Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Program : Program Transformasi Diri (PTD)


Tarikh : 2, 3 dan 4 Januari 2019
Masa : 7.30 pagi – 1.20 tengahari
Tempat : Dewan Wawasan, SK Pandan Jaya
Objektif :
1. Membangunkan sahsiah diri murid.
2. Meningkatkan disiplin diri murid.
3. Membantu murid mengenalpasti minat dan potensi diri.
4. Menambahbaik kesejahteraan mental dan emosi murid-murid.

Kumpulan Sasaran : Murid tahun 4 hingga 6. (300 murid)


Perbelanjaan : Minuman Penceramah
Guru bertanggungjawab :
1. Pn.Juliyana Binti Herman (PK HEM)
2. En.Veerah A/L Subramaniam (GBK)
3. Guru-Guru Matapelajaran tahun 4 - 6 (7.30pagi-
1.20tengahari)
Pengisian : Satu program memfokuskan kepada pembangunan diri
secara komprehensif semua murid dan menjadi tunjang
kepada pembentukan insan yang seimbang dan harmonis.

Laporan Pelaksanaan Program:

Program Transformasi Diri (PTD) yang dijalankan bertujuan untuk membentukan


insan yang seimbang dari segi JERIS supaya murid dapat memberi seratus peratus
komitmen atas pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah dari segi formal dan bukan
formal. Program ini dapat dilaksanakan mengikut tentatif program ini.

Pada permulaan murid dapat taklimat daripada GPK Hal Ehwal Murid sekolah
tentang kebajikan murid di sekolah. Murid-murid juga diberitahu beberapa tindakan
keselamatan yang perlu diikuti pada waktu kecemasan. Selain itu, taklimat daripada GPK
Pentadbiran sekolah berkaitan senarai matapelajaran yang akan diambil semasa
peperiksaan. Tambahan pula, pendaftaran kokurikuluum juga dapat dilaksanakan oleh
unit kokurikulum dan maklumat berkaitan kokurikulum dapat disampaikan oleh GPK
Kokurikulum sekolah.

Murid juga dapat taklimat daripada guru disiplin, guru bimbingan dan
kaunseling, guru I-think dan guru Frog VLE. Dengan ini, murid yang kembali selepas
cuti sekolah dapat cergaskan minda dan bersedia untuk belajar di bilik darjah.

Sepanjang program ini dijalankan, semua peserta tidak mengikuti jadual waktu
PdP dan berada di Dewan Wawasan.

Masalah yang Dihadapi:

Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah masa yang
diperuntukkan untuk taklimat I-think terlalu singkat. Ini kerana pendaftaran dan
mesyuarat agong kokurikulum mengambil masa yang lama.

Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Cadangan penambahbaikan adalah masa pelaksanaan program kokurikulum perlu


disingkatkan dan perlu mula pada masa yang tepat.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama


semua pihak.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………….. ………………………………………………
(VEERAH A/L SUBRAMANIAM) (PN.JULIYANA BINTI HERMAN)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Pandan Jaya. SK Pandan Jaya.
LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai