Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Pada era globalisasi ini, ilmu falsafah merupakan satu ilmu yang sangat penting
yang perlu dipelajari. Hal ini demikian kerana falsafah merupakan suatu panduan dalam
pelaksanaan sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, falsafah mendorong manusia untuk
berfikir secara kritis dan rasional. Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan
kebenaran dan memberi arah petunjuk untuk perkara-perkara yang mustahak dalam
kehidupan. Setiap gerak geri serta perlakuan manusia itu sendiri mencerminkan apa yang
difikirkan oleh seseorang di dalam fikirannya kerana apa yang dilakukannya adalah apa
yang difikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan
sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat.

Konsep falsafah pendidikan itu sendiri terbahagi kepada tiga iaitu etimologi(bahasa),
terminologi(istilah) dan praktikal. Dari sudut bahasa, falsafah berasal daripada perkataan
Yunani iaitu philo dan sophos. Philo membawa maksud cinta manakala sophos pula adalah
pengetahuan, hikmah dan kebijaksanaan. Jika digabungkan kedua-dua perkataan tersebut
akan membawa maksud cinta kepada pengetahuan. Para ahli falsafah mendefinisikan
falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea
baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. Menurut Wolf
(1989), beliau menyatakan falsafah sebagai cinta kepada kebijaksanaan. Russel (1946)
pula menyatakan falsafah sebagai suatu antara teologi dan sains yang mengandungi
perkara tidak jelas dan nyata. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984)
mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi
item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984) meletakkan
falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap
perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau
pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara
saintifik, sistematik, dan diterima umum. Namun begitu, kebelakangan ini terdapat segelintir
pihak yang persoalkan apakah sebenarnya yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Persoalannya apakah isu yang bekaitan dengan falsafah pendidikan di
Malaysia ?

1
2.0 Isu-isu berkaitan falsafah pendidikan di Malaysia
2.1 Amalan Profesion Keguruan

Amalan profesion keguruan di Malaysia dilihat sebagai suatu isu yang utama
dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini demikian kerana apabila disebutkan
tentang pendidikan sudah tentu masyarakat akan memandang kepada guru. Maksudnya
di sini adalah guru merupakan agen penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada orang lain. Namun begitu, keberkesanan sesuatu pembelajaran bergantung
kepada cara serta tanggungjawab seseorang guru itu sendiri dalam usaha melahirkan
insan yang berkualiti. Menurut Zainal (2003), hasrat FPK untuk melahirkan insan
sempurna tidak akan kesampaian sekiranya orang yang bertanggungjawab
menyampaikan ilmu ini tidak berkesan. Isu dalam profesion ini juga dikaitkan dengan
pendekatan dan kaedah pengajaran guru (Rosnani, 2007). Oleh itu, guru-guru perlulah
mengaplikasikan segala ilmu, teori serta kemahiran yang dipelajari dalam pengajaran
mereka agar murid-murid mendapat ilmu sebanyak yang mungkin serta ilmu yang
bermanfaat dalam kehidupan.

Selain itu, cabaran sebenar seorang guru adalah bagaimana untuk


memanusiakan manusia dalam era kegawatan dan kemusnahan nilai moral dan adab
manusia (Arif & Wardah, 2007). Jika dirujuk pada krisis akhlak serta sahsiah masyarakat
yang berlaku pada masa kini, tidak salah jika guru dipersalahkan. Hal ini demikian
kerana sebahagian daripada guru pada masa kini tidak menepati kehendak FPK dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) itu sendiri. Hal ini demikian kerana guru yang lahir
pada masa kini adalah bukan guru yang berjiwa pendidik. Mereka hanya mementingkan
gaji semata-mata dan hanya demi memenuhi tuntutan peluang pekerjaan yang
mendesak dalam bidang perguruan. Pemikiran guru masa kini adalah berbeza dengan
guru masa lalu di mana guru masa lalu tidak mementingkan wang ringgit semata-mata.
Hal ini demikian kerana guru pada ketika itu menganggap profesion keguruan sebagai
suatu ibadah.

2
Seterusnya adalah tidak adil sekiranya segala kekurangan diletakkan di atas
bahu guru. Hal ini demikian kerana isu amalan profesion keguruan masa kini adalah
guru-guru terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan yang lain apabila disuruh oleh
pihak sekolah walaupun perkara tersebut adalah di luar profesion keguruan. Menurut
Kareem (2005), cabaran yang sering dihadapi oleh seseorang guru adalah apabila
berhadapan dengan tugasan dan cabaran disekolah. Umum kita ketahui bahawa
sekolah merupakan suatu skop yang besar untuk diperincikan. Hal ini demikian kerana
isi sekolah itu sendiri terdiri daripada banyak lapisan seperti golongan pentadbir, guru-
guru, staf-staf dan yang paling penting adalah pelajar. Melihat kepada kepelbagaian
lapisan di dalam sekolah itu sendiri, sudah tentu banyak cabaran yang dihadapi oleh
guru itu sendiri. Cabaran yang dihadapi mungkin dari segi bebanan tugas pentadbiran,
masalah sosial pelajar atau mungkin berlakunya lambakan kerja di luar sekolah
sehingga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu sekaligus
menjejaskan profesion keguruan mereka.

Selain itu, isu dalam profesion keguruan juga adalah guru masa kini terpaksa
terlibat dalam urusan pentadbiran dan surat menyurat. Perkara ini tidak sepatutnya
berlaku kerana urusan pentadbiran tidak termasuk dalam profesion keguruan. Apabila
segala urusan dokumen pengurusan dilakukan oleh seorang guru, mereka ini tiada
bezanya dengan seorang kerani walhal mereka ditugaskan untuk mendidik anak
bangsa. Seorang guru terpaksa mengisi segala maklumat dalam sistem maklumat
murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang melibatkan murid
yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Ada
kalanya guru terpaksa meninggalkan pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam
kelas demi menyelesaikan urusan pentadbiran. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku
kerana boleh menjejaskan profesion keguruan itu sendiri di samping kemerosotan
akademik dalam kalangan pelajar. Kesimpulannya, pihak kementerian dan kerajaan
perlulah peka dengan isu yang melanda dalam profesion keguruan masa kini serta
memikirkan inisiatif bagi mengatasi isu sensitif ini.

3
2.2 Standard Prestasi Antarabangsa

Seterusnya, isu berkaitan dengan falsafah pendidikan di Malaysia adalah


mengenai inisiatif yang dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia. Umum kita ketahui bahawa pentaksiran antarabangsa iaitu Trend in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme in International
Student Assessment (PISA) telah muncul sebagai kaedah pentaksiran langsung
mengenai kualiti keberhasilan pendidikan negara yang merentas sistem dan negara kita
telah mengikutinya sepanjang dua dekad yang lalu (Soon, 2009). Kaedah ini mentaksir
pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan. Kaedah ini menuntut
pelajar di Malaysia memiliki pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan
sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana ujian tersebut menguji pemikiran pelajar di luar
kotak pemikiran serta pembelajaran mereka di sekolah.

Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat julung kalinya pada
1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains.
Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada 2012 menunjukkan prestasi murid
Malaysia menurun ke tahap di bawah purata antarabangsa bagi Matematik dan Sains,
disusuli penurunan dari segi kedudukan negara. Melalui Programme in International
Student Assessment (PISA) 2012, Malaysia telah berada pada kedudukan kedua
tercorot dikalangan negara-negara Asia yang lain. “Pada tahun 2012, PISA
mengeluarkan ranking yang mana menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke
52 daripada 65 buah negara serta menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara
termasuk di belakang Vietnam dan juga Thailand.” (Tajul, 2005). Data tersebut
membuktikan kepada kita bahawa ketidakberhasilan perancangan pendidikan di dalam
negara. (Rujuk lampiran 1)

Laporan pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan bahawa


murid di Malaysia sukar mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi (Azhar & Zawawi,
2009). Soal selidik yang dijalankan ke atas syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa
juga mendapati bahawa murid Malaysia gagal menguasai kemahiran insaniah yang
diperlukan oleh bakal majikan khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Oleh itu, kementerian telah memperkenalkan modul kurikulum tambahan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) bagi menangani jurang dari
segi kandungan dan kemahiran dalam kalangan murid yang telah dikenal pasti melalui

4
pentaksiran TIMSS dan PISA. Modul ini telah dilaksanakan bermula tahun 2014. Selain
itu, kementerian juga menjalankan ujian diagnostik terhadap guru untuk mengenal pasti
tahap kemahiran pedagogi dan pengetahuan kandungan mata pelajaran bagi
menyediakan program peningkatan kemahiran khusus (Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, 2013).

2.3 Inisiatif Penggubal Dasar

Di samping itu, antara isu yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Malaysia
adalah inisiatif penggubalan dasar. Jika dilihat dan dibandingkan antara pelajar di
bandar dan luar bandar, jurang pencapaian akademik dan kokurikulum antara mereka
sangat besar. Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa kekangan pelaksanaan
pembelajaran yang sama seperti pelajar di bandar seperti kurang kemudahan ICT di luar
bandar, kurang bekalan elektrik, kurangnya kesedaran terhadap teknologi dan
sebagainya. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memastikan setiap warganegara
Malaysia memperoleh peluang pendidikan yang sama, mampu mengembangkan
potensi diri secara menyeluruh sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis, meningkatkan budaya ilmu,
membudayakan sains dan teknologi, dan yang paling utama adalah mampu
meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia pada mata dunia.

Selain itu, penekanan dalam mengurangkan serta merapatkan jurang pendidikan


antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan
pelajar adalah bagi mengurangkan perbezaan dari segi penyediaan kemudahan fizikal
dan bukan fizikal, prestasi dan pencapaian pelajar serta keciciran (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia, 2013). Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha
sedaya upaya dalam membangunkan infrastruktur dan menyediakan kemudahan
pendidikan khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak. Kementerian juga memberi
jaminan bahawa akan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut
standard yang telah di gariskan. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
bantuan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan akan mempergiat usaha
menyalurkan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti.

5
Seterusnya, pihak kementerian juga akan menempatkan guru terlatih yang
mencukupi mengikut bidang yang diperlukan di kawasan luar bandar. Hal ini bertujuan
bagi membantu pelajar-pelajar dalam segenap aspek kehidupan kerana guru yang
dilahirkan pada alaf-21 ini adalah fleksibal dan serba boleh.

3.0 Rumusan
Kesimpulannya, perangkaan serta konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sudah cukup membantu dan lengkap bagi membangunkan insan. Namun
begitu, sehebat mana pelaksanaan suatu dasar susah pasti terdapat kekurangan yang perlu
ditambah baik begitu juga dengan sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, usaha-usaha
bagi melahirkan insan bermodal kelas pertama bukan sekadar satu khayalan atau fantasi
malah harus diteliti dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Diharapkan agar segala
perangkaan yang telah dirancang akan membuahkan hasil yang akan memberi manfaat
kepada Malaysia.

6
4.0 Rujukan

Zainal (2003). Nilai, Etika dan Budaya Kerja Dalam Pentadbiran Sektor Awam Di Malaysia
Dari Perspektif Islam. Jurnal Pengurusan Awam. Jilid 2. Bil.1 Januari 2003.
Putrajaya: Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Arif Salleh & Wardah Mokhtar. (2007). Membentuk Jati Diri Remaja.Bentong, Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kareem, O. A., & Bing, K. W. (2005). Perkembangan Profesional Guru Secara Berterusan:
Perspektif Pembangunan Sumber Manusia. Jurnal Masalah Pendidikan.

Rosnani Hashim. (2007). Liberalisasi Pendidikan Dan Cabarannya Di Malaysia. Jurnal


Pendidikan Islam. Jilid12 Bil. 2.

Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Puchong, Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan


Malaysia.

Tajul Ariffin Noordin. (2005). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azhar Hj. Wahid & Zawawi Jahya. (2009). Pendidikan Pembangunan Modal Insan. Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

7
5.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai