Anda di halaman 1dari 14

Islam dan Aliran Pemikiran Semasa

SLQ 4602

Soalan 1
Berikan dua ciri perbezaan antara Islam dan Sekularisme.

Jawapan.

Sekularisme bermula pada pertengahan Abad ke 19. Ia diasaskan oleh George Jacob
Holyoake (1817-1906). Golongan ini hanya mementingkan manusia di dunia dan
menafikan kewujudan alam akhirat . Ada pendapat menyatakan Aristotle merupakan
pengasas gerakan ini yang berpendapat bahawa Allah tidak mempunyai hubungan
dengan alam , tidak mengetahui apa yang terjadi di dalamnya tidak mengatur urusan
apapun di dalamnya . Sekularisme mengamalkan doktrin iaitu urusan agama untuk
Allah dan pemerintahan dunia untuk pemerintah . Istilah sekularisme timbul di Eropah
pada Zaman Renaisans pada abad 14M-17M dari aspek sejarah pula , Sekularisme
merujuk kepada yang tidak di bawah pengaruh dan naungan institusi gereja Katholik
Rom.

Islam dan Sekular sudah pasti mempunyai perbezaan kerana Islam adalah agama
wahyu yang datangnya dari Khaliq

yang tiada sebarang kecacatan manakala

sekularisme adalah fahaman ciptaaan manusia yang sudah pasti banyak kelemahan dan
kekurangan.

Dua ciri perbezaan tersebut ialah :

i. Sekularisme menolak kepercayaan adanya Tuhan. Mereka berpendapat bahawa


segalanya berpusat pada alam ini . Menurut mereka , tuhan itu tiada sama ada Tuhan
Allah ataupun kepercayaan-kepercayaan ketuhanan lain. Mereka hanya percaya kepada
fakta yang emperikal.

Islam mempercayai adanya Tuhan dan segala perbuatan manusia ini adalah dalam
kekuasaan Tuhan. Tuhan adalah musyari dan Khaliq yang mencipta dan mempunyai
segala kejadian . Ketauhidan ini adalah menjadi asas dalam ajaran islam . Malah mereka
yang ragu-ragu dengan Tuhan , sudah cukup untuk menjadikan mereka syirik dan
tergolong dalam golongan orang-orang yang tidak beriman.

ii. Menolak kepercayaan adanya Hari

Akhirat dan perkara-perkara berkaitan

kehidupan selepas mati . Mereka berpendapat bahawa kehidupan ini hanyalah di dunia.
Tiada bukti yang manusia akan hidup semula selepas mati kerana belum ada dalam
sejarah, manusia yang mati hidup semula dan menceritakan pengalaman di alam
barzakh.

Dalam Islam , hari Akhirat adalah pasti dan akan berlaku selepas dunia ini hancur
akibat qiamat . Manusia akan dibalas berdasarkan amalan mereka sewaktu di dunia .
Hal ini dijelaskan di dalam al-Quran seperti firman Allah dalam Surah al-Waqiah dan
Surah Yaasin dan banyak lagi surah-surah yang memperihalkan hari akhirat.

Sesara kesimpulannya , ada banyak ciri perbezaan di antara sekularisme dan Islam.
Namun begitu dua ciri ini pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa Islam adalah
agama yang hak , syumul serta sesuai disebut sebagai The Way of Life. Sekularisme
yang dipanggil syaitan oleh Dr. Yusuf Qaradhawi ini menyerap ke dalam pemikiran
generasi kita sedikit demi sedikit dan akhirnya merosakkan struktur budaya dan nilai
masyarakat Islam di Malaysia. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah . Sesungguhnya
pepatah Melayu ,Beringat sebelum kena adalah lebih baik diamalkan daripada Sudah
terhantuk baru tengadah. Wallahu alam.

2.

Jelaskan secara ringkas dua hujah penolakan Dr. Yusuf Qaradhawi


tentang istilah Sekularisme. (4 markah)

3.

