Anda di halaman 1dari 4

Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk melakar wacana yang berpaksikan tajuk Iman

Dan Takwa Pencetus Ummah Gemilang . Lantas, saya tampilkan dahulu intepretasi yang
membina maudhuknya.Perkataan iman membawa maksud percaya. Iaitu percaya akan
kewujudan dan keesaan Allah. Dimana kepercayaan diletakkan sepenuhnya kepada Allah.
Definisi takwa pula adalah patuh tanpa syarat iaitu dengan suruhan Allah dengan ikhlas
serta menjauhi laranganNya.
seterusnya Frasa Ummah gemilang pula adalah sebuah masyarakat yang cemerlang dari
semua aspek kehidupan iaitu dari aspek emosi,rohani,dan jasmaninya.
Mari kita telusuri sejarah kerajaan hebat suatu ketika dahulu iaitu empayar Uthmaniah.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mencapai kemuncak kegemilangannya di era
pemerintahan Sultan Suleyman I (1520 1566). Ketika itu pemerintahan Uthmaniyyah
dianggap sebagai kuasa terbesar dunia. Di dalam sebuah manuskrip bertarikh 1538, Sultan
Suleyman I telah meluahkan pandangannya terhadap penguasaan beliau kepada kuasa
dunia:
Beta adalah hamba Allah dan Sultan kepada dunia ini. Dengan limpah kurniaan Allah, beta
menjadi ketua umat Muhammad. Kekuasaan Allah dan mukjizat Rasulullah menjadi teman
beta.
Petikan kata-kata diatas membuktikan keimanan dan ketakwaan menjadi teras kepada
pembangunan ummah.
Hadirin,hadhirat yang saya hormati sekalian,
halus perbincangan taqwa adalah ianya seolah-olah satu jisim yang menyerupai bakteria
ikhlas. Diibaratkan sebagai seekor semut hitam di lorong yang gelap, tiada siapa yang
menyedari kehadirannya melainkan Allah s.w.t, kerana itu ikhlas dijadikan rahsia simpanan
kepada asas pertimbangan neraca mizan kelak.
Seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13:
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)"
Apabila bercakap mengenai Iman, ia sangat berkait rapat dengan aqidah kita.kita selidiki
semula kalimah Syahadah yang sering kita lafazkan:
Aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Kalimah Laillahhaillallah membawa erti tiada tuhan yang layak disembah melainkan
Allah.Apabila melafazkannya kita meyakini bahawa tiada yang lain melainkan Allah.Boleh
kita pecahkan kepada lima.Allah sebagai tempat tumpuan kecintaan,tempat
perlindungan,tempat pergantungan,tumpuan sembahan dan tumpuan ketaatan.
Fikrah Wacana yang pertama:
Kecintaan kepada Allah pemangkin Kegemilangan Ummah.
Lumrah kehidupan manusia,seseorang itu akan menumpukan perhatian dan minat pada
sesuatu perkara yang sangat dia cintai.Begitu juga perasaan yang harus ada pada diri
setiap muslim. Kecintaan yang mendalam kepada Allah dibuktikan apaila seseorang itu
sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan keimanannya.

Imbau kembali, penderitaan penuh azab yang ditanggung keluarga Yasir bin Amir oleh tuan
mereka Abi Huzaifah Al-Mughirah. Lantaran mempertahankan kalimah tauhid, sang isteri
Sumayyah binti Khabbat dipakaikan baju rantaian besi, dijemur di tengah terik mentari
padang pasir dan akhirnya tengkuknya ditikam dengan lembing sehingga gugur syahid. Tapi
malangnya hari ini, lantaran rapuhnya tunjang akidah dalam individu, jiwa ummah dirobek
rakus ajaran sesat Ayah Pin tersasar mencari Tuhan serta kebiadaban Black Metal memijak
al-Quran.Jelaslah individu yang jitu imannya menjadi paksi negara yang sejahtera.
Beginilah keimanan bertitik tolak dalam membentuk ummah yang gemilang.Kecintaan
kepada Allah inilah akan melahirkan cinta pada yang lainnya. Ini kerana Islam amat
menganjurkan kasih-berkasihan sesama insane.seperti dalam firman Allah dalam surah AlHujurat ayat 10:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara
dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat. ( Al-Hujuraat 49:10 )
Dengan ini kesejahteraan ummah dapat terpelihara dalam jenayah dan sebagainya. Kasih
sayang yang hadir ini jugalah yang melahirkan rasa tanggungjawab sesama saudara
seaqidah kita lantas menjalankan amar maruf nahi mungkar.Namun, yang berlaku pada
zaman ini,penzaliman dan penindasan sering berlaku.Kecintaan pada Allah sewajarnya
ditanam dalam diri setiap masyarakat untuk mencapai kegemilangan ummah.
Wacana Fikrah yang Kedua:
Bernaung dibawah perlindungan Allah pencetus Ummah Gemilang
seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 165:
Orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada ALLAH (Al-Baqarah:165 )
Allah berfirman lagi dalam surah Al-Araaf ayat 200:

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ( Al-A'raaf
7:200 )
Sebagai seorang insan yang lemah,kita sememangnya memerlukan tempat berlindung.Dan
sebaik-baik perlindungan itu sudah pasti adalah perlindungan daripada Allah.Sesungguhnya
apa yang ditimpakan keatas kita adalah apa yang kita mampu untuk mengatasinya.
Apabila setiap ahli masyarakat menjadikan Allah sebagai tempat perlindungan,kita tidak
perlu lagi meminta pada yang lainnya.Dengan ini tidaklah berlaku syirik iaitu menyekutukan
Allah.lahirlah ummah yang fikrahnya bebas dari anasir-anasir syaitan yang sejak dahulu lagi
berjanji untuk menyesatkan manusia.

