Anda di halaman 1dari 3

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA BAHASA INGGERIS TAHUN 2023

SMK DESA TUN HUSSEIN ONN (SMKDTHO)

PENGENALAN

Bahasa Inggeris merupakan subjek teras yang terdiri daripada Pemahaman, Penulisan dan
Tatabahasa. Bagi menjamin kecemerlangan yang berterusan dari segi kualiti dan kuantiti bagi mata
pelajaran ini maka, pelbagai usaha dan program diatur oleh Panitia Bahasa Inggeris sama ada dalam
jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
Perancangan Strategik Panitia Bahasa Inggeris merupakan suatu usaha untuk menetapkan
hala tuju dan matlamat panitia ini agar dapat menyumbangkan ke arah kecemerlangan yang
diharapkan. Justeru itu, Perancangan Strategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi
setiap program yang dirangka bagi merealisasikan hasrat sekolah untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

ISU DAN MATLAMAT STRATEGIK SMK DESA TUN HUSSEIN ONN

Isu Pencapaian pelajar yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris asas di
tahap yang sederhana dan tahap yang lemah.
Matlamat Meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Inggeris ke tahap cemerlang.

OBJEKTIF

Pada tahun 2023 :-

1. Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mencapai Tahap Penguasaan (TP) minimum TP4
dalam Bahasa Inggeris.
2. Memastikan semua pelajar SMK Desa Tun Hussein Onn mampu untuk bertutur dan menulis
dalam Bahasa Inggeris asas.
3. Menjadikan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai budaya komunikasi di SMK Desa Tun
Hussein Onn bagi semua pelajar.
ANALISIS SWOT

Kepentingan Analisis SWOT :-

 Satu kaedah yang penting dalam menilai kedudukan semasa dan membandingkannya dengan
peluang dan risiko masa depan.

Kekuatan SMK Desa Tun Hussein Onn :-

 Barisan pentadbir sekolah yang komited dan berpengalaman.


 100% orang guru menyokong program pembangunan dan kecemerlangan pelajar.
 Kemahiran guru subjek dalam berbahasa Inggeris adalah secara profesional.
 100% orang guru opsyen Bahasa Inggeris adalah siswazah.
 Guru terlatih yang mencukupi.

Kelemahan SMK Desa Tun Hussein Onn :-

 50% orang pelajar tidak menguasai perbendaharaan Bahasa Inggeris dengan baik.
 Guru subjek Bahasa Inggeris tidak aplikasi pembelajaran terbeza.
 Guru subjek Bahasa Inggeris tidak menggunakan BBM dalam PdPc sepenuhnya.

Peluang yang terdapat di SMK Desa Tun Hussein Onn :-

 Sokongan dari PIBG.


 Bimbingan dari pihak PPD Keramat.
 NGO terlibat dalam aktiviti sekolah.
 Jaringan dengan pihak sekolah berdekatan.
 Jaringan dengan pihak ATM.

Ancaman kepada SMK Desa Tun Hussein Onn :-

 50% orang ibu bapa tidak prihatin kepada perkembangan pendidikan anak – anak mereka.
KPI, SASARAN DAN STRATEGI

Pemilihan Strategi Dan KPI

Pemilihan Strategi :-

 Strategi – Meningkatkan kompetensi guru, kecemerlangan pelajar dan ibu bapa ke arah
kesedaran tentang kepentingan pembelajaran untuk masa hadapan pada tahap yang terbaik
dengan mengoptimumkan penggunaan sumber dan tenaga yang sedia ada.

Penunjuk Prestasi Utama :-

 Prestasi PBD pelajar.


 Boleh berinteraksi dalam Bahasa Inggeris sesama rakan dan juga guru.

Sasaran

Sasaran Panitia Bahasa Inggeris Tahun 2023 :-

 Semua pelajar mencapai Tahap Penguasaan (TP) minimum TP4 dalam Bahasa Inggeris.

Inisiatif Dan Strategi

Program Kecemerlangan Bahasa Inggeris :-

 Program Interactive Board :-


(Semua pelajar terlibat untuk sepanjang tahun).

 Program 5 Minutes Talk :-


(Semua pelajar terlibat untuk sepanjang tahun).

Anda mungkin juga menyukai