Anda di halaman 1dari 10

PENTAKSIRAN SETARA STANDARD

PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN (PJPK)

TAHUN 5 MAWAR (SATU JAM)

Nama : …………………………………. Markah : …………………………..

Objektif soalan 1-15

1. Berikut merupakan urutan latihan kemahiran hambur arab dengan betul.


i. Jatuhkan badan dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan lantai secara
lurus.
ii. Berdiri tegak, luruskan tangan ke atas dan bergerak satu langkah ke
hadapan.
iii. Angkat kedua-dua belah kaki rapat ke udara dan putarkan badan 180 darjah.
iv. Jatuhkan kaki dan mendarat dengan fleksi lutut.
A. i, ii, iii dan iv
B. ii,i,iii dan iv
C. iii,ii,i dan iv
D. ii, iii, i dan iv

2. Kaedah larian pecut yang betul melibatkan beberapa lakuan anggota badan yang
betul. Berikut merupakan lakuan yang betul semasa melakukan larian pecut yang
betul.
A. Ayun tangan di sisi badan secara ke atas dan bawah.
B. Rendahkan lutut
C. Tundukkan kepala semasa larian dilakukan
D. Gunakan tumit kaki semasa berlari.

3. Lompat jauh merupakan acara olahraga yang melibatkan teknik melompat yang
melibatkan beberapa fasa. Fasa-fasa yang betul semasa melakukan aktiviti ini
adalah….
A. Fasa layangan, fasa lonjakan, fasa larian landas dan fasa mendarat
B. Fasa lonjakan, fasa layangan, fasa larian landas dan fasa mendarat
C. Fasa larian landas, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa mendarat
D. Fasa larian landas, fasa lonjakan, fasa mendarat dan fasa layangan.
4. Aktiviti menyejukkan badan sebelum mengakhiri sesi latihan olaharaga dapat
membantu
A. Meningkatkan kadar nadi.
B. Memberi kelegaan kepada badan.
C. Membantu fungsi badan kembali ke tahap normal.
D. Memberi ruang kepada badan untuk bersedia melakukan aktiviti lasak.

5. Dehidrasi merupakan kekurangan air di dalam badan. Kesan dehidrasi kepada


badan boleh menyebabkan ……
A. Badan kita akan sentiasa sejuk.
B. Isipadu darah berkurangan.
C. Suhu badan mudah dikawal.
D. Kadar nadi di dalam badan akan terkawal.

Peluru sentiasa menyentuh sisi leher dan buka kaki ke sisi dengan selesa.
6. Putar pinggul,diikuti dengan bahu dan siku yang dibuka ke sisi.

Berdiri pada posisi kuasa dengan peluru sentiasa menyentuh sisi leher.

Ikut lajak dengan menukar kedudukan kaki belakang ke hadapan dan kawal
imbangan badan.

6. Berikut urutan yang betul cara untuk melontar peluru

A. i,ii,iii dan iv
B. i,iii,ii dan iv
C. iii,ii,I dan iv
D. iii,i,ii dan iv

7. Kemahiran bergayut memerlukan beberapa jenis gengaman pada palang yang


melintang. Berikut merupakan jenis gengaman yang betul kecuali
A. Genggaman atas
B. Genggaman campuran
C. Genggaman bawah
D. Genggaman padu

8. Di dalam fasa lonjakan aktiviti lompat jauh, pergerakan yang betul melibatkan
anggota badan ialah
A. Lonjak dengan menolak kaki lurus di papan lonjak. Fleksi kaki bebas dan ayun
kencang ke atas.
B. Hulur kedua-dua belah kaki ke hadapan sewaktu mendarat.
C. Lari pecut dengan kelajuan terkawal.
D. Layangkan badan seberapa lama di udara.

9. Beberapa jenis ikatan boleh membantu membina gadget yang kukuh semasa
melakukan aktiviti perkhemahan. Antara ikatan yang selalu digunakan semasa
membina gadget ialah seperti berikut kecuali
A. Ikatan lilit kacang
B. Ikatan simpul manuk
C. Ikatan buku sila
D. Ikatan bunga geti

10. Sukan triathlon merupakan aktiviti sukan melibatkan beberapa displin sukan iaitu
berenang, berbasikal dan berlari. Sukan ini bermula di negara Perancis pada tahun
A. 1930
B. 1920
C. 1910
D. 1940

Soalan 11 dan 12 berdasarkan gambarajah di bawah.


11. Namakan sukan berdasarkan gambarajah di atas
A. Melempar lembing
B. Melontar peluru
C. Melempar cakera
D. Lompat kijang

12. Acara di atas merupakan salah satu acara olahraga yang dikenali sebagai
A. Acara padang
B. Acara balapan
C. Acara aquatic
D. Acara beregu

Soalan 13 hingga soalan 15 berdasarkan gambarajah di bawah.

13. Nyatakan sukan di atas


A. Sepak raga C. Raga bulatan
B. Sepak takraw D. Bola jaring

14. Antara kemahiran yang digunakan untuk sukan di atas kecuali


A. Menimang bola menggunakan bahagian dalam kaki
B. Menanduk
C. Sepak badik
D. Mendada

15. Bagi memulakan permainan berdasarkan gambarajah di atas dikenali sebagai


A. Servis
B. Sepakan bola mati
C. Melontar bola
D. Melakukan rejaman

Bahagian B Soalan subjektif.


A.Padankan gambarajah dengan petikan yang betul.

Ikut lajak dengan menukar kedudukan kaki


belakang ke hadapan dan kawal imbangan
badan.

Peluru sentiasa menyentuh sisi leher,


kemudian buka kaki ke sisi dengan selesa.

Berdiri pada posisi kuasa dengan peluru


sentiasa menyentuh leher.

Putar pinggul diikuti dengan bahu dan siku


yang dibuka ke sisi.

B
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

……………………………………. ……………………………………... …………………………….

(MOHD RAZI B. MASUAN) (MD GHAZALI B. A ULANG)

Guru PJPK Tahun 5 Mawar K. Panitia PJPK


CADANGAN JAWAPAN

OBJEKTIF

1. B

2. A

3. C

4. C

5. B

6. D

7. D

8. A

9. D

10. B

11. C

12. A

13. B

14. D

15. A

BAHAGIAN B

1. Berdiri pada posisi kuasa dengan peluru sentiasa menyentuh sisi leher.

2. Peluru sentiasa menyentuh sisi leher, kemudian buka kaki ke sisi dengan selesa

3. Putar pinggul, diikuti dengan bahu dan siku yang di buka ke sisi.
4. Ikut lajak dengan menukar kedudukan kaki belakang ke hadapan dan kawal
imbangan

Bahagian B

1. Lari menuju ke palang dan badan dalam posisi sisi di hadapan palang.

2. Langkah secara bersudut ke palang dengan kelajuan terkawal.

3. Bertapak dengan tumit dan melonjak dengan bebola kaki melepasi palang.

4. Ayunkan kaki melepasi palang dengan ayunkan tangan laju ke atas.

5. Mendarat atas kedua-dua belah kaki dengan fleksibel lutut.

Bahagian C

1. Betul

2. Salah

3. Betul

4. Salah

5. Salah

6. Salah

7. Betul

8. Salah

9. Betul

Bahagian D

1. Tekan tubi

2. Ringkuk tubi separa

PANDUAN MENGIRA MARKAH 35/35 X 100

Anda mungkin juga menyukai