Fikrah Wacana yang ketiga:


Pengharapan pada Allah melahirkan Ummah Gemilang
Kehidupan kita penuh dengan cabaran untuk kita harungi.Dalam mengharungi semua
mehnah dan tribulasi ini,kita seharusnya meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah
swt.Kita memohon daripada Allah bukan sahaja ketika dalam kesusahan,malah ketika kita
sedang dalam kesenangan,dalam kenikmatan dunia yang fana ini.
Kebanyakan orang mudah cenderung melakukan perkara yang dimurkai Allah apabila
berada dalam kesusahan.ada yang merompak dan meragut bagi mengatasi masalah
kemiskinan.Ada yang mengaaniaya insan lain bagi memuaskan nafsu sendiri.Pengharapan
kepada Allah adalah penyelesaian yang terbaik.Jadikan dugaan yang ditimpakan keatas diri
sebagai satu pendorong untuk lebih berusaha memajukan diri,agama,bangsa dan Negara.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 23:
Dan hanya kepada ALLAH hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang yang
beriman (Al-Maidah:23 )
Mari kita imbau kesabaran serta kecekalan rasul-rasul ulul azmi yang begitu kental
menghadapi ujian daripada kaum mereka serta betapa cekalnya hati seorang ibu tua
daripada Bani Dinar yang redha dengan kematian ayah, suami dan anaknya sebaik sahaja
dikhabarkan mereka gugur di medan Uhud.
Wacana Fikrah yang keempat:
Menyembah hanya Allah pencetus Ummah gemilang
Rukun Islam yang ke2 ialah menunaikan solat lima waktu sehari semalam.Ini merupakan
salah satu perlakuan bagi mencukupkan syarat seseorang itu seorang muslim.Solat suatu
perkara yang mudah dilaksanakan namun terlalu diambil mudah oleh masyarakat kini.Solat
dianggap suatu perkara remeh.Ini lah yang menjadi punca kerosakan akhlak masyarakat
kini. lahirlah ummah yang rosak akhlaknya seperti budaya punk, mat rempit, serta
vandalisme.
Perlu diingatkan pada masyarakat zaman ini tentang tujuan Allah menciptakan
manusia.disebutkan dalam firman Allah dalam surah Adz-Dzaariyat ayat 56:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah
dan beribadat kepadaKu. ( Adz-Dzaariyaat 51:56 )
Solat juga adalah amalan asas bagi setiap penganut agama Islam.sabda Rasulullah,
"Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".
Selain itu,solat menghindari diri dari melakukan kemungkaran.Dengan mengerjakan solat
ikhlas kerana Allah,insyaAllah iman akan terpelihara.
Wacana Fikrah yang terakhir:
Ketaatan kepada Allah asas pada kemilangan Ummah
Ketaatan membawa kita patuh pada setiap suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.Ini
amat penting dalam membina jati diri muslim seterusnya mencapai kegemilangan

ummah.Ketaatan pada Allah melahirkan rasa takut kepada Allah,takut akan azabNya.lantas
menghadirkan muraqabah dalam diri.iaitu merasakan diri sentiasa dalam pengawasan Allah.
Dalam firman Allah dalam surah An-Nas ayat 1-3:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian


manusia. ( An-Naas 114:1 )
"Yang Menguasai sekalian manusia, ( An-Naas 114:2 )
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, ( An-Naas 114:3 )
Dalam usaha mencapai kegemilangan ummah,kita jadikan contoh teladan terbaik sepanjang
zaman iaitu Rasulullah saw sebagai idola.Insan yang mempunyai peribadi mulia,pemimpin
yang adil,peniaga yang jujur,seorang yang amanah,takwanya kepada Allah membentuk
peribadi unggul yang sangat kita sanjungi sampai kini.
Selain itu pemimpin Kerajaan Uthmaniah Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menwan
kota terhebat,Kota Constantinople.Kita memerlukan lebih ramai pewaris Al-Fateh bagi
mencapai kegemilangan ummah.Dan untuk mencapainya,sudah tentu melalui keimanan
yang utuh kepada Allah.
Natijahnya, keimanan dan ketakwaan menjadi asas tertegaknya ummah yang gemilangan.
Bermula dengan aqidah yang terbina dalam peribadi setiap individu dan akhirnya membawa
kepada sesuatu yang lebih besar iaitu masyarakat yang cemerlang emosi,rohani dan
fizikalnya.
Bulan penyeri bumi,iman penyeri diri..wabillahitaufik wal hidayah..assalamualaikum
warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai