Anda di halaman 1dari 13

FAHAMAN YANG SEBENAR TERHADAP KALIMAH MUSLIM

Sudah menjadi suatu perkara biasa di dalam perbualan kita seharian, tua muda
seringkali menyebut-nyebut kalimah “Muslim” tetapi amat sedikit pula dikalangan mereka
yang benar-benar mengerti dasar maknanya… Disebabkan kerap sangat disebut-sebut
orang,hinggakan yang memperkatakan tentang “Muslim” sendiri pun masih mengenalinya
secara samar-samar sahaja, apahal pula yang mendengar …Akan tetapi, pengertian
“Muslim” secara detail lagi mendalam, golongan cerdik pandai pun tidak kesemuanya
yang memahami, apatah lagi orang-orang yang masih jahil.

Sebagai contoh, cuba kita lihat kalimah “al-Islam”dan “al-Muslim”. Kita sering
menyebut-nyebut dua kalimah ini, bak kata pepatah sudah menjadi buah mulut kita
semua. Akan tetapi ada pula dikalangan orang-orang yang selalu melaung-laungkan dua
kalimah ini, mereka sendiri pun nampaknya masih samar-samar di dalam memahami
konsep makna keduanya. Apatah lagi yang mendengar, bagaikan jauh panggang dari api !
Andainya angka bilangan orang-orang Islam 95% atau lebih dan semuanya mendakwa
bahawa diri mereka Muslimin dan menganggap “al-Islam” sebagai agama mereka namun
tidak pula keseluruhannya benar-benar faham apa itu “Muslim”dan apakah dia
“Islam”.Maka marilah sekarang kita cuba luangkan masa untuk menyelidiki akan makna
dua kalimah tadi.

Apabila kamu lihat kepada akidah dan amalan manusia semua, maka bolehlah
kamu kategorikan keadaan mereka itu kepada tiga golongan mengikut kebiasaan :

Golongan pertama :

Iaitu golongan yang menyuarakan dengan lantang bahawa mereka bebas


berideologi dengan sebarang ideologi dan bebas membuat sebarang tindakan. Semua
amalan dan perbuatan kumpulan ini bersandarkan kepada pemikiran mereka sendiri. Apa
yang lahir hasil dari perahan otak mereka,maka itulah merupakan jalan untuk mereka
bertindak. Golongan ini jangankan hendak mengikut mana-mana agama, malahan
beriman dengan sebarang agama pun tidak …..!

Golongan kedua :
Golongan inilah yang dikatakan beragama secara zahir. Hakikat sebenar mereka ini
juga masih berpedomankan idea mereka sendiri.Golongan ini jangankan hendak
menjadikan akidah dan syariat sebagai perundangan hidup mereka, malahan mereka
mengeksploitasi pula untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka lakukan sekehendak hati
mereka, selepas itu mereka cuba mendakwa bahawa apa yang telah mereka lakukan itu
sesuai dengan suruhan agama, malahan agamalah yang mengikut telunjuk dan hawa
nafsu mereka…!

Golongan ketiga :

Golongan ini termasuklah orang-orang yang tidak lagi mahu menggunakan fikiran,
seolah-olah otak mereka sudah beku, tidak lagi dapat berfikir. Golongan ini semata-mata
menjadi Pak Turut. Tidak menjadi soal lah samada datuk nenek mereka kah yang mereka
ikuti ataupun orang-orang yang semasa dengan mereka.

Golongan pertama tadi bermatia-matian memperjuangkan kebebasan, hinggakan


tidak tahu lagi landasan yang sebenar. Memang boleh seseorang itu berfikir dengan
bebas dengan mengikut landasan atau garisan yang dibolehkan tetapi sekiranya
kebebasan yang sampai melewati batasan sudah pasti kebebasan itu bertukar dan
membawa kepada kesesatan.

Siapapun sudah pasti tersalah faham, sekiranya dia hanya mengikut buah
fikirannya sahaja di dalam menjalani semua urusan dan pekerjaan. Dengan ilmu
pengetahuan dan hasil dari perahan fikiran sahaja boleh mentadbir di dalam alam ini,
sebenarnya adalah satu prasangka yang salah, walaupun orang yang mendakwa
demikian adalah seorang yang arif dalam semua mazhab. Walaupun posisi kumpulan ini
tidak sampai ke taraf ahli Pak Turut yang membabi buta, namun begitu jika semua
pekerjaan hanya asyik berpandukan idea sendiri, tidak mungkin juga orang-orang seperti
ini terlepas dari jurang kesesatan.

Kebebasan dalam berideologi dan kebebasan bertindak boleh mendatangkan risiko


terhadap kemajuan dan pembangunan, kerana golongan ini sudah pasti mempunyai sikap
fanatik kepada pemikiran mereka sendiri, walaupun kemajuan dan pembangunan berhajat
lain dari apa yang mereka fikirkan. Setiap pembangunan yang berbentuk material pun
mahukan kepada anggota-anggota yang berdisipilin. Tidak kira generasi cerdik pandai
ataupun orang biasa,yang penting kesemuanya mestilah mematuhi segala tatasusila dan
adat resam yang digaris dan diabadikan oleh masyarakat yang maju ini. Dengan demikian
sudah jelas bahawa golongan yang bersikap fanatik kepada idea mereka sahaja, tidak
mungkin dapat ditemui dalam satu titik pertemuan dengan masyarakat yang inginkan
kemajuan. Masyarakat yang bersikap bebas yang berleluasa ini boleh mewujudkan
individu yang mementingkan diri sendiri.Akhirnya disiplin yang mereka buat dicabuli oleh
mereka sendiri.

Oleh yang demikian,kebebasan menghancurkan kemajuan pembangunan. Jika


pembangunan ingin terus diabadikan, maka golongan yang fanatik kepada idea mereka
mestilah mempunyai sikap toleransi demi untuk menjayakan sebuah pembangunan.

Bagi golongan yang kedua, situasi mereka ini lebih buruk jika dibandingkan dengan
golongan yang pertama. Andai tadi golongan yang pertama semata-mata sesat, tetapi
golongan kedua bukan sekadar mereka sahaja yang sesat, malahan merekalah yang
bersikap pembohong munafik pula. Umpama kata pepatah ‘Pepat diluar rencong di
dalam’.

Seseorang yang berpegang kepada agama, bolehlah berfikir di sekitar garisan yang
telah dihadkan oleh agama. Cara berfikir seperti ini tidak lah merupakan satu kesalahan
dan tidak salah juga jika ia berkeyakinan bahawa ajaran yang terdapat di dalam agama,
masakan sama dengan idea manusia. Lain halnya dengan mereka yang sememangnya
berhasrat hendak menentang ajaran agama dan menganggap fikiran mereka sahajalah
yang benar, walaupun fikiran mereka itu bersaingan dengan ajaran yang terdapat dalam
agama. Kemudian mereka pula cuma memodenisasikan setengah dari ajaran agama
mengikut idea dan kehendak hati mereka. Maka golongan ini bukanlah golongan bodoh
malahan inilah golongan munafik seperti yang disebutkan tadi.

Kita terpaksa mengkhuatiri mereka kerana golongan ini tidak sedikitpun


menampakkan amalan yang dilakukan selain pengakuan palsu sahaja. Apakah dari
dakwaan tadi masih ada lagi sekatan-sekatan sehingga mereka terpaksa
membelakangkan ajaran agama, yang mana agama terang-terang menentang mereka.

Golongan ketiga ialah golongan yang teralu promitif dan pasif dari segi
pemikirannya berbanding dengan dua golongan tadi.Kesalahan dua golongan diatas
adalah disebabkan mereka membebankan pemikiran mereka melebihi dari kemampuan
otak mereka sendiri.Akan tetapi kesalahan golongan ketiga ini pula ialah mereka tidak
mahu langsung menggunakan pemikiran mereka, malahan kumpulan ini berfikir atau tidak
berfikir adalah sama sahaja.

Orang-orang yang hanya asyik menjadi Pak Turut kepada datuk nenek meraka
sahaja ataupun terpengaruh dengan sebarang parti yang memerintah mereka ini bagaikan
sudah tidak berotak lagi.

Mereka ini tidak ada potensi lagi untuk berfikir hingga tidak dapat lagi membezakan
antara yang benar dan yang salah. Andaikata secara kebetulan ia dilahirkan di rumah
seorang Yahudi, sudah tentu ia mengikut agama Yahudi. Dan jika dia dilahirkan ditengah-
tengah keluarga Nasrani, nescaya dia akan berfanatik kepada agama Nasrani. Begitu lah
juga andainya ia dilahirkan di rumah seorang muslim,orang ini juga akan mengaku
kebenaran Islam.

Begitulah secara kebetulan ketamadunan Eropah telah menguasai dunia dewasa


ini maka sudah pasti orang ini menganggap Eropah sahajalah sebagai simbol
ketamadunan dan kemajuan dunia hari ini. Orang seperti ini jangankan apa, malahan
bangsa China atau Habsyi sekalipun jika tradisi bansa-bangsa ini telah menguasai
dunia,sudah tentu orang yang berfikiran sempit seperti ini mengatakan bahawa bangsa
tersebut telah mencapai ketamadunan.

Sebenarnya tidak munasabah jika segala yang dilakukan oleh datuk nenek kita
dahulu dan juga dewasa ini semuanya betul. Mereka juga telah banyak melakukan
kesalahan di masa lampau ataupun sekarang ini. Oleh yang demikian tidak sepatutnyalah
kita hanya mengikuti segala apa yang telah dilakukan orang-orang terdahulu mahupun
sekarang ini dengan tanpa usul periksa, masakan diri kita semudah itu ditipu! Tidak kira
dimana sahaja dibawa ikutlah kita, hingga tidak lagi dipersoalkan samada jalan yang kita
ikuti itu dipenuhi dengan onak dan duri atau jalan menuju jalan gaung maut.

Sesungguhnya Allah kurniakan kepada kita akal fikiran supaya kita dapat berfikir.
Dengan berfikir dapatlah kita memilih di manakah yang baik dan buruk, juga dapat
membezakan manakah yang benar dan mana pula yang palsu. Sebelum kita mengikuti
sesiapa pun perlulah kita selidiki ke manakah kita akan dibawa …?
Islam telahpun menjelaskan bahawa ketiga-tiga golongan tadi berada di dalam
kesesatan yang nyata.Kumpulan pertama, Islam telah menjelaskan bahawa mereka tidak
lagi mengikuti petunjuk Rasulullah saw dan mereka sendiri pun tidak memiliki cahaya
petunjuk itu hingga boleh menyinari jalan yang mereka lalui. Mereka ini umpama orang
yang melempar batu di dalam gelap, batu yang dilontarkan tak tahu kemana sasarannya ?
Mungkin batu itu mengenai sasarannya dan tidak kurang pula yang terbabas ke parit
longkang! beginilah halnya dengan taklid dan prasangka sentiasa terdedah kepada
kebatilan ataupun kebenaran, malahan kesalahan banyak berlaku dari apa yang diduga
kecualilah keyakinan.

. ‫ "وما يتبع الذين يدعون من دون اهلل شركاء أن يتبعون إال ظن وإن هم إال يحرصون‬: ‫قال اهلل تعالى‬

Maksudnya : “Tidaklah orang-orang yang mengikuti golongan yang menyeru selain dari
Allah itu bekerjasama. Jika mereka mengikuti pun hanyalah dengan rasa prajudis. Dan
tidaklah mereka selain dari berdusta semata-mata”.

‫(أفرأيت من اتخذ إلهه هواه وأضله اهلل على علم وختم على سمعه وقلبه وجعل عل بصره غساوة فمن‬
)‫يهديه من بعد اهلل‬

Maksudnya : “Apakah tidak kamu lihat pada mereka yang bertuhankan kepada hawa
nafsu mereka. Dan kesesatan mereka itu telah pun ada dalam pengetahuan Allah dan
Allah telah meterikan di pendengaran dan hati mereka dan Allah jadikan di atas
penglihatan meraka itu tadbir, maka siapakah lagi yang akan memberi petunjuk selepas
dari Allah”.

)‫(ومن أضل ممن اتبع هواه بغير هدى من اهلل إن اهلل ال يهدى القوم الظالمين‬

Maksudnya : “Dan mereka yang telah sesat iaitulah mereka yang mengikuti hawa
nafsunya tanpa petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi hidayat
kepada kaum yang zalim”.

Di zaman Rasul saw Bani Israel sebagai contoh golongan kedua. Bani Israel terdiri
dari pengikut-pengikut Nabi Musa a.s. Kitab Taurat sebagai kita mereka, begitulah
pengakuan mereka. Akan tetapi sebaliknya akidah dan amalan-amalan mereka berlainan
dari ajaran Nabi mereka serta menyalahi pula dengan ajaran At-Taurat sendiri. Sudahlah
tidak ada sedikitpun perasaan malu membuat pindaan keatas sesetengah ayat At-Taurat
hingga berubah dari makna yang asal untuk diselaraskan dengan idea-idea dan amalan
mereka, bukannya mereka cuba hendak membetulkan idea dan amalan mereka
sebagaimana yang terkandung dalam At-taurat.tidak cukup dengan mereka abai-abaikan
ajaran yang terdapat dalam At-Taurat yang asal, malahan mereka cuba pula merubah
mengikut sekehendak hati mereka, seolah-olahnya pengajaran yang terdapat di dalamnya
setelah diubahsuaikan itulah juga kitab yang asal. Orang-orang yang cuba mengingatkan
mereka di atas kesesatan dan kedurjanaan tersebut dan menyeru mereka supaya
mengikut suruhan Allah dan bukannya mengikut sekehendak hati sahaja, mereka para
du’at ini disambut dengan maki hamun, caci nista sehingga ada masanya mereka
sanggup melakukan pembunuhan…!

Allah telah menggambarkan golongan ini dalam firman-Nya :

)‫(يحرفون الكلم عن مواضعه ونسوا حظا ما ذكروا به وال تزال تطلع على خائنة منهم إال قليال منهم‬
Maksudnya : “Mereka merubah ayat-ayat At-Taurat daripada tempat-tempatnya yang
asal.dan mereka lupa akan segala amalan-amalan yang disebut didalamnya.dan selalu
mereka mengkhianati terhadap rasul-rasul mereka, kecuali segelintir sahaja yang beriman.
Allah berfirman lagi :

) ‫( يا أهل الكتاب لم تلبسون الحق بالباطل وتكتمون الحق وأتم تعلمون‬


Maksudnya : “Wahai ahli kita (Yahudi dan Nasrani)kenapa kamu tutupi kebenaran dengan
kebatilan. Dan kamu sembunyikan kebenaran yang sebenar, sedangkan kamu sudah
mengetahuinya ?”

)‫(كلما جاءهم رسول بما ال تهوى أنفسهم فريقا كذبوا وفريقا يقتلون‬

Maksudnya : “Bilamana rasul menyampaikan kepada mereka barang yang tidak digemari
oleh hawa nafsu mereka sudah pasti satu kumpulan dari mereka mendustai dan satu
kumpulan lagi melakukan pembunuhan”.
Dan Allah swt jelaskan kepada golongan ini dengan lebih tegas di dalam firman-Nya :

)‫(لستم على شيء حتى تقيموا التوراة واإلنجيل وما أنزل إليكم من ربكم‬

Maksudnya : “Kamu bukan di atas kebenaran, hinggalah kamu tegakkan taurat dan Injil
dari apa jua yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu”.

Golongan yang ketiga dan terakhir, Allah swt telah sebarkan latar belakang mereka di
dalam ayat seperti berikut :

‫(وإذا قيل لهم اتبعوا ما أنزل اهلل قالوا بل نتبع ما ألفينا عليه آبائنا أولو كان آباءهم ال يعقلون شيئا وال‬
)‫يهتدون‬

Maksudnya : “Dan apabila diseru kepada mereka, ikutlah kepada apa yang telah
diturunkan oleh Allah swt lalu mereka menjawab : ‘Malahan kami hendak mengikut barang
yang selalu dilakukan oleh bapa-bapa kami, walaupun bapa-bapa mereka itu tidak
memahami sesuatu apapun apatah lagi mendapat petunjuk”.

‫(وإذا قيل لهم تعالوا إلى ما أنزل اهلل وإلى الرسول قالوا حسبنا ما وجدنا عليه آبائنا أولو كان آباءهم ال‬
)‫يعلمون وال يهتدون‬

Maksudnya : “Dan apabila diseru kepada mereka, “Marilah mengikuti pada apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan mengikuti Rasul”, lalu mereka menjawab : “Cukuplah dengan
apa yang kami dapati daripada bapa-bapa kami”. walaupun bapa-bapa mereka itu tidak
tahu suatu apapun dan tidak dapat petunjuk”.

)‫(وإن تطع أكثر من فى األرض يضلوك عن سبيل اهلل أن يتبعون إال الظن وإنه إال يحرصون‬

Maksudnya : “Dan jika kamu mentaati kepada kebanyakan mereka yang dibumi
ini,nescayalah mereka yang menyelewengkan kamu daripada jalan Allah yang
sebenarnya. Mereka sendiri pun tidaklah mengikuti kecuali dengan syak wasangka.dan
tidak mereka lakukan demikian kecuali orang-orang yang pembohong sahaja”.
Bahawa orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal fikiran, sudah tentu
mereka sendiri tidak boleh memilih di antara yang sahih dan yang palsu.Mereka hanya
asyik mengikuti orang lain dengan membabi buta. Golongan ini Allah telah gambarkan
seperti di dalam firman-Nya :

)‫(صم بكم عمي فهم ال يعقلون‬


Maksudnya : “Pekak,bisu,buta mereka tidak lagi boleh berfikir”.

Allah swt membuat perbandingan bahawa golongan ini bukan sahaja seperti
haiwan kerana binatang sudah sememangnya tidak mempunyai akal fikiran. Oleh yang
demikian jika haiwan tidak boleh berfikir bukanlah suatu perkara yang ganjil, tetapi manusi
mempunyai akal fikiran, itupun tidak mahu digunakannya, maka inilah yang amat ganjil!!

Allah telah berfirman :

)‫(أولئك كاألنعام بل هم أضل أولئك هم الغافلون‬

Maksudnya: “Mereka itu bagaikan binatang, malah mereka lebih sesat daripada
binatang.merekalah golongan yang lalai”.

Inilah tiga golongan yang selalu melakukan tindakan tergopoh-gapah dan sia-sia,
lalu Al-Quran menyingkirkan kesemua golongan ini dan digantikan dengan satu umat yang
tidak diatas keadilan. Hanya inilah satu umat yang menuju kesaksamaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan keadilan ini? Dengan jalan keadilan
sahaja boleh memecah segala benteng-benteng dan tabir yang menutupi penglihatan
mereka selama ini. Setelah adat resam kuno (out of date) ajaran sekular disingkirkan,
maka terbuktilah diruang mata kamu satu pemikiran yang waras, kamu sendiri dapat lihat,
apa yang hak dan apa yang batil. Apakah murtad itu benar atau keesaan Allah swt yang
benar? MengEsakan Allah swt kah yang hak atau mensyirikkannya? Demi untuk melalui
jalan yang sebenar, apakah setiap manusia perlu kepada petunjuk Allah swt atau tidak
perlu Apakah para anbia’ dan Nabi Muhammad saw terdiri daripada orang-orang yang
jujur atau orang-orang yang dusta?Al-Quran menyeru ke arah jalan yang lurus atau ke
simpang penerangan?
Andailah sekiranya hati-hati kamu semua yakin bahawa beriman dengan Allah swt
yang tiada sekutu lagi baginya itu adalah benar maka kepercayaan ini adalah runtunan
dan tuntutan manusia itu sendiri.tambahan pula jiwa raga manusia itu sendiri mempunyai
keyakinan tanpa ragu-ragu lagi bahawa manusia memerlukan kepada petunjuk daripada
Allah supaya merempuhi di sepanjang hidup ke arah jalan yang sebenar.

Segala petunjuk telahpun disampaikan oleh para anbia’ dan rasul-rasul a.s..
Mereka semua adalah terdiri daripada petunjuk-petunjuk yang jujur untuk semua lapisan
manusia di setiap zaman.Tapi Muhammad saw sendiri telah mempraktikkan satu sistem
yang baik untuk dunia.kamu sendiri juga telah mengetahui melalui sejarah-sejarah akan
kenyataan ini. Oleh itu masakan pula kedatangan nabi untuk menipu alam
sejagat.Sememangnya Rasul a.s adalah utusan daripada Allah swt, jadi segala semuanya
sudah pasti benar.

Seorang muslim yang meneliti Al-Quran, dia percaya bahawa jalan yang sebenar
untuk dilalui ialah jalan yang telah digariskan oleh Al-Quran.Al-Quran tidak boleh
diragukan lagi, ia adalah sebuah kitab daripada Allah swt. Oleh yang demikian jangankan
kata nista manusia biasa malahan raja yang zalim sekalipun tidak kamu takuti!Sebaliknya
bersihkanlah hati-hati kamu dari segala rasa takut dan lemah! Berimanlah dengan Allah
yang telah kamu akui dengan jiwa raga kamu akan keesaan-Nya,semoga dengan itu
kamu akan mendapat keuntungan.

Setiap yang hak dan yang batil kamu dapat bezakan diantara keduanya dengan
menggunakan akal fikiran yang waras. Setelah kamu memilih yang hak dan meninggalkan
yang batil bererti selesailah tugas-tugas akal fikiran bertukarlah pula kuasa menghukum
dan memerintah kepada Allah dan Rasul-Nya. Selepas itu tidaklah boleh kamu memandai-
mandai menghukum dengan sendiri segala urusan kamu.malahan kamu wajib percaya
dengan penuh keyakinan dan patuh segala suruhan Allah dan Rasul-Nya.

Setelah memahami hukum-hakam dengan terperinci dan mempratikkannya di


segenap aspek kehidupan kamu dan disamping itu kamu telah dapat merasai segala
hikmat-hikmatnya, maka dengan demikian tidak ragu lagi kamu boleh menggunakan akal
fikiran kamu sendiri untuk menyelidiki pula hukum-hakam tersebut. Akan tetapi pekerjaan
yang Allah perintahkan kamu lakukan, janganlah pula kamu ragui dan tertanya-tanya
biarpun disebalik setiap suruhan Allah itu kamu memperolehi hikmatnya atau tidak, sesuai
dengan fikiran kamu ataupun tidak sesuai.

Semua hukum-hukum yang Allah dan Rasul-Nya tentukan, samada ianya ada
hubungan dengan aspek-aspek kehidupan kamu di dunia atupun tidak atau samada
suruhan rasul itu bersesuaian dengan adat resam kehidupan di dunia mahupun tidak
sesuai, maka tidak ada jalan lain selain dari kamu percaya sepenuh hati semua hukum-
hakam tadi dan mematuhinya. Kerana setelah kamu beriman dengan Allah dan percaya
kepada Rasul-Nya serta semua apa yang disampaikan oleh Rasul, kamu yakini ianya
adalah wahyu daripada Allah, bukanlah dengan pandai-pandai dia sendiri sebab Allah
telah menegaskan di dalam firman-Nya :

‫(وما ينطق عن الهوى إن هو إال وحي يوحى‬

Maksudnya : “Dan bukanlah Dia(rasul) bertutur mengikut hawa nafsunya, tidaklah apa
yang diucapkan itu selain dari wahyu yang diterima”.

Kalau kamu mentaati dan menghayati sebagaimana yang Allah dan Rasul-Nya
suruh walaupun suruhan itu menyalahi dengan jiwa kamu. Di samping itu pula kamu tidak
akan mengkritik segala suruhan dan larangan yang telah disampaikan oleh Rasul saw
kepada kamu. Biarpun suruhan dan larangan tersebut menyalahi fikiran kamu atau fikiran
sesiapa sahaja di atas muka bumi ini, maka ketaatan kamu yang sedemikian ini adalah
melambangkan keimanan iman yang utuh. Adapun orang yang masih membuat protes
terhadap suruhan atau larangan Allah swt, sikap orang seperti ini menampakkan dia
sendiri masih sangsi atas kebenaran setiap yang disampaikan oleh Rasululah saw. Ini
sama kerana dia tidak mengetahui bahawa keimanan dan kesangsian itu adalah
berlawanan diantara keduanya dan tidak mungkin dapat di satu ataupun dia masih belum
mengetahui bahawa semua suruhan Allah itu mesti diterima dengan sebulat hati dan
penuh taat setia. Akibat rasa prajudis ini boleh menimbulkan huru hara dan kacau bilau
walaupun pada mulanya dia mengaku seorang mukmin. Selurus-lurus jalan yang telah
dibentangkan oleh Islam. Maka mereka yang mengikuti jalan tersebutlah yang dinamakan
orang Islam.

“Al-Islam”ertinya –tunduk dan taat setia dengan rela. Orang yang dengan rela hati
percaya segala suruhan dan larangan Allah swt dialah yang dikatakan seorang
muslim.Dengan pengertian ini, bererti manusia diutuskan ke atas muka bumi ini hanyalah
untuk mengikuti segala suruhan Allah dan Rasul-Nya. Manusia tidak boleh hanya
berpandukan akal fikiran semata-mata. Semua undang-undangAllah swt tidak boleh
diabai-abaikan, umpanya diambil hukum-hakam yang sesuai dengan tuntutan hawa nafsu
sahaja dan ditinggalkan mana-mana yang tidak disenangi. Manusia-manusia yang seiring
dengan mereka ataupun yag sudah berkubur mereka ikuti,sedangkan Al-Quran dan
sunnah Nabi saw mereka ketepikan.

Al-Quran telah menjelaskan bahawa setiap arahan yang telah di sampaikan kepada
orang-orang yang beriman, tidak boleh lagi mereka membuat sebarang pilihan
sebagaimana yang mereka sukai.Perkara ini telah Allah jelaskan di dalam firman-Nya:

‫ومن يعصى‬.‫(وما كان لمؤمن وال مؤمنة إذا قضى اهلل ورسوله أمرا ؟انيكون لهم الخيرة من أمرهم‬
)‫اللهورسوله فقد ضل ضالال مبينا‬

Maksudnya : “ Dan tidak boleh lagi bagi seorang mukmin dan mukminat apabila Allah dan
rasul-Nya tentukan sesuatu hukuman untuk mereka, mereka membuat sebarang pilihan
lain dari apa yang telah diperintahkan. Dan sesiapa saja yang mendurhakai Allah dan
Rasul-Nya maka dengan jelas menampakkan dia seorang yang terlalu sesat”

Al-Quran menjelaskan lagi sesiapa yang mengambil sebahagian sahaja dari ajaran
yang terdapat di dalam Al-Quran dan yang sebahagian lagi ditinggalkan maka risikonya
dia akan menempah kehidupan yang pahit di dunia dan akhirat. Kenyataan ini terdapat di
dalam ayat yang berbunyi :

‫ فما جزاء من يفعل ذلك منكم إال خزي فى الحياة الدنيا ويوم‬.‫(أفتؤمنون ببعض الكتاب وتكفرون ببعض‬
)‫القيامة يردون إلى أشد العذاب وما اهلل بغافل عما تعملون‬

Maksudnya : “Apakah kamu masih beriman dengan sebahagian sahaja dari yang terdapat
di dalam kitab dan kamu ingkari sebahagian yang lain. Maka apatah lagi balasan terhadap
sesiapa dari kamu yang berbuat demikian selain dari kehinaan di waktu hidup didunia dan
di hari akhirat mereka akan ditambah lagi dengan sepedih-pedih azab. Sesungguhnya
Allah tidak lalai di atas setiap pekerjaan yang kamu lakukan”.
Setiap isu-isu mestilah dihukum dengan berlandaskan Al-Quran biarpun hukuman
itu sesuai dengan kehendak hawa nafsu manusia ataupun menyalahinya .
Begitulah maksud dari firman Allah swt yang berbunyi :

)‫(فاحكم بينهم بما أنزل اهلل وال تتبع أهواءهم عما جاءك من الحق‬

Maksudnya : “Dan sesiap sahaja yang tidak menjalankan hukuman Allah, maka dialah
seorang yang fasik”.

Maksud ini terdapat dalam ayat yang berbunyi:

)‫(ومن لم يحكم بما أنزل اهلل فأولئك هم الفاسقون‬

“Dan semua perundangan juga hukuman yang menyalahi Al-Quran maka semuanya
adalah undang-undang dan hukuman yang jahiliah”. Begitulah pengertian ayat yang
berbunyi :
)‫(أفحكم الجاهلية يبغون ومن أحسن من اهلل حكما لقوم يوقنون‬

Maksudnya : “Apakah hukuman jahiliah itu yang kamu semua kehendaki dan siapa lagi
yang lebih baik dari Allah tentang hukuman bagi kaum yang beriman dengan penuh
keyakinan?”.

Allah swt menjelaskan dengan lengkap di dalam firman-Nya yang berbunyi :

- Surah An-Nisa’ : ayat 59-65

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil
amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,maka
kembalikan lah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar
beriman kepada Allah dan hari kemudian.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan
lebih baik akibatnya. Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku
dirinya telah beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang
diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka
telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka
(dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kepada mereka : “Marilah
kamu tunduk kepada hukum yang telah Allah turunkan dan kepada hukum Rasul”,
nescaya kamu melihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-
kuatnya (mendekati) Kamu. Maka baagimanakah halnya apabila mereka (orang-orang
munafik) ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri,
kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami sekali-kali tidak
menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna”. Mereka itu
adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Kerana itu
berpalinglah kamu dari mereka,dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada
mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. Dan kami tidak mengutus seseorang
Rasul melainkan untuk di taati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka
menganiaya dirinya datang kepadamu,lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun
memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
Taubat lagi Maha Penyayang.Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak
beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka selisihkan,
kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang
kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©

Anda mungkin juga menyukai