Anda di halaman 1dari 3

SK PUCHONG JAYA

PROGRAM PENINGKATAN BAHASA ARAB 2015


MATLAMAT
Program ini bermatlamat memberi pendedahan kepada murid-murid bahawa mata pelajaran
Bahasa Arab khususnya boleh dikembangkan dengan pelbagai cara dan teknik yang sesuai dan tidak
membosankan. Ianya juga sebagai aktiviti meningkatkan penguasaan bahasa arab dikalangan muridmurid.
OBJEKTIF
1. Membina keyakinan diri setiap murid untuk menggunakan Bahasa Arab dalam komunikasi.
2. Mencungkil bakat murid-murid melalui pertandingan dan kemahiran.
3. Mengembangkan minda murid kearah pemikiran yang positif.
SASARAN
Semua murid kelas Bahasa Arab SK Puchong Jaya
TARIKH / HARI
15-22 Jun 2015
MASA
Mengikut jadual kelas Bahasa Arab yang telah ditetapkan
TEMPAT
Bilik Bahasa Arab, Makmal Komputer dan bilik darjah.
AKTIVITI
1. Projek kumpulan.
a. Penyertaan adalah terbuka bagi semua pelajar mengikut kelas
b. Setiap kumpulan menyiapkan tugasan pada waktu PdP
c. 1 Pemenang dikira berdasarkan kualiti persembahan projek.
2. Projek Individu
a. Setiap murid diberikan tugasan secara individu.
b. Tajuk projek adalah berdasarkan tajuk pelajaran yang dipelajari
c.

Hanya 1 pemenang diambil dari setiap kelas

3. Pertandingan melukis poster kata-kata hikmah


a. Penyertaan adalah dari kelas Tahap 2 sahaja
b. Diadakan pada waktu P&P bahasa arab
c.

Tajuk poster adalah berdasarkan kata-kata hikmah tahun semasa ( - -


-

4. Soalan spontan.
a. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid kelas Bahasa Arab.
b. Diadakan pada waktu P&P bahasa arab
c.

Soalan adalah berdasarkan tajuk pelajaran yang sedang dipelajari

d. Hadiah akan diberikan sejurus pelajar yang memberikan jawapan yang tepat.
5. Imlak
a)

Terbuka kepada semua pelajar Tahap 2.

b)

Diadakan pada waktu P&P bahasa arab

c)

Guru akan menbacakan potongan perenggan bahasa arab dan pelajar menulis

d)

2 pemenang diambil dari setiap kelas yang kurang kesalahan ejaan

SUMBER KEWANGAN
i. Wang PCG daripada JAPIM
ANGGARAN PERBELANJAAN
Merujuk lampiran A
PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar program ini dapat memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar
untuk terus belajar dan menguasai bahasa arab dengan baik serta menyeronokkan dan akan
memberi kesan yang positif kepada murid-murid khasnya dan kepada warga sekolah amnya dalam
memartabatkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran. Kerjasama dan sokongan semua pihak
amatlah diperlukan demi menjayakan program ini. Besarlah harapan semoga program-program ini
mendapat pertimbangan yang wajar dan sokongan yang padu.

Disediakan oleh:

Pengesahan dan kelulusan

(ROSLIZA BINTI CHAMINGIN)

(NOORSHAM BINTI IBRAHIM )

Ketua Panitia Bahasa Arab


SK Puchong Jaya

Guru Besar
SK Puchong Jaya

ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Hadiah Projek Kumpulan (Alat tulis/ Cenderahati)
14 kelas x RM10.00

RM 140.00

b. Hadiah Projek Individu (Alat tulis)


14 kelas x RM10.00
c.

RM 140.00

Hadiah Poster kata-kata hikmah (Alat tulis) tahap 2


a. Johan

( RM5.00 x 8)

RM 40.00

b. N Johan

( RM5.00 x 8)

RM 40.00

c.

( RM5.00 x 8)

RM 40.00

Ketiga

d. Hadiah pertandingan Soalan Spontan (Cenderahati)


120 x RM1.00

RM 120.00

e. Hadiah pertandingan Imlak (Cenderahati) Tahap 2


24 x RM5.00

RM 120.00

Jumlah

RM 640.00

Anda mungkin juga menyukai