Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Program : Program Pendidikan Bersama Stabilo


Tarikh : 12 November 2018 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan, SK Pandan Jaya
Objektif :
1. Murid-murid dapat mengenal pasti jenis-jenis warna dan kegunaannya.
2. Murid-murid dapat memperoleh informasi tentang cara mewarna.
3. Murid-murid dapat belajar teknik-teknik mewarna mengikut kesesuaian situasi.
4. Meningkatkan tahap motivasi murid untuk melibatkan diri secara holistik dalam
aktiviti mewarna.

Kumpulan Sasaran : Murid tahun 1 hinggga 4. (400 murid)


Perbelanjaan : Tiada
Guru bertanggungjawab :
1. En,Nik Izme Affendi Bin Nik Ibrahim (PK HEM)
2. En.Veerah A/L Subramaniam (GBK)
3. Guru-Guru Matapelajaran tahun 1 - 4 (8.00pagi-
10.00pagi)
Pengisian : Ceramah Motivasi daripada wakil Stabilo berkaitan
teknik-teknik mewarna menggunakan pensil warna
Stabilo.

Laporan Pelaksanaan Program:

Program pendidikan bersama Stabilo yang dijalankan bertujuan untuk memberi


pendedahan tentang kegunaan warna sekunder dan primer kepada murid sekolah.
Pendedahan ini dapat membantu seseorang murid untuk membezakan warna sekunder
dengan primer dalam mewarna sesuatu gambar. Selain itu, suntikan motivasi diberi agar
pelajar-pelajar lebih bersemangat dan bersedia dalam aktiviti mewarna hingga dapat
melahirkan murid-murid yang pandai dalam aktiviti mewarna.
Di samping itu, murid-murid juga dapat tunjuk ajar teknik yang sesuai semasa
mengaplikasikan warna kepada sesuatu situasi. Dengan memilik teknik-teknik yang
baharu dan sesuai murid juga akan dapat mengaplikasikan warna yang sesuai semasa
manjalani matapelajaran sesi.

Sepanjang program ini dijalankan, semua peserta tidak mengikuti jadual waktu
PdP dan berada di Dewan Wawasan sehingga pada pukul 10.00pagi.

Masalah yang Dihadapi:

Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah masa yang
diperuntukkan terlalu singkat. Slot bersama wakil Stabilo yang disampaikan adalah
sedikit sahaja kerana teknik mewarna adalah pelu diajar pada masa yang lama sehingga
murid dapat mahir dalam bidang mewarna. Segelintir pelajar ada yang masih terawang-
awang dan tidak berfokus semasa program dijalankan kemungkinan masih tiada
matlamat.

Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama


semua pihak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program seperti ini pada masa akan
datang perlu memperuntukan masa yang panjang lagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………….. …………………………………………………….
(VEERAH A/L SUBRAMANIAM) (EN.NIK IZME AFENDY BIN NIK IBRAHIM)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sk Pandan Jaya. Sk Pandan Jaya.
LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai