Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama Program : Ceramah Pencegahan Jenayah


Tarikh : 16 Oktober 2018 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan, SK Pandan Jaya
Objektif :
1. Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah pelajar.
2. Memupuk kesedaran dan keinsafan dalam kalangan pelajar.
3. Memberikan kesedaran awal tentang pencegahan jenayah dan pendidikan seks.
4. Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Kumpulan Sasaran : Murid tahun 6. (100 murid)


Perbelanjaan : Tiada
Guru bertanggungjawab :
1. En,Nik Izme Affendi Bin Nik Ibrahim (PK HEM)
2. En. Mohd Roskhaili (Guru Disiplin)
3. En.Veerah A/L Subramaniam (GBK)
4. Guru-Guru Matapelajaran tahun 6 (8.30pagi-
10.00pagi)
Pengisian : Ceramah Pencegahan Jenayah daripada guru disiplin
sekolah berkaitan pengurusan diri daripada tidak
melibatkan diri dalam gejala sosial.

Laporan Pelaksanaan Program:

Ceramah pencegahan jenayah dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan


awal berkaitan gejala-gejala sosial kepada murid tahun 6 yang akan bertukar ke sekolah
menengah pada tahun hadapan 2019. Kendiri murid sangat penting untuk melahirkan
murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan ini,
ceramah pencegahan jenayah dapat menjadi panduan kepada murid-murid yang ingin
melibatkan diri dalam aktiviti merokok, gengsterism, berpasang-pasangan, melepak,
tidak menghormati guru dan pelbagai masalah disiplin lain.
Program ini dapat menarik perhatian murid dengan menyediakan contoh klip
video yang berkaitan dengan jenayah. Murid-murid juga dapat mengenali jenis-jenis
kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar mereka dan juga tahu cara bertindak balas
kepadanya. Dengan ini, murid tahun 6 akan memilih jalan yang sesuai untuk mereka
supaya dapat hidup bersejahtera.

Sepanjang program ini dijalankan, semua peserta tidak mengikuti jadual waktu
PdP dan berada di Dewan Wawasan bermula pada pukul 8.45 pagi hingga 10.00pagi.

Masalah yang Dihadapi:

Kekangan yang dihadapi semasa menjalani ceramah pencegahan jenayah ini


adalah penceramah yang ditempah daripada balai polis Ampang tidak dapat datang.
Dengan ini, program mengambil masa yang lama untuk mula. Oleh itu, pihak sekolah
meminta bantuan daripada guru disiplin untuk menjalankan program ceramah
pencegahan jenayah.

Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama


semua pihak. Walau bagaimanapun, pihak pelaksanaan program perlu menyediakan
pengganti supaya dapat menjalankan program seperti yang dirancang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………….. …………………………………………………….
(VEERAH A/L SUBRAMANIAM) (EN.NIK IZME AFENDY BIN NIK IBRAHIM)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sk Pandan Jaya. Sk Pandan Jaya.
LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai