Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK PERINGKAT INSTITUT TAHUN 2010 KELOLAAN BERSAMA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU DAN PELAJAR PPISMP 2 PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG PADA 03.02.2008 HINGGA 12.02.2008

1. PENGENALAN Mulai tahun ini, Sayembara Deklamasi Sajak dimasukkan sebagai salah satu aktiviti Jabatan Pengajian Melayu. Sehubungan itu, Persatuan dan Kelab Bahasa Melayu dilantik menjadi pengelola bersama untuk aktiviti ini. Bersempena bulan kemerdekaan tahun 2008 ini, Sayembara Deklamasi Sajak pada kali ini mengambil tema yang diharap dapat menyemai dan menjiwai semangat kemerdekaan dan patriotisme terhadap negara, dalam kalangan pelajar Institut Perguruan Persekutuan. Aktiviti ini juga akan dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tuntas dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

2. RASIONAL Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencari pelajar yang berbakat dalam mengarang sajak dalam kalangan pelajar baru bagi membuka peluang kepada mereka untuk menyertai pertandingan seumpama ini. Pada sepanjang tahun banyak pertandingan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan BPG bagi aktiviti seperti ini. Justeru, melalui pertabdingan ini, pengelola mengharapkan agar dapat mengenal pasti pengarang sajak yang berketrampilan dan kreatif dalam menghasilkan sajak.

3. OBJEKTIF Objektif sayembara deklamasi sajak ini ialah : a) mencari bakat-bakat baru pengarang sajak dalam institusi ini. b) memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk mencipta dan memperlihatkan bakat dalam mecipta sajak. c) Meningkatkan daya kreativiti dalam berbahasa. d) memberi pendedahan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebahasaan khususnya kesusasteraan. e) mengeratkan silaturahim antara pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah. f) memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman mengelola aktiviti di peringkat institut. g) Mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kursus. 4. PENYERTAAN Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. 5. TEMPOH MASA PERTANDINGAN Tempoh : 3 Februari 2010 hingga 12 Februari 2010

6. PELAKSANAAN Pelajar yang menghantar hasil karya ini dikehendaki mengikut masa yang telah ditetapkan. Karya boleh dihantar kepada mana-mana pelajar PPISMP 2 Pengajian Melayu.

7. AHLI JAWATANKUASA (Pelajar) Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha I AJK Pengurusan Karya Publisiti Penghakiman Hadiah dan Sijil Pensyarah Penasihat : Intan Aziera binti Husin. Mohamad Hasbullah bin Sahabarudin. : Izmir fadzil bin Ibrahim Mohd Naim bin Ruslan : Mohd Nazir bin Ramli : Mohamad Khairul Anwar bin Kamarudin. Khairil Hakimin bin Hamidun. : Tuan Hj. Yussoff Said Puan Faizah Bt. Abu Puan Arbakyah Bt. Hassan Puan Noraisikin Bt. Ghazali En. Nor Azam B. Ariffin En. Mohamad Termizi B. Rafie Tuan Hj. Abdul Latib B. Abdul Rahman En. Manap B. Hamsin En. Ishak Ayub En. Rosli Razak En. Sobri Saad : Nurul Afifah binti Zainal Abidin : Nurul Ilyani binti Omar : Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee.

8. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN a. Penyertaan terbuka kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. b. Hasil karya yang dihasilkan mestilah asli dan tidak diciplak dari mana-mana pihak. c. Hasil karya yang tidak asli akan disingkirkan daripada mengambil bahagian. d. Peserta dilarang menulis atau menghasilkan karya yang menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman, keagamaan, dan politik. e. Keputusan hakim adalah muktamad

9. PENGHAKIMAN Semua karya akan dibuat penilaian awal oleh pelajar 2 Pengajian Melayu. 10 karya terbaik setersunya akan dinilai oleh 3 panel hakim daripada Pengajian Melayu.

10. PERUNTUKAN Peruntukan berikut dipohon daripada pihak pengurusan institut untuk pengelolaan Pertandingan Mengarang Sajak. 10.1 Tiga hadiah akan disediakan untuk para pemenang iaitu : Johan : Hadiah bernilai Naib Johan : Hadiah bernilai Ketiga : Hadiah bernilai RM 50.00 x 1 RM 40.00 x 1 RM 30.00 x 1 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN PERUNTUKAN YANG DIPOHON = RM 249.00 = RM 50.00 = RM 40.00 = RM 30.00 = RM 30.00 = RM150.00

Dua hadiah sagu hati bernilai RM 15.00 x 2

10. PENUTUP Jawatankuasa Pertandingan Mengarang Sajak Tahun 2010 berharap agar aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama daripada semua warga institut. Pengelolaan pertandingan ini juga diharap dapat memberikan pengalaman berguna kepada semua pelajar khususnya pelajar 2 Pengajian Melayu. Diharap pertandingan ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar dan objektif pengelolaannya akan tercapai.

Disediakan oleh :

( AMEELIA NAZIRAH BT MOHD SHAFIEE ) Setiausaha Pertandingan Mengarang Sajak Terbuka Tahun 2010.

Disahkan oleh:

(TN HJ YUSSOFF SAID) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu

Anda mungkin juga menyukai