Anda di halaman 1dari 19

0

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SKPD 1043: PENGHANTAR FALSAFAH

TAJUK:
BINCANGKAN CIRI-CIRI ILMU EPISTEMOLOGI BARAT

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF MADYA DR KAMARUZAMAN BIN YUSUFF

DISEDIAKAN OLEH:

NUR AFIQAH BINTI KAMAL (A137742)


NURUL ERATUL NISSAH BINTI JAMINGAN (A138069)
MOHD ZAMRY BIN ABD RAHMAN (A138022)
NURUL HUSNINA BINTI MOHAMMAD (A138074)
FADHILAH AMIRAH BINTI ABDULLAH (A137956)
1

1.0 PENGENALAN

Perkataan falsafah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu philein bermaksud to
love atau menyintai dan sophos yang bermaksud wisdom atau hikmah. Oleh itu, falsafah
(philosophy) bermaksud kecintaan terhadap hikmah (the love wisdom) dan ahli falsafah
(philosopher) bermaksud orang yang mencintai hikmah (the lover of wisdom). Etimologi
tersebut memberikan dua makna implisit iaitu seseorang berkemungkinan mencintai sesuatu
walaupun mungkin tidak dapat memilikinya. Dalam hal ini, ia melibatkan cinta (love) yang
berpaksi kepada desiring atau wanting to have. Oleh itu, menjadi seorang ahli falsafah ialah
menjadi individu yang mengejar dan mencari hikmah (wisdom) walaupun tidak semestinya
berjaya memilikinya. Hikmah diaplikasikan berdasarkan kepada aktiviti intelektual dalam
sebarang bidang ilmu, pemahaman, pengamalan moral, percambahan sudut pandangan dan
sikap yang membawa kebahagiaan.

Dilihat dari segi sejarah, pengasas kepada pemikiran Phytagoren, Phytagoras (580-
500 BC) adalah merupakan orang yang pertama menggunakan perkataan tersebut dan beliau
sendiri dikenali sebagai ‘wise man’ oleh masyarakat Greek. Phytagoras telah menjadikan
falsafah sebagai ‘the way of life’ apabila menjadikannya sebagai asas dalam melatih generasi
muda Greek untuk menjadi manusia yang betul-betul berfalsafah. Pengajaran falsafahnya
ditumpukan kepada pencarian hikmah bukannya pencapaian hikmah atau ilmu. Phytagoras
menyatakan bahawa hikmah pada dirinya ialah mengenali bahawa dirinya masih jahil. Oleh
itu, dirinya tidak sepatutnya dipanggil ‘wise man’ tetapi sebagai ‘a lover wisdom’. Hal ini
tidak berlanjutan, realiti penggunaan falsafah secara sebenar bertukar wajah di bawah
pelaporan dua tokoh legenda falsafah Greek iaitu Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-
322 SM).
Plato telah mendefinisikan falsafah sebagai satu keadaan atau suasana di mana
seseorang itu berusaha untuk mendapatkan hikmah sebagai hasil beberapa tahun
pendidikannya dalam ‘dialektika’. Apabila terhasilnya hikmah, pencari hikmah tersebut
akan dapat menanggapi atau mengenali Kebenaran (Truth) atau Hakikat (Reality) dan
memperoleh virtue iaitu ilmu bagaimana untuk hidup dengan sebaik-baiknya. Falsafah tidak
dapat dipisahkan daripada kajian mengenai hakikat yang tertinggi sebagaimana yang telah
dijelaskan dalam teori Cavenya1 yang diperolehi melalui aktiviti intelektual. Dalam nada

1
Allergory of the Cave: Plato memiliki karakter Socrates yang memulai kiasan sebuah gua dengan bercerita
kepada kita bahawa kiasan ini diharapkan mampu menjelaskan proses pencapaian suatu pengertian dan
pencerahan mengenai teori politik.
2

yang hampir sama murid kepada Plato iaitu Aristotle telah menjelaskan falsafah dalam
karyanya Metaphysics, Book 1V, Chapter 1 sebagai berikut:

Philosophy is the science which investigates being as being and the attributes
which belong to this in virtue of its own nature…Now this is not the same as
any of the so called special sciences…(and) since we are seeking the first
principle and highest causes, clearly there must be something to which these
belong in virtue of its own nature…Therefore it is of being as being that we
must also grasp the first cause…

Dapat difahami daripada definisi tersebut bahawa menurut Aristotle falsafah adalah
kajian mengenai zat sesuatu (being is being) dan penyebab utama (first principle). Dalam erti
kata lain ketika itu, falsafah telah disamakan dengan metafizik kerana falsafah dan metafizik
mengkaji kedua-dua perkara tersebut sebagai fokus utama. Di atas prinsip “All men by nature
desire to know” beliau cuba menyingkap rahsia alam dan rahsia di luar alam. Pencarian ilmu
pengetahuan hendaklah tidak bersifat mudah sebaliknya mengandungi ciri kefalsafahan
seperti diungkapkannya falsafah bukan sekadar untuk memperjelaskan ‘api adalah panas’
tetapi menjelaskan ‘kenapa api adalah panas’. Inti yang penting dalam kajian falsafah bagi
Aristotle ialah ilmu yang dapat melangkaui pengalaman pancaindera yang digabungkan
dengan proses taakulan. Mengenal pasti sebab-sebab yang menjadi penyebab kepada sesuatu
kewujudan atau kejadian. Beliau meluaskan ruang lingkup falsafah kepada practical
philosophy seperti politik, etika dan estetik. Beliau cuba mencari hakikat sesebuah teori atau
perkara yang berada di sekelilingnya.

Ahli-ahli falsafah Islam seperti al-Kindi dan al-Farabi tidak ketinggalan juga dalam
memberikan definisi mengenai falsafah. Menurut Al-Kindi2, falsafah sebagai satu ilmu
mengenai realiti atau hakikat, sesuatu yang berada dalam kemampuan manusia untuk
menanggapinya. Beliau juga menjelaskan bahawa dari aspek ilmunya, seseorang ahli falsafah
berusaha mencapai kebenaran manakala dari aspek pengamalannya ia berkelakuan
berdasarkan kebenaran.

2
Al-Kindi atau nama sebenarnya ia Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi. Keturunannya telah menyatukan
sebilangan suku-suku dan mencapai kedudukan yang berkuasa pada abad-abad Kelima dan Keenam, tetapi
kehilangan kuasa pada pertengahan abad Keenam
3

2.0 EPISTEMOLOGI

Epistemology berasal daripada dua perkataan Greek iaitu episteme yang bermaksud ilmu dan
logos yang bermaksud teori tentang. Epistemologi dikenali sebagai teori ilmu. Epistemologi
juga adalah bahagian falsafah yang membicarakan tentang terjadinya pengetahuan, sumber
pengetahuan, bermulanya pengetahuan, kesahihan terhadap pengetahuan dan sebagainya.
Aliran Epistemologi ini merupakan aspek yang membahas tentang pengetahuan filsafat yang
membahas bagaimana cara kita mencari pengetahuan dan seperti apa pengetahuan tersebut
dan bagaimana pengalaman seseorang menjadikan seseorang itu memperoleh ilmu
pengetahuan. Secara ringkasnya, epistemologi ialah kajian secara berfalsafah yang berkaitan
dengan ilmu atau disebeut sebagai “Teori Ilmu”.

Pengetahuan adalah sejarah yang selalu berkembang mengikut perkembangan zaman.


Semakin banyak ilmu yang kita fahami, semakin banyak khazanah kita dan pengetahuan
inilah yang menjadi batasan-batasan kita dalam menelaah sesuatu ilmu. Hal ini yang
mengakibatkan ilmu zaman dahulu dan zaman sekarang berbeza. Misalnya, ditinjau dari segi
ilmu teknologi. Teknologi zaman dahulu dan zaman sekarang sangat jauh berbeza. Maka
ilmu yang berkembang itu akan semakin berkembang mengikut arus pemodenan dan
perkembangan zaman. Epistemologi atau teori pengetahuan ini membahas dengan mendalam
mengenai segenap proses yang terlibat dalam usaha kita memperoleh ilmu.

Epistemologi Barat bermula apabila perbahasan mengenai epistemologi wujud. Ianya


dibentuk melalui keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan manusia kerana manusia
sebagai penentu dan sumber bagi ilmu pengetahuan. Konsep kemanusiaan ini telah
mengambbil alih tugas agama sebagai sumber ilmu pengetahuan. Hal ini menyebabakan
tokoh-tokoh falsafah Barat moden menaruh keyakinan penuh terhadap keupayaan akal dan
pancaindera manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Manusia hari ini telah
menjadikan ilmu pengetahuan sebagai menara gading dan kibar peradaban dunia. Manusia
yang memiliki ilmu pengetahuan dikenali sebagai para intelektual. Para intelektual ini
memiliki kemampuan yang luar biasa dalam menggali kedalaman ilmu pengetahuan dan
sekaligus mengkombinasikannya. Hal ini juga telah menyebabkan ramai tokoh falsafah Barat
menaruh keyakinan penuh terhadap keupayaan akal dan pancaindera manusia untuk
memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh hal itu, konsep ilmu telah dibahaskan oleh banyak
sumber bagi memanjangkan pengetahuan tentang aliran epistemologi Barat ini.
Keseluruhanya, perbahasan tentang epistemologi oleh masyarakat Barat telah menghasilkan
4

empat asas epistemologi Barat. Antaranya ialah Rasionalisme, Instuisionalisme, Empirisme


dan Skeptisme.

3.0 ASAS UTAMA EPISTEMOLOGI BARAT

3.1 RASIONALISME / AKAL

Rasionalisme lahir dari perkataan Latin ratio yang bermaksud reason iaitu alasan yang
munasabah dan diterima akal. Ajaran utamanya ialah berfikir membolehkan kita sampai pada
kebenaran asas dan bebas daripada metod empiris. Rasionalisme juga adalah fahaman filasat
yang menyatakan bahawa akal (reason) adalah alat terpenting untuk memperoleh ilmu
pengetahuan. Menurut aliran ini, sesuatu pengetahuan diperoleh dengan cara berfikir. Aliran
ini juga tidak mengingkari penggunaan pancaindera dalam usaha untuk memperoleh sesuatu
ilmu pengetahuan. Pengalaman pancaindera digunakan untuk merangsang akal dan memberi
bahan-bahan yang menyebabkan akal dapat berkerja. Akan tetapi akal juga dapat
menghasilkan pengetahuan yang tidak didasarkan dengan pancaindera.

Aliran rasionalisme barat ini lebih menekankan pada penggunaan akal semata-mata
dalam proses menggali ilmu pengetahuan. Akal tidak memerlukan pengalaman. Akal juga
dapat menurunkan kebenaran daripada akal itu sendiri. Masyarakat Barat menganggap akal
sebagai autoriti yang akan membuat kesimpulan yang munasabah terhadap suatu perkara.
Ilmu pengetahuan yang tidak menggunakan akal didakwa sebagai ilmu yang tidak benar.
Aliran ini membuat tanggapan bahawa aliran empirikal akan selalunya berubah-ubah,
sedangkan penggunaan akal bersifat tetap dan ketetapan yang unggul. Hal ini menyebabkan
wujudnya sub-aliran yang hanya menekankan penggunaan akal fikiran semata-mata serta
cuba menafikan aliran ilmu wahyu keagamaan dalam ilmu pengetahuan. Ini dapat dilihat dari
perspektif barat yang mewarisi beberapa falsafah sejarah zaman Greek yang terlalu
mengutamakan akal semata-mata sebagai dalil, ‘ilmu falsafah dan logik berkembang di
Greek, dunia Greek memuja akal melebihi semua yang lain’.

Secara umumnya, rasionalisme merupakan “pendekatan filasat yang menekankan


rasio sebagai sumber ilmu pengetahuan, mendahului atau lebih tinggi dari, dan terlepas dari,
persepsi-persepsi indera” (Tim Penulis Rosda, 1995: 277). Antara ajaran utamanya bahawa
dengan pendalilan abstrak (berfikir), kita dapat sampai pada kebenaran-kebenaran asas dan
realiti dapat diketahui bebas daripada pengamatan, pengalaman dan metode-metode empiris.
5

Ratio berfikir yang membentuk pengetahuan. Hal ni kerana, manusia berfikir adalah manusia
yang berpengetahuan. Terdapat beberapa orang tokoh yang terlibat secara langsung dalam
aliran ini, antaranya ialah Permenides, Plato, Descartes, Spinoza dan Leibniz.

Plato menggunakan istilah form (bentuk) sebagai suatu istilah yang umum bagi objek
ilmu. Terdapat tiga hujah Plato yang menjelaskan mengenai form. Pertama ialah hujahan
epistemologi. Menurut Plato melalui hujahan ini menyatakan bahawa ilmu itu kepercayaan
yang kekal dan dapat bertahan, benar dan rasional berdasarkan pengajaran. Menurutnya lagi,
ilmu tidak boleh tentang dunia yang didedahkan kepada kita melalui deria, tetapi ia mestilah
tentang dunia lain iaitu dunia yang kekal. Berdasarkan pernyataan Plato itu, dapatlah
disimpulkan bahawa dunia pancaindera bukanlah wilayah ilmu kerana deria kita sering
berubah-ubah dan tidak kekal.

Hujahan metafizik pula adalah membayangkan dua benda adalah sama iaitu sama
besar, sama warna atau sebagainya. Hujahan ini bukan bermula daripada sifat ilmu dan
perbezaan daripada pendapat tetapi adalah berdasarkan sifat benda. Justeru itu ia dikenali
sebagai hujahan metafizik. Iaitu persamaan antara benda-benda yang memiliki sesuatu yang
bersama. Apa yang dimiliki tidak boleh sekadar benda lain daripada jenis yang sama.
Hujahan yang ketiga ialah hujahan semantik. Semantik adalah suatu disiplin yang berurusan
dengan perkataan-perkataan khususnya yang berkaitan dengan makna perkataan dan
bagaimana perkataan berhubungan dengan benda rujukannya itu. Apa yang ada dalam fikiran
Plato ialah manusia mempunyai nama untuk benda-benda daripada jenis yang berbeza.
Manusia pula berfikir bagaimana untuk memberikan nama yang sama kepada kelompok
benda-benda rujukan tertentu.

Rene Descartes (1596-1650) digelar sebagai “Bapa Falsafah Moden”. Descartes telah
bercita-cita untuk mendirikan sebuah menara falsafah yang baru. Menurutnya, bagi
membolehkan seseorang itu mencapai ilmu yang sebenar-benarnya, tradisi falsafah skolastik
tidak seharusnya diikuti tetapi suatu kaedah yang lebih saintifik harus dicari. Menurut
Descartes lagi, setiap orang dilahirkan dengan keupayaan untuk membuat pertimbangan
secara tepat dan keupayaan untuk membezakan kebenaran dan kepalsuan. Hasil yang dicapai
oleh setiap orang dalam proses membuat pertimbangan baik dan buruk adalah berbeza. Oleh
itu, Descartes telah menyatakan bahawa “demi menemui kebenaran, kita mesti sekurang-
kurangnya meragui sebanyak sekali terhadap setiap benda di alam semesta ini. Sikap suka
6

meragui terhadap sesuatu harus menjadi landasan seluruh sistem falsafah dan ini juga
merupakan kaedah Descartes yang pertama yang menerangkan mengenai teori ilmu ini.

Dalam bukunya Risalah tentang Metode, Descartes mengemukakan empat prinsip


yang dapat digunakan untuk mendapatkan pengetahuan yang benar-benar betul dan tidak
dapat diragukan lagi. Antaranya ialah tidak pernah menerima sebarang perkara sebagai
sesuatu yang benar kecuali jika beliau mengetahuinya dengan jelas bahawa perkara tersebut
memang terbukti benar. Dalam erti kata yang lebih sempit, konsep ini menghindari secara
berhati-hati dan tidak memasukkan sesuatu perkara dengan cepat dan ragu-ragu. Kedua ialah
memilih satu persatu kesulitan yang telah beliau hadapi supaya menjadi bahagian yang lebih
kecil. Perkara yang ketiga ialah berfikir secara perlahan dengan dimulai dengan objek yang
paling sederhana dan mudah dikenali. Lalu bahagian-bahagian tersebut akhirnya meningkat
sedikit demi sedikit hingga sampai ke masalah yang paling rumit. Seterusnya ialah membuat
perincian yang selengkap mungkin dan pemeriksaan yang menyeluruh sehingga beliau yakin
tidak ada perkara yang beliau terlepas pandang.

