Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM ENGLISH CAMP
(HIP OUTREACH PROGRAMME)
SMK RAJA CHULAN , IPOH

ANJURAN BERSAMA

PANITIA BAHASA INGGERIS
AIESEC, UTAR KAMPAR

SRC TOP TEN


PROGRAM ENGLISH CAMP
PANITIA BAHASA INGGERIS
SMK RAJA CHULAN

1.0 PENDAHULUAN

English Camp ini merupakan kolaborasi antara Panitia Bahasa Inggeris ,


SMK Raja Chulan bersama AIESEC , UTAR Kampar. Program ini
merupakan program pengantarabangsaan yang melibatkan
sukarelawan /graduan universiti dari luar negara berada di sekolah untuk
melaksanakan program dan aktiviti silang budaya di sekolah dan membina
keyakinan murid dalam berkomunikasi khususnya dalam kemahiran
Bahasa Inggeris.

2.0 MATLAMAT

Pihak sekolah berharap program ini dapat menjadi satu platform kepada
para pelajar untuk membina keyakinan diri berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris. Di samping itu program ini juga diharapkan dapat memupuk
minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris seterusnya dapat
meningkatkan kecemerlangan akademik dan ko-akademik sekolah.

3.0 OBJEKTIF

Diharapkan pelajar dapat:

3.1 Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk terlibat


dalam program pengantarabangsaan
3.2 Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

3.3 Menghasilkan pelajar yang berkeyakinan dan mampu


berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

SRC TOP TEN


3.4 Menyemai perasaan seronok di dalam diri pelajar menerusi aktiviti
di dalam kelas yang dilaksanakan.

3.5 Menunjukkan peningkatan dalam kemahiran bertutur dalam Bahasa


Inggeris

3.6 Membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar


dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

4.0 RASIONAL

Penguasaan dalam Bahasa Inggeris memerlukan usaha yang berterusan.


Apabila kemahiran dan keyakinan seseorang murid itu diasah dan dipupuk
dengan cara yang betul, ia pasti akan melahirkan individu yang cemerlang
dari pelbagai aspek dan seterusnya memberi impak yang positif terhadap
diri murid itu sendiri.

5.0 SASARAN

Program ini melibatkan 37 orang pelajar Tingkatan 1. Pelajar yang dipilih


adalah pelajar asrama.

6.0 TENTATIF DAN JANGKAMASA PELAKSANAAN

Tarikh: 19 Feb 2020 (Rabu)


Program ini akan dilaksanakan seperti jadual yang berikut:

Tarikh Masa Program / Aktiviti Guru Terlibat


19 Feb 2020 2.00pm – 2.30pm Pendaftaran Pn Lee S P
(Rabu)
2.30pm – 5.00pm Group Activity I Cik Jazima
5.00pm Solat Asar
5.30pm – 6.30pm Group Activity II
6.30pm – 8.00pm Makan Malam / Solat
Maghrib
8.00pm – 9.00pm Group Activity III Pn Syimee
9.00pm Balik ke asrama

SRC TOP TEN


7.0 PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Makan dan minum pelajar 37 orang dan 15 orang fasilitator dan tetamu

Sumber: Wang Perbelanjaan Asrama

8.0 KAEDAH PELAKSANAAN

6 orang fasilitator dari UTAR dan 4 orang sukarelawan antarabangsa dari


negara Indonesia akan melaksanakan aktiviti Bahasa Inggeris bersama
dengan 37 orang pelajar Tingkatan 1.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi En. Abdul Manaf bin Asmuni :Pengetua


Timb. Pengerusi Tn.Hj.Zulkefly bin Ahmad, PPT :PK Pentadbiran
Naib Pengerusi I Pn. Mashidah bt Abu Bakar :PK HEM
Naib Pengerusi II Pn. Normaria bt. Nasiruddin :PK Kokurikulum
Naib Pengerusi III En. Abdul Aziz bin Sulaiman : PK Ting. 6
Naib Pengerusi IV En. Amirul Jaili bin Yassin : PK Petang
Penyelaras En. Azmil Khusaini bin Khalid : GK Bahasa
Setiausaha Pn. Syazrin Syimee Binti Sharifuddin : Ketua Panitia

AJK:
Semua Guru Bahasa Inggeris
2 orang guru pelatih

10. PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan


semua yang dilantik menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi.

SRC TOP TEN


Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………….. ………………………….. …………………………..


(Pn. Syazrin Syimee bt Sharifuddin) (En. Azmil Khusaini b Khalid) (En. Abdul Manaf b Asmuni)
Ketua Panitia Guru Kanan Bahasa Pengetua

SRC TOP TEN

Anda mungkin juga menyukai