Anda di halaman 1dari 19

BAB 1 : PENGENALAN

PUNCA STRES PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI HOSPITALITI DI KUIM

ANASUHA BINTI ADNAN

BAB 1

1.0 Pengenalan

Stres ditakrifkan sebagai satu keadaan yang resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat
daripada tekanan mental atau fizikal (Kamus Dewan 2005, hlm. 1526). Menurut Angela (2009) stres
merujuk kepada suatu tindak balas badan bagi satu perubahan yang memerlukan penyesuaian emosi,
fizikal atau mental. Secara umumnya, stres adalah sebahagian daripada kehidupan manusia dan ia
boleh mendatangkan kesan yang negatif (distres) dan kesan positif (eustres). Walau bagaimanapun,
stres yang terlalu banyak akan menyebabkan kemurungan dan penyakit fizikal (MacGeorge, Samter &
Gilihan, 2005).

Menurut Phill dan Anna (2009), terdapat dua jenis stres iaitu eustres dan distres. Eustres
adalah sihat untuk manusia kerana ia memberi motivasi dan keseronokan dalam hidup. Distres pula
membawa maksud sesuatu yang amat meletihkan dan mencipta satu keadaan kebimbangan yang tetap
dalam diri. Konsep eustres dan distres ini dipopularkan oleh Hans Selye bagi menerangkan tekanan
yang baik dan tekanan yang tidak baik (Selye, 1978). Jadi, adalah penting untuk seseorang pelajar
mengetahui jenis tekanan yang dihadapi kerana ini dapat membantu mereka dalam menguruskan
kehidupan seharian. Kebijaksanaan dan kemampuan seseorang dalam menguruskan tekanan dengan
baik adalah penting supaya ransangan dan tuntutan yang diterima dapat di kawal. Terdapat tiga punca-
punca utama tekanan. Menurut 4 Girdano dan Everly (1988), dalam buku mereka Controlling Stres
and Tension, tiga penyebab utama tekanan atau stresor ialah tekanan dari segi psikososial, bilologikal
dan personaliti.

Pada masa ini, stres telah menjadi topik yang kerap dibincangkan di persekitaran akademik
dan masyarakat (Joseph & Henry, 2009). Universiti merupakan satu persekitaran unik yang sering kali
menuntut pelajar menyeimbangkan peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka (Mastura,
Fadilah & Nor Akmar, 2007). Sekiranya mahasiswa dan mahasiswi gagal melaksanakan tugas dengan
sempurna, maka mereka akan mengalami stres. Faktor stres yang dikenapasti dalam kalangan pelajar
antaranya termasuklah peralihan ke universiti daripada dunia persekolahan atau matrikulasi kepada
BAB 1 : PENGENALAN

alam pembelajaran berorientasikan kendiri. Contohnya, sindrom ‘homesick’ atau merindui kampung
halaman terutamanya pelajar tahun pertama (Pfeiffer, 2001). Pelajar berhadapan dengan cabaran
menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru, dan jika gagal akan mendatangkan stres kepada
mereka.

Selain daripada faktor persekitaran, stres juga boleh disebabkan oleh punca peribadi pelajar
iaitu situasi pembelajaran terutamanya menjelang peperiksaan, ketika menunggu keputusan
peperiksaan. Bebanan tugas pelajar juga mempengaruhi punca stres pelajar iaitu dengan pertambahan
kerja dalam kursus yang diambil (Pfeiffer, 2011). Selain itu, kebanyakan pelajar ingin mengekalkan
pencapaian akademik yang baik dan persaingan yang hebat ini memberi kesan stres kepada pelajar
untuk mencapai matlamat mereka (Mastura et al. 2007). Ini kerana, kebanyakan pelajar mempunyai
jangkaan yang tinggi terhadap kehendak dan keinginan mereka.

Antara bentuk stresor yang lain ialah kehidupan sebagai pelajar di kampus, kehidupan
sebagai individu yang akan melangkah ke alam dewasa, alam mencari pekerjaan, konflik pasangan
atau rakan, serta stresor yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Pernyataan ini juga adalah
selari dengan kajian yang dilaksanakan Shaher (2009). Setiap individu sebenarnya mempunyai cara
dan daya tahan yang berbeza dalam menghadapi dan mengurus stres. Tindak balas ke atas stres sama
ada bersifat positif dan negatif adalah bergantung pada cara dan kemahiran individu dalam
menanganinya. Ada pelajar yang menjadi lebih bermotivasi apabila mendapat stres. Ada juga pelajar
yang menjadi murung, celaru mental dan emosi apabila diberikan
BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Latar belakang kajian

Pada masa ini, stres telah menjadi topik yang kerap dibincangkan di persekitaran akademik
dan masyarakat (Joseph & Henry, 2009). Universiti merupakan satu persekitaran unik yang sering kali
menuntut pelajar menyeimbangkan peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka (Mastura,
Fadilah & Nor Akmar, 2007). Sekiranya mahasiswa dan mahasiswi gagal melaksanakan tugas dengan
sempurna, maka mereka akan mengalami tekanan.

Dalam mengharungi kehidupan seharian, pelbagai masalah dan rintangan membelenggu


fikiran dan jiwa seseorang individu. Sebagai hasil tindak balas terhadap masalah dan rintangan ini,
individu akan sentiasa mencuba sesuatu untuk menyelesaikan masalah tidak kira apa jua cara yang
digunakan. Hal ini juga berlaku kepada individu yang terpaksa berhadapan dengan tekanan
terutamanya pelajar. Banyak Kajian melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara tekanan
dengan pelajar universiti (Greenberg & Valletutti, 1980, dalam Norlizawati, 2006). Terlalu banyak
tekanan boleh mengganggu persediaan, tumpuan dan pencapaian pelajar (Norlizawati, 2006).

Apakah yang dimaksudkan dengan tekanan secara khususnya? Terdapat banyak maksud
tekanan telah ditafsir oleh ramai pengkaji-pengkaji terdahulu. Namun, mengikut Kamus Dewan Edisi
Ketiga (2002), tekanan ialah sesuatu yang menekan dengan kuat atau berupa desakan dan paksaan
serta emosi yang mengganggu perjalanan fikiran seseorang. Ia juga merujuk kepada ketegangan,
kerisauan dan keletihan. Menurut Dr. Abd. Rahman, ransangan yang berpadu, berlarutan, tidak boleh
dikawal dan tidak ketentuan lebih mudah menyebabkan tekanan (Shafinaz, 2006). Tekanan adalah
perkara yang biasa dalam kehidupan seseorang kerana tidak seorangpun di dunia ini boleh terlepas
dari menghadapi tekanan.

Pelajar berhadapan dengan cabaran menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru, dan jika
gagal akan mendatangkan stres kepada mereka. Ramai berpendapat bahawa tekanan datang dalam
bentuk negatif iaitu apabila seseorang individu berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan.
Namun, ramai yang tidak menyedari tekanan boleh melahirkan tindak balas mendorong yang positif.
Tindak balas positif akibat tekanan boleh mendorong seseorang individu untuk menguji potensi dan
mencapainya pada tahap yang maksimum. Tekanan boleh menjadi satu aspek pembelajaran yang
positif sekiranya pelajar menganggap tekanan sebagai satu cabaran yang boleh mempamerkan
peningkatan kapasiti untuk belajar (Roberts & White, 1989).

Kebanyakan pelajar universiti mengalami kebimbangan terhadap gred dan masa depan hingga
menyebabkan tekanan. Terlalu banyak tekanan boleh mengganggu persediaan, tumpuan dan
pencapaian pelajar. Namun, tekanan yang positif dapat memotivasikan pelajar sehingga ke puncak
kejayaan. Pelajar juga biasa mengalami kebimbangan terhadap kegagalan dalam menyiapkan kerja
akademik dan kebimbangan terhadap 3 ujian. Menurut kajian-kajian yang lepas, pelajar didapati lebih
BAB 1 : PENGENALAN

tertekan terutamanya menjelang waktu peperiksaan. Kebimbangan yang melampau ini boleh
menjejaskan pencapaian pelajar.

Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengalami tekanan ialah mereka tidak
tahu cara yang berkesan untuk mengawal tekanan yang dialami. Adalah penting untuk mengetahui
apakah batas fizikal dan emosi yang ada pada diri seseorang yang mengalami tekanan. Dalam usaha
untuk mengatasi tekanan yang negatif dalam kehidupan seorang pelajar, dia perlu tahu apakah punca
kepada tekanan yang dialaminya. Penyesuaian psikologi boleh membantu dalam memperbaiki kesan
tekanan dalam diri seseorang individu (Greenberg & Valletutti,1980).

Kewujudan tekanan dalam diri seseorang kadangkala tidak disedari oleh individu itu sendiri.
Bagi pelajar universiti, walaupun mereka digelar mahasiswa tetapi kebanyakan mereka adalah remaja
yang rata-ratanya berumur sekitar 20-an. Secara tidak langsung mereka sebenarnya tidak menyedari
kehadiran tekanan, perasaan marah, benci, dendam dan akhirnya boleh menyebabkan pergaduhan atau
kematian.

Bagi pelajar universiti terutamanya pelajar tahun akhir, selain daripada tekanan yang dialami
daripada kerja akademik yang semakin bertambah dan interaksi sosialnya dengan persekitaran,
tekanan dalam mendapatkan gred yang baik juga semakin bertambah kerana amat penting untuk
mendapatkan gred yang baik untuk jaminan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian kelak. Oleh
itu, adalah amat penting bagi pelajar yang mengalami tekanan untuk tahu sejauh manakah hubungan
tekanan dalam hidupnya mempengaruhi peribadi agar mereka dapat mengenalpasti dan mengawal
tekanan yang mempengaruhi masalah peribadi pelajar.

Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk mengkaji punca tekanan dari aspek
psikososial. Namun, psikososial terbahagi kepada empat iaitu penyesuaian, kekecewaan, bebanan dan
pengurangan (Girdano&Everly, 1988). Pengkaji telah mengecilkan skop kajian dengan memilih
hanya punca tekanan dari tiga aspek iaitu bebanan tugas, persekitaran belajar dan masalah peribadi
pelajar sebagai punca tekanan pelajar tahun akhir pelajar Fakulti Hospitaliti di Kolej Universiti Islam
Melaka (KUIM).

Faktor persekitaran lebih memfokuskan kepada persekitaran bilik kuliah. Suasana bilik kuliah
juga mempengaruhi punca stres di kalangan pelajar Fakulti Hospitaliti di KUIM. Persekitaran akan
mempengaruhi tahap keselesaan pelajar untuk belajar dengan selesa dan lebih baik di dalam kelas.
Dengan keadaan kelas yang selesa dan baik, ia akan mendorong kepada tahap kepuasan pelajar
tersebut. Seterusnya, penyelidik mendapati punca persekitaran belajar (bilik kuliah) menjadikan
pelajar berasa stres apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah
serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Pelajar juga mengalami stres
disebabkan oleh persekitaran fizikal KUIM.
BAB 1 : PENGENALAN

Walau bagaimanapun, terdapat banyak punca yang mendorong pelajar menghadapi stres di
tempat belajar. Kajian mengenai bebanan tugasan membawa stres kepada pelajar Hospitaliti di KUIM
kerana tugasan yang terlalu banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan pelajar dan
menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja. Tugasan yang terlalu banyak untuk
diselesaikan juga boleh menyebabkan pelajar menghadapi masalah kesuntukan masa untuk
mengulangkaji dan ini boleh menimbulkan stres.

Seterusnya, punca stres lain yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Fakulti Hospitaliti di
KUIM adalah masalah peribadi pelajar. Kajian mengenai peribadi pelajar membawa stres iaitu mereka
bimbang akan masa depan selepas tamat pengajian sama ada dapat pekerjaan atau tidak. Selain itu,
pelajar tahun akhir mempunyai masalah dalam menguruskan masa pembelajaran secara sendiri atau
berkumpulan. Keadaan pelajar yang tidak mempunyai teman belajar juga boleh menyebabkan mereka
stres kerana sesetengah pelajar tidak boleh belajar apabila tiada teman untuk belajar. Masalah
kewangan juga merangkumi masalah peribadi pelajar yang boleh menyebabkan pelajar stres untuk
memikirkannya dan boleh menjejaskan prestasi pembelajaran pada tahun akhir.
BAB 1 : PENGENALAN

1.2 Penyataan masalah

Kebanyakan mata pelajaran yang diambil pada tahun akhir pengajian adalah matapelajaran yang
sukar dan boleh menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah untuk mengkaji
punca stres pelajar tahun akhir Fakulti Hospitaliti di KUIM. Kajian ini dikaji adalah kerana ingin
mengetahui tentang keadaan stres yang dihadapi pelajar tahun akhir. Kajian ini dikaji di KUIM iaitu
dalam kalangan pelajar Fakulti Hospitaliti yang melibatkan kos pengurusan hotel dan pelancongan
yang merangkumi pelajar diploma dan ijazah. Kajian ini dikaji di KUIM kerana senang untuk dikaji
dan ramai responden serta boleh dikaji berdasarkan tajuk yang ingin dikaji oleh penyelidik.

Tekanan boleh memberi kesan yang berbeza bergantung kepada individu yang
mengalaminya. Sekiranya pelajar melihat tekanan sebagai sesuatu yang negatif, ia boleh memberi
kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan, mental dan emosi pelajar tersebut. Ini secara tidak
langsung turut akan menjejaskan pencapaian akademiknya. Bagi pelajar yang melihat tekanan dari
sudut positif pula, tekanan akan menimbulkan tindak balas positif dalam dirinya bagi mencapai
keputusan akademik yang lebih baik dari sebelumnya. Oleh itu, sejauhmanakah hubungan antara
tekanan dengan pencapaian akademik pelajar?

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan tekanan dalam diri seseorang pelajar.
Punca-punca ini boleh samada berpunca dari persekitaran pelajar mahupun dari diri pelajar itu sendiri.
Kesan dari punca-punca ini terhadap pencapaian akademik pelajar bergantung kepada sejauh mana
pelajar tersebut menanganinya. Dalam konteks kajian ini, apakah punca dominan yang menyebabkan
tekanan pelajar? Selain itu, pertambahan kerja-kerja akademik seperti projek sarjana muda juga
merupakan salah satu faktor yang menyumbang tekanan terhadap pelajar iaitu dalam aspek bebanan
tugas yang dihadapi atau dipikul oleh pelajar.
BAB 1 : PENGENALAN

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian bagi kajian ini ialah :

1.3.1 Sejauh manakah hubungan antara persekitaran (bilik kuliah) dengan punca stres pelajar tahun
akhir.
1.3.2 Sejauh manakah hubungan antara bebanan tugas dengan punca stres pelajar tahun akhir.
1.3.3 Sejauh manakah hubungan antara masalah peribadi pelajar dengan punca stres pelajar tahun
akhir.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Berpandukan kepada permasalahan kajian yang dibincangkan di atas, objektif utama kajian ini adalah
untuk mengkaji punca stres pelajar tahun akhir Hospitaliti di KUIM. Secara khusus, kajian ini
berusaha untuk memenuhi objektif utama berikut:

1.4.1 Untuk mengenalpasti hubungan antara persekitaran dengan punca stres pelajar.

1.4.2 Untuk mengenalpasti hubungan antara bebanan tugas dengan punca stres.

1.4.3 Untuk mengenalpasti hubungan antara masalah peribadi pelajar dengan punca stres pelajar.

1.5 HIPOTESIS

Berpandukan penyataan masalah dan objektif kajian, terdapat hipotesis tentang punca stres pelajar
tahun akhir Fakulti Hospitaliti di KUIM.

Ha1: Terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran (bilik kuliah) dengan punca stres pelajar
tahun akhir hospitaliti di KUIM.

Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran (bilik kuliah) dengan punca stres
pelajar tahun akhir Hospitaliti di KUIM.

Ha2 : Terdapat hubungan yang signifikan antara bebanan tugas dengan punca stres pelajar tahun
akhir.
BAB 1 : PENGENALAN

Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara bebanan tugas dengan punca stres pelajar tahun
akhir.

Ha3 : Terdapat hubungan yang signifikan antara peribadi dengan punca stres pelajar tahun akhir.

Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peribadi dengan punca stres pelajar tahun akhir.

1.6 SKOP KAJIAN

Dalam kajian ini, skop kajian hanya tertumpu terhadap pelajar tahun akhir Fakulti Hospitaliti
di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Lokasi yang dipilih hanya melibatkan Kolej Universiti
Islam Melaka. Kawasan kajian adalah di daerah Melaka. Kajian ini hanya memfokuskan skop
terhadap punca stres pelajar tahun akhir Hospitaliti di KUIM yang merangkumi persekitaran belajar
(bilik kuliah), bebanan tugas dan peribadi pelajar. Kajian ini hanya menggunakan analisis kuantitatif
untuk mendapatkan data. Ini bermakna teknik kualitatif tidak digunakan dalam kajian ini.

1.7 BATASAN

Seperti pengkaji-pengkaji lain, terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dalam usaha
mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kajian ini hanya melibatkan pelajar tahun
akhir Fakulti Hospitaliti di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) iaitu pelajar Diploma dan Ijazah.

Maklumat tentang tekanan pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya akan diperoleh
melalui responden berdasarkan kejujuran dan keikhlasan responden menjawab soalan yang
dikemukakan dalam boring soal selidik. Oleh itu, keputusan kajian ini adalah terbatas kepada pelajar
tahun akhir Hospitaliti di KUIM sahaja.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna dalam penyediaan input asas kepada
pensyarah dan kakitangan yang terlibat di KUIM. Kajian yang sama pernah dijalankan di UPM,
UTHM dan Politeknik.

1.9 DEFINISI KONSEPTUAL


BAB 1 : PENGENALAN

Definisi konseptual harus bersandarkan pada sesuatu teori atau telah diperkukuhkan oleh kajian-
kajian yang lepas dan memberikan maksud yang lebih abstrak atau umum.

1.10 DEFINISI OPERASIONAL

Definisi operasional pula merujuk kepada definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk
menjelaskan tentang responden dan pembolehubah yang hendak diuji dalam kajiannya. Definisi ini
membantu kita untuk menjelaskan idea kita kepada orang lain (Sabita 2006). Selain itu, bagi
perspektif sendiri penyelidik ingin mengkaji punca stres pelajar tahun akhir Fakulti Hospitaliti di
KUIM.

1.11 Rumusan

Dalam bab ini telah diterangkan mengenai perkara-perkara yang menjadi asas dan hala tuju
kajian ini. Di bahagian tujuan, penyelidik telah menyatakan tujuan yang perlu dicapai di akhir kajian
berdasarkan pernyataan masalah kajian. Beberapa persoalan juga telah dibuat berdasarkan tujuan yang
telah ditetapkan. Kajian ini dibatasi oleh skopnya tersendiri supaya tidak terpesong dari tujuan yang
sebenar. Kajian ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak pensyarah, pelajar dan juga penyelidik
sendiri.
BAB 1 : PENGENALAN

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Kajian literatur merupakan kajian lepas yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik lain untuk
memperjelaskan isu yang ingin dikaji. Kajian literatur juga merupakan ringkasan kajian yang telah
dikaji oleh penyelidik lain dan digunakan oleh pengkaji lain untuk menyokong kajian yang ingin
dijalankan.

2.1 Konsep

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak
dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada peristiwa dalam kehidupan baik dalam
bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung
kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Menurut Kamus Dewan (2007)
pula tekanan didefinisikan sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya yang diakibatkan
oleh tekanan mental atau fizikal. Menurut Maarof Ridhzuan (2004), tekanan didefinisikan sebagai
peristiwa yang menegang atau melebihi keupayaan individu untuk berdaya tindak terhadapnya.

2.1.1 Persekitaran Pembelajaran (bilik kuliah)

Persekitaran pembelajaran (bilik kuliah) memainkan peranan penting kepada pelajar mahupun
pensyarah. Pelajar memerlukan pesekitaran bilik kuliah yang selesa dan sesuai untuk pembelajaran
BAB 1 : PENGENALAN

mereka. Apabila didapati persekitaran (bilik kuliah) tidak selesa dan sempit boleh menyebabkan
pelajar tidak dapat focus serta stres menguasai kerana persekitaran yang tidak tenang serta kotor.

2.1.2 Bebanan Tugas

Bebanan tugasan oleh pelajar terlalu banyak seperti pelajar selalu menangguhkan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah dan menjadi semakin bertambah dan banyak. Bebanan tugas juga
boleh menyebabkan stres apabila pensyarah terlalu banyak memberi tugasan dan pelajar sering
mendapat tugasan di saat akhir semester. Oleh itu, pelajar tahun akhir sering mengalami stres.

2.1.3 Masalah Peribadi

Punca masalah peribadi lebih menjurus kearah kehidupan peribadi seseorang pelajar seperti
masalah keluarga, masalah kewangan, konflik antara kepercayaan diri sendiri, bimbang akan masa
depan, masalah pengurusan masa dan juga tidak mempunyai rakan untuk belajar bersama. Selain itu,
stres juga boleh berpunca dari bebanan tugas iaitu tugasan yang diberikan oleh pensyarah terlalu
banyak pada tahun akhir. Pelajar tahun akhir juga sering menangguhkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah. Apabila tugasan ditangguhkan maka semakin bertambah tugasan yang perlu disiapkan.
Oleh itu, pelajar menjadi stres memikirkan tugasan yang terlalu banyak.

2.2 Kajian Lampau

Kajian literatur merupakan kajian lepas yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik lain untuk
memperjelaskan isu yang ingin dikaji. Kajian literatur juga merupakan ringkasan kajian yang telah
dikaji oleh penyelidik lain dan digunakan oleh pengkaji lain untuk menyokong kajian yang ingin
dijalankan.

Kajian yang dibuat oleh Suraini (2005) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
persekitaran (bilik kuliah) dengan punca stres pelajar tahun akhir. Keadaan bilik kuliah yang tidak
selesa dan bilik yang terlalu sempit sehingga menganggu focus pelajar trhadap pembelajaran serta
peraturan universiti yang terlalu ketat antara punca berlakunya tekanan dalam kalangan pelajar.
BAB 1 : PENGENALAN

Kajian yang dibuat oleh Ferlis, Balan dan Rosnah (2009) mendapati bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara bebanan tugas dengan punca stres pelajar tahun akhir. Bebanan
tugasan oleh pelajar terlalu banyak seperti pelajar selalu menangguhkan tugasan yang diberikan oleh
pensyarah dan menjadi semakin bertambah dan banyak. Bebanan tugas juga boleh menyebabkan stres
apabila pensyarah terlalu banyak memberi tugasan dan pelajar sering mendapat tugasan di saat akhir
semester. Oleh itu, pelajar tahun akhir sering mengalami stres.

Kajian yang dibuat oleh Johari, Nor Hasniza & Meor Ibrahim, 2006) mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara peribadi dengan punca stres pelajar tahun akhir. Masalah
peribadi pula pelajar tahun akhir bimbang akan masa depan apabila ingin tamat pengajian seperti
memikirkan tentang pekerjaan mereka sama ada diterima bekerja atau pun tidak. Pelajar tahun akhir
juga mempunyai masalah dalam pengurusan masa untuk belajar. Di samping itu, pelajar yang tidak
mempunyai rakan untuk belajar bersama akan mengalami stres apabila belajar sendirian tanpa
bantuan rakan.

Punca stres pelajar tahun akhir hendak dikaji dari segi persekitaran (bilik kuliah), bebanan
tugas dan peribadi pelajar. Oleh itu, Ketiga-tiga punca stres ini amat penting bagi mendapatkan hasil
kajian yang berkesan.

2.3 Model atau Teori

Teori Antony, Pervew & Kacmar (1993) dalam Matt Jarvis (2002) mendefinisikan stres sebagai
interaksi antara individu dengan dengan persekitaran yang digambarkan oleh perubahan fizikal dan
psikologi. Perubahan ini boleh memberi kesan positif dan negatif.

Kesan yang timbul dari stres ini telah menarik ramai pengkaji untuk melihatnya dari pelbagai
aspek. (Cox T. 1980) telah membahagikan kesan stres ini kepada tiga perspektif. Pertama, penyelidik
melihat stres sebagai akibat atau kesan dari sesuatu yang lain. Ia dijalankan sebagai pembolehubah
bersandar dalam kajian ini. Kedua, melihat stres sebagai pembolehubah bebas, ia menjadikan
penggerak seseorang atau menjadi punca kepada sesuatu yang lain. Penyelidik dalam hal ini mengkaji
kesan yang timbul akibat stres. Perspektif akhir pula penyelidik melihat stres sebagai satu psikologi
yang dinamik di mana stres dilihat oleh pengkaji sebagai faktor yang berada di antara penyebab dan
akibat dalam sesuatu situasi.

Model Stres Atkinson (1988), stres didefinisikan sebagai permintaan berlebihan yang
melampaui kebolehan seseorang individu (Atkinson,1988) permintaan daripada pelbagai sumber,
kerja yang banyak dan ketidakcukupan masa akan mendatangkan stres. Stres dikategorikan kepada
BAB 1 : PENGENALAN

dua iaitu luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luaran iaitu persekitaran fizikal (seperti piawai yang
terlalu tinggi) dan emosi (seperti tidak mahu meminta bantuan).

2.4 Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik menyatakan kajian yang ingin dikaji dan disokong oleh kajian lampau yang
telah dikaji sebelum ini. Model atau teori dibuat oleh pengkaji lampau dan penyelidik hanya
mengulang semula kajian tersebut.
BAB 1 : PENGENALAN

BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pengenalan

Dalam kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti bahawa jenis kajian ini adalah kajian kes intrinsik
di mana penyelidik ingin meneroka, memahami dan menjelaskan mengenai stres di kalangan pelajar
tahun akhir Fakulti Hospitaliti di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Metodologi kajian memperihalkan tentang metod yang digunakan dalam menjalankan kajian
ini. Metodologi menerangkan secara terperinci mengenai reka bentuk kajian, kerangka konseptual
kajian, instrumen kajian, populasi kajian, pemilihan populasi dan sampel kajian. Selain itu, ia turut
memperihalkan tentang prosedur persampelan, kesahan dan kebolehpercayaan alat ujian, kaedah yang
digunakan dalam pengumpulan data serta kaedah yang digunakan untuk menganalisis data. Pengkaji
akan memberi tumpuan dan penjelasan mengenai perkara-perkara yang dinyatakan di atas.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kaedah kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik bertujuan untuk
mengkaji hubungan antara persekitaran (bilik kuliah), bebanan tugas dan peribadi dengan punca stres
pelajar tahun akhir Fakulti Hospitaliti di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
BAB 1 : PENGENALAN

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat
kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat
pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian
kualitatif. Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan
dipilih berasaskan kebarangkalian.

3.2 Kerangka Kajian

Berdasarkan kajian literatur dalam bab 2, kerangka kajian yang dapat dihasilkan adalah seperti Rajah
1 di bawah.

Pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar

Persekitaran (bilik kuliah)

Bebanan tugas Punca Stres

Masalah peribadi

Rajah 1 : Kerangka Kajian


BAB 1 : PENGENALAN

3.4 Instrumen

Kajian ini akan menggunakan kajian soal selidik. Soal selidik ini adalah untuk mengkaji punca stres
pelajar tahun akhir Hospitaliti di KUIM. Borang soal selidik yang akan digunakan adalah berbentuk
skala ala likert. Borang soal selidik ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu bahagian A, bahagian B,
bahagian C, bahagian D dan bahagian E. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang dan demografi
responden yang mempunyai item-item seperti jantina, bangsa, umur, program pengajian dan jabatan
responden yang diadoptasi dan diolah oleh Harding, 2011). Dalam bahagian B, punca stres. Bahagian
C pula adalah persekitaran (bilik kuliah). Bahagian D, masalah peribadi dan bahagian E adalah item
tentang bebanan tugas yang diadoptasi dan diolah oleh Suraini (2005), Agolla dan Ongori (2009).

3.4.1 Bahagian A (Demografi)

Bahagian A berkaitan dengan latar belakang dan demografi responden yang mempunyai item-item
seperti jantina, bangsa, umur, program pengajian dan jabatan responden yang diadoptasi dan diolah
oleh Harding, 2011)

3.4.2 Bahagian B (Punca Stress)

Bahagian B berkaitan punca stress.

3.4.3 Bahagian C (Persekitaran pembelajaran)

Bahagian C berkaitan persekitaran pembelajaran pelajar (bilik kuliah) yang menyebabkan stress.

3.4.4 Bahagian D (Bebanan Tugas)

Bahagian D berkaitan bebanan tugas pelajar yang memberi kesan tekanan kepada pelajar.

3.4.5 Bahagian E (Masalah peribadi)


BAB 1 : PENGENALAN

Bahagian E berkaitan masalah peribadi pelajar yang menyebabkan stress.

3.5 Kajian Rintis

Kajian ini akan mengambil 15 orang untuk dibuat kajian rintis dan akan diedar kepada target populasi
iaitu pelajar tahun akhir Hospitaliti (KUIM). Tujuannya adalah bagi mendapatkan kebolehpercayaan
instrumen yang hendak digunakan.

3.6 Kesahan Kandungan

Kesahan kandungan soal selidik ini akan disahkan oleh penyelia (Cik Siti Mahera). Ia bertujuan untuk
memastikan sama ada ukuran atau indikator yang digunakan itu mengandungi kesemua ciri-ciri atau
gagasan yang harus ada dalam konsep yang hendak diukur atau tidak.

3.7 Populasi dan Saiz Sampel

Bagi memenuhi kajian ini, pelajar tahun akhir Hospitaliti di KUIM akan dijadikan sampel kajian.
Pelajar tahun akhir Hospitaliti dipilih kerana kebanyakkan pelajar tahun akhir mendapat tugasan yang
banyak sebelum graduasi. Pelajar tahun akhir dipilih kerana bersesuaian dengan tujuan kajian ini.
Formular yang digunakan untuk penentuan saiz sampel adalah formular penentuan saiz sampel oleh
Tabachnick & Fidell (2007). Maka, saiz sampel yang diperlukan adalah :
BAB 1 : PENGENALAN

Saiz sampel :

N>50+8(m) = N>50+8(3) = 74 sampel.

3.8 Pengumpulan Data

Pengumpulan data bagi kajian ini akan melibatkan pelajar tahun akhir Hospitaliti di KUIM.
Kebenaran edar borang soal selidik akan diperoleh terlebih dahulu secara bertulis daripada pihak
fakulti dan pensyarah yang terlibat. Kajian ini akan dikaji melalui borang soal selidik. Soal selidik
merujuk kepada set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Dalam kajian ini, borang soal selidik yang
akan digunakan adalah berbentuk skala ala Likert iaitu (1) sangat tidak setuju (2) tidak setuju (3)
setuju (4) sangat setuju.

3.8.1 Rujukan Asas

3.8.2 Rujukan Laman Web

3.9 Analisis Data

Kesemua data yang diperolehi dikumpul dan diproses menggunakan perisian Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) iaitu perisian yang lazim digunakan pengkaji sains sosial dalam menganalisis
data.

3.9.1 Statistik Deskriptif

3.9.2 Analisis Regresi

3.9.3 Analisis korelasi.

3.10 Rumusan

Dalam bab ini, penyelidik menerangkan tentang reka bentuk kajian iaitu kaedah kajian yang
digunakan oleh penyelidik untuk mengkaji kajian ini. Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif
iaitu soal selidik. Penyelidik juga menyatakan kerangka kajian yang merangkumi pembolehubah
bersandar dan pembolehubah bebas.

Dalam bab ini juga, penyelidik membuat kajian rintis untuk mendapatkan kebolehpercayaan
instrumen. Penyelidik juga menerangkan populasi dan saiz sampel yang digunakan untuk dikaji.
Seterusnya penyelidik membuat analisis data tentang perkara yang dikaji.
BAB 1 : PENGENALAN

Anda mungkin juga menyukai