Lebih lanjut Descartes mengatakan bahawa sebenarnya keempat prinsip di atas


bukanlah hal yang sulit untuk dilakukan. Descartes (Brown, 2005, hal.30) mengatakan,
“rantai panjang dari pertimbangan yang sederhana dan mudah yang biasa dipakai oleh para
ahli ilmu ukur untuk mencapai kesimpulan-kesimpulan dari pemaparan-pemaparan mereka
yang paling sulit, telah memimpin saya membayangkan bahwa segala sesuatu, sejauh
pengetahuan manusia sanggup mencapainya, saling berhubungan dengan cara yang sama, dan
bahawa tidak ada sesuatupun yang terlalu terpencil dari kita sehingga berada di luar
jangkauan kita, atau terlalu tersembunyi sehingga kita tidak dapat menemukannya, asal saja
kita menghindarkan diri dari menerima hal yang salah sebagai benar, dan sentiasa melindungi
dalam fikiran kita aturan yang perlu untuk pengambilan kesimpulan (deduksi) mengenai satu
kebenaran dari yang lainnya”. Dari pernyataan di atas maka dapat disimpulkan bahwa
Descartes menganggap benar bahawa segala pengetahuan bersumber dari rasional manusia.
Bahawa tidak ada satu hpun hal yang tidak dapat diketahui oleh manusia asalkan manusia
mahu menggunakan akalnya.

Descartes ingin mendapatkan kebenaran yang benar-benar benar sehingga kebenaran


tersebut tidak dapat lagi dibantahkan ataupun diragukan. Oleh karena itu, Descartes
memulainya dengan meragukan segala sesuatu yang diterimanya dari luar melalui indera
kerana menurutnya ada kalanya indera menipu kita. Bahkan keberadaan dirinya sendiri pun
7

diragukannya juga kerana menurutnya, kadang-kadang semua pemikiran yang muncul pada
waktu kita sedar dapat juga datang ketika sedang tidur sehingga dia tidak dapat mengetahui
dengan pasti apakah dia sedang bermimpi atau tidak (1995: 34). Pada akhirnya Descartes
menemukan bahawa meskipun segala sesuatu dapat diragukannya, satu hal yang tidak dapat
diragukannya adalah fakta bahawa dia sedang ragu-ragu. Descartes menemukan fakta bahawa
dia sedang ragu-ragu adalah fakta yang tidak dapat dibantah oleh sesiapa pun. Jika dia sedang
ragu-ragu, maka hal itu bererti membuktikan bahawa dia sedang berfikir. Jika dia tahu
bahawa dia sedang berfikir, maka haruslah ada pemikir, iaitu dirinya sendiri. Jika pemikir
harus ada, maka dirinya pun harus ada. Bahkan ketika dia membayangkan seolah-olah dirinya
sama sekali tidak memiliki badan dan tidak ada dunia ataupun ruang tempat dia berada, hal
itu membuktikan dengan jelas bahawa dia ada. Hal ini kemudian menjadi aksiomanya yang
paling terkenal, “cogito ergo sum” yang ertinya “saya berpikir, maka saya ada”. Akhirnya,
hal ini menjadi prinsip pertama dari filsafatnya. Hal ini dijelaskannya dalam bukunya Risalah
tentang Metode. Pada akhirnya dapat disimpulkan bahwa filsafat Descartes dilandasi oleh
pencarian suatu kebenaran yang tidak dapat disangkal oleh siapapun atau apapun dengan cara
berpikir dan bernalar dengan rasio yang murni yang berasal dari dalam diri manusia itu
sendiri. Metode meragukan segala sesuatu di awal adalah cara untuk mendapatkan
pengetahuan dengan lebih terperinci sehingga lebih jelas dan benar. Dapat disimpulkan
bahawa teori Descartes yang mengatakan bahawa tidak ada pengetahuan yang begitu
terpencil atau begitu tersembunyi yang tidak dapat dijangkau oleh manusia asalkan manusia
mahu menggunakan akalnya..

3.2 INTUISIONISME

Proposisi atau pegangan yang di justifikasikan melalui intuisi adalah diketahui secara
langsung atau segera dan secara mutlaknya dianggap sebagai betul dan benar. Sesuatu ilmu
boleh diketahui secara langsung (immediate knowledge) tanpa melalui sebarang cara lain
termasuk sensasi. Namun perlu difahami bahawa maksud intuisi di sini bukanlah sebagai
ilham seperti yang difahami dalam ilmu tasawuf yang mana ia dirujuk sebagai ilmu yang
didapati secara langsung daripada Tuhan tanpa perantaraan akal dan pengalaman. Sebaliknya
intuisi dalam konteks falsafah, ialah ilmu yang diperolehi secara langsung melalui proses
taakulan akal atau teknik inferensi.
8

Proposisi dalam aspek intuisi diketahui secara priori iaitu diketahui secara bebas
daripada pengalaman atau pancaindera (bukan secara posteriori iaitu pengetahuan atau ilmu
yang terhasil melalui perantaraan pancaindera atau pengalaman. Keputusan terhadap
proposisi yang dibuat oleh golongan rasionalis ini dikenali sebagai synthetic a priori.
Synthetic kerana penilaian (penerimaan/ penolakan) terhadap proposisi dibuat berdasarkan
kepada perkara yang melibatkan ruang dan masa, perkara fizikal, benda yang objektif dan
bukannya sekadar mengenai makna sesuatu perkataan dan ia bersifat a priori kerana ia dinilai
(diterima/ditolak) secara bebas daripada data pengalaman pancaindera. Sebagai contoh ayat
yang menggunakan kaedah synthetic a priori ialah “Saya wujud” atau “Tuhan wujud”.
Sejauhmanakah kenyataan ini benar atau salah? Penilaian (penolakan/penolakan) terhadap
kenyataan ini bukannya berdasarkan data pancaindera tetapi berdasarkan logik akal malah
tidak bergantung kepada data pancaindera tetapi berdasarkan logik akal malah tidak
bergantung kepada data pancaindera sebaliknya diketahui secara langsung dan bersifat
intuitif bahawa ia benar kerana ia diketahui secara a priori. Perbincangan mengenai pelbagai
bentuk intuisi yang diketengahkan oleh penulis berdasarkan tulisan Herbert Feigl yang
menyertai Vienna Circle dan mengemukakan tujuh bentuk intuisi yang biasa digunakan untuk
menjustifikan kepercayaan (Blackwood 1975, 209-221).

Pertama, kesedaran pancaindera. Ia merujuk kepada kesedaran pancaindera terhadap


kualiti objek seperti merah, hijau, panas, sejuk, rupa bentuk atau imej yang dapat dilihat oleh
pelukis sebelum melukisnya di atas sehelai kanvas. Intuisi bentuk ini adalah pengalaman
langsung seseorang.

Kedua, garapan langsung terhadap idea. Ini merujuk kepada penggunaan intuisi yang
digunakan oleh Immanueln Kant yang mengatakan bahawa manusia berupaya mempunyai
fahaman langsung terhadap bentuk ruang dan masa. Juga seperti yang dinyatakan oleh Plato
sebagai kemampuan akal manusia untuk menanggapi idea, bentuk dan zat. Intuisi dalam
bentuk ini diperbaharui pada zaman moden oleh golongan falsafah fenomenologisme.

Ketiga, kebenaran atau ilmu yang terbukti dengan sendirinya benar (Self-Evident
Truth). Ia adalah suatu bentuk ilmu yang didakwa sebagai tidak memerlukan pembuktian
kerana kebenaran sedia wujud dalam premis taakulan yang dibuat seperti yang dibincangkan
di atas. Oleh itu kita dikatakan mempunyai pengetahuan langsung ayau intuitif dalam perkara
seperti logik, arimatik, topologi, geometri, induksi dan sebagainya. Dalam konteks moral,
9

terdapat intuisi yang dipanggil sebagai suara hati yang membolehkan seseorang membezakan
antara baik dengan buruk atau antara betul dengan yang salah.

Keempat, ilmu berbentuk naluri (instinctive knowledge). Ilmu sedemikian dinamakan


sebagai keupayaan dalaman oleh ahli psikologi dan biologi. Dalam konteks haiwan, ia boleh
dilihat kepada keupayaan atau pengetahuan burung membina sarang, atau memerang
membuat tambak atau cara semut berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam konteks
manusia ahli psikologi juga mendapati bahawa empati yang ada pada manusia sebagai satu
naluri yang mana A dapat memahami perasaan B atau C dapat merasai kesakitan yang
ditanggung oleh D.

Kelima, persepsi di luar jangkauan pancaindera (extrasensory perception). Ia merujuk


kepada ilmu yang dikategorikan sebagai clairvoyance (kebolehan melihat apa yang berlaku di
tempat lain), telepati (perpindahan ilmu yang difikirkan daripada seseorang kepada seseorang
yang lain tanpa melalui perantaraan pancaindera) dan precognition. Perkara sedemikian
diperakui berlaku namun tidak dapat dijelaskan oleh kemajuan sains dan teknologi.

Keenam, gerak hati atau firasat yang disertai dengan penilaian berdasarkan impresi
lepas dan memori. Ketetapan gerak hati ini banyak bergantung kepada pengalaman
seseorang. Sebagai contoh, seorang jurutera menyatakan: Jambatan ini akan akan runtuh
sedikit masa lagi”. Jika ditanya bagaimana beliau mengetahui tentangnya, ia menjawab:
“Saya tahulah”. Jawapan beliau ini berasaskan kepada dua perkara, iaitu pengalamannya
yang lepas dan alasan yang disampaikan secara eksplisit. Begitu juga dengan kes grafologi
yang dapat mengenali keperibadian seseorang melalui tulisan, atau seorang ahli geologi yang
dapat mengetahui adanya minyak di bawah bumi tanpa bantuan peralatan saintifik. Kesemua
contoh ini menjelaskan bagaimana dengan latar belakang pengalaman serta gerak hati,
seseorang memperolehi ilmu secara langsung yang sukar dijelaskan oleh kemajuan teknologi.

Kesemua enam bentuk intuisi yang dijelaskan di atas boleh diuji kebenarannya secara
empirikal . Kita boleh menguji dakwaan seorang calirvoyant yang mendakwa melihat: “
Rumah saya terbakar” dengan pergi melihatnya sendiri atau menelefon orang lain untuk
tujuan pengesahan ; atau mengenal pasti sejauhmana dakwaan seorang geologis di atas
dengan menggunakan kelengkapan cari gali untuk menggerudi bumi; begitu juga kita boleh
membuat perangkaan terhadap peramal nasib yang menggunakan bola kristal. Kesemua
bentuk intuisi tersebut boleh diuji berdasarkan pendekatan empirikal.
10

Ini berlainan dengan intuisi bentuk ketujuh iaitu pengalaman mistik atau trans-
empirical intuition. Istilah ini popular dalam kalangan ahli tasawuf sebagai kasyaf atau
pengalaman mistik. Intuisi dalam bentuk ini adalah relatif yang tidak boleh diuji periksa
secara empirikal. Matlamat utama mistikisme adalah hubungan secara langsung dengan
Tuhan. Dalam konteks falsafah, mereka yang mempunyai ilmu demikian tidak dapat
menjelaskan perkara yang yang sebenar. Feigl menyimpulkan intuisi dalam bentuk ketujuh
ini sebagai berikut:

Intuition in the sense of direct experience is never the finished product of knowledge. It is,
rather, either the raw material of knowledge,i.e, the confirmation basis of genuine knowledge
claims, or it is a way of arriving at hyphotheses which may or may not be found tenable on
the basis or further evidence.

