengan kayu yang sama jenis.

6
Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak.
Sebagai contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya ,menunjukkan
darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian juga
perkataan ‘laju’ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika
merujuk kepada kereta biasa.

C) Antonim Hubungan Bertentangan

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan. Dalam
hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang
setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya.
Contohnya jika X ‘beri’ barang pada Y bermakna Y akan ‘terima’ barang itu.

a) Apakah antonym?
b) Nyatakan perbezaan antara TIGA jenis antonym – pasangan komplemen,
hubungan bertentangan dan hubungan darjah.

2.4 Polisem

Istilah polisem merujuk kepada satu perkataan yang mempunyai beberapa makna. Ini
bermaksud, kalau kita melihat entri makna dalam kamus, kata yang tergolong dalam kategori
polisem akan mempunyai beberapa entri makna.

Contoh 1:

perkataan lemah dalam bahasa Melayu adalah tergolong dalam


kategori kata-kata polisem.
Lemah juga boleh bermaksud gagal mengikuti proses pembelajaran
dengan baik. Pelajar yang lemah ialah pelajar yang tahap
pencapaiannya berada di bawah tahap purata atau di bawah pencapaian
normal.
Prestasi ekonomi yang lemah bermaksud sesebuah organisasi atau
agensi yang telah mengalami kerugian dalam urusan kewangan atau
kegiatan perniagaannya.
Seseorang lelaki yang lemah tenaga batinnya mungkin merujuk
penyakit mati pucuk yang dialaminya.

7
Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

Contoh 2:

Perkataan cukur
boleh bermaksud membotakkan kepala atau mengikis kekayaan
seseorang.

Contoh 3:

Perkataan telur
Ia turut tergolong dalam kategori sinonim.
Perkataan telur yang dihasilkan oleh binatang seperti telur ayam dan
telur penyu, atau boleh bermaksud angka kosong.
Seseorang pelajar yang memperolehi apa-apa markah dalam sesuatu
ujian, atau juga boleh bermaksud benjol di dahi akibat terhantuk atau
ditumbuk lawan, bahkan boleh juga bermaksud menghasilkan sesuatu
seperti menelurkan idea yang bernas dalam sesuatu perbincangan.

Antara contoh yang lain, kata bantu ‘tentang’ boleh bermaksud berkaitran sesuatu perkara.
Ada masanya perkataan ‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita
tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan ‘bisa’ yang membawa maksud sakit
sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya ‘bisa’ digunakan untuk
menggantikan perkataan ‘boleh’. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ‘tentang’ dan ‘bisa’
bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks
penggunaan.

2.5 Homonim

Istilah homonim pula merujuk kepada kata yang mempunyai sebutan dan ejaan yang sama
tetapi berbeza lapangan maknanya. Homonim berbeza daripada polisem kerana kata polisem
walaupun berbeza maknanya tetapi lapangan semantiknya hampir sama.

Contoh 1:

Telur walaupun mempunyai berbagai-bagai makna tetapi masih ada titik


persamaannya, iaitu hasilan atau dapatan yang terhasil akibat daripada sesuatu
lakuan atau tindakan.
Sedangkan bagi homonim, dua perkataan yang disebut dan dieja dengan cara
yang sama, tetapi tidak mempunyai apa-apa persamaan daripada segi
semantik.

Contoh 2:

Perkataan daki adalah tergolong dalam kategori homonim.

8
Daki boleh bermakna kekotoran yang melekat pada pakaian atau badan dan
boleh bermakna lakuan menaiki tempat yang tinggi dan biasanya bercerun
seperti mendaki bukit, gunung, tanah tinggi dan sebagainya.
Perkataan yang tergolong dalam kategori homonim ini tidaklah begitu banyak
dalam bahasa Melayu.

Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika
tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai
sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

Contoh;

Perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud ‘ketua’ tidak sama maknanya


dengan ‘kepada kereta api.
‘kepada manusia’ dan ‘kepala surat’.

2.6 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh,
melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.

Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang
mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang

a) Dengan contoh yang sesuai, terangkan perbezaan antara hiponim


dan polisem.
b) Apakah homonim? Berikan contoh-contoh.

9
Bab 1: Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

 Dalam ilmu semantik, istilah sinonim merujuk kepada perkataan yang mempunyai
makna yang serupa atau sama.

 Kosa kata dalam Bahasa Melayu mempunyai pasangannya yang mempunyai makna
yang sinonim, tetapi perkataan-perkataan yang dikatakan mempunyai makna yang
sinonim atau sama ini sebahagiannya pula tidaklah mempunyai makna yang benar-
benar serupa.

 Perkataan sinonim biasanya wujud hasil daripada proses peminjaman perkataan


daripada bahasa lain.

 Sinonim kolokasi wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.

 Istilah antonim merujuk kepada pertentangan makna antara perkataan yang terdapat
dalam sesuatu bahasa.

 Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk


lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah,
miskin lawannya kaya dan sebagainya.

 Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang


saling melengkapi antara satu sama lain.

 Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti
perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan
sebagainya.

 Istilah polisem merujuk kepada satu perkataan yang mempunyai beberapa makna.

 Istilah homonim pula merujuk kepada kata yang mempunyai sebutan dan ejaan yang
sama tetapi berbeza lapangan maknanya.

 Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.

10
Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti.

______________. 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

_____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit

Fajar Bakti.

Collins, J.T. 1986. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Crystal, D. 1974. Linguistics. Middlesex: Penguin Books Ltd.

_____________. 1999. Tatabahasa Za’ba dalam Perspektif Sejarah Penulisan Tatabahasa

Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 43 (6): 514-523.

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Md. Salleh. 1995. Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus Linguistik.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifliey Hamid, Ramli Md Salleh, Rahim Aman. 2007. Linguistik Melayu Edisi Kedua.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

11

Anda mungkin juga menyukai