Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

BULAN CITRA BAHASA,


TAHUN 2021,
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI,
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN.
(PROGRAM KLUSTER KEBITARAAN BAHASA MELAYU)

ANJURAN:
PANITIA BAHASA MELAYU,
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TINGGI.
TARIKH:
03 OKTOBER 2021 – 28 OKTOBER 2021
TEMPAT:
KEDIAMAN MASING-MASING

CADANGAN KERTAS KERJA BULAN CITRA BAHASA

1.0 PENGENALAN

Bulan Citra Bahasa ialah salah satu aktiviti utama Panitia Bahasa Melayu
(Program Kluster Kebitaraan Bahasa Melayu) yang diadakan pada setiap
tahun.Pelancarannya bermula pada bulan Oktober. Pelbagai aktiviti telah dirancang
khusus untuk murid-murid mengikut tahap masing-masing. Penganjuran Bulan Citra
Bahasa pada kali ini, mempunyai objektif yang mampu menjana minda murid dan
melahirkan murid yang mempunyai keterampilan bahasa yang baik. Sehubungan itu,
Panitia Bahasa Melayu telah merangka aktiviti yang melibatkan penguasaan dan
pengayaan bahasa dan kreativiti persembahan murid. Ini merupakan satu langkah
untuk meluaskan pemikiran semasa pendeik yang melanda negara sekaraang.
Semua pertandingan dijalankan secara atas talian.

1
2. 0 MATLAMAT

Program Panitia Bahasa Melayu bermatlamat melahirkan murid-murid yang


mempunyai akhlak,nilai-nilai kerohanian, dan mempunyai keterampilan berbahasa
dalam kalangan murid. Ini adalah sejajar dengan Prinsip Rukun Negara dan
Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan individu yang seimbang. Program ini
juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam murid dan menggalakkan mereka
berdepan dengan pelbagai situasi agar mereka lebih berdikari. Selain itu juga
program ini berhasrat untuk menanamkan kecintaan murid terhadap bahasa
Kebangsaan ini.

3. 0 OBJEKTIF

1. Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul dan terkawal.


2. Sebagai asas kepada aktiviti-aktiviti bahasa di sekolah.
3. Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
4. Mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid.
5. Menghargai murid-murid sekolah ini sebagai insan yang dihargai bakat dan
kebolehan mereka.
6. Menggalakkan murid-murid tahun satu mengaplikasi mengenal huruf.
7. Melatih murid menggunakan ilmu dan kemahiran pelaksanaan sesuatu
tindakan,amalan atau aktiviti yang melibatkan diri mereka sendiri.
8. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan mereka.
9. Membina pemikiran yang positif.

4. 0 SASARAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Semua aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu berbentuk


pertandingan.Pertandingan ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu bercerita
tahap 1 dan tahap 2, pidato tahap 2, mendeklamasi sajak tahap 1 dan tahap 2 ,
mendendangkan syair tahap 2 dan membaca (pemulihan)

 Pertandingan bagi kategori Pemulihan


a) Pertandingan Membaca

2
 Pertandingan bagi kategori Tahap 1 ialah:
a) Pertandingan Bercerita
b) Pertandingan Mendeklamasi sajak
c) Pertandingan tulisan berangkai
 Pertandingan bagi kategori Tahap 2 ialah:
a) Pertandingan Mendeklamasikan Sajak
b) Pertandingan Bercerita
c) Pertandingan Pidato
d) Pertandingan Syair
e) Pertandingan berpantun

Cara pengadilan bagi setiap pertandingan

1. Peserta pertandingan bagi aktiviti Panitia Bahasa Melayu akan dihakimi oleh
hakim yang dilantik , iaitu guru-guru bahasa Malaysia SK Bukit Tinggi yang
secara tidak langsung menjadi jawatankuasa kerja.
2. Peserta yang memperoleh markah tertinggi dalam pertandingan dikira
sebagai pemenang.

5. 0 PERINCIAN PERTANDINGAN YANG TELAH DIJALANKAN OLEH PANITIA


BAHASA MELAYU

Pertandingan Bercerita (Tahap 1 dan Tahap 2)

Objektif

a) Menggalakkan murid-murid supaya lebih membaca dan mencari idea.


b) Membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa Malaysia dengan lancar.
c) Menimbulkan keyakinan murid menggunakan bahasa Malaysia dengan betul.
d) Mencungkil bakat-bakat baharu untuk pelapis peringkat sekolah.

3
Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan terbuka kepada murid-murid tahap satu.


b) Setiap peserta dikehendaki menyampaikan sebuah cerita dalam bahasa
Melayu.
c) Cerita yang disampaikan hendaklah berkisar tentang alam kanak-kanak dan
memberi contoh teladan dan nilai murni yang tinggi.
d) Penyampaian cerita perlu mengikut tempoh yang ditetapkan.
e) Pasukan yang mempersembahkan cerita dengan baik dan penuh keyakinan
serta memenuhi kriteria pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
f) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.
g) Pertandingan akan dijalankan secara atas talian.

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak ( Tahap 2)

Objektif

a) Memberi pengetahuan kepada murid tentang teknik mendeklamasikan sajak.


b) Memberi keyakinan murid-murid terhadap penguasaan bahasa Melayu dalam
khalayak ramai.
c) Menggalakkan murid-murid melakukan rujukan pembacaan untuk
mendapatkan idea.
d) Mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis sekolah.

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua.


b) Setiap peserta perlu mendeklamasi sebuah sajak sahaja.
c) Tema sajak tidak boleh menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
d) Peserta yang memperoleh markah tertinggi serta memenuhi kriteria
pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.
f) Pertandingan akan dijalankan secara atas talian.

4
Pertandingan pidato (Tahap 2)

Objektif

a) Mencungkil bakat berpidato dalam kalangan murid-murid.


b) Menggalakkan murid-murid melakukan pembacaan lebih kerap.
c) Murid dapat mengaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan bebas individu ini terbuka kepada murid-murid tahap dua.


b) Penghujahan yang bermutu adalah penting. Setiap peserta diperuntukan
masa selama lima minit untuk menyampaikan hujah masing-masing.
c) Tempoh masa tidak melebihi 5 minit.
d) Penggunaan bahasa baku diwajibkan semasa penyampaian syarahan.
e) Peserta yang memperoleh markah tertinggi dan memenuhi kriteria
pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.
f) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.
g) Pertandingan akan dijalankan secara atas talian.

Pertandingan Membaca (Pemulihan dan PRA)

Objektif

a) Memupuk budaya membaca di kalangan murid.


b) Menjadikan buku teman semua.
c) Menggalakkan warga SKBT menggunakan pelbagai bahan untuk membaca.
d) Memupuk tabiat belajar di kalangan murid.
e) Menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan warga SKBT.
f) Melahirkan generasi yang minat membaca.

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan bebas individu ini terbuka kepada murid-murid tahap satu


(pemulihan) dan murid PRA
b) Petikan akan diberi kepada murid secara spontan dan murid akan terus membaca
petikan tersebut.

5
c) Para hakim akan mengadili dari segi ontonasi, kelancaran dan penampilan.
d) Tempoh masa tidak melebihi 5 minit.
e) Hanya satu bacaan diberikan.
f) Pertandingan dijalankan secara atas talian.

Pertandingan syair ( Tahap 2)

Objektif

a) Memberi pengetahuan kepada murid tentang teknik mendendangkan syair.

b) Memberi keyakinan murid-murid terhadap penguasaan bahasa Melayu dalam


khalayak ramai.

c) Menggalakkan murid-murid melakukan rujukan pembacaan untuk


mendapatkan idea.

d) Mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis sekolah.

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua.

b) Setiap peserta perlu mendendang syair menggunakan irama yang diberikan.

c) Syair tersebut boleh diambil dalam buku teks.

d) Peserta yang memperoleh markah tertinggi serta memenuhi kriteria


pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.

e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

f) Pertandingan akan dijalankan secara atas talian.

6
Pertandingan pantun ( Tahap 2)

Objektif

a) Memberi pengetahuan kepada murid tentang teknik berpantun.

b) Memberi keyakinan murid-murid terhadap penguasaan bahasa Melayu dalam


khalayak ramai.

c) Menggalakkan murid-murid melakukan rujukan pembacaan untuk


mendapatkan
idea.

d) Mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis sekolah.

Syarat-syarat pertandingan

a) Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua.

b) Setiap peserta perlu mengalunkan pantun mengguna nada yang betul.

c) Pantun hendaklah menggunakan pantun yang terdapat dalam buku teks.

d) Peserta yang memperoleh markah tertinggi serta memenuhi kriteria


pemarkahan diisytiharkan sebagai pemenang.

e) Peserta akan dihakimi oleh hakim yang dilantik.

f) Pertandingan akan dijalankan secara atas talian ,boleh menggunakan aplikasi


tiktok dan sebagainya.

7
JAWATANKUASA KERJA

BULAN CITRA BAHASA

(PROGRAM KLUSTER KEBITARAAN BAHASA MELAYU)

PENASIHAT : ENCIK MUHD HADI BIN SAAD


PENGERUSI : ENCIK ZULKIFLI AMIN RASHID BIN AHMAD
KETUA PANITIA : PUAN NORAINUN BT AWANG AHMAD
SETIAUSAHA : ENCIK AHMAD ZAWAWI BIN HAMID

8
VIDEO PELANCARAN : PUAN HUZAINA BT JAAFAR

POSTER : SYARIFAH AMIRAH BIN SYED MAHADI (TAHAP SATU)


PERTANDINGAN ZURAINI BINTI MOHD NOOR ( TAHAP DUA )

HADIAH /
CENDERAHATI : PUAN HAMIDAH BT MOKHTAR (K)
PUAN ROSNANI BT ABDUL HAJAR
PUAN NORAINUN BT AWANG AHMAD

SIJIL PENYERTAAN : ENCIK AHMAD ZAWAWI BIN HAMID

DOKUMENTASI : PUAN SYARIFAH AISHAH BT SYED JASIN (K)


PUAN ROSNANI BT ABD HAJAR

VIDEO PENUTUPAN : PUAN IDZURA BT MOHAMMED

9
AJK PERTANDINGAN

BULAN CITRA BAHASA

(PROGRAM KLUSTER KEBITARAAN BAHASA MELAYU)

1. PENGELOLA DAN HAKIM PERTANDINGAN BERCERITA (TAHAP 1)

 PUAN ROSNANI BINTI ABD HAJAR (K)


 ENCIK MOHD MADZHAR BIN ISHAK

2. PENGELOLA DAN HAKIM PERTANDINGAN BERCERITA (TAHAP 2)

 ZURAINI BINTI MOHD NOOR (K)


 PUAN ROSNANI BINTI HAJAR

3. PENGELOLA DAN HAKIM PERTANDINGAN TULISAN BERANGKAI( TAHAP 1)

 SYARIFAH AMIRAH BIN SYED MAHADI (K)


 PUAN HAMIDAH BT MOKHTAR

4. PENGELOLA DAN HAKIM PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK (TAHAP 2)

 ENCIK AHMAD ZAWAWI BIN HAMID (K)


 ENCIK MADZHAR BIN ISHAK

5. PENGELOLA DAN HAKIM PERTANDINGAN MEMBACA (PEMULIHAN DAN PRA)

 PUAN PUAN SYARIFAH AISHAH BT SYED JASIN


 PUAN PUAN IDZURA BT MOHAMMED

6. PENGELOLA DAN HAKIM PERTANDINGAN PIDATO (TAHAP 2)

 PUAN NORAINUN BT AWANG AHMAD


 ENCIK AHMAD ZAWAWI BIN HAMID

7. PENGELOLA DAN HAKIM PERTANDINDAGAN PANTUN

 PUAN NORAINUN BT AWANG AHMAD


 PUAN HUZAINA BINTI JAAFAR

8. PENGELOLA DAN HAKIM PERTANDINDAGAN SYAIR

 PUAN HUZAINA BINTI JAAFAR

10
 PUAN ZURAINI BT MUHD NOO

ATUR CARA AKTIVITI BULAN CITRA BAHASA


(PROGRAM KLUSTER KEBITARAAN BAHASA MELAYU)

BIL TARIKH / HARI AKTIVITI

1. 03.10.2021  Pelancaran dan perasmian

AHAD Menghantar video pelancaran ke wasap kelas.

2. 04.10 2021  Menghantar poster pertandingan ke wasap

Isnin kelas.

3. 06.10.2021  Murid-murid menghantar video pertandingan

Hingga yang disertai.


 Penilaian dan penghakim penyertaan.
26.10.2021

4. 28.10.2021  Penutupan Bulan Citra Bahasa


 Menghantar video penutupan dan
mengumumkan senarai pemenang
pertandingan.

5. 01.11.2021  Majlis Penyampaian Hadiah

Isnin

11
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

JUMLAH
ANGGARAN
BIL. AKTIVITI
PERBELANJAAN

1 Pertandingan Bercerita Tahap 1 Pertama


1 x RM 30 RM 30.00
Kedua
1 x RM 20 RM 20.00
Ketiga
1 x RM 10 RM 10.00

JUMLAH RM 60.00

2. Pertandingan Bercerita Tahap 2 Pertama


1 x RM 30 RM 30.00
Kedua
1 x RM 20 RM 20.00
Ketiga
1 x RM 10 RM 10.00

JUMLAH RM 60.00

3. Pertandingan Membaca Pertama


( Pemulihan dan PRA ) 2 x RM 30 RM 60.00
Kedua
2 x RM 20 RM 40.00
Ketiga
2 x RM 10 RM 20.00

JUMLAH RM 120.00

4. Pertandingan Tulisan Berangkai Pertama


Tahap 1 1 x RM 30 RM 30.00
Kedua
1 x RM 20 RM 20.00
Ketiga
1 x RM 10 RM 10.00

12
JUMLAH RM 60.00

5. Pertandingan Mendeklamasi Sajak Pertama


Tahap 2 1 x RM 30 RM 30.00
Kedua
1 x RM 20 RM 20.00
Ketiga
1 x RM 10 RM 10.00

JUMLAH RM 60.00

6. Pertandingan Pidato Tahap 2 Pertama


1 x RM 30 RM 30.00
Kedua
1 x RM 20 RM 20.00
Ketiga
1x RM 10 RM 10.00

JUMLAH RM 60.00

7. Pertandingan Mendendangkan Pertama


Syair Tahap 2 1 x RM 30 RM 30.00
Kedua
1 x RM 20 RM 20.00
Ketiga
1 x RM 10 RM 10.00

JUMLAH RM 60.00

8. Pertandingan Mengalunkan Pantun Pertama


Tahap 2 1 x RM 30 RM 30.00
Kedua
1 x RM 20 RM 20.00
Ketiga
1 x RM 10 RM 10.00

JUMLAH RM 60.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 540

7.0 PENUTUP

Aktiviti yang dicadangkan untuk Bulan Citra Bahasa diharapkan dapat mengeratkan
silaturrahim dalam kalangan guru,antara guru dengan murid dan antara murid

13
dengan murid. Diharapkan juga aktiviti ini dapat meningkatkan sahsiah diri melalui
pertandingan-pertandingan yang diutarakan. Para pendidik merupakan wahana yang
boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi apa jua halangan dan
rintangan dalam mendidik anak-anak bangsa kerana mereka merupakan
kesinambungan untuk corak warna-warni kehidupan Negara pada masa akan
datang. Penganjuran Bulan Citra Bahasa diharap dapat menambah pengetahuan
dan keberanian murid menonjolkan bakat dalam bidang bahasa. Ini juga merupakan
salah satu cara untuk memperkembangkan potensi murid yang mempunyai
keterampilan bahasa selain mencungkil bakat terpendam murid. Langkah ini
merupakan salah satu cara menggilap permata bernilai ini agar dapat bersinar
menyeluruh sinar kemajuan Negara ke arah mencapai Negara maju. Dengan ini,
Panitia Bahasa Melayu secara tidak langsung menjadi penyumbang dalam
melahirkan individu yang berani menghadapi cabaran yang datang dan juga
memenuhi aspirasi Negara dengan membina modal insan yang seimbang.

Disediakan oleh :-

.................................................
(AHMAD ZAWAWI BIN HAMID)
Setiausaha,
Bulan Citra Bahasa,
(Program Kluster Kebitaraan Bahasa Melayu).
Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi.

Disemak oleh,

.....................................................
(ENCIK ZULKIFLI AMIN RASHID BIN AHMAD )
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi.

14
Disahkan oleh,

...................................................
(MUHD HADI BIN SAAD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi.

15
16

Anda mungkin juga menyukai