3.3 EMPIRISME

Empirisme berasal dari kata Yunani empiria yang bermaksud pengalaman individu sama ada
pengalaman yang bersangkutan lahiriah mahupun batiniah. Empirisme adalah aliran yang
menjadikan pengalaman sebagai sumber pengetahuan dan berkaitan dengan segala
pengalaman, pengenalan, konkrit atau keakraban dengan sesuatu. Aliran ini juga mengatakan
bahawa ilmu pengalaman adalah satu-satunya sumber pengetahuan yang secara langsung atau
tidak langsung disimpulkan daripada data pancaindera. Aliran ini muncul di Inggeris yang
awalnya dipelopori oleh Fransis Bacon. Aliran ini beranggapan bahawa pengetahuan
diperoleh melalui pengalaman dengan cara pemerhatian. Kelemahan aliran empirisme ini
adalah keterbasan pancaindera manusia sehingga muncul aliran rasionalisme.

Terdapat beberapa orang tokoh yang terlibat dalam menggerakkan aliran ini iaitu
Fransis Bacon, Thomas Hobbes, John Locke, George Berkeley, David Hume. Francis Bacon
merupakan seorang ahli falsafah British, legalist dan tokoh politik. Falsafah Bacon
menyediakan platform bagi menyokong kaedah empiris atau induksi dan beliau menegaskan
bahawa “ilmu adalah kuasa”. Terdapat pelbagai idea dan pendapat yang dikemukakan oleh
Bacon antaranya ialah membersihkan halangan di lorong ilmu. Idea ini dikemukakan oleh
beliau kerana menurutnya biarpun buku-buku menggunung tinggi banyaknya, jika tidak
diselidiki dan dianalisis secara teliti maka kandungannya ternyata cetek dan miskin.
Menurutnya, orang yang berilmu adalah orang yang memiliki pengetahuan yang luas. Oleh
11

hal itu, matlamat utama Bacon ialah membongkar jalan dan seterusnya menjadikan
perkembangan sains menjadi segar dan mekar.

Bacon juga telah mengemukakan ideanya tentang segala pengetahuan adalah berasal
daripada pengalaman. Menurut Bacon, objek pengetahuan bukanlah Tuhan, bukan juga
pemikiran manusia, tetapi dunia material yang objektif. Sifat utama material adalah
pergerakan dan pada masa yang sama memiliki cahaya, panas, sejuk, berat, rapat dan warna
yang menarik orang untuk mengetahuinya. Menurut Bacon, ilmu wujud dalam bayangan dan
bermula daripada pengalaman. Beliau telah menyatakan bahawa manusia tidak gila, segala
ilmu alam semula jadi sepatutnya merayu kepada indera. Walau bagaimanapun, bagi Bacon,
pengalaman keinderaan bukan sepenuhnya boleh dipercayai dan mudah sekali tersilap. Demi
menampun kelemahan pancaindera, Bacon menegaskan fungsi eksperimen dalam
pengetahuan.

Ahli falsafah Inggeris iaitu John Locke (1632-1704) salah seorang pengajar dalam
bidang falsafah dan retorik Yunani. Banyak karya yang dihasilkan oleh Locke, antaranya
ialah Two treatises on Government (1989), An Essay Concerning Human Understanding
(1960) dan The Reasonableness of Christianity (1695). Karya Locke tentang teori ilmu
melahirkan kritikan sistematik yang pertama ke atas rasionalisme Cartesian yang
berpandangan bahawa dalil (reason) sendiri sudah memberi jaminan kepada kita
mendaapatkan ilmu pengetahuan. Locke menghujahkan bahawa untuk mengungkapkan
sebarang pendapat, ia mesti datang daripada dunia (the world). Beliau menolak tanggapan
golongan rasionalist bahawa kita mempunyai idea bawaan (innate ideas).

George Berkeley (1685-1753), seorang ahli falsafah berbangsa Ireland dan bishop
Inggeris. Beliau cuba menyelaraskan sains dengan kepercayaannya dengan menghujahkan
bahawa walaupun jirim (matter) tidak wujud, hukum fizik yang menjadi hukum Tuhan,
mengawal, mentadbir cakerawala idea. Karya Berkeley yang utama ialah A Treatiseon The
Prinsiple of Knowledge (1710) telah membangkitkan sistem falsafah idealism yang subjektif
dan Three Dialogues between Hylas and Philonous (1713). Berkeley bersetuju dengan Locke
bahawa semua idea berasal daripada pengalaman indera iaitu semua yang kita alami ialah
idea.
12

3.3.1 TOKOH EMPIRISME

John Locke (1632-1704)

Seorang filsuf Inggris yang dilahirkan didekat kota Prestol, Inggris, serta belajar di
Universitas Oxford, serta mendalami teologi dan filsafat, Pendiri empirisme Inggris salah
seorang penganut empirisme, yang juga Bapak Empirisme mengatakan bahwa pada waktu
manusia dilahirkan, keadaan akalanya masih bersih ibarat kertas yang kosong yang belum
bertuliskan apa pun (tabularasa). Pengetahuan baru muncul ketika indera manusia menimba
pengalaman dengan cara melihat dan mengamati berbagaian kejadian dalam kehidupan.
Kertas tersebut mulai bertuliskan berbagai pengalaman indrawi. Seluruh sisa pengetahuan
bisa diketahui dengan jalan menggunakan serta memperbandingkan idea-idea yang diperoleh
dari pengindraan serta refleksi yang pertama dan sederhana.

Akal dikatakan tempat penampungan yang secara pasif menerima hasil-hasil


pengindraan. Hal ini bererti bahwa semua pengetahuan manusia -betapa pun rumitnya- dapat
dilacak kembali sampai pada pengalaman-pengalaman indrawi yang telah tersimpanan rapi di
dalam akal. Jika terdapat pengalaman yang tidak tergali oleh daya ingatan akal, itu bererti
merupakan kelemahan akal, sehingga hasil pengindraan yang menjadi pengalaman manusia
tidak lagi dapat diaktualisasikan. Dengan demikian, bukan lagi sebagai ilmu pengetahuan
yang faktual.

David Hume (1711-1776)

Beliau mengikut dalam berbagai pembahasan tersebut dan mempengaruhi


perkembangan dua aliran. Aliran yang dipengaruhinya adalah skeptisisme dan empirisme.
Dalam hal skeptisisme, Hume mencurigai pemikiran filsafat dan di antara pemikirannya
adalah bahwa prinsip kausalitas (sebab akibat) itu tidak memiliki dasar. Ia juga seorang
agnostik, yakni orang yang berpendirian bahwa adanya Tuhan itu tidak dapat dibuktikan dan
tidak dapat diingkari. Dalam hal empirisme, suatu pandangan yang mengatakan bahawa
segala pengetahuan itu berasal dari pengalaman. Walaupun mungkin ada suatu dunia di luar
kesedaran manusia, namun hal ini tidak dapat dibuktikan. Ia menolak sketisime, skeptisisme
menurut beberapa filsuf adalah pandangan bahwa akal tidak mampu sampai pada kesimpulan,
atau kalau tidak, akal tidak mampu melampaui hasil-hasil yang paling sederhana.

Manakala Empirisme pula mengikut filsafat ilmu, menekankan aspek-aspek


pengetahuan ilmiah yang berkait erat dengan bukti, terutama seperti yang ditemukan
13

dalam percubaan. Ini adalah bahagian mendasar dari sudut metode ilmiah bahawa
semua hipotesis dan teori haruslah diuji terhadap pengamatan dari alam.

3.3.2 JENIS-JENIS EMPIRISME

Empirio-kritisisme

Disebut juga Machisme. Sebuah aliran filsafat yang bersifat subjektif-idealistik. Aliran ini
didirikan oleh Avenarius dan Mach. Inti aliran ini adalah ingin “membersihkan” pengertian
pengalaman dari konsep substansi, keniscayaan, kausalitas, dan sebagainya, sebagai
pengertian apriori. Sebagai gantinya aliran ini mengajukan konsep dunia sebagai kumpulan
jumlah elemen-elemen neutral atau sensasi-sensasi (pencerapan-pencerapan). Aliran ini dapat
dikatakan sebagai kebangkitan kembali idea Barkeley dan Hume tatapi secara sembunyi-
sembunyi, kerana dituntut oleh tuntunan sifat neutral filsafat. Aliran ini juga anti metafisik.

Empirisme Logis

Analisis logis Modern dapat diterapkan pada pemecahan-pemecahan filosofis dan ilmiah.
Empirisme Logis berpegang pada pandangan-pandangan berikut :

a) Ada batas-batas bagi Empirisme. Prinsip sistem logika formal dan prinsip kesimpulan
Induktif tidak dapat dibuktikan dengan mengacu pada pengalaman.

b) Semua proposisi yang benar dapat dijabarkan (direduksikan) pada proposisi-proposisi


mengenai data indrawi yang kurang lebih merupakan data indera yang ada seketika

c) Pertanyaan-pertanyaan mengenai hakikat kenyataan yang terdalam pada dasarnya tidak


mengandung makna.

Empiris Radikal

Suatu aliran yang berpendirian bahawa semua pengetahuan dapat dilacak sampai pada
pengalaman indrawi. Apa yang tidak dapat dilacak secara demikian itu, dianggap bukan
pengetahuan. Soal kemungkinan melawan kepastian atau masalah kekeliruan melawan
kebenaran telah menimbulkan banyak pertentangan dalam filsafat.
14

3.3.3 ALIRAN YANG TERDAPAT DALAM EMPIRISME

Shopisme

Kaum Shopis menyatakan bahwa untuk memperoleh keindahan indrawi merupakan motif
bagi perilaku moral, dimana individu menggunakan berbagai sarana yang memungkinkan
untuk mencapai tujuan ini, tanpa melihat kebiasaan, unsur-unsur, nilai sosiologi yang
berkembang, hukum sosial serta ajaran agama.

Jika perbuatan moral mewujudkan kesenangan indrawi, maka ia baik dan jika mengakibatkan
rasa sakit atau bahaya, maka ia buruk. Manusia sendiri dapat mengetahui bahwa kesenangan
ini adalah kebaikan yang dicarinya, atau rasa sakit dan merbahaya ini adalah keburukan yang
mesti dihindarinya. Hal itu bererti bahawa individu merupakan kebaikan dan keburukan, atau
keutamaan dan ketercelaan, sebagaimana ia juga menjadi kadar pengetahuan.

Hedonisme

Madzhab ini menyatakan bahawa keindahan indrawi merupakan tujuan tertinggi dari setiap
perilaku yang kita lakukan. Dalam hal ini, ia sama dengan shopisme yang mengatakan
bahawa sensasi merupakan sumber bagi pengetahuan dan kebaikan.

Epicurisme

Eficuros, seorang filsuf Yunani yang menyerukan pencarian kesenangan inderawi ini dengan
menganggapnya sebagai kebaikan tertinggi bagi setiap perilaku manusia. Oleh sebab itu,
kesenangan inderawi menjadi sandaran kebahagiaan.

3.4 SKEPTISME

Skepticism pada umumnya bermaksud satu sikap falsafah yang menyatakan bahawa ilmu
yang pasti terhadap hakikat sesuatu mungkin dapat dicari tetapi tidak akan dijumpai. No one
does know, no one can know. Ilmu atau pengetahuan yang didakwa dimiliki oleh seseorang
pada dasarnya bersumberkan pancaindera atau pengalaman pancaindera. Golongan skeptik
menggunakan hujah daripada ilusi (Argument from illusion) bagi menunjukkan maklumat
yang dibawa oleh pancaindera adalah tidak boleh dipercayai. Terdapat tiga jenis pengalaman
pancaindera yang bersifat ilusi. Pertamanya ialah ilusi garapan pancaindera iaitu
ketidaktetapan yang berlaku apabila seseorang cuba mengenal pasti atau menjelaskan objek
15

yang ditanggapi nya. Bentuk ilusi yang kerap berlaku ialah ilusi penglihatan seperti melihat
dua garisan yang selari kelihatan lurus tetapi hakikatnya ialah sebaliknya.
Keduanya, garapan pancaindera yang bersifat relatif yang menyebabkan berlakunya
komplikasi terhadap persepsi seseorang. Sebagai contoh objek yang bulat kelihatan bujur jika
dilihat daripada sudut tertentu atau makanan mempunyai rasa berlainan berdasarkan deria
rasa mereka yang berbeza. Secara zahir, sesuatu objek adalah ditentukan oleh perspektif yang
menanggapi nya, suasana persekitaran atau keadaan pancaindera seseorang.
Ketiganya, halusinasi iaitu berkaitan dengan maklumat yang diproses oleh otak hasil
daripada pengalaman (maklumat) yang diperoleh melalui pancaindera seperti sentuh, bau,
rasa, sentuh dan dengar. Sensasi ( Pengalaman Pancaindera) di atas yang menanggapi objek
yang sebenarnya wujud. Ketiga-tiga hujah tersebut menjelaskan bahawa pengalaman
pancaindera adalah menipu daya seseorang. Maklumat yang diperoleh oleh pancaindera tidak
dapat memberikan maklumat yang tepat terhadap alam fizikal. Seseorang boleh mendakwa
mengetahuinya tetapi sebenarnya ia adalah salah untuk menyatakan ia mengetahuinya.
Tanggapan yang berlaku ketika berlakunya ilusi adalah tidak dapat dibezakan daripada yang
berlaku ketika tiadanya ilusi. Jika semasa ilusi maklumat dikatakan tidak tepat maka sama
juga pada masa yang lain. Golongan skeptik juga menyatakan apa yang ditanggapi sebagai
objek hanyalah persepsi zahir semata-mata. Apa yang ditanggapi oleh seseorang adalah data
pancaindera sedangkan ia bukan objek fizikal yang sebenar.

Aliran skeptisme wujud di barat diakibatkan dari hanya bergantung dengan kebolehan
‘pancaindera’ semata-mata dan penggunaan akal sahaja, tanpa mempunyai nilai roh
keagamaan atau ilmu wahyu. Ini menyebabkan ‘sejarah muktamad’ yang disimpulkan dari
data sumber pertama yang diperolei dari pengamatan pancaindera dan akal, dianggap tidak
mampu mempunyai asas yang teguh dan setiap masa boleh dikritik dari segi
ketepatannya. Contoh yang boleh dilihat dari segi penemuan artifaks di kawasan makam raja-
raja Mesir purba (piramid) yang masih tidak muktamad dari segi penulisan pensejarahannya,
berbanding kisah sejarah yang terakam dalam Al Quran berkaitan sejarah raja Mesir ( Firaun)
di zaman Nabi Musa a.s yang diturunkan sebagai wahyu dan tercatat di dalam Al Quran di
zaman Nabi Muhammad s.a.w. ‘Golongan ini cuba menimbulkan skeptikal terhadap
kepercayaan beragama’, golongan ini merujuk pada golongan ilmuan barat yang memulakan
aliran yang cuba menjauhkan dari sumber-sumber utama berasaskan wahyu. Beberapa
ilmuan yang dikesan mengambil kaedah skeptikal adalah Descartes (1596-1650M)
16

dan Leibniz ( 1685-1753M), golongan inilah yang menimbulkan anjakan pradigma dari
keutuhan kepada sumber wahyu kepada sumber akal semata-mata di barat.

4.0 KESIMPULAN

Perspektif aliran barat yang mengutamakan kaedah penyelidikan saintifik dan penggunaan
akal serta pancaindera dalam menilai muktamadnya sesuatu bidang ilmu pengetahuan dari
segi kesahihannya. Pengaruh sekularisme dan materialisme dan atheis jelas mempunyai
pengaruh dalam aliran perspektif barat dari segi falsafah epistemologi sejarah. Ini
menyebabkan kemunculan tokoh-tokoh empirisisme seperti John Locke (1632-1704M),
David Hume (1711-1776M) dan tokoh-tokoh ‘materialist conception of history’ seperti Karl
Marx (1818-1883M) yang menyumbangkan kepelbagaian kepincangan sosial
kemasyarakatan dalam proses pengembangan ilmu pengetahuan berdasarkan pensejarahan
barat yang mempengaruhi dunia di zaman moden.
17

5.0 RUJUKAN

Abdul Salam Hj. Yussof. 2010. Kemahiran Berfikir Kreatif, Kritis Dan Inovatif. UKM
Bangi: Pusat Pengajian Umum.

Dr. Azlena Zainal dan Dr. Munir Shuib. 2003. Meningkatkan Potensi Minda. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hospers,J. 1988. An Introduction to Philosophical Analysis. 3rd Ed. Englewood Cliffs, New
Jersey: Prentice Hall

Lok chong Hoe. 2003. Pemikiran Kritis Dan Logik. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mardzelah Makhsin. 2006. Sains Pemikiran & Etika. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Michael Abdullah. 1995. Pemikiran Kritis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mohd. Azhar Abd. Hamid. 2003. Meningkatkan Daya Fikir. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Pojman, L.P. 1991. Introduction to Philosophy: Classical & Contemporary Reading.


Belmont, California: Wardsworth Publishing Company

http://id.scribd.com/doc/21466325/rasionalisme-
intuisionismehttp://www.wadsworth.com/philosophy_d/special_features/ext/delivery/fields.ht
ml
18

Anda mungkin juga menyukai