Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

VOCABULARY ENHANCEMENT PROGRAMME (LEVEL 1)


SK JIMAH BARU

1.0 PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk menganjurkan program


pemerkasaan kosa kata Bahasa Inggeris (Vocabulary Enhancement
Programme) di bawah Panitia Bahasa Inggeris untuk murid-murid Tahun 1
hingga Tahun 3 di SK Jimah Baru bagi tahun 2022.

2.0 PENGENALAN PROGRAM


Adalah diharapkan dengan adanya program ini, murid-murid Tahap 1 akan
dapat menambah di samping memperkukuh kosa kata Bahasa Inggeris yang
diberikan kepada mereka sepanjang program ini berlangsung supaya mereka
berjaya memaksimumkan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Inggeris
khasnya.

3.0 RASIONAL
Sekolah menjadi wahana dalam usaha memperkasa Bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa. Lantaran itu, pelbagai aktiviti dijalankan bagi menarik
minat murid dalam penyertaan dunia Bahasa Inggeris serta memberi peluang
untuk berkomunikasi menggunakan bahasa ini. Justeru itu, sekolah dapat
melahirkan warga yang mahir dalam sekurang-kurangnya dwibahasa.

4.0 OBJEKTIF
1.1 Untuk meningkatkan dan memupuk minat dan penguasaan murid
dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah ini
1.2 Untuk melahirkan murid yang lebih berkeyakinan dan tidak berasa
rendah diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pergaulan
seharian
1.3 Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi
murid-murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris
1.4 Untuk melahirkan murid yang mampu menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua dalam kehidupan harian mereka.

5.0 SASARAN
Semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 SK Jimah Baru.
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Semua guru SK Jimah Baru.

7.0 TEMPAT
Program akan dilaksanakan di dalam kelas masing-masing di SK Jimah Baru.

8.0 PROGRAM
 Word search

9.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Sesungguhnya, diharapkan program yang dirancang ini bakal
mendapat komitmen yang positif serta kerjasama daripada semua pihak yang
terlibat. Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan program
ini. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan
kelulusan pihak puan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


…………………………………………………. …………………………………………
(NORHAZLIZA BINTI HUSEN) (SARIMAH BINTI MARIP)
Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar
SK Jimah Baru SK Jimah Baru

Anda mungkin juga menyukai