Anda di halaman 1dari 8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA DALAM KEHIDUPAN


MANUSIA

MUQADDIMAH

Aqidah yang sahih dan sempurna merupakan syarat pertama untuk menjamin amal
seseorang diterima oleh Allah SWT. Tanpa aqidah Islamiah yang tulen, amalan tidak akan
diterima oleh Allah SWT walaupun ia berbau Islam.

Firman Allah s.w.t. :

‫أجعلتم سقاية الحآج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن باهلل واليوم اآلخر وجهد فى سبيل اهلل ال يستوون عند اهلل‬

Maksudnya : “ Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang


mengerjakan haji dan menguruskan Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang
yang beriman kepaada Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah”.
(At-Taubah : 19)

ASAS AJARAN ISLAM

Asas ajaran Islam ialah pengucapan syahadatain. Ia adalah muqaddimah kepada


ajaran ini.
Kalimah syahadah mengandungi dua tuntutan besar. Tuntutan keimanan kepada
Allah yang mencakupi aspek-aspeknya dan tuntutan beriman kepada Rasululah SAW
dengan beberapa aspek yang mesti diimani.

HUBUNGAN SYAHADAH DENGAN ISLAM

Ia seperti hubungan antara roh dan jasad. Syahadah yang diucapkan tidak akan
memberi apa-apa erti kepada tuannya kecuali ia tahu apa yang diucapkan.
Ucapan itu, hendaklah dilafazkan dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh,
tidak main-main. Mana-mana ucapan yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak tahu

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

maksud yang diucapkan itu dan ditambah pula dengan rasa yang tidak yakin, syahadah
seperti itu tidak bererti bahkan orang seperti itu dikatakan pembohong dan pengkhianat.
Ia samalah seperti seorang saksi di mahkamah. Seorang saksi berhak menerangkan
sesuatu jika ia betul-betul lihat dan tahu, kemudian penyaksian itu hendaklah dilakukan
secara bersungguh-sungguh, barulah ia dikatakan benar. Begitulah sebaliknya.

KESEMPURNAAN SYAHADAH

Syahadah hanya akan sempurna apabila memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

1. MENGAKU DENGAN LIDAH : Dengan erti sesorang itu mengaku dan mengucap dengan
lidahnya bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad s.a.w. adalah pesuruhNya.

2. KEPERCAYAAN DI DALAM HATI : Iaitu hatinya percaya dengan bersungguh-


sungguh bahawa apa yang diucapkan oleh lidah adalah betul dan benar.

3. MELAKUKAN TUNTUTANNYA DENGAN ANGGOTA : Setelah kedua-dua hati dan lidah


sebulat kata, maka anggota dengan rela melakukan kehendak tuntutan dari ucapan
syahadah itu.

TAUHID ULUHIYAH DAN RUBUBIYYAH

Kedua-dua tauhid di atas tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Di dalam
syahadah ada kalimah “Ilah” yang mempunyai kaitan kukuh antara Tauhid Uluhiyyah dan
Tauhid Rububiyyah.
Tauhid Rububiyyah ialah mengi’tiqadkan atau mengaku bahawa Allah SWT Yang Esa
sahaja mencipta alam seluruhnya, mentadbir dan mengurus, menghidup dan mematikan.
Di tanganNyalah kerajaan dan kekuasaan serta memiliki segala sesuatu.
Seluruh umat manusia beriman kepada Rububiyyah ini tidak kira kafir atau Muslim.
Firaun walaupun ia mengaku dirinya tuhan tetapi di dalam hatinya mengaku beriman
kepada Tauhid Rububiyah kerana ia mengaku bahawa pencipta alam ini adalah Allah
Yang Maha Esa, sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya :

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫قال لقد علمت ما أنزل هؤآلء اال رب اسموات واألرض بصائر وانى لظنك يفرعون مبثورا‬

Maksudnya : “ Musa berkata : Sesungguhnya engkau mengetahui, tiada yang


menurunkan ayat-ayat itu melainkan Tuhan langit dan bumi sebagai keterangan (atas
kebenaran). Sesungguhnya aku menyangka engkau hai Firaun orang binasa”.

Orang kafir termasuk musyrikin Arab apabila ditanya sipakah pencipta langit dan
bumi, mereka menjawab Allah yang menciptanya.

Firman Allah s.w.t. :

‫ولئن سألتهم من خلق السموات واألرض ليقولن اهلل قل الحمد هلل بل أكثرهم ال يعلمون‬

Maksudnya : “ Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka siapakah yang
menciptakan langit dan bumi? Mereka akan menjawab : “Allah” , tetapi kebanyakan
mereka tidak mengetahui”.
(Luqman : 25)

Tauhid Uluhiyyah iaitu mengi’tiqadkan bahawa Allah Yang Maha Esa sahaja yang
layak dan mesti disembah dan tidak boleh menyekutuiNya dengan sesuatu. KepadaNya
sahajalah tempat bertawakkal (tempat berserah) dan Dia sahajalah yang mempunyai
kekuasaan dan pemerintahan.

Apabila seseorang itu telah beriman dengan Tauhid Uluhiyyah dengan sendirinya ia
beriman dengan tauhid Al-Sifat Wal Af’al dan Tauhid Rububiyyah. Kerana setelah dia
menyembah Allah, dia mestilah mengenal sifat kesempunaanNya yang termasuk di bawah
Tauhid Al-Sifat wal Af’al dan Rububiyyah.

Orang yang beriman dengan Tauhid Ulhiyyah dikatakan telah Islam tetapi tidak
sebaliknya. Dengan erti orang yang hanya beriman dengan Tauhid Rububiyyah semata-
mata tidak digolongkan dengan orang-orang yang sebenar-benar beriman kepada Allah
SWT.

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

TUGAS SEORANG RASUL MENGAJAK MANUSIA KEPADA TAUHID


ULUHIYYAH

Tauhid Uluhiyyah yang meliputi ketiga-tiga jenis tauhid (Tauhid Rububiyyah,


Uluhiyyah dan Asma’ wa sifat), adalah satu-satunya tauhid yang dituntut oleh Allah SWT
dan kerana itu Rasul diutuskan. Setiap Rasul mengajak ummatnya supaya beriman
dengan Tauhid Uluhiyyah dan ia dikatakan ajaran asasi yang diajar oleh para anbiya’.
Allah SWT berfirman :

‫وما أرسلنا من قبلك من رسول اال نوحى اليه انه ال اله اال أنا فاعبدون‬

Maksudnya : “ Dan tidak Kami utuskan sebelum engkau (Muhammad) daripada rasul-rasul
melainkan Kami wahyukan kepadanya : Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku.
Maka sembahlah olehmu akan Aku”.

Antara tuntutan syahadah ialah beriman kepada Rasul dengan erti mengenali
Baginda SAW dan dijadikan tempat rujukan kedua selepas Al-Quran. Nabi Muhammad
SAW merupakan Nabi dan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.

Oleh itu apabila seseorang itu menyaksikan bahawa Muhammad SAW itu Rasul Allah
dia mesti menghayati firman Allah yang memerintah supaya mengikuti Rasul SAW
sebagai tanda pengabdiannya kepada Allah SAW.

FirmanNya :

‫قل ان كنتم تحبون اهلل فاتبعونى يحببكم اهلل ويغفرلكم ذنوبكم واهلل غفور رحيم‬

Maksudnya : “ Katakanlah : Jika kamu benar-benar mencintai Allah ikuitlah aku


(Muhammad) nescaya Allah mengasihani kamu dan mengampuni dosa-dosamu, Allah
s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
(Ali Imran : 31)

FirmanNya lagi :

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫فال وربك ال يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم ال يجدوا فى أنفسهم حرجا مما قضيت ةيسلوا تسليما‬

Maksudnya : “ Demi tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu
(Muhammad s.a.w.) hakim pada perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka
tidak merasa berat terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima
sepenuhnya”.
(An-Nisa’ : 65)

SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

Apabila seseorang telah bersyahadah dengan kalimah syahadah, ia dianggap Islam,


tetapi Islamnya tidak akan sempurna kecuali setelah menuaikan tunutan tauhid atau
syahadah itu sendiri. Tuntutannya meliputi seluruh tuntutan Allah SWT dan Rasul SAW di
dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Secara ringkas tuntutan tersebut seperti berikut :

1. BERIMAN DENGAN PERKARA GHAIB


Perkara ghaib yang dimaksudkan itu beriman dengan rukun iman yang enam ;
BERIMAN DENGAN ALLAH SWT, MALAIKAT, KITAB-KITAB, RASUL-RASUL,
HARI AKHIRAT DAN QADHA’ QADAR.

2. MENUNAIKAN RUKUN ISLAM


Tauhid juga menuntut orang yang melafazkannya supaya menunaikan segala
ibadat yang diwajibkan dengan sempurna dan betul mengikut apa yang diajar oleh
Rasulullah SAW, tidak memadai dilakukan ketika senang atau seketika sahaja.

Sesiapa yang tidak menunaikan ibadat solat, puasa, zakat dan haji sedangkan ia
cukup syarat wajibnya, ia tidak boleh dianggap Muslim kerana Islam tidak memadai
dengan hanya mengucap sahaja, tetapi mesti disertakan dengan amalan anggota
sebagaimana yang tersebut di atas.

3. AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR


Syahadah yang diucapkan memaksa tuannya melakukan amar ma’ruf nahi
mungkar yang merupakan sebesar-besar kewajipan agama setelah seseorang itu
beriman kepada Allah SWT.

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

FirmanNya :

....... ‫كنتم خير امة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون باهلل‬

Maksudnya : “ Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk kepentingan


manusia, menyuruh mengerjakan yang benar (baik) dan melarang ynag jahat, serta
beriman kepada Allah”.
(Ali Imran : 110)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran dilakukan, maka hendaklah diubah dengan


tangan, jika tidak berkuasa hendaklah diubah dengan lidah, jika tidak berkuasa juga
hendaklah dilawan dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman”.

Difahamkan dari hadis ini, sesiapa yang tidak melawan satu-satu kemungkaran
sedangkan dia berkuasa, dia bukanlah orang Mukmin. Lebih-lebih lagi kalau
sesorang itu memberi sokongan dan redha dengan kemungkaran yang berlaku di
hadapan matanya. Kerana orang yang melawan dengan hati adalah orang yang
palinga lemah imannya. Jika redha, tidak melawan langsung atau memberi
sokongan bererti imannya tidak ada. Orang seperti ini telah diistilahkan oleh
Rasululah SAW sebagai syaitan bisu.

4. MENGHUKM DENGAN HUKUM ALLAH DAN MENDIRIKAN KERAJAAN ISLAM


Allah SWT telah memerintahkan kaum Muslimin supaya melaksanakan hukum
Islam dan undang-undangnya. Di dalam Al-Quran banyak hukum yang telah
diterangkan oleh Allah untuk dilaksanakan di dalam kehidupan seharian.

Allah SWT telah memberikan amaranNya kepada mereka yang tidak mahu
menghukum apa yang telah diturunkanNya dengan firmanNya :

‫الفاسقون‬....... ‫الظابمون‬....... ‫ومن لم يحكم بما أنزل اهلل فأولئك هم الكفرون‬

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Maksudnya : “ Barangsiapa yang tidak maenghukum menurut apa yang diturunkan


oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir…….zalim…….fasik”.

Mereka yang tidak menghukum enggan apa yang diturunkan oleh Allah bererti
mereka menolak Tauhid Uluhiyyah kepada Allah SWT dan juga mereka telah
menolak ikrar dan pengakuan mereka terhadap syahadahnya melalui amalan
mereka (amalan tidak menghukum dengan hukum Allah). Tuntutan melaksanakan
hukum Allah ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerajaan Islam. Sebab itulah
mengikut pandangan Said Hawa dalam Kitabnya “Tentera Allah” bahawa
mendirikan kerajaan Islam sekarang adalah fardu ain bukan lagi fardu kifayah.

5. MENGADAKAN MASYARAKAT ISLAM

Masyarakat Islam adalah masyarakat yang melaksanakan Islam dalam segenap


lapangan, baik dalam lapangan aqidah, syariat (undang-undang), peraturan dan
akhlak.
Masyarakat Islam tidak lahir kecuali lahirnya sekumpulan manusia yang
menyembah Allah SWT dengan sempurna dan tidak menyembah yang lainnya
serta tidak mematuhi undang-undang selain dari undang-undang Allah. Kemudian
cara hidupnya berlandaskan ajaran Al-Quran dan Al-Hadis dan tidak mengikuti
peraturan-peraturan ciptaan manusia.

PENUTUP

Tiada gunanya keimanan kepada Allah itu dikerat-kerat mengikut selera individu.
Islam meletakkan iman itu sama ada beriman secara mutlak kepada Allah dan
RasulNya atau meninggalkannya secara mutlak.

Serahlah aqidah dan diri kamu kepada Allah. Sama ada penyerahan itu dilakukan
atau tidak, kamu tetap akan datang berserah kepadaNya pada hari kiamat nanti.

Semoga kertas kerja yang ringkas ini akan dapat dimanfaatkan bersama sama ada
kepada penulis atau pembaca sekelian.

Rujukan :

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

1.Terjemahan Al-Quran.
2.Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah, Tuntutannya Terhadap Ulama’.
3.Syahadah dan Tuntutannya Dalam Kehidupan Muslim.

Disusun Oleh :Ibnu Abdillah, Universiti Al-Azhar, Kaherah


Tarikh :26 Oktober 1993

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

Anda mungkin juga menyukai