Anda di halaman 1dari 6

Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga

Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikanyang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintangbintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna. Hadis Riwaat Abu Daud

Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu waji batas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut. Hadis Riwayat Al Bara Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu itu disisi orang yang tidak ahlinya seperti memberikan rantai permata, mutiara dan emas ke leher babi. Hadis Riwayat Ibnu Majah

Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali. Hadis Riwayat At Tirmizi

Kesudahan Pencari Ilmu Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yangberilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmuyang didengarinya sehingga adalahkesudahannya itu di dalam syurga. Hadis Riwayat At Tirmizi

Ilmu Dan Amal Di Syurga Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: Orang yang alim, ilmu dan amal itu ketigatiganya itu di dalam syurga. Danapabila orang alim tidak mengamalkanilmunya maka ilmu dan amal itu tetap di dalam syurga, sedang si alim itu akandimasukkan ke dalam neraka. Hadis Riwayat Al Dailami

Bertanya Itu Anak Kunci Ilmu Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Makahendaklah kamu sering bertanya semoga kamudiberi rahmat oleh Allah Taala. Makasesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yangbertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketigaorang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka. Hadis Riwayat Abu Naim

Anda mungkin juga menyukai