Anda di halaman 1dari 1

Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah

Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam?


Pertama, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat
ataupun kepentingan. Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala
sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.
Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat,
tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.
Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam
keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan
Allah dan Rasul-Nya.
Keempat, menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap
seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan
haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.
Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota
keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan
Islam.
Keenam, menghiasi rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan
sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan
sebagainya.
Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.

Anda mungkin juga menyukai