Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

CHRISTINA LAI YI TIAN


TAN ZI YAN
AMIR ABDUL HADI B MOHD AMIN
MOHD ASYRAF B MD YUSOF
NURHAMIRUL HAIZAD BIN HAMZAH

PROGRAM

PROGRAM SENAMROBIK

NAMA SEKOLAH

SK TAMAN KENARI

NAMA PROJEK/ AKTIVITI :

PROGRAM SENAMROBIK

TEMPOH PELAKSANAAN:

20 JULAI 2016

OBJEKTIF

I.

Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di

II.
III.
IV.
V.

sekolah.
Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.
Mengisi masa terluang murid.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti

VI.

yang disediakan.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

STRATEGI PELAKSANAAN :
1.1

Perbincangan dengan pentadbiran sekolah

Mencadangkan kepada Guru Besar Tuan Haji Abdul Rahman Bin


Ahmad dan Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Norisyah binti Dan tentang
pelaksanaan program . Tujuan program ini adalah bagi murid Tahun 4 dan
Tahun 5 supaya dapat melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat
dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan
seterusnya sepanjang kehidupan mereka.
1.2

Menyediakan kertas kerja


Penyediaan kertas kerja dijalankan setelah mendapat persetujuan
dan kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah. Kertas kerja disemak
oleh Penolong Kanan Kokurikulum lalu diluluskan oleh Tuan Guru Besar.

1.3

Mesyuarat AJK
Mesyuarat AJK telah dijalankan bersama ahli-ahli jawatankuasa
untuk menentukan masa yang paling sesuai untuk menjalankan program
ini. Selepas perbincangan, tarikh pelaksanaan program ditentukan pada
20 Julai 2016 (Rabu), pada pukul 3 petang hingga 4.30 petang, iaitu
semasa aktiviti kokurikulum. Jadi masa PdP tidak akan diganggu semasa
pelaksanaan projek ini. Hanya murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dipilih
untuk menyertai program ini untuk memudahkan penyediaan tempat
pelaksanaan dan kawalan murid pada hari pelaksanaan. Pelaksanaan
program ini dirancang secara teliti supaya dapat memastikan kelancaran
pelaksanaan pada tempoh yang ditentukan.

1.4

Pembahagian tugas
Tugas-tugas telah diagihkan mengikut pelaksanaan program.
Antaranya termasuklah penyediaan PA sistem, menyediakan tempat
pelaksanaan ,jurugambar serta dokumentasi.

1.5

Pelaksanaan Program

Sebelum program ini bermula, kami membuat persediaan seperti


menyediakan PA system dan test muzik. Kami telah memastikan urutan semua
lagu yang dimainkan adalah betul. Pada pukul 3 petang hingga pukul 3.15
petang, kami minta semua murid Tahun 4 hingga Tahun 5 menukar baju PJ dan
berkumpul di dewan. Setelah semua murid sudah berkumpul,

kami pun

menjemput Tuan Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum. Tetapi Guru
Besar tiba-tiba kena mengadakan mesyuarat dengan guru-guru Tahun 6, jadi
beliau tidak dapat hadir.
Selepas bacaan doa oleh adik yang bernama Muhamad Danish di kelas
5K1, kami pun memulakan aktiviti memanaskan badan. Aktiviti memanaskan
badan dijalankan dengan Chicken Dance. Murid-murid main dengan amat
seronok. Selepas itu, senamrobik pun dimulakan. Kami melakukan senamrobik
ini sebanyak 3 kali dan semua murid pun sudah berpeluh. Namun mereka masih
menunjukkan motivasi dan minat untuk meneruskan aktiviti ini. Selepas
senamrobik, kami menjalankan aktiviti menyejukkan badan dengan Lagu Si
Tommy. Pada pukul 4.30 petang, kami pun minta semua murid bersurai.

1.6

Laporan
Laporan

bertulis

disediakan

selepas

pelaksanaan

program

bersertakan gambar-gambar yang dilampirkan. Pelaksanaan program


diterangkan secara perinci dalam laporan ini.

REFLEKSI:

1. Kekuatan Projek/ Aktiviti :


Program ini sesuai untuk sasaran yang ditetapkan.

2. Kelemahan Projek / Aktiviti :


Kesuntukan Masa. Latihan Kebakaran dijalankan semasa projek
ini dijalankan. Hal ini menyebabkan projek tertangguh selama 15
minit. Semua aktiviti kena dijalakan dengan cepat.
Murid-murid tidak bersifat sabar semasa membuat latihan kaligrafi
cina. Ada sesetengah murid cuma nak cepat menghabiskan
latihannya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Berkomunikasi dengan pihak sekolah dan memastikan tiada aktiviti
yang lain diadakan semasa projek ini diadakan. Hal ini akan
menimbulkan

ganggguan

terhadap

program

yang

hendak

dijalankan.
Menyediakan hadiah-hadiah kecil untuk murid-murid yang menulis
dengan kemas dan cantik. Hal ini dapat memberi motivasi kepada
murid-murid agar bersifat sabar semasa menulis kaligrafi cina ini.
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, banyak pengalaman boleh kami dapat melalui program
internship kali ini. Kami telah mempelajari cara menyediakan kertas kerja untuk
sesuatu program dan juga belajar membuat perancangan dan cara-cara dan
prosedur membuat pengaturan terhadap sesuatu projek. Yang penting sekali
kami dapat belajar cara berkomunikasi dan menjalankan hubungan interpersonal
di dalam sekolah. Kemahiran ini amat diperlukan oleh setiap guru semasa
bertugas dalam sekolah. Diharapkan semua pengetahuan dan pengalaman yang
kami dapat ini dapat membantu kami dalam kerjaya sebagai seorang guru pada
masa kelak.

Anda mungkin juga menyukai