Pada pendapat anda , apakah cabaran utama yang dihadapi oleh

umat Islam dan cadangan menangani cabaran tersebut. (4 markah).

Pada pendapat saya , cabaran utama yang dihadapi oleh umat islam ialah cabaran
penjajahan pemikiran . Seandainya dahulu , kekuatan penjajah dapat menakluki

sesuatu wilayah namun pada masa kini, mereka tidak perlukan kekuatan tentera untuk
menakluki sesebuah wilayah tetapi cukup bagi mereka dengan menjajah fikiran rakyat
khususnya Islam di sesebuah wilayah .

Ketakutan pihak barat terhadap umat Islam hanya apabila umat Islam berpegang
kepada al-Quran dan al-Hadis . Mereka melihat bahawa umat Islam yang teguh dengan
al-Quran mempunyai kekuatan yan sangat luar biasa . Sejarah telah membuktikan yang
mana pada zaman Rasulullah, umat Islam yang berkuantiti minoriti mampu manjadi
penguasa wilayah yang besar dengan berbekalkan iman dan taqwa . Kekuatan iman
adalah sangat mujarab . Meraka tidak menjadikan ekonomi sebagai teras perjuangan
tetapi mereka menjadikan iman sebagai asas perjuangan . Mereka mampu menjadi
muslim yang stabil dan dihormati walaupun mereka ada yang makan hanya 2 atau 3
hari sekali .

Kemajuan telah menjadikan asas perjuangan umat Islam berbeza. Kini , perjuangan
umat islam lebih ke arah ekonomi dengan harapan ekonomi akan memartabatkan umat
islam . Pandangan seperti ini amat berbahaya kerana , jika ekonomi jatuh dan iman
mereka lemah , mereka akan mudah diperkotak katikkan dan dipandang hina . Berbeza
pada zaman Rasulullah , mereka tetap teguh kerana iman mereka kukuh walaupun
miskin harta .

Oleh kerana pertentangan di antara barat dan timur atau Islam tiada penghujungnya
dan lebih-lebih lagi setelah ramai yang terkorban dalam perang salib , pihak barat
menukar taktik serangan iaitu daripada serangan fizikal kepada serangan rohani dan
serangan urat saraf. Secara senyap-senyap , mereka telah menjadikan umat Islam yang

berfizikal Islam dan bernama islam menjadi masyarakat yang berkiblatkan dan
berrohkan barat .

Inilah cabaran yang berat yang mahu tidak mahu harus dipikul oleh umat Islam .
Serangan pemikiran barat terlalu banyak termasuklah Sekularisme Orientalisme ,
Pascamoden , Saintisme dan banyak lagi pemikiran yang merosakkan termasuklah
Kapitalisme , Komunime dan Sosialisme. Pemikiran ini menjauhkan manusia daripada
tuhan . Mereka mendakwa bahawa dunia ini adalah segalanya dan tiada apa-apa kaitan
dengan tuhan . Justeru itu , kehidupan mereka tiada nilai . Mereka melihat nilai itu
adalah ciptaan manusia dan ia tidak perlu dipatuhi .

Proses globalisasi telah menjadi satu wasilah untuk menyebarkan berbagai bentuk
pemikiran syaitan ini ke seluruh dunia sehingga dunia menjadi porak peranda . Melalui
globalisasi , dengan mudah mereka menguasai pemikiran , cara hidup dan nilai manusia
. Dunia kini dilihat semakin kecil dan lebih berkiblatkan negara Uncle sam. Amerika
telah mencetak dan mengadun corak ekonomi , sosial dan politik dunia . Kebanyakan
umat Islam hanya mengikut dan menerima kerana mereka tidak berdaya untuk
melakukan apa-apa walaupun sebenarnya mereka mampu . Sebenarnya umat Islam
dijadikan daripada sebaik-baik kejadian tetapi oleh kerana mereka telah lama
dimomokkan oleh barat dan termakan budi negara barat , kebanyakan negara Islam
kini sudah menjadi seperti lembu dicucuk hidung.

Untuk mengatasi masalah ini , gerakan sepadu perlulah dilakukan melalui pendekatan
induktif . Pendekatan ini menggerakkan perubahan daripada dalam setiap individu
Islam . Pembangunan intrinsik perlulah dibina . Motivasi dalam perlulah dimarakkan

agar individu ini mempunyai jati diri . Pembinaan rohani perlulah diperkasakan dengan
berteraskan aqidah yang mantap . Sebuah negara dibentuk oeh gabungan negeri. Negeri
dibentuk oleh gabungan daerah. Daerah dibentuk oleh kampung . Kampung dibina
daripada masyarakat . Masyarakat dibina daripada keluarga dan keluarga dibina
daripada individu . Apabila mantap individu , maka secara teorinya, akan mantaplah
negara . Untuk melahirkan indivudu yang berkualiti , perlukan dasar pendidikan yang
juga berteraskan falsafah Pendidikan Islam . Jika kita lihat sebuah bangunan yang
besar, bermula dari sebuah bata dan juag harus diingat , ia juga akan musnah dalam
sekelip mata . Maka dengan kukuhnya individu, dan sikap cubit peha kiri peha kanan
terasa jua, maka saya berpendapat walau apa pun yang datang , umat islam tidak berasa
bimbang .

Selain itu , era globalisasi dewasa ini boleh digunakan untuk mengglobalisasikan Islam .
Berbalik kepada singkapan sejarah , Islam adalah agama yang universal . Agama global
ini bukan hanya sesuai untuk seluruh semesta alam tetapi juga sesuai dari dulu , kini
dan hingga hari akhirat . Pengetahuan sains dan teknologi maklumat perlu dikuasai
oleh umat Islam supaya umat Islam mampu menangkis segala dakyah buruk pihak
barat . Menuntu ilmu adalah wajib bagi setiap umat islam . Ini adalah kerana ilmu akan
menjaga pengamalnya sedangkan harta menuntut pemiliknya untuk menjaganya .

Maka dengan itu , pemantapan ilmu perlulah digemblengan di seluruh umat Islam agar
umt Islam mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan barat . Ilmu
kajian di barat sudah dipacu dengan kencangnya sejak sejak berabad yang lalu dan
sumber mereka ialah cendikiawan Islam . Maka tidak mustahil pada waktu ini , perlulah
kita bangun semula dan menjalankan kajian yan lebih banyak dan menulis dengan lebih
banyak dan juga mencipta rekaan baru dengan lebih banyak . Ini akan melepaskan diri

kita daripada belenggu masyarakat pengguna kepada masyarakat pencipta . Semua ini
perlukan anjakan paradigma yang beristiqamah agar matlamat kita bukan hanya
wawasan 2020 tetapi menjangkau lebih daripada itu iaitu wawasan akhirat yang secara
metematiknya ditafsirkan sebagai negara yang infiniti .

Sebagai kesimpulannya, cabaran umat Islam kini semakin hebat .Keruntuhan


masyarakat kita bukan hanya daripada satu faktor tetapi juga banya faktor lain .
Serangan pemikiran ini amat berbahaya dan dikhuatiri kita akan menjadi pendunkung
pemikiran yang sesat ini tanpa kita menyedarinya.

Namun begitu , usaha yang diambil dengan mengambil kira pembentukan jati diri
berasaskan aqidah dan pembentukan insan yang kamil dijangkakan akan berjaya
melahirkan masyarakat madani yang besar jumlahnya, teguh pendiriannya dan
peramah dalam berdakwah . Kita hanya mampu merancang dan tuhan yang
menentukan . Selagi kita berusaha dan berdoa, saya berpendapat , tidak ada unsur lain
yang boleh merosakkan Islam kecuali dengan kelemahan umat Islam sendiri. Wallu
alam.

4.

Huraikan pandangan Islam tentang pemikiran pascamoden dan

cabarannya. Anda diminta untuk merangka satu strategi yang praktikal


bagi mengatasinya. (5 markah).

Sebelum menjawab soalan ini , eloklah disorot dahulu maksud pascamoden. Menurut
Kamus Dewan , Pasca membawa maksud selepas,sesudah atau setelah manakala Moden
membawa maksud , dari masa sekarang atau berkaitan dengan masa atau kini atau yang
terbaru dan mutakhir.

Zakaria Stapa pula mendefinasikan Pascamoden sebagai Fahaman yang bersifat anti
agama dan anti Tuhan kerana ia merupakan lanjutan dan edisi baru kepada fahaman
sekularisme Barat Moden.

Pemikiran ini muncul di barat sekitar tahun 1960an dengan kemunculan beberapa
pemikir

seperti

Jean-Francois

Lytord,

Michel

Foucault

Jacques

Derrida,

Hebermas, nancy Scheper-Hughes dan Jean Bauldrillard.

Cabaran- cabaran Pascamoden boleh difokuskan kepada 2 aspek iaitu aspek luaran dan
dalaman.

Menyentuh tentang aspek luaran, pelbagai teknologi canggih telah diperkenalkan


seperti teknologi komunikasi dan satelit. Teknologi tersebut berfungsi sebagai penyebar
faham Pascamoden .Peralatan-peralatan canggih ini telah mempengaruhi individu dan
mencorakkan budaya masyarakat .

Tamadun Pascamoden menyediakan lebuh raya maklumat yang mempunyai banyak


kesan sama ada baik atau buruk.

Dari aspek dalaman pula , peralatan canggih boleh membahayakan kepada pegangan
akidah dan penghayatan akhlak umat Islam. Keruntuhan moral adalah berkaitan
dengan era globalisasi dan hubungannya dengan Pascamoden . Golongan ini sanggup
mengenepikan larangan agama dan tidak takut dengan neraka serta tidak tertarik
dengan tawaran syurga . Sebagai contoh , remaja Melayu berasa bangga berpeluk cium
dengan pasangannya di depan ibu bapa dan khalayak tanpa merasa satu kesalahan.
Selain itu, terdapat juga segelintir remaja yang sanggup mengadakan hubungan seks
dengan pengambilan pil dadah dan pil khayal dan ia seolah-olah telah menjadi perkara
biasa . Umat Islam yang telah berjaya disekularisasikan pemikiran dan gaya hidup
seperti di atas adalah disebabkan kerapuhan pegangan agamanya . Umat Islam tidak
boleh dibiarkan terdedah kepada teknologi tanpa diberikan kefahaman jelas.

Di dalam pemikiran pascamoden, ada enam ciri penting yang perlu diketahui. Ciri-ciri
itu ialah :-

Penolakan falsafah dan pemikiran metanaratif

ii

Ketiadaan makna

iii

Proses dekonstruksi

iv

Kematian subjek

Krisis Legitimasi

vi

Pasar Intelektual (Intellectual Marketplace)

Menyelurusi ciri-ciri ini , ciri yang penting dalam pemikiran Pascamoden ialah
ketiadaan makna terutamanya makna yang universal. Dalam konteks kesusasteraan,

makna sesebuah teks tidak dapat ditentukan. Ini dijelaskan oleh Derrida sebagai tidak
ada makna untuk Once and for all time.

Di sini , makna tidak dapat ditentukan kerana pengarang sudah mati. Sudah tentulah
pemikiran seperti ini membawa kekeliruan terutamanya dalam konteks memahami alQuran dan teks agama. Mana mungkin, satu teks yang sama ditafsirkan oleh
pemahaman individu yang sudah pasti mengundang beribu pengertian yang berbeza
dan mengelirukan.

Pemikiran seperti ini amat bahaya kerana ia memberikan kebebasan kepada pembaca
untuk memahami teks mengikut pengertian mereka dan bukan pengertian pengarang .
Pemikiran ini akan menjadikan teks-teks khususnya teks agama ditafsrikan mengikut
kehendak sendiri. Allah telah menurunkan al-Quran dengan panduan yang diberikan
oleh Rasulullah . Rasulullah mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan al-Quran.
Selepas kewafatan rasul maka tugas ini diambil alih oleh para sahabat, tabiin, tabi
tabiian dan seterusnya para ulama. Mereka amat menjaga periwayatan . Ketelitian
seperti ini amat penting demi memastikan keaslian dan kesahan al-Quran sesuai
dengan martabatnya sebagai mukjizat .

Untuk mengatasi masalah ini, usaha bersepadu dan beristiqamah perlu dilakukan . Oleh
kerana ancaman pemikiran ini berbahaya maka langkah-langlah yang dilakukan juga
mestilah tersusun dan praktikal.

Professor Syed Naquib al-Attas percaya bahawa pendidikan adalah cara yang paling
berkesan untuk membentuk masyarakat . Daripada kenyataan ini, kita perlulah

merangka dan melaksanakan satu sistem pendidikan yang mampu membentuk budaya
masyarakat yang berfikiran Islam dan melaksanakan cara hidup Islam . Menurut
pepatah pujangga , Pelajaran tinggi tanpa budi pekerti, tiada nilainya. Sistem
pendidikan yang berteraskan nilai akan membimbing masyarakat ke arah cara hidup
yan lebih bernilai . Namun begitu , asas kepada pendidikan untuk membentuk jati diri
ialah aqidah . Aqidah yang kuat akan membentuk iman yang kukuh . Iman inilah yang
akan menjadi benteng kepada unsur-unsur syaitan yang cuba menyelinap di dalam
sanubari . Kemantapan iman sebenarnya akan memantapkan nilai jati diri . Akhirnya ,
manusia akan dibentuk mengikut acuan yang sempurna , tabah menghadapi cabaran ,
tekal menghadapi godaan , teguh berhadapan dengan musuh dan takut (khauf) dengan
azab Allah serta berharap (raja) syurga Allah . Sikap seperti ini adalah sikap para
sahabat Rasulullah yang telah ditarbiyah oleh Rasulullah melalui wahyu yang
disampaikan oleh Allah melalui perantaraan malaikat Jibril .

Selain daripada itu , langkah lain yang boleh diambil ialah para intelektual Islam , para
cendikiawan islam dan pakar-pakar Islam dalam pelbagai bidang perlulah menolak
pemikiran

yang

berbahaya

ini

dengan

mengadakan

seminar-seminar

dan

pembentangan intelektual di peringkat antarabangsa . Mereka perlulah berani bersuara


dan berjihad di peringkat internasional melalui wadah dan forum yang sesuai . Selain
itu, mereka juga perlulah menyebar luaskan pemikiran Islam yang lebih relevan dan
lebih rasional untuk membentuk manusia yang akan menjaga alam .

Pemikiran pascamoden adalah pemikiran yang secara kognitifnya tidak salah pada
anggapan mereka tetapi dari aspek afektifnya , ia menyumbangkan unsur-unsur negatif
yang bukan membangunkan dunia tetapi akan merosakkan dunia . Perkara ini perlulah
disebarluaskan melalui laman-laman web dan rangkaian internet . Mereka juga perlulah

menjadi dai yang berdakwah bukan hanya kepada objek dan subjek tertentu tetapi
mestilah menyeluruh pada setiap ruang kesempatan . Sesungguhnya masyarakat biasa
hanya akan menerima dengan mudah segala sogokan yang diberikan oleh barat .
Sesuatu mekanisme perlu diadakan untuk mengatasi masalah
ini . Inilah tugas mereka yang telah dipilih oleh Allah menjadi cerdik pandai Islam.
Mereka perlulah bergerak dalam semua organisasi untuk berjuang membantu
masyarakat daripada lemas dalam lautan Pascamoden yang menganggap bahawa realiti
ialahsimulacra . Wallahu alam.

5.

Berikan

pandangan

anda

tentang

kenyataan

Globalisation

is

an

Americanization.(4 markah)

Gobalisasi ialah satu usaha untuk mengubah nilai manusia khususnya cara berfikir dan
bertindsk yang dilakukan oleh satu daerah dunia kepada satu daerah dunia yang lain.
Usaha globalisasi merupakan usaha penerapan ideologi budaya dan cara hidup oleh
kuasa-kuasa besar . Jika kita melihat takrifan Nurcholish Majid, globalisasi ialah satu
proses mengubah kehidupan manusia kepada satu masyarakat sahaja.

Globalisasi sebenarnya dibentuk oleh enam peradaban besar iaitu peradaban barat ,
Cina , Jepun , Islam , hindu dan amerika latin . Namun begitu , kekuasaan barat kini
berada pada puncak yang luar biasa dalam perhubungannya dengan peradaban
lain . Barat yang dimaksudkan ialah Amerika yang mana kekuatan tenteranya tidak
dapat ditandingi . Ia mendominasi lembaga-lembaga politik dan keamanan

antarabangsa . Masalah-masalah politik dan keamanan global dikuasai oleh Amerika ,


Inggeris dan perancis .

Americanization juga menyaksikan masyarakat dunia mempunyai gaya hidup yang


sama melalui globalisasi 3F iaitu Food , Fashion dan Fun . Kantucky Fried Chiken ,
McDonald dan Pizza Hut kini telah mengambil alih makanan tempatan di seluruh dunia
. Begitu juga pakaian dan fesyen . Arus perkembangan fesyen berkiblatkan barat dengan
wasilah mereka ialah CNN dan stesyen televisyen antarabangsa yang sentiasa mewarwarkan fesyen terbaru dan ia menjadi satu cara hidup walaupun bercanggah dengan
tuntutan Islam. Muzik juga dikuasai oleh barat . Amerika menyebarkan muziknya yang
bernilai negatif ke seluruh dunia dengan alasan kebebasan individu . Ia sebenarnya
amat berbahaya dan melalaikan lebih-lebih lagi, ia boleh mengheret manusia keluar
daripada konsentrasi agama.

Amerika juga mencengkam ekonomi dunia dengan menguasai Tabung Mata Wang
Antarabangsa (IMF) dan bank Dunia. Melalui jalan ini , Amerika mencanangkan sistem
ekonomi yang berasaskan rukun kapitalis yang mementingkan keuntungan dan
mengenepikan kebajikan . Cara ini telah menarik perhatian negara-negara membangun
untuk mengamalkannya . Kesannya ialah rakyat terpaksa membayar beban yang tinggi
untuk keperluan asas mereka.

Sebagai kesimpulan , manusia di seluruh dunia juga telah diadun dan diacu oleh
Amerika dengan budaya materialsme dan hedonisme . Nilai-nilai Amerika dengan
mudah memasuki pemikiran masyarkat lalu menghakis kepercayaan agama dan
menukarkan matlamat hidup mereka daripada kehidupan akhirat kepada tujuan hidup

di dunia semata-mata. Akhirnya , masayarakat dunia akan hanya berpegang kepada


budaya , nilai , dan gaya hidup Amerika . Selain itu, Politik , sosial dan ekonomi dunia
juga digenggam oleh Amerika . Inilah bukti yang manyatakan bahawa Globalisation
ialah Americanization. Wallahu alam.
http://kembaradai.blogspot.com/2009/12/islam-dan-aliran-pemikiransemasa_11.html

Anda mungkin juga